Saturday, October 30, 2010

:: Islam Pun Ada MEGA SALE ::


Assalamualaikum wbt...

Segala puji dan syukur buat DIA Maha Memberi, moga iman hari ini terus dan terus bertambah... 1st, jom sama2 kita perbaharui iman pada hari ini dengan mengucapkan kalimah syahadah dengan sebenar2 pengertian.

Sekarang kan musim exam, kat kampus laen kinah tak pasti la, ada yang mula lepas cuti deepavali tak terkecuali yang mula kepas raya haji, tapi kampusku yang disayangi ini sudah seminggu memulakan sesi peperiksaannya, dan kinah??? kuang2...

Sabtu ahad (30 & 31 okt) adalah antara hari yg paling mencabar utk kinah sebab kinah ada 2 paper yang kaw2 perlukan hafalan pada sbtu dan ahad paper yang kaw2 punye rumus dan pengiraan yang sgt terbaek...sampai tahap tepon ayah nangis2...adui sakinah ni. Sabar je la, ujian sangat kot, mana tak, sampai migraine kinah balik exam petang sabtu tu, tapi senyum tetap senyum kan.

Sahabat, ada satu hari tu, kinah dengar IKIM..ada hikmah speaker laptop kinah tak boleh berfungsi, maka kinah banyak luang masa dengar IKIM lately ni. Then, dalam satu sesi tu dj dia ada baca fadhilat tentang berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Dari situ Allah mengilhamkan kinah untuk menaip entry ni.

Ilham tu Allah bagi dah lama tapi amik masa juga untuk kinah kumpul material mcm hadis2 yang berkaitan...ye la, kinah kan sangat tak arif bab2 ni tapi takpe, mana yang tahu kinah cuba kongsikan....jemput tambah atau tegur apa2 yang patut ye...


:: MEGA SALE ::

Kadang2 terlintas dalam hati, berapa kali dalam hidup ni selama kinah hidup, terbit rasa bersyukur dilahirkan sebagai seorang Islam. Dan in case pernah rasa 'bersyukur' tu, sedalam mana kinah betul2 mengertikan perasaan tersebut....sebab, andai benar kinah menikmati perasaan tu betul2, dah tentu kinah boleh jadi seorang hamba yang jauh lebih baik dari sekarang, maka terbukti, kinah selama ni sekadar melafazkan sahaja, ampun Ya Rahim...

Duhai sahabat, apa yang terlintas dalam fikiran sahabat tatkala mendengar istilah ini?? Y.E.S?? Year End Sale kah??? Atau discount yang berlambak2?? Apa yang terlintas??

Jika mega sale dunia hari ini ada musim nya, mega sale dalam Islam takde musim, sentiasa terbuka...takde limit masa pun...

Jika mega sale dunia ni perlu dibayar dengan duit dunia, tapi mega sale dalam Islam hanya perlukan sebuah keikhlasan mungkin...

Kinah nak kongsikan apa sebenarnya mega sale yang kinah maksudkan dalam entry kali ini...apapun, antara lain kinah nak cakap juga, percaya atau tidak, Islam sememangnya mendahului segalanya. Islam dah mulakan MEGA SALE ini beribu tahun yang dahulu lagi...

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Daripada Ibn Abbas daripada Rasulullah menurut apa yang diriwayatkannya daripada Tuhannya, katanya : Sesungguhnya Allah telah menetapkan segala kebaikan dan segala kejahatan. Kemudian Dia terangkan yang demikian itu, maka sesiapa yang bercita-cita dengan kebaikan, kemudian dia tidak mengerjakannya Allah tuliskan di sisinya satu kebaikan yang sempurna. Dan jika dia bercita-cita dengannya (kebaikan itu), kemudian dia mengerjakannya, Allah tuliskan kebaikan itu (sebagai balasan) di sisinya sebanyak 10 kebaikan hingga 700 kali ganda hingga sampai beberapa kali ganda banyaknya. Dan jika dia bercita-cita dengan satu kejahatan kemudian tidak mengerjakannya Allah tuliskan di sisinya satu kebaikan yang sempurna. Dan jika dia bercita-cita dengannya, lalu mengerjakannya, Allah tuliskan kejahatan itu dengan balasan satu kejahatan saja.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Subhanallah...itu contoh MEGA SALE pertama yang kinah nak kongsikan. Betapa hebatnya Allah, betapa pemurahnya Dia, biarpun hanya sekadar niat untuk membuat sebuah kebaikan, tapi telah tercatat satu pahala.....

Mana nak cari mega sale macam ni...

Mana nak cari kat dunia ni mega sale yang, baru niat nak beli tapi tuan kedai tu bagi free kat kita...ada ke???

Ya Allah, nikmat apakah lagi yang hambaMu ini dustai?? terlalu jahil diri ini.

Imam Al-Ghazali dalam tulisannya ada menyatakan: "Sesungguhnya badan anak Adam diibaratkan seperti jala untuk mengusahakan amal-amal yang baik, apabila dia berjaya dalam tugasnya di dunia ini kemudian mati, maka sudah mencukupi bagi dirinya, tidak memerlukan kepada jala itu lagi, iaitu badan yang dipisahkan oleh kematian. Kematian akan melenyapkan keinginan kepada dunia, apa yang diinginkan adalah amal salih untuk menjadi bekalan kuburnya. Jika bekalan itu berada di sampingnya, terasalah kekayaannya. Sebaliknya, jika ia tidak mempunyainya, malang baginya dan dia akan minta untuk kembali ke dunia untuk mendapatkan balik bekalannya."

Terasa sebak membaca kata2 keramat ini. Tak tergambar dek kata2 betapa diri masih lagi miskin....bagaimana ya Allah untuk aku tidak tergolong dalam insan yang ingin kembali ke 'dunia' mencari jalanya itu???

Sakinah, Allah dah bagi jawapan siap2 dah....

"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu nabi dan orang yang siddiqin (amat benar dalam imannya) dan orang yang syahid serta orang yang soleh. Dan amat eloklah mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang yang taat)." (Surah an-Nisa', ayat 69).

Taat kepada Allah. Yup, that's the answer...taat kepada kekasih Dia juga merupakan salah satu bentuk kita taat kepada Dia juga bukan...Lagi pun, tingkat cinta kita yang pertama adalah DIA, yang kedua plak kekasih Dia, maka taat kepada kekasihNya adalah salah satu cara kita mencari 'cinta' atau saham kita di akhirat kelak.

Sahabat, MEGA SALE yang kinah nak bawa kita 'shopping' seterusnya adalah berkenaan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW...kinah sangat yakin, ramai di antara kita yang dah arif tentang fadhilat berselawat ke atas baginda...teramat kan.

Tapi, sejauh mana kita aplikasi dalam kehidupan...adakah sekadar menjadi pelengkap kepada bacaan lepas solat berjemaah atau terus disebut dalam sehari...sekali lagi kinah terkena batang hidung sendiri...bagaimana syafaat yang didamba itu akan diperoleh andai ingatan kita pada kekasihNya itu pun bermusim...istiqamah sakinah!!!

Kita selawat sekali pada Nabi, tapi balasan yang kita dapat, masyaAllah tak terjangkau dek akal fikiran, tapi kita masih mencemari hati ini dengan mengingati perkara yang tak sepatutnya...

Duhai diri, ingatlah.....

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya!, jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras" [Ibrahim : 7]

Apa yang ada syukurilah...jangan meminta yang berlebihan, siapa kita untuk meminta berlebih2 sedangkan apa yang kita 'bagi' pada Dia tak setimpal dengan yang kita 'minta', bersyukurlah...

Akhirul kalam, kinah titipkan fadhilat berselawat yang tak tahu nak cakap apa dah, bagi yang dah pernah jumpa ni recall semula, bagi yang belum pernah terbaca ini, bacalah dengan hatimu...moga ia benar2 meresap ke dalam diri...

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 Xsehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalanharian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita "

Fadilat Selawat - untuk renungan

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. Mengapa kita tidak berebut lagi MEGA SALE ini yang tak pernah ada penghujungnya???

Betapa indahnya Islam, betap Allah dan Nabi teramat sayangkan kita...

Salam muhasabah dari meja penulis....

Wednesday, October 27, 2010

:: Am I jealous?? Yes, I'm ::

Andai lukisan pelangi yang merentas alam ini
digambarkan sebagai lukisan terindah dunia,
Maka, benarlah,
kerana sungguh hasil ciptaan itu terlalu indah,
Lukisan yang terlukis sendiri,
Tanpa berus dan warna,
Tapi mampu berdiri sendiri....
Segalanya kuasa DIA.

Teringat kata2 yang sering diungkap oleh sahabat,
malah bunyinya seperti ayat orang bercinta,
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkn hujan, petir dan kilat,
kita bersedih, dan tertanya
ke mana hilangnya matahari,
rupanya Allah nak hadiahkn kita PELANGI"

Berkali dalam warkah cinta sehari tertulis,
Setiap yang berlaku ini ada hikmahnya,
Setiap yang berlaku ini sememangnya 'layak' utk insan itu,
Setiap yang berlaku ini sebagai bukti cinta Dia buat kita,
Namun,
Mengapa diri ini masih lena diulit mimpi??
Dibawa khayalan dunia yang kian mengunjungi,
Membuat diri terus mementingkan diri sendiri...

Ya Allah,
hambaMu ini pernah mungkiri ujian ini,
kerana merasakan tak mampu untuk digalasi,
Tapi Engkau hadirkan dia...
sahabat untuk aku peringatkan diri...

Sungguh,
Jika indahnya lukisan alam,
Tergambar dek indahnya lukisan pelangi,
Namun,
Rasa cemburu dalam hati ini,
Tak mampu aku gambarkan...
Terlalu cemburu ya Rabb.

Saat Engkau lemparkan seketul ujian buat shbtku,
Jelas terpamer segaris senyuman yang ikhlas,
Saat Engkau menakdirkan mehnah tarbiah buat shbtku itu,
Ucapan syukur yang menghias di bibir indahnya,
Saat Engkau menguji shbtku sekeluarga,
Terlalu indah ukhwah yang kian bercambah di kalangan mereka,
Segalanya teramat aku cemburui...

Di mana hilangnya garis senyuman itu
dalam diri ini tatkala menerima ujianMu...
Di mana perginya kalimah syukur di bibir ini
tatkala mehnah itu mengunjungi ku...
Di mana bunga ukhwah itu
saat aku merindui harumannya...
Di mana wahai insan bernama diri...
Sedarlah insan bernama diri...

Sahabat,
Aku terlalu mengagumi semangat juangmu,
Lenggok bahasa 'kesakitan'mu tak pernah aku faham,
kerana kau terlalu berlapang dada menerimanya...
Sehingga aku tak sedar akan 'amaran awal' itu...
Betapa mulianya dirimu sahabat...
Dikau insan terpilih untuk menerima semua ini,
Dan sungguh,
aku tahu,
Andai aku yang ditakdirkan berada di tempatmu,
Belum tentu aku sekuat dirimu...
Aku terlalu mencemburuimu sahabat....
Terlalu...terlalu...cemburukanmu..

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang-orang yang paling tunggi darjatnya,
JIKA KAMU ORANG-ORANG YANG BERIMAN"
[Ali-Imran 3 : 139]





p/s : Sajak ini kinah nukilkan istimewa buat sahabat kinah yang amat kinah kagum semangat juangnya dalam berdepan ujian Allah buat dirinya...tersungkur mutiara wanita ku ke bumi saat menadah cerita tentang kisah hidupnya yang sungguh hebat diuji Allah, terlalu kerdil rasanya diri kinah ini jika dibandingkan dirinya. Dia seorang sahabat yang cukup mulia di mata kinah.

Semoga ujian yang dihadiahkan buat kita semua ini mampu menjadikan kita insan yang terus mengungkap kalimah syukur tanpa henti buat 'pemberi' hadiah itu.

p/s : Sahabat, sudi kiranya menegur segala silap dan salah kinah ye....ukhwah fillah.

Sunday, October 24, 2010

:: Kita Menghargai Bila Kita Kehilangannya ::

Buat diri bernama hawa,
Air mata ini bukan sekadar penghias rupa,
Tapi, Allah yang Maha Esa
Memberi kurnia tak terhingga,
Buat diri melampias rasa,
Buat diri berkongsi cerita,
Buat diri bermadah pujangga...

Air mata seorang bernama hawa,
Mudahnya gugur tak bermakna
Lemah jati dirinya,
Mudahnya gugur tak bermakna
Mudah tersungkur pada ujian menerpa,
Namun,
Itu sumber kekuatan yang didamba
Yang mana mungkin difahami
oleh insan bernama pencinta hawa...

Subhanallah....walhamdulillah..walailaha illallah...

Salam kedamaian, salam sakinah mawardah warahmah buat semua...bagaimana iman kita semua hari ini?? Moga ia sentiasa berada dalam proses penambahbaikkan...dah sudah tentu ia ditujukan buat kinah.

Esok, 25 okt, bermula peperiksaan di kampus tercinta tapi 1st paper kinah pada 26 okt...sepatutnya saat ini diisikan masa utk terus mengulangkaji, tapi kinah masih bersama blog ini...haish sakinah ni!!

Pernah tak sahabat2 bace article 'kalau tak suka, pulangkan'....dlm iluvislam sudah tentu. Dan kisah tu pernah dijadikan cerita di kaca tv dan baru sahaja selesai ditayangkn sekali lagi malam ini...ntah mengapa, hati perempuan kinah sekali lagi terusik...

Kalau tak suka, pulangkan....

Yup, orang kalau dah suka sesuatu barang tu, pulangkan la kan...untuk apa simpan lagi. Itu bahasa kasarnya. Cerita yang digarap bagi kinah untuk sama2 amik iktibar, baik insan bernama suami atau isteri dan tak terkecuali insan bernama anak....

Kita belajar menghargai bila kita kehilangannya...

Ungkapan yang terlalu kerap kita dengar dan kinah akui hakikat kebenaran yang terselindung di sebalik kata2 itu. Contoh paling simple, apabila seseorang yang kita sayang dipanggil menghadap Illahi dan saya pasti setiap dari kita mengalami perasaan itu dengan cara berbeza...

Apa yang kinah nak ingatkan diri kinah mahupun sahabat sekeliling, satu kalimah yang perlu kita refresh dalam penghayatan terhadapnya dalam hidup sehari2 kita. Iaitu SYUKUR...

Dari kecik kita duk dengar Raihan bernasyid untuk 'mencantikkan' dan 'melembutkan' bibir dan hati untuk mengungkap kata2 itu, tapi tepuk dada tanya diri.....kinah, salah seorang yang kadang kala terlepas pandang akan hal ini.

Teringat tafsir ayat dalam surah Al-Fatihah ayat 5, yang bermaksud " Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya Engkaulah kami mohon pertolongan"

Siapa kita untuk minta pertolongan jika tak pernah melafazkan kalimah syukur dalam setiap 'pemberian'...

Siapa kita untuk minta pertolongan jika jarang mengungkap kalimah syukur dalam seharian...

Ya Allah....

Baru2 ni kinah ada terbaca article dalam laman sesawang yang kinah dah lupa apa URL laman tersebut, but the point is, the example which included in that article is seriously make me think twice and may be more than that..

Today, we have what we have, but no can predict his/her future precisely...

Contoh yang ada dalam article sangat2 berkait rapat dengan kisah kinah...kerana apa, meh kita kongsi bersama...

Bukti manusia susah nak bersyukur...

Situasi yang diberikan adalah ketika dalam kesesakan lalu lintas...di mana assume yang anda sedang memandu sebuah kereta dan berada dalam situasi tersebut. Kereta apa yang anda nak bayang, terpulang, kinah kereta comel je, viva cooper...jeng2.

Saat masa terus berjalan, kelihatan deretan motosikal yang melalui celah2 antara kereta tersebut melalui kesesakan tu dengan mudah, apa perasaan anda tatkala itu??

"Alangkah indahnya jika aku yang naek motor tu...takde la aku terlekat macam ni" mungkin itu yang terlintas di hati. Segalanya dek kerana 'cemburu' dengan penunggang motosikal tu.

Tapi agak2 apa yang penunggang motosikal tu fikir??

"Bila la aku boleh pakai kereta macam dia orang ni, takde lah aku berpanas macam ni"

Ampun, bukan kinah nak kata shbt2 memiliki bisikkan hati sedemikian, cuma kinah nak berkongsi contoh untuk reflek balik pada setiap dari kita.

Contoh tu, bagi kinah sangat2 mendalam maknanya....si pemandu rasa cemburu pada penunggang moto, sedangkan sebaliknya pun berlaku. Apakah itu masih dikatakan 'insan' itu benar2 bersyukur???

Ya Allah, kinah akui, pernah juga terdetik sesekali rasa sebegitu dalam hati tatkala diri menulusuri jalan raya yang tersusun melintas bumi ini, tapi, jauh sekali untuk mengepikan apa yang Engkau 'pinjamkan' pada diri ini.

Sahabat,

Andai satu hari nanti, kita 'terpilih' untuk merasai 'kehilangan' apa yang kita pinjam itu, apa agaknya yang perlu kita buat tatkala itu??

Sahabat,

Mungkin ada di antara kalian yang pernah merasai 'kehilangan' tersebut, cukup kagum kinah dengan semangat kalian yang terlalu tabah berdepan dengan semua ini. Kinah sangat admire semangat juang kalian....Moga Allah terus pinjamkan kekuatan utk kita berdepan dengan segala ujian yang tersusun.

Di kala ini, terasa tangan seperti semakin lemah untuk menaip, bukan sebab tak makan, tapi perasaan tak layak untuk terus berkata lagi semakin menebal. Siapa kinah untuk menceritakan atau menghuraikan semua ini lebih dalam...

Apa yang termampu kinah kongsikan....

Akhir kalam, kinah titipkan kata2 yang prof kinah amik dari Einstein, "God never plays dice". Segala yang berlaku ada hikmahnya insyaAllah, percaya dan yakinlah. Bantulah kinah dalam memperbaiki diri ini dalam persiapkan diri untuk jadi 'isteri solehah'..ececeh kinah...

Last, renungan buat bersama terutama insan bernama hawa..

wanita cantik menurut Allah adalah:

~ melukis kekuatan melalui masalahnya

~ tersenyum di saat tertekan

~ tertawa di saat hati sedang menangis

~ tabah di saat terhina

~ mempesona kerana memaafkan

~ mengasihi tanpa meminta balas

~ bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi


Wassalam...doakan moga kinah dan sahabat dpt jwb exam dunia akhirat dengan baik..amin.

Thursday, October 21, 2010

:: Wangi Haruman Mehnah ::


Salam kedamaian salam muhibbah...

Terasa rindu pada blog tak mampu diungkap dengan kata2, biar ia tempat meluah rasa berkongsi cerita cuma, namun seribu satu pengajaran ku kutip untuk menjadi terbiah buat diri.

Tiap bait kata2 yg dilafazkan pasti berbalik pada diri sendiri jawapan itu bukan, segalanya tercatat sudah hukum karma alam...tujuannya, bukan untuk mengaibkan si pemberi 'nasihat' cuma sebagai peringatan agar implementasi kata2 bukan sekadar seperti haruman yang lalu dibawa angin, tapi kekal bersemadi di dalam nadi...

Tiada siapa pernah menduga, siapa kita, apa akan terjadi pada kita, di mana kita atau apa2 sahaja soalan yang berbentuk akan datang...sebab, segalanya dimiliki oleh DIA Maha Mengetahui.

Pernahkah terfikir oleh seorang manusia untuk 'terpilih' dalam ujian yang hebat ditanggung rasanya....mungkin jauh sekali untuk menerima hakikat itu, tapi lazimnya, kita semua sudah sedia maklum penterjemahan yang disediakan buat kita semua...

Duduk termenung aku sendiri,
Terasa sepi dari rindu padaMU ya Allah,
Sungguh,
Haruman ini haruman syurga,
Yang bisa membuatkan aku tersenyum bangga,
Kerana terpilih untuk mehnah ini,
Biar aku terasa sakit di sini,
Agar tak terhutang di titian sirat nanti...
Segalanya demi haruman ini....

Selalu terlafaz, setiap yang berlaku ada hikmahnya....tapi, tepuk dada tanya diri, kata2 itu adakah sedalamnya dihadam atau sekadar meniti di bibir sebagai pelengkap bicara??

Jika ditanya pada diri ini, ku akui, selama ini kata2 itu selalu menjadi penghias bicara sahaja, namun ku alpa dalam mendalami maksud tersirat yang sebenar, kerana ku pasti, segalanya akan membawa diri ini lebih dekat dengan Dia...

Jika dibaca dari tajuk, sudah tentu dapat dihidu ada sesuatu yang tak kena dengan diri kinah bukan...memang, iman tengah turun naik sekarang ni...moga kinah istiqamah!!

Orang kata, kalau ada masalah, cuba buka tafsir, buka je muka surat berapa pun, insyaAllah akan ada jawapan masalah kita dalam tu...kinah sekali lagi mencuba petua ini, dan hadiahnya

"Maka, tetaplah kamu pada jalan yang benar sebagaimana diperintahkan kepadamu dan juga orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya DIA Maha Melihat apa yang kamu kerjakan" [HUD 11: 112]

Tak cukup dengan itu, DIA tambah lagi peringatan buat kinah,

"Katakahlah : Bahawasanya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawasanya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa, maka tetapkanlah pada jalan yang lurus menuju kepadaNYA dan mohon ampunlah kepadaNYa. Dan kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang mempersekutukannya" [FUSSILAT 41:6]

Ya Allah...terlalu indah sebenarnya hidup ini jika disandarkan sepenuhnya pada DIA, tapi mengapa aku mudah alpa dari Al-Haq ini???

Macam2 perkara ligat berputar di benak memoriku kini, satu persatu mengambil tempat untuk diputarkan kembali sejarah diri masa lalu..

Aku bermula dengan seorang insan biasa, malah hingga ke hari ini...sejarah yang membawa aku mengenal Tuhan bermula ketika disekolah asrama...gara2 sebuah peraturan, kini bertukar sebuah kesedaran demi sebuah 'keselamatan'...

Tersungkur sebentar aku dengan mehnah ini, terasa terpalit dari ampunan dosa silam. Namun, Allah itu Maha Pengasih, pintu taubat sentiasa terbuka utk hambaNYA seperti aku.

Terasa sebak tatkala tangan, lidah dan minda ini membaca, menghayati dan meneliti doa rabitah yang tersedia di depan mata ini...subhanallah, terima kasih ya Allah kerana pernah menghadirkan aku dalam kalangan sahabat yg bertemunya kami adalah keranaMU, berpisah kami jua keranaMU...

"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMu,
bertemu untuk mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
kekalkankan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan yang benar.
Penuhkanlah hati ini dengan chaaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap,
lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan
serta keindahan tawakal kepada Mu,
Hidup suburkan hati-hati kami dengan ma'rifat tentangMu....
Jika Engkau menakdirkan mati, maka
matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada
dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini"
AMEEN...

Mehnah ini medan tarbiah, mehnah ini medan rindu...rindu seorang Pencipta pada makhluknya untuk mendengar rintihan doa seorang hamba yang terus meletak bergantung harap hanya pada YANG SATU...dan sungguh, baru ku sedar, aku juga rindu untuk bermadu kasih denganMU...

Assalamualaikum iman...bagaimana iman hari ini?? iman sihat?? Aku doakan agar kau terus sihat dan bertambah sihat....

Alangkah indahnya jika dapat bertanya khabar seperti itu pada iman, namun, hakikatnya kita jauh lebih mengetahui bentuknya bukan...

Subhanallah....terima kasih Ya Rabb.

Buat insan bernama diri, sedarlah kini, bahawa pintu keampunan masih sedia menanti untuk dipenuhi oleh insan yang selalu berpenyakit hati...

Jangan dicalari rasa 'hormat' pada takdir, kerana ia hadir bagi menyelak tabir yang kian menutupi rasa ikhlas yang konon selalu terlafaz dibibir...

Biar hadirnya mehnah ini, mampu membuatkan insan bernama diri ini menyujud kembali dengan sebenar-benar rasa cinta yang sudah lama menyepi menghilangkan diri...

Moga perasaan itu hadir bukan saat ini sekadar cuma, moga kekal hingga ke alam barzakh sana..

Ya Allah, teguhkan pendirian kami, satukanlah hati kami di jalan yg Engkau redhai, pertemukanlah kami dalam keadaan yang mulia, tunjukkanlah kami jalan yang lurus tanpa tergoda pada permata dunia yang menghiasi...

Kuatkan insan bernama diri ini ya Rahman....

Salam kemaafan dari meja penulis...sekadar coretan buat muhasabah diri, sudi kiranya shbt menegur kekhilafan penulis...

Wednesday, October 20, 2010

Monday, October 18, 2010

:: Muhasabah Cinta ::

~akan ku belajar erti sebuah kesabaran~
~rindu pada manisnya sebuah ukhwah yang diletak gantungnya pada DIA~


Terima kasih Ya Allah kerana jadikan aku miskin,
Miskin dari segi perhiasan dunia,
Jangan KAU miskinkan aku nikmat syurga nanti....

Terima kasih Ya Allah kerana jadikan aku lupa,
Lupa pada bangganya aku untuk segala nikmat hari ini,
Jangan KAU lupakan aku pada nikmat dan ganjaran yang tersedia nanti...

Terima kasih Ya Allah kerana jadikan aku bengkok,
Bengkok pada tawaran permata yang menghias mata manusia,
Cuma,
Jangan KAU bengkokkan aku ketika di titian sirat nanti Ya Rabb...

Bagaiamana lagi ingin dimadahkan hati ini,
Hari ini aku mencoret segala kekhilafan diri,
Namun,
Hari esok, terus berganti
Berganti dengan dosa yang berulang kembali,
Yang segalanya ku akui lemah iman yang dinodai.

Bukan ku persalahkan takdir,
Jauh sekali segala ujian yang hadir,
Cuma, ku tahu,
Segala yang menjelma ini,
Sudah pasti untuk ku bermuhasabah diri...

Ujian yang datang bersilih ganti,
Ntah mengapa rasa tertampar pipi,
Mungkin benar,
Balasan dosa yang pergi,
Tapi, tak bermaksud segalanya diampuni....

Ujian itu ujian rahmat,
Biar sakit yang amat, tapi untuk sama kita semat...
Ujian itu ujian sayang,
Kerana bukti kita berhutang...
Ujian itu ujian kasih,
Tidak hadir tanpa kita ketagih...

Hari ini diambil tasbih,
Menghitung dosa bersama zikir dan maghfirah,
Mengharap pintu rahmat terus terbuka,
Tapi,
Aku insan lemah...
Ada kala sesekali tersungkur rebah,
Tersepak batu dunia yang kelam,
Masih rabun dari melihat yang benar....

Jauhkan aku dari cinta dunia yang tidak membawa aku kepadaMU ya Allah...

note : kinah sama seperti insan2 lain saat ini, teruji dengan 'cinta' manusia, bagi sahabat yg dekat, mungkin kalian mengetahui tentang status kinah kini, kinah harap ia satu keputusan yang terbaik setelah kinah mencari jawapan kepada yang terbaik...

buat muslimin, andai terasa ingin 'memiliki' empunya rusukmu, milikilah dengan cara yang betul...kalian akan menjadi imam kepada kami, hawa. Segala dosa kami akan ditanggung olehmu kelak...persiapkan agamamu wahai imam kami...

buat muslimat, kuatkan hati, kuatkan iman utk jaga 'cinta' ini, tiada yang selayaknya melainkan dia yang pasti, suami mithali yang dinanti....kinah pernah teruji dengan 'cinta' ini, dan kinah akui bukan mudah....terus dan teruslah berpaut pada batang pohon cinta yang sebenar...jangan disangkut pada rantingnya, bimbang rapuh membelah udara...

Salam perkongsian dari meja penulis....mohon peringatkan diri penulis...doakan juga penulis dan shbt2 lain dapat menjadi presenter terbaik utk proposal kami pada minggu ni, turn kinah rabu ni jam 2.20 petang...

Salam muhasabah cinta

Wednesday, October 13, 2010

:: Saya Masih Haram utk AWAK ::

Membawa peti dari malaka
Berisi pakaian si anak raja
Kalau hati sudah merasa suka
Semua keadaan indah di mata

Pokok selasih pokok bayam
Dalam kepuk buah berangan
Seorang kasih seorang sayang
Tidak bertepuk sebelah tangan

Akar tanjung pagar selasih,
Balung kulit berisi serai;
Alangkah teruk menanggung kasih,
Tak kerana kulit tulang bercerai.

Orang Acheh pulang ke Acheh,
Mengail kurau dapat senangin;
Bakan mudah kita berkasih,
Laksana wau melawan angin.

Ada jantung ada debaran
Ingin bertanya tetapi malu
Kumenunggu penuh harapan
Sudikah engkau menerimaku.
(sumber : internet)

Apalah yang kinah ngarut dengan pantun2 cinta semua ni kan....

Assalamualaikum wbt....alhamdulillah, hingga saat ini segalanya masih dipinjamkan buat kita, terutama nikmat iman, Islam dan ihsan. Syukur juga kerana kita masih 'waras' utk berpijak di bumi yang nyata ni.

Awal2 entry kinah dah buka pantun cinta yang kinah kutip dalam beberapa laman sesawang. Tapi sekali imbas, macam takde kena mengena dengan tajuk entry kan. Ia seperti dua dimensi yang berbeza tapi dari kisah yang sama.

Al-kisah, malam ni tadi kinah menyibukkan diri pada shbt kinah ni gi edar questionnaire dia kat pkns bangi bersama seorang lagi shbt kami, maka kami bertiga la mlm ni. Questionnaire yg sgt penting utk melengkapkan tesis beliau...

Dalam kesempatan yang ada, beli barang dapur skit2 je la....

Namun, kinah dapat ilham sumtin untuk kinah reflek dan kongsikan dalam blog ni. Al-kisah, pak guard ukm tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni sangat kerap membuat spot check kat gate, baik gate utama atau gate blkg.

Kebiasannya, selagi belum jam 12, kawalan gate takde la ketat sgt, tapi sejak akhir2 ni, laen macam je ketatnya. Tapi takpela kan. Itu dah memang tugas dia. Lagipun, kinah dah tak risau sebab, kereta kinah dah 'halal' utk keluar masuk ukm ni.

Dulu, kalau takde sticker ukm tu kat cermin kereta, memang siap la kena tahan kat gate tu kan kalau balik makan malam ke apa....memang cuak habis..macam2 kerja nakal senior pernah ajar kinah untuk lepas kat pak guard, serius kelakar bile ingat.

Antara part paling kinah tak boleh lupa, masa kinah dgn seorang shbt ni balik dari rumah shbt kami jam 12.30 mlm...masa tu kinah masih 1st year, sah2 la haram bawa kereta ke kampus, maka macam2 idea mengarut terkeluar utk selamatkan diri dari pak guard.

Paling tak lupa, kinah boleh bagi cadangan utk baca surah yasin yang Rasulullah baca masa Rasulullah nk berhijrah dulu tu, untuk buat pihak musuh tak nampak Rasulullah, ayat 9 kalau tak silap kinah (betulkan kinah ye). Punya la konon2 tak nak bagi pak guard nampak 'kesalahan' kami.

Eh jap, apa kinah ni, cerita tentang pak guard semua ni...apakah??

Sebenarnya, masa pak guard tu tadi check sebuah demi sebuah kereta, kinah terfikirkan sesuatu. Tapi, bagi kinah, lebih kepada kurniaan ilham sebab point ni datang dengan sendiri dalam kepala...terima kasih ya Rabb kerana menghadirkan ilham itu dengan izinMu.

Macam mana kinah jelaskan dengan ayat ek....

Analogi di sini yang kinah nak sampaikan adalah, sticker yg berdaftar dengan ukm tu umpama AKAD NIKAH.

Erm..sekarang msti dh dapat tangkap ke kinah nak membebel kan.

Anggap, sticker tu adalah akad nikah, si driver dengan penumpang adalah seorang suami isteri atau sepasang kekasih, pak guard yang check tu adalah masyarakat atau ibu bapa kita sendiri.

Kinah teringat kata2 shbt kinah. "Nak kawin sekarang payah, kena isi borang itu la ini la, banyak sgt proses...lepas tu hantaran minta tinggi2. Mas kawin lagi." lebih kurang macam tu la ayt dia.

Paling best, hantaran hari ini seperti harga membeli anak dara orang. Kalau bakal pengantin perempuan ada degree, taraf hantaran standard 10k ke atas, kalau kerja sekian2, standard harga pun sekian...

Eh2, sakinah ni, dah melalut ke bab hantaran segala bagai plak, ok kite kembali semula kes pak guard.

Kinah pernah merasai di soal siasat oleh pak guard tatkala kereta kinah belum didaftarkan lagi masa tahun satu, setahun kereta kinah bergerak secara haram dalam ukm ni, dah memang pesalah jenayah juga la setiap kali kinah masuk kat pak guard tu.

Pada masa yang sama, kadang2 kinah geram juga, sebab ada yang rajin sangat nak tahan orang, ada yang tak kisah pun....jujur, itu yang kinah pernah rasa.

Tapi, kejadian malam tadi, buat kinah merenung kejap. Itu dah memang tugas dia, dan kita tak boleh salahkan dia. sepatutnya kinah kena berterima kasih pada pak cik guard sebab sudi berjaga malam utk menjaga keselamatan mahasiswa/i yang ada.

Bila di 'implan' dalam analogi kinah tadi, cantiknya peranan yang sepatutnya setiap dari kita mainkan.

Saat terlafaz sudah "Aku terima nikahnya shakinah sukardhi dgn mas kawin......" (ececeh, bagi contoh nama diri sendiri kan...), sudah tentu, segala yang dilakukan bersama tiada lagi istilah penghalang.

Bila melihat shbt2 atau saudara2 yang dah berumahtangga, kinah turut merasai kemanisan itu. Manisnya berada di sisi suami untuk membantunya dalam menegakkan agama Allah ini.

Seperti yang kinah katakan di awal tadi, kinah analogikan pak guard tu sebagai masyarakat ataupun ibu bapa sendiri. Kita dapat menjadi saksi kepada dunia hari ini, tak semua masyarakat yang berani 'menegur' pesalah2 yang takde sticker ini...dan salah seorang yang tak berani tu, kinah sendiri la...selalu memandang dengan mata, tapi apa tindakan kinah??? tepuk dada tanya diri.

Sedar atau tak, sedikit sebanyak penyakit ni semakin menular kan....dan, sudah tentu, sasaran virus ini menjalar di kalangan pemuda pemudi yang menguasai komuniti masyarakat yang ada.

Pak guard nak tahan, itu hak dia, itu kerja dia...jika kita salah, salah la kita..jika betul la kita, takde apa yang perlu ditakutkan.

Pernah seorang shbt bertanya pada kinah, kinah pernah bercinta?? kinah loya buruk dengan dia, dan kinah faham maksud dia, pernah tak kinah bercinta dengan istilah cinta hari ini dengan mana2 kaum adam...kinah akan jawab tak...dan itu hakikat.

Kenapa?? dia tanya...apa ye yang perlu kinah jawab...

Kinah ada janji dengan diri kinah sendiri tentang ni, tapi apapun, kinah nak suami kinah jadi cinta pertama kinah selain Allah, rasul dan ibu bapa...

Respon shbt kinah, tergelak kecil. kinah plak yang terkejut. kenapa??

Tapi kinah pernah suka seseorang kan?? dia melanjutkan perbicaraan kami.

Kinah jawab ya, itu memang pernah berlaku...maka, itu namanya kinah dah mungkir janji la, itu jawapan balas shbt kinah.

Kinah terkedu.

Dari isu pak guard, bawa kepada isu akad nikah dan pergi ke kisah 'cinta' kinah....satu kronologi yang berterabur dan kadang2 rasa spti takde kaitan.

Tapi sungguh, bila usia meningkat naik ni, tak lari dari membicarakan dari hal2 sebegini.

Cuma, kinah takut, hari ini kinah boleh la kata, aku takkan la gi dating dengan lelaki ke apa ke, aku takkan itu ini, tapi kinah tak tahu siapa kinah akan datang kan.

Moga Allah tetapkan hati pada tali yang lurus....

Ampun dan maaf dari meja penulis...maaf takde ilmu sangat yang dikongsi dalam entry ni, lebih kepada luahan perasaan.

p/s: mode nak kawen.....boleh ke macam tu?? blajar tak hbs lg kan..

Monday, October 11, 2010

:: I = Saya ??? U = Awak?? ::

Kerap kita mendengar hidup ini umpama roda, up and down. Once u'r up, one day u will in the other side rite...hukum karma, yup, thats the proper word.

Dan kinah, dua2 situasi pernah kinah rasai...baik ketika di atas, dan sudah jelas, ketika berada di bawah. Siapa kita hari ini, adalah implikasi kita yang lepas kan...

Ntah kenapa jari ini terasa ingin menari atas keyboard ni sedangkan kerja yang bertimbun masih setia menanti. Alhamdulillah, dengan izin Dia, kinah dah boleh on9 direct dari laptop kinah sendiri tanpa ada masalah internet apa2 dah, cuma kinah masih tak boleh download apa2 bahan sbb ada masalah dgn downloader.

Salam kedamaian pada angin yang terus sudi menyapa diri...assalamualaikum dari meja penulis.

Malam yang menjadi saksi malam ini, terasa cemburu dengan kinah sebab mata kinah ni seperti didodoi oleh malam agar melelapkan diri, namun iltizam kinah untuk publish satu entry dalam blog kesayangan ini mengatasinya....hehehe.

Seperti biasa, kinah tak tahu nak tulis apa sgt sebenarnya, tapi ada la satu, dua point yang bermain dalam kepala ni. insyaAllah kinah cuba ceritakan satu persatu.

cuba baca tajuk entry ni betul2....

Apa yang ada dalam fikiran shbt2??? org kata, hati perempuan ni terletak di mulutnya....dan kinah, akui kebenaran tu plus ditambah dengan hati perempuan mcm kinah ni di penulisannya..sebab kinah lbh suka menulis dlm melontarkan kata2.

Sebut tentang kata2, baru2 ni ada seorang shbt kinah, muslimin la membuat pengakuan, bahawasanya kinah agk 'garang' dalam meeting, tapi di luar kinah agk berbeza...kinah dah biasa dengan kata2 tu. Siapa yang pernah ber'meeting' dengan kinah, tahu la kot serius ke tak kinah masa meeting...hehe, muka kinah dh memang semula jadi 'garang', ikut air muka mama kinah rasanya...

Haish, apakah yang hang mengarut ni sakinah...

Kembali ke tajuk.

Ada satu hari tu, kinah tengok tibi (nama manja televisyen), then kinah dapat idea untuk create sumtin base on their words. But, actually, not create, juz gaining the idea to share in dis blog.

Pernah tak terbit rasa bangga dalam diri shbt2 untuk bergelar seorang anak melayu?? dalam bahasa sopan, pernah rasa bersyukur tak???

Kinah sedang berbicara tentang bangsa, bukan agama...perlu jelas tu. Let us go deeper and narrow on what im going to share.

Dalam cerita omputih tu, macam biasa la, perbualan antara anak beranak apa semua tentang aktiviti picnic mereka.

Apa yang buat kinah terlintas adalah, lenggok bahasa mereka membahasakan ayah ibu mereka atau mana2 insan yang lebih tua atau shbt2 mereka.

Mengapa kinah berkata begitu??? jeng2...

Sebelum tu, meh nak tanya, berapa bhsa yang shbt2 kuasai?? 3, 4??? kinah bm fluent, bi tengah2, arab basic hbs la (sbb blajar sekerat jalan je kn), mandarin mmg dh bertahun tinggal, france pun dh bertahun tinggal...semua basic la...xde niat nk tunjuk kinah tahu byk bahasa ni, saje nk cerita2 kan.

Teringat kinah masa short sem dulu, ada satu group ni present berkenaan ulasan buku, di mana kami perlu mencari sebuah buku yang berkisarkan tentang sejarah pemikiran dan group anak teruna ni telah memilih buku 'rich dad, poor dad' lebih kurang macam tu la tajuknya....

Apa yang berjaya terakam dalam fikiran kinah hingga kini adalah soalan yang dilontarkan oleh 1st presenter group tu.

"Jika seseorang tu menguasai 3 bahasa, ia di panggil, trilingual"

"Jika seseorang tu menguasai 2 bahasa, ia dipanggil bilingual"

"Jika seseoarang itu hanya menguasai 1 bahasa sahaja, dia akan di panggil apa???"

Cuba shbt berfikri sejenak...kalo kuasai 1 bhsa, kita akan di panggil apa....

"They are called AMERICAN"....juz becoz of only possess one language, we are likened to those people...

Adakah isitilah itu sangat 'merdu' untuk didengar???bagi kinah, terasa sangat la geram.

Apa yang buat kinah lagi geram tapi bersyukur dilahirkan sebagai kaum melayu adalah bahasanya....ada beberapa perkataan yang sgt2 buat kinah rasa bertuah dapat menguasai bahasa melayu...

Dalam cerita omputih yang kinah katakan tu tadi, tentang cara anak2 panggil mak ayah mereka. Selalu kan kalau kita bercakap dlm BI, semua insan tu kita akan panggil 'U'...even dia ayah ke mak ke pensyarah ke atau sesiapa...melainkan nama insan itu menjadi sebutan.

Contoh, nak tanya mak kita, ada nampak barang kita kat mana2 tak, "mom, have U seen...."

Kan perkataan U digunakan...

Kalau ditranslate dlm bhsa kita ayt tu, "mak, AWAK ada nampak....."

Sangat tak best kan...ni kalau org TESL ke ESL baca entry kinah ni mesti kinah kena hentam.

Kinah bukan nak kecikkan skop bahasa tu, cuma kinah nak merungkai betapa indahnya sebenarnya bahasa melayu yang kita ada hari ini. Jangan cepat melatah....tapi, andai ada pihak yang nak tegur penulisan kinah ni, kinah alu2kan. Ni kan tempat berkongsi ilmu....insyaAllah kita amik mana yang baik.

Bila semua insan di panggil 'U', dah tak terasa istimewa nya kedudukan seseorang tu. Tapi betul, tak bermaksud dengan panggil 'U', respek kita pada orang tu berkurang atau sama level dengan orang lain, cuma spt yg kinah cakap tadi, kinah cuma nak berkongsi point kenapa kinah rasa bertuah dapat menguasai bahasa melayu ni.

Mcam dalam bhsa Arab, setiap jantina tu ada sebutan tersendiri kan...dengan panggilan yang berbeza utk 'kuantiti' orang tu plak. Sgt detail. Bak kata ustaz Hamdi, ustaz yg ajar kinah bhsa Arab masa F1 dulu, bhsa Arab ni, antara 5 bhsa paling susah dlm dunia...antara sebabnya, mcm nilah, sgt detail dlm 'mencirikan' panggilan seseorang tu.

Dan bhsa surat cinta kita dalam bhsa Arab kan....bertuah kita sekali lagi...syukur alhamdulillah.

Bila direnung balik, kinah tak tahulah shbt2 dpt tangkap ke tak isu yang kinah nak ketengahkan dlm entry ni, tapi harap2nya dpt la....

Apapun, dah lama kinah tak petik mana2 tafsir atau hadis utk dimuatkan dlm enty, dan kali ni, satu ayt yg sgt famous......

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah sleain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa kamu dengan sebaik-baiknya. jila salah seorang di antara mereka atau tiap-tiap kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada kedua-duanya perkataan "AH" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia"
[Al-Isra' : 23]

Cantik kan hidup kita ni sebenarnya....dari sebesar-besar perkara hinggalah sekecil-kecil perkara Allah dah susun untuk kita...segalanya terpulang pada kita je mcam mana interpretasi benda tu.

Buat shbt, kinah takde niat nak perlekehkan bhsa mana2 bangsa atau apa sekalipun, cuma kinah nak bawa kita merenung sebentar dan bersyukur dengan apa yang kita miliki, Namun, jangan biarkan diri ini terus dalam comfortable zone....bak pesan shbt kinah buat kinah.

Shbt, diri yang menulis entry ini penuh dengan kelemahan, kinah perlukan teguran+peringatan dari insan sekeliling...kinah terlalu KAYA dengan kelemahan....harap sudi kiranya shbt2 peringatkan kinah, tegur kinah salah silap kinah, dan segalanya berkenaan yang perlu diperbetulkan. Kinah sangat terbuka untuk menerima teguran ni semua...insyaAllah.

Moga apa2 yang kinah kongsikan dapat dimanfaatkan bersama. Ampun dan maaf dari meja penulis....

p/s : tengah count down utk presentation proposal...doakan kinah dn shbt2 lain...

Jom berkongsi