Saturday, September 25, 2010

:: Rukun Cinta ::

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Jika hari ini kita ketawa, ada insan sedang berduka,
Jika hari ini kita kecewa, ada insan sedang merana,
Jika hari ini kita terseksa, ada insan sedang menderita.

Jika hari ini kita gembira, ada insan sedang menyeka air mata,
Jika hari ini kita gundah gulana, ada insan sedang berkelana,
Jika hari ini kita merana jiwa, ingatlah, masih ada ruang penguat jiwa.

Kerana, sesungguhnya, setiap yang kita lalui hari ini,
ada Tuhan yang mencipta, dan berlapang dada berada di sisi kita...

Jutaan kemaafan kerana terlalu lama kinah tak update blog. Bukan apa, laptop kinah ada masalah internet connection dengan jaring kat kampus ni, maka berminggu lamanya kinah tak dapat on9. Sekarang pun menggunakan laptop shbt kinah.

Ikutkan hati, kinah takde apa yang nak dikongsikan dalam entry kali ini, tapi kinah suka untuk recall plus simpulkan tentang Rukun Cinta...kinah suke je buat tajuk bunyi macam gempaq, tapi isinya macam takde kaitan je dengan tajuk...takpe2, kita baca dulu jom.

Ada satu malam tu, lepas maghrib apa semua, kinah berdua-duaan bersama salah seorang shbt yg paling akrab dalam kolej ni berbual-bual tentang beberapa perkara. Dan pada masa yang sama, kinah on9 dari lappy dia.

Kinah terbaca komen seorang follower ini...kinah dah ingat2 lupa apa yang kinah tulis dalam entry2 lepas. Setelah diteliti semula, kinah berkongsi sedikit sebanyak bersama shbt tersayang. Dan kali ini, kinah nak ringkaskan kisah Rukun Cinta tu dalam entry ini.

Rukun Cinta yang kinah maksudkan adalah rahsia tersirat yang terkandung dalam perbuatan solat kita sehari-hari. Secara betulnya, kinah memang bukan orang yang tepat untuk berkongsi berkenaan hal ini rentetan masih 'miskin' dalam ilmu agama, cuma tak salah kan kita berkongsi apa yang kita tahu dan sudi kiranya shbt2 membetulkan saya...

~penyerahan diri~

Masih segar dalam memori kinah masa sekolah dulu, ada usrah qubra kalau tak silap masa tu. Ustaz fakhzan menggabungkan semua ahli usrah adik2 form 1 pada masa tu. Maka kami naqibah2 akak2 form 5 terlibat sama la demi memastikan adik2 ini mendapat ilmu sekali gus utk pedoman akak2 naqibah jg kn.

Tajuk usrah qubra kali itu berkenaan cara solat yg betul...its sound simple and common, tapi once we check it at our self first, then we know what level we are...

Takbiratul ihram.

Apa yang terlintas dalam kepala kita apabila kita sedang angkat takbir?? itu soalan cepu emas yang dilontarkan oleh ustaz fakhzan...

Nak jadi ke cerita, shbt kinah ni merangkap naqibah yang berhalaqah sebelah adik2 usrah kinah ni jawab, " macam orang kena tahan polis"

Serentak dengan itu kami ketawa....kelakar la plak bunyi, macam kena tangkap polis. Ye la, kan kalau tengok tv, bila ada penjahat kena tahan, mesti dia orang akan tangan ke atas kan.

"Betul la, angkat takbir tu macam kena tahan polis, sebab itu tandanya MENYERAH DIRI.." itu jawapan balas ustaz fakhzan.

Satu perkara yang bunyi macam kelakar, tapi tak sangka, kebenaran yang tertanam di sebalik angkat takbir itu.

Yup, perbuatan mengangkat takbiratul ihram itu menandakan penyerahan diri seorang hamba buat sang penciptanya dan antara lain sebagai pemisah antara dunia dan agamanya bagi menghambakan diri dalam solat.

Biar kata2 itu ringkas, tapi jika di dengar dengan hati, insyaAllah sedikit sebanyak akan buat kita 'tersedak' dengan hakikat yang seharusnya dihadam oleh kita semua dan sudah tentu menjadi peringatan buat setiap dari kita.

~pandangan mata~

Ini part paling famous yang kinah suka share dalam segenap entry kinah. Banyak juga kinah update tentang ni...apa2pun, meh kita kemas kini semula data2 dalam rukun cinta ni.

Sebagaiman yang pernah di ceritakan sebelum ni, kinah telah diberi kesempatan untuk mengikuti satu kem di sungai congkak masa kinah 1st year dulu. Even though pada awalnya kinah sangat berat hati nak ke kem tu,tapi, bersyukur yang tak terhingga sebab Allah nak hadiahkan kinah ilmu yang teramat berharga.

Kisah kenapa semasa kita solat, kita kena pandang ke bawah.

Semasa explorace petang tu, kami dikehendaki melalui sebuah batang kayu dengan cara menundukkan kepala ke bawah. Kinah dah terfikir, nama explorace, tapi macam tak mencabar je...itu persepsi pertama kinah.

Setelah semua peserta kumpulan kinah melalui kayu tersebut, fasi kumpulan bertanya pada kami, apa makna tunduk tersebut, atau dalam bahasa lain, kenapa kita solat kena tunduk ke bawah....

Kenapa ek kita solat kena tunduk ke bawah???

Betul tak kalau kinah teka, apa yang ada dalam fikiran sahabat adalah, kita kena merendah diri, kita hanyalah hamba...itu yang berlegar di fikiran bukan???

Secara rawaknya, shbt2 yang pernah kinah kongsikan kisah ni, ramai yang memiliki jawapan tersebut dan kinah jua salah seorang yang menjawab sebegitu saat di tanya fasi.

Hitamnya tiram, pada luarnya, tapi siapa tahu isinya kan...

Fasi tu memberikan satu hujah ringkas yang cukup menyentap. Tak kata salah jawapan yang diberikan kat atas tu, cuma ada perkara lain yang perlu kita pandang lagi. Salah satu sebab mengapa kita solat ke bawah adalah kerana untuk mengingatkan kita siapa kita...

Pernah tak kita terfikir, solat tu tunduk ke bawah adalah as a reminder buat hamba2 ni yang 'ANDA SEDANG MEMANDANG KE TEMPAT ASAL ANDA DAN TEMPAT KEMBALINYA ANDA, IAITU TANAH'.....

Ye, tanah...setiap kali solat kita kena pandang bawah, tempat kita sujud...di situ bermulanya insan bernama manusia dan itu tempat berakhirnya seorang insan ini...

~kita ni sama je taraf~

Ada satu lagi yang kinah nak kongsikan....kalau ikutkn ada beberapa lagi, tapi lack of time la plak..

Point ini rasanya ramai sahabat2 yang tahu dan agak common di utarakan...tapi, disebabkn kinah dah niat nak kumpulkan Rukun Cinta kan, maka kinah rangkumkan sekali.

Masa kita sujud...

Selain fadhilat yang telah ditemui secara saintifik tentang sujud ni, kinah lebih melihat kepada makna tersirat yang ada...

Kehidupan di dunia ini 'membezakan' setiap di antara kita dengan kasta yang tersendiri kan, ini cakupan secara rawak yang kinah akui kebenarannya. Status seseorang ,sama ada, ada sebiji banglo ke umah biasa ke apa ke...

Tapi, jika insan itu masih diselimuti rasa iman dan taqwa, saat kita sujud, segalanya bertukar. Syarat sujud apa???ha, cepat fikir...ada berapa bahagian yang wajib kena sentuh tanah??jeng2...fikir2kan la...

Kinah cuma nak bawa dua bahagian wajib yang perlu sentuh tanah, iaitu dahi dan ibu jari kaki. Dahi Allah ciptakan antara bahagian yang paling atas dalam anggota badan kita kan, iaitu terletak kat kepala, manakala ibu jari kaki, sah2 la kat kaki, iaitu bahagian atau anggota terbawah dalam anggota.

Maka, saat sujud, biarpun dahi itu terletak di bahagian teratas, tapi ia tetap sama level dengan ibu jari kaki yang bahagian paling bawah...

Apa makna semua ini???

subhanallah, walhamdulillah, wala ilahaillallah, Allahu akhbar.

Jika dunia membeza kita atas darjat dan harta,
di akhirat agama menjadi penimbangnya....

Jika dunia menghormati insan yang kaya raya,
di akhirat ibadah menjadi jambatannya...

Angkat takbir, pandang ke bawah ketika solat dan sujud....3 perbuatan dalam solat yang mengandungi sejuta muhasabah yang seharusnya direnungkan bersama...mungkin lebih byk lg shbt2 boleh kongsikan bersama, tp di kesempatan ini, ini je dulu yang kinah cuba kongsikan.

Segala salah dan silap kinah mnta ampun byk2...sudi kiranya shbt2 menambah mana yang patut sekali gus menegur kinah...

Kinah minta ampun byk2....salam kemaafan salam muhasabah salam rukun cinta dari meja penulis...



p/s : maaf lame x update dan lepas ni dalam tempoh sebulan setengah ni, kinah akan teramat jarang untuk update blog atas masalah internet+menyiapkan proposal+presentation proposal (20 okt)+final=kinah perlukan kekuatan...doakan kinah byk2 ek dan utk semua umat Islam

Thursday, September 9, 2010

:: Coretan Kekhilafan Diri ::

Duhai diri, izinkan ku curi masamu biar seketika cuma...apakah kau sudi pejamkan mata untuk seketika?? Pejamkanlah matamu duhai diri, izinkan anggotamu bertemu rehatnya, namun jangan sampai terlena dari jaga...

Tariklah nafas sedalam mungkin semampu boleh, nikmatilah nikmat yang tidak ternilai itu senikmatnya..mungkin sejam dari sekarang, mungkn hari esok atau mungkin...ntah bilanya mungkin lagi nikmat itu tidak mampu diri ini merasai...

Subhanallah....tiada harga yang diletakkan untuk menikmati nikmat itu kerana ia di punya Maha Pemurah

Subhanallah...tiada had tempoh masanya untuk menikmati nikmat itu kerana ia di punya Maha Besar

Subhanallah...tiada batas ruangnya untuk menikmati nikmat itu kerana ia di punya Maha Luas yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi...

Maka, duhai diri, nikmat apa lagi yang kau dustai??

Astaghfirullahal'azim, subhanallah, alhamdulillah....kata2 puji itu tidak mampu menandingi segala yang telah DIA sediakan buatmu diri...

DIA hadiahkan selautan ilmu untuk kau renangi, tapi kau memilih untuk berpatah ke daratan kerana dikuasai rasa putus asa....

DIA hadiahkan setalam rezeki untuk kau hadap agar cukup bekalmu untuk mencari bekal di akhirat sana, tapi diri, kau pulangkan talam yang penuh gelak tawa tanpa berlaukkan rasa syukur...

DIA hadiahkan 114 surat cinta untuk kau hadamkan agar kau tahu betapa DIA merinduimu, tapi perhiasan yang kau jadikan...

DIA hadiahkan segunung nikmat kesihatan yang utuh untuk kau beribadat kepadaNYA, tapi kau persiakan dengan mengikut usia mudamu...

Terlalu banyak yang hendak dicoretkan untuk menggariskan setiap nilai, setiap isi yang DIA berikan, sungguh tak tertanggung dek jari jemari ini menghitungnya....

Duhai diri....pejamkanlah matamu dengan nikmat syukur yang seikhlasnya, pejamkanlah matamu dengan mata hati yang masih terbuka melihat kebesaranNYA, pejamkanlah matamu dengan lidah yang terus mengalunkan kalimah pujian buatNYA, pejamkanlah matamu dengan akal yang terus bisa membezakan yang haq dan batil....

Duhai diri, bumi ini ada tuannya, tanah ini ada empunya, jangan pernah terbit rasa bongkak rasa sombong dalam diri saat dititiskan sedikit ilmu berbanding insan lain...Apakah diri masih belum sedar akan hakikat semua ini...

Mudah untuk berkata, mudah untuk bermadah, payah untuk laksana, payah untuk istiqamah...hakikat bukan duhai diri...

Sedar dan bangkitlah duhai insan bernama diri ini...Allah itu Maha Luas menerima taubat hambaNYA..



p/s : sama2 kita perbaiki diri...tegur2la kinah mana2 yang tak patut kinah buat...

Wednesday, September 8, 2010

:: Pulut Kuning dan Duit Raya ::

Pagi tu, suasana hening dipecahkan dengan takbir raya yang sungguh meruntun hati seorang anak yang telah lama kehilangan orang tuanya. Sofea, seorang isteri yang baik dan telah pun dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.

Syawal kali itu disambut lagi di kampung halamannya, Kampung Durian Sebakul di Semerah. Kepulangan anak-anak saudaranya turut sama memeriahkan suasana desa itu. Biarpun anak-anak ini tidak lagi mengenal beraya bersama atuk dan nenek, tapi memori bersama masih terpahat di hati.

Syazwan dan syahirah merupakan sepasang putera puteri Sofea. Pagi itu, seusai solat raya bersama penduduk kampung di surau berdekatan, Syazwan dan Syahirah bersama beberapa sepupu yang lain memulakan projek mereka. Beraya satu kampung.

Dalam senarai mereka, tiada istilah pilih rumah. Biarpun raya tahun lepas hanya dapat duit raya yang sikit, tapi itu tidak mematahkan semangat mereka untuk terus datang beraya. Sebab, mereka di ajar agar nilai duit raya itu letaknya di tempat yang kedua.

Rumah pertama, sudah tentu jiran sendiri. Berjumpa dengan anak-anak jiran juga keadaan yang lagi memeriahkan suasana kerana rombongan Syazwan, Syahirah dan sepupunya akan bertambah besar. Maka semangat untuk berjalan satu kampung bertambah-tambah.

Dari sebuah, ke sebuah rumah yang lain. Kuih raya kegemarannya pasti di cari setiap kali bertandang ke rumah orang, itu adalah kewajipan si Syahirah.

Setibanya mereka semua di sebuah rumah yang agak usang ini, ada sesetengah daripada mereka yang berhasrat untuk tidak beraya di rumah itu, tapi tidak bagi Syahirah dan sepupunya. Mereka beranggapan rumah itu tiada berpenghuni lantaran salam yang tidak berbalas.

Mana mungkin tiada penghuninya sedangkan pintu dan tingkap terbuka, malah ini adalah hari yang mulia, hari meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa. Hati kecil Syahirah tetap mengatakan ingin beraya di rumah itu. Gerak hatinya itu rupanya sama dengan sepupu yang lain.

"Wa'alaikumussalam....jemput naik"

Akhirnya salam mereka berbalas. Seorang pak cik tua berjalan ke arah muka pintu menyambut kedatangan mereka. Kelihatan juga seorang mak cik sedang siap mengisi meja di ruang tamu itu dengan juadah yang pelbagai.

Kuih raya yang pelbagai, baik kuih tradisi mahupun kuih moden, boleh diringkaskan semuanya ada. Malah Syahirah dan sepupunya di jamu lagi dengan pulut kuning bersama rendang.

Pedas....teramat pedas rendang tu. Berair mata sorang-sorang menahan kepedasan rendang tu, tapi perjuangan menghabiskan rendang tetap diteruskan, semuanya gara-gara sedap. Pak cik tu hanya tertawa melihat gelagat Syahirah dan sepupunya.

Mungkin pak cik tu terhibur menerima kunjungan mereka yang tak senang duduk, dek kerana menahan kepedasan ataupun terhibur kerana merekalah tetamu pertama pak cik tu hari ini. Tapi jelas senyuman itu senyuman yang benar-benar lahir dari hati pak cik tu.

Setelah disiasat asal usul mereka, sepinggan demi sepinggan pulut kuning tu mereka bertambah. Tak terasa seperti bertandang di rumah orang, malah makan umpama rumah sendiri. Habis segala keturunan mereka di tanya pak cik tu.

Katanya, arwah datuk Syahirah dan sepupunya itu dikenali pak cik ni. Arwah datuk Syahirah dulu adalah imam kampung, maka agak mustahil jika masyarakat kampung tidak mengenali arwah. Biarpun arwah dikenali sebagai seorang yang serius dan tegas dalam hal agama, tapi sifat kasihnya tiada nilai di mata manusia, terlalu murah...

Saat mengundur diri, mereka tak sedar bahawa mereka telah menghabiskan masa yang agak lama di rumah itu. Rancangan yang pada awalnya nak beraya beramai-ramai, akhirnya tinggal 4 orang sahaja yang sabar untuk menunggu beraya di rumah pak cik tu, yang lain telah lama beranjak ke rumah lain.

Sebelum pulang, mereka mohon maaf banyak-banyak di atas segala salah dan silap mereka, terutama pulut kuning dan rendang yang pedas itu yang telah dihabiskan oleh mereka. Hilai tawa dan senyuman manis pak cik dan mak cik tu yang mengiringi kepulangan Syahirah dan sepupu.

"Nak, pak cik takde duit raya nak bagi ni, pak cik minta maaf," sungguh rendah diri pak cik itu mengungkap kata-kata itu.

"Takpe pak cik, pulut kuning tu sedap sangat, itu lagi mahal," sepupu Syahirah yang tua setahun darinya membalas kata-kata pak cik tu.

Mereka pulang dengan perasaan yang sangat puas. Biarpun impian untuk pusing satu kampung hari tu tergendala, tapi nikmat pulut kuning tu melapisi segalanya. Target mereka, tahun depan, rumah pak cik tu adalah rumah wajib untuk dikunjungi ekoran penangan pulut kuning yang teramat sedap tu.

Tapi, tahun berganti tahun, setiap kali raya, Syahirah dan sepupu pasti akan melalui rumah pak cik tu saban hari sepanjang mereka berada di kampung. Mungkin tiada rezeki untuk mereka. Tahun itulah rupanya pertama dan terakhir kali menjamah pulut kuning yang teramat sedap itu.

Segalanya tinggal kenangan.

Bahkan, Syahirah yang kini sudah pun menuntut di universiti tempatan, masih merindui pulut kuning itu. Khabar yang pernah diterima berkenaan pasangan suami isteri itu amat menyedihkan Syahirah.

Pak cik dan mak cik itu telah tiada lagi di dunia ini. Perkara yang menyedihkan Syahirah, anak-anak pak cik dan mak cik itu sangat jarang pulang ke kampung untuk menjenguk mereka. Mungkin kerana itu lah, kunjungan Syahirah ke rumah mereka di pagi raya itu disambut dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang tanpa mengira apapun.

biar duit raya tidak diberikan, tapi Syahirah percaya pulut kuning dan rendang itu dimasak dengan penuh kasih sayang dan rasa syukur untuk dijamu pada tetamu agar pintu rezeki terus terbuka buat mereka.


**********************************


Cerita ini bukanlah sebuah cerita rekaan, ia adalah kisah benar yang berlaku pada kanak-kanak bernama Shakinah Sukardhi. Watak Syahirah yang diceritakan itu adalah kinah letakkan diri kinah sendiri.

Ini adalah pengalaman peribadi kinah semasa berusia 10 tahun, kira-kira hampir 10 tahun yang lepas kisah ini berlaku. Kisah pulut kuning dan duit raya.

Kinah ingat sequence cerita ini satu persatu lagi dalam kepala ini. Sepupu kinah yang paling ingat kes pulut kuning ni yang berusia dua tahun lagi muda dari kinah. Sampai sekarang, kalau naik motor keliling kampung dengan dia, sepupu kinah sorang ini masih ingat.

Bayangkan zaman kita kanak2 riang dulu...apa erti duit raya untuk kita semua?? Arwah atuk kinah selalu bagi duit berapa tau, 30 sen je. Bukan kinah tak bersyukur, syukur sangat2, tapi tak tahu lah, zaman dulu lain sangat kan.

30 sen tu adalah duit yang teramat banyak dah la tu. Kalau dapat duit kertas, jangan cakap la, dah boleh kata Orang Kaya Baru dah tu.

Tapi, memori kinah dan sepupu ziarah ke rumah pak cik tu, kinah takkan lupa. Kami tak dapat sesen pun duit raya, tapi tak tahu kenapa, hati ini masih terasa gembira yang teramat. Malah dicampur rasa terharu dengan layanan pak cik dan mak cik tu yang sabar dengan kami, ye la, budak2 kan...kalau dah pedas, request macam2.

Antara part kinah takleh lupa, kalau dapat duit raya 50 sen sekeping. Huish, banyak sangat dah tu, tapi kalau dapat duit raya 20 sen dua keping dan 10 sekeping rasa sikit plak, padahal nilai sama je, 50 sen juga. Motif la kan kinah ni....mungkin dapat pegang 50 sen sekeping tu rasa dah besar sangat dah.

Segalanya terbalik bila dipantulkan pada zaman hari ini. Kanak2 yang ada jelas sangat berkunjung kerana duit raya. Sedih, hiba semua ada....nilai berkunjung untuk mohon maaf sudah pudar, nilai berkunjung untuk berziarah mula sepi...segala nilai yang begitu berharga suatu ketika dulu di beli oleh harga duit raya.

Agak2, apa reaksi kanak2 hari ini jika menerima layanan seperti yang kinah terima dalam kisah di atas??

Apakah masih merengek nak duit raya atau sebaliknya?? Kinah berani kata, kanak2 moden hari ini telah di mind set kan untuk mencari duit raya semata. Orang kata, berani kerat jari la....Kalau duit raya tu RM2, itu paling low class la....itu habis rendah la kan.

Tibe2 teringat kisah kinah masa tadika. Kinah ada cerita dalam 10 entry terawal terpublishnya blog ni. Kinah share kisah kinah nak berbelanja di tadika dengan duit belanja hanya 5 sen. Bayangkan, pergi tadika dengan duit 5 sen...apa yang boleh dapat, sangat cemburu dengan kawan2 yang makan ais krim apa semua, tengok poket 5 sen...tapi tak taw la, tak reti nak bising minta duit belanja lebih2 dengan mak ayah.

Bukan la kinah nak bangga diri ke apa, kinah suka untuk berkongsi. Kinah harap sangat anak2 kinah esok bukan termasuk dalam golongan yang nilai telah di beli oleh duit raya itu sendiri.

Namun, hakikat yang terpaksa di telan saban hari semakin jelas membuktikan, dewasa ini, kanak2 semakin hilang erti menziarah ke rumah orang biarpun saudara terdekat.

Bagaimana persepsi ini dapat ditangkis?? Bagaimana persepsi ini akan bertemu penghujungnya?? apakah mungkin situasi ini akan tergolong dalam hukum karma yang berputar pada kitarannya?? Segalanya terjawab dengan bagaimana kita membentuk kanak2 di hari muka.

Moga segala nilai mahmudah yang terkandung dalam erti 1 syawal itu dapat kita kembalikan semula era kegemilangannya....

Salam kenangan duit raya dari meja penulis..salam mohon kemaafan...

Jom berkongsi