Tuesday, January 12, 2010

**Diari Seorang Hamba**

Salam kerinduan pada ujian yang tak henti kunjung tiba. Sungguh, benarlah, ujian itu ditimpakan pada hamba-hamba yang terpilih sahaja. Salam kerinduan juga pada blog yang amat dicintai ini, bahasa kasarnya, dah 'bersawang' blog ni, lama tak kemas kini.

12 januari 2010...

Pagi tu, lepas kelas habis jam 9 pagi, sy ke wisma aman sebab kereta kinah kena clamp petang semalamnya lagi. Nak uruskan clamp tu, agak memakan masa utk pergi ke sana, maka junior sy la tempat sy minta tolong.

Segala wang di dalam dompet digunakan untuk membayar 'denda' tersebut.

Sy perlu menyelesaikan sesegera mungkin clamping tu sbb sy dan dua orang coursemate sy akan pergi ke rumah coursemate kami kerana ayahnya meninggal dunia petang semalamnya. Rumah dia terletak di linggi.

Lepas settle hal kereta, kami rasa tak selesa kerana semua yang ada hanyalah kaum hawa, kalau boleh kami mencari kaum adam yang boleh mengiringi perjalanan kami. Serius, sy dh agak serik+takut nak travel jika semua kaum hawa...(teringat peristiwa kat gombak, ada motor follow kami, siap ketuk cermin tingkap kereta even masing2 tengah drive)

Bertolak la kami ke linggi...Cari jalan punya cari jalan, maka kami sampai di rumah sahabat kami. Masa tu, rumah agak lengang sebab masing2 di tanah perkuburan lagi.

Kami berbual dengan beberapa mak cik yang ada...banyak juga info2 yg sy belajar dari mereka, bukan apa, pengalaman org lama ni lain, jauh berharga.

Bila sahabat kami pulang dari tanah perkuburan, jelas terpamer garis-garis kepenatan+tak cukup rehat+mata bengkak dan segala bagai di wajah dia dan keluarganya. Tabah sungguh mereka.

Masa kami menyalami dirinya, tiada setitis air mata pun tumpah, malah sy yang berair. Dia masih ceria, periang seperti biasa. Namun, manusia bukan, tiada siapa yang tahu di dalam hati. Sedih juga la sy jadinya...

Setelah semua saudara mara sampai di rumah sahabat kami, ada disediakan sedikit makan2 untuk saudara mara. Dan saya bersama sahabat lain makan satu hidang bersama atuk sahabat kami tu.

Alangkah tersentuh nya saya, melihatkan perilaku sahabat sy tu yg menyuap adik bongsunya. Adiknya tu baru 6 tahun kalau tak silap sy, seperti tidak begitu mengerti kehilangan insan bernama ayah..seleranya tak berkurang, ikan masin menjadi pilihan si kecil itu.

"Tau tak, jam arwah papa dia dah 'cop' awal-awal...dia pakai jam tu sejak semalam lagi, tak buka pun lagi," itu kata2 sahabat sy, memberitahu bahawa adiknya sangat menyayangi jam arwah papa mereka.

Bertuahnya adik, ada seorang kakak yang amat penyayang. Seorang kakak yang sangat tabah. Mungkin itu hikmah terbesar saya tidak mempunyai adik, kerana belum tentu saya mampu menjadi kakak yang baik. Tapi, sy rindukan adik2 sy...walaupun bukan adik kandung...

Melihat raut wajah ibu sahabat sy, benar-benar membuatkan sy teringat mama di rumah. Apa agaknya reaksi saya dan mama jika kami kehilangan abah tanpa di duga.....

Sungguh, saya tak pernah bersedia untuk ini semua dan rasanya seperti tidak mampu untuk bersedia. Namun, hakikat sebagai nyawa pinjaman, nak atau tidak, bersedia atau tidak, segalanya pasti akan berlaku, cuma masa yang akan menentukan.

Pernah suatu ketika dulu, sy terfikir, andai suatu hari nanti saya berpeluang bernikah, sy mesti cuba untuk terus menerima hakikat bahawa saya boleh kehilangan suami itu bila2 masa. Maka, kasih dan sayang pada insan bernama manusia tidak boleh melebihi kasih dan sayang pada pencipta insan yang beranam manusia itu tadi.

Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali.

Segala kenangan silam berputar di memori ketika itu. Peristiwa menyaksikan arwah atuk meninggal depan mata, segala proses menguruskan jenazah, darah yang masih mengalir ketika kafankan arwah ayah saudara saya, segalanya bermain satu persatu seperti filem di dalam kepala.

"Manusia yang paling cerdik, adalah manusia yang sentiasa mengingati mati"

Setelah itu, kami undur diri terlebih dahulu. Biarlah sahabat itu tenangkan diri, rehatkan diri dan habiskan masa yang lebih banyak bersama keluarganya.

Ujian belum tamat untuk kami.

Dalam perjalanan pulang, seorang sahabat kami mencadangkan utk kami solat zohor terlebih dahulu di surau berdekatan. Surau itu di kunci, hanya boleh menggunakan kawasan luar sahaja, muslimin mungkin tidak jadi satu masalah, tp muslimat???aduh...

Surau satu hal...

Kami terlajak simpang keluar. Agak jauh kami terlajak. Ntah kenapa tiada siapa yang sedar. Sangat jauh perjalanan kami dari simpang asal....aduh...ntah macam mana ada yang boleh sedar yang kami dah tersasar.

Dalam perjalanan patah balik, minyak memberi amaran. Lampu amaran tangki minyak mula berkelip-kelip...alamak, dah la susah nak jumpa stesen minyak ni, macam mana plak ni. aduh...

Serius, agak jauh kami pusing. Bila dah tanya orang kat kedai, dia memberi jawapan yg stesen minyak tu ada di suatu tempat yang memerlukan kami patah balik ke tempat yang kami terlajak simpang tadi, Ya Allah, sempat ke minya kereta aku bertahan??

Masa tu, memang sy betul2 redha, apa nak jadi, jadi lah. Dengan kelapa sawit kiri kanan, nak jumpa kedai pun susah, apatah lagi nak jumpa stesen minyak.

Sampai satu stesen minyak di pekan kecil ni, akak kat stesen minyak tu angkat tangan menandakan minyak dah habis. Hah??akak, biar betul..

"Dik, datang semula lepas maghrib ke lepas asar ke, minyak dah habis la dik..."ringkas akak tu meningkah harapan saya...sabar...

"Stesen minyak yang paling dekat dengan sini kat mana ye..berapa jauh dari sini??" soal saya.

"Adik jalan je terus ni....terus je..nanti akan jumpa petronas, dalam 10km dari sini"

10 km???sempat ke kereta sy bertahan. Sebab tu saya betul2 redha time tu, kalau mati tengah jalan, saya terima seadanya....cuak+berdebar, semua ada.

Dalam segala perasaan tu, sempat juga la saya 'muhasabah' sebentar. Apakah sebenarnya Allah nak mengajar saya cara kita perlu benar2 pasrah dengan ketentuan Dia?? Apakah Allah menyusun sesuatu yg sy masih tak faham maksudnya, tapi tujuannya untuk saya ingat siapa saya di bumi ini??

Tadi, kami ziarah sahabat kami yang baru kehilangan ayah, dan sekarang ujian minyak kereta nak habis. Apa maksud aturan Dia ni??

At last, kami jumpa jg petronas yang di cari. Dan akhirnya kami jamak di hentian seremban je..

" Katakanlah : ' Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanyalah kepada Dia orang-orang beriman harus bertawakal" [ Al-Tawbah : 51]

Tawakal + redha + berlapang dada....apa lagi istilah yang boleh digunakan untuk menggambarkan betapa adunan segala sifat itu penting dalam menyelak halaman kamus kehidupan seorang hamba.

Kamus kehidupan yang tak pernah sunyi dari mehnah yang tiada siapa tahu bila, kenapa, mengapa, di mana...semua lah sehingga lah sudah jatuh di timpa tangga..segalanya di pertegaskan dalam Al-Kahfi ayat 7 yang bermaksud :

" Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang lebih baik amalannya"

Salam peringatan buat diri yang jahil ini...moga ujian yang kunjung tiba menjadi tangga kita memanjat kemanisan iman di samping memperdalamkan rasa kehambaan dalam diri, amin.

Thursday, January 7, 2010

**Monolog Seorang Adik**


Abang...adik rindu pada abang

Adik ingat lagi, masa kita kecik2 dulu, kita selalu bersama kan..Kawan abang kawan adik juga. Adik takde kawan perempuan, semua kawan adik lelaki, sebab adik selalu ikut abang.

Masa adik tadika, kita pergi tadika asing2 sebab mak tak hantar kita tadika yang sama. Tapi kita pergi sama2 ke kelas fardu ain kat tadika adik. Abang yang bawa basikal dan adik duduk kat belakang.

Ada suatu hari tu, abang angkat tayar depan basikal, adik terlepas pegang dan adik cuma pegang besi hujung pada tempat duduk belakang basikal tu. Abang tak perasan adik pun. Lutut adik terseret atas jalan raya, ada kesan darah atas jalan raya. Tapi, adik tak menangis.

Adik tak menangis sebab abang ajar adik untuk jadi 'jantan', kena kuat. Adik nampak je ada garisan darah tu atas jalan. Tibe2 abang berhenti, abang kata semakin berat dia kayuh basikal. Memang la makin berat abang, sebab kedudukan adik dah memanjangkan jarak, maka kerja yang dilakukan pun bertambah....ops, adik dah masuk bab fizik pula, tapi abang faham kan.

Masa balik rumah, abang senyap, sebab abang takut mak marah, tapi mak tak marah pun, mak kenal anak-anak dia.

Adik sayang abang.

Ada satu petang tu, ayah kerja luar, jadi mak bawa kita berjalan kat bandar. Kelakar sangat, masa kecik rasa best sangat dapat jalan kat bandar, tapi sekarang, rasa macam takde apapun. Adik naik basikal dengan mak, abang bawa basikal merah abang tu..Adik ingat lagi basikal merah abang tu.

Tiba2 hujan lebat masa kita kat tengah2 bandar. Adik pegang payung untuk mak, tapi abang basah kuyup. Adik tak tahu nak buat apa. Tiba2 adik kena tiup angin sebab adik ringan sangat kot.

Mak sedar pun masa adik ada belakang tayar basikal mak. Mungkin mak rasa pelik sebab tiba2 jadi ringan pula kot. Masa tu jugalah Allah tunjuk kasih sayang Dia. Kawan mak jerit panggil mak dari bangunan kedai depan tempat adik kena tiup angin tu.

Mak cakap mata adik terkebil-kebil je masa mak pandang adik kat belakang tayar tu. Dari kecik adik memang macam tu kan abang.

Kita makan bubur pulut hitam kat rumah kawan mak tu, sedap sangat. Abang ingat lagi tak?? Adik ingat sangat peristiwa tu. Mesti abang ingat kan.

Abang, adik sayang abang.

Abang ingat lagi tak ada satu hari tu, hari hujan tapi mak tak bagi kita keluar rumah. Dah la mak baru balik kerja shift malam, jadi mak nak rehat tapi kita buat hal. Kita excited sangat nak keluar rumah.

Pintu rumah masa tu tinggi sangat...kita amik meja ABC tu panjat untuk buka pintu tu. Sedangkan mak sedang tidur kat ruang tamu. Habis perlahan dah kita buka pintu tu, tak nak bagi mak dengar.

Masa dapat keluar main hujan tu, seronok sangat. Adik ingat lagi adik pergi rumah along, depan rumah kita. Sebab mak along panggil naik rumah dia. Mak along tahu yang kita keluar curi2, tak tahu la macam mana dia tahu.

Ada sekali tu, masa tengah main kat padang, kita nampak mak intai kat pintu rumah. Air kat padang tu dah la macam kolam dah sebab hujan lebat. Masa nampak mak intai tu, kita menyelam dalam air tu. Lama juga.

Abang ingat tak, padang tu padang apa?? Kan selalu ada lembu meragut petang2 kat situ...jadi kita berendam dengan najis2 lembu sekali....hihi...tapi selamatkan diri mak tu lebih penting kan masa tu. Nakalnya adik masa dulu, adik banyak ikut abang lah...

Tapi, adik tak pernah salahkan abang, sebab abang adalah satu-satunya abang adik. Bila balik, mak pukul kita dengan cebok...sakit, adik nangis time tu. Tapi, adik akan menangis sekarang bukan kerana sakit tu lagi, tapi terlalu merindui peristiwa tu.

Adik amat sayang abang.

Bila kita pindah rumah, lagi la mencabar. Kita di hantar ke rumah mak long. Mak long yang jaga kita adik beradik. Sebab mak sambung belajar, ayah pula selalu kerja luar, dah lama setiap kali pergi.

Tapi, adik tak takut sebab abang ada bersama dengan adik. Abang ingat tak peristiwa abang kena tinggal bas sekolah??

Petang tu, adik nak sangat makan keropok kat tepi sekolah kat simpang tu. Tapi, bas macam dah nak jalan. Adik cakap kat abang yang adik nak makan keropok, abang pun turun beli keropok untuk adik.

Abang turun je, bas tu pun gerak. Adik takut nak cakap kat pak cik bas yang ada orang tak naik lagi. Sebab adik memang penakut. Adik nangis dalam hati, sebab sian abang, macam mana abang nak balik rumah...

Adik rasa menyesal sebab nak juga makan keropok. Masa sampai rumah, adik cakap kat ayah yang abang kena tinggal. Ayah tak marah adik, ayah terus masuk kereta nak pergi cari abang. Adik nangis tapi tak keluar air mata je. Adik kesian kat abang, adik rasa bersalah kat abang.

Kerana keropok, abang kena tinggal bas. Dah la nak sampai rumah jauh lagi masa tu. Tapi, abang tak marah adik pun tentang kisah tu, abang gelak je bila mak ke ayah cerita semula kisah tu. Abang, adik minta maaf tentang tu.

Adik sayang abang.

Masa adik nak periksa UPSR, malam tu adik demam teruk. Lepas muntah, muntah lagi. Mak 'jeram' kepala adik dengan air asam jawa. Adik minum air asam jawa juga kalau tak silap. Masa tu ayah kerja luar, jadi kita tinggal bertiga je kat rumah.

Pagi esoknya, masa mak hantar adik kesekolah, mak kata, abang tak tidur semalam sebab jaga adik. Abang tidur kat tepi katil je. Adik akan ingat jasa abang tu. Adik bersyukur dapat abang macam abang.

Adik rindukan abang.

Bila kita dah besar, masing-masing banyak buat hal sendiri. Sebab adik masuk asrama sejak tingkatan 1, jadi adik dah kurang rapat dengan abang macam dulu. Kenapa ye abang??

Lepas satu, satu, peristiwa berlaku dalam hidup kita sekeluarga dalam masa tu. Tapi, abang sentiasa ada cara untuk bantu keluarga. Adik bangga dengan abang.

Adik ingat lagi adik kena marah sebab ada lelaki telefon adik pada waktu maghrib. Masa tu mana ada handphone lagi, jadi budak laki tu telefon rumah, dan kebetulan abang yang angkat. Abang tak marah lagi masa dia telefon tu, tapi lepas adik letak telefon, adik kena marah dengan abang teruk juga la.

Bukan salah adik. Budak laki tu telefon tak kena masa, lagipun dia telefon untuk perkara yang tak penting pun. Tapi, sekarang adik dah pandai berfikir. Abang buat semua tu sebab abang pun sayang adik kan.

Abang tak nak adik jadi macam perempuan lain, yang senang2 laki nak telefon dah la masa maghrib. Abang sayang adik ek....

Adik pun sayang abang.

Antara perkara yang adik paling rasa bersalah ialah abang tolak tawaran sambung belajar di universiti impian abang kerana abang lebih risaukan keluarga takut berdepan masalah kewangan untuk menampung abang di sana. Dua kali, tawaran itu menjengah, tapi abang memilih siapa abang hari ini. Adik bangga dengan abang.

Cepat sangat kan masa berlalu. Tibe2 abang dan adik dah umur 20 lebih. Makin adik sayang pada keluarga kita.

Perkara yang paling adik sedih, abang akan berkahwin suatu hari nanti..mungkin tahun ni juga kan. Adik doakan moga ia benar2 menjadi kenyataan.

Adik ingat lagi, masa konvo abang. Adik, mak, ayah dan tunang abang sekarang pergi solat zohor kat masjid kat bangi ni. Abang kat kampus lagi uruskan untuk pulang jubah pe semua. Dalam masjid tu, lepas solat zohor, mak 'melamar' tunang abang sekarang.

Adik jadi saksi kepada peristiwa tu. Mak bertanya banyak benda pada akak tu. Adik pula yang malu. Abang dah besar, dah boleh jadi suami orang rupanya. Akak tu baik sangat, adik suka dia.

Abang, adik doakan abang dapat jadi suami yang soleh, seorang ayah yang soleh, hamba yang soleh, anak yang soleh, seorang majikan ke pekerja yang soleh, semuanya lah yang soleh.

Adik sayang abang yang teramat sangat. Adik minta ampun sangat sebab adik banyak melawan cakap abang selama ini.

Abang, terima kasih sebab menjadi abang kepada adik sehina adik ni. Doakan adik juga ya...doakan adik kawin cepat juga...hehe...itu hasrat mak.

Buat abangku SHAHARIL BIN SUKARDHI, adindamu ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR YANG KE -23 pada 8 Januari 2010, semoga jodohmu bersama NURUL HUDA BINTI HJ. RAHIM kekal selamanya dan kalian menjadi suami isteri dunia akhirat.



(abang yg 'tembam'..yg amat disayangi lagi dirindui bersama sepupu yang sebaya dengannya)

(di hari graduasi abang...hari yang teramat abang gembira)

p/s: sekadar coretan rindu pada abang dan sempena hari lahirnya...
p/s:yang pasti, di rumah saya tak pernah membahasakan diri sebagai adik, sekadar coretan.

Jom berkongsi