Sebuah bingkisan lahir dari hati ilham dari alam untuk perkongsian dalam mencari titik ketaqwaan...
Monday, March 30, 2009
**Buatmu Kekasihku**
Buatmu teman hidupku…
Aku mencari manusia biasa,
Manusia yang dalam hatinya
penuh rindu pada yang Esa,
Manusia yang dalam dirinya
penuh kasih pada pencipta,
Buatmu teman hidupku…
Doaku agar cepat dipertemukan denganmu,
Tak tertahan rindu ini untuk berada di sisimu,
Kerana ku mahu kau disisiku.
Buatmu teman hidupku…
Kita adalah manusia biasa,
Tapi, harapanku..
Saat kita disatukan,
Maka lahirlah jiwa yang sangat luar biasa
dalam mencari redhaNya..
Buatmu teman hidupku…
Akan aku nantikan saat yang ditunggu
dengan kesabaran,
Kerana semua itu satu dugaan,
Walaupun penantian itu penyeksaan,
Namun, aku percaya,
Semua ini ada balasan.
Buatmu teman hidupku…
Aku hidup penuh dengan dosa,
Tidak terkecuali seksa dan derita,
Jiwaku menjerit sakit lamanya,
Sungguh tak tertanggung jiwa sengsara,
Namun, ku tak lupa,
Sabar kunci utama…
dan Aku nantikan kau merawat luka.
Buatmu teman hidupku…
Sudikah kau menerimaku??
Bersediakah kau menanggungku??
Aku menanti jawapanmu….
Tapi kau harus tahu,
Aku ingin berdiri di belakangmu..
Buatmu teman hidupku…
Janjilah bersama,
Saat dunia memandang kita,
Ayuh bangun jangan terleka,
Ingatkan aku di kala alpa,
Kerana aku insan biasa.
Buatmu teman hidupku…
Isteri solehah itu janjiku,
Baitie jannati itu matlamatku,
Semua ini ingin bersamamu,
Kerana bagiku,
Aku mencintaimu sepenuh hatiku…
Kerana bagiku,
Aku merinduimu segenap jiwaku…
Walaupun aku tidak pernah mengenalimu,
Terimalah aku demi yang Satu….
Refleksi diri.....
Ingin saya kongsikan sedikit pengisian daripada buku "Kunci Kejayaan Minda" tulisan Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni yang telah diterjemahkan bahasa...semoga ia menjadi panduan kepada kita semua, insyaAllah.
Tindakan orang mukmin itu:
-tidak lepas dari akal yang sentiasa berfikir
-pandangan yang sentiasa membina
-lisan yang sentiasa berzikir
-hati yang sentiasa bersyukur -bersungguh-sungguh untuk bersabar dalam bekerja
Apa yang kamu boleh buat dalam masa satu minit:
-bertasbih sebanyak 100 kali
-membaca satu halaman mushaf Al-Quran
-menelaah tiga halaman buku
-menulis sepucuk surat
-membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tujuh kali
Orang yang berjaya:
-diredhai Allah keran keimanannya
-disayangi keluarganya kerana kelembutannya
-dicintai manusia kerana akhlaknya
-dihormati masyarakat kerana manfaat yang diberikannya
Halangan-halangan kejayaan:
-hawa nafsu yang dituruti nafsu amarah
-dunia yang menyilaukan
-cita-cita yang beku
-panjang angan-angan
JEJAKI KEJAYAAN SAHABAT..........
"Abu Bakar Al-Siddiq ialah salah seorang daripada sahabat yang menginfakkan seluruh hartanya. Beliau menumpaskan kemurtadan. Di akhirat, beliau dipanggil dari lapan pintu syurga"
"Umar Bin Al-Khattab sangat ditakuti oleh syaitan. Banyak wahyu yang turun bertepatan dengan pendiriannya"
"Khalid Bin Al-Walid mengharungi 100 peperangan, dan beliau sendiri membunuh 5000 orang dalam peperangan Yarmuk serta mematahkan 9 bilah pedang"
"Zubair Bin Al-'Awwam luka di setiap bahagian tubuhnya dan menyandang pedangnya mengelilingi Rasulullah SAW dalam peperangan sehingga beliau dipanggil sebagai penolong Rasulullah SAW di syurga"
"Abdullah Bin Amru ayah kepada Jabir pernah ditembusi lebih daripada 80 tusukan pedang. Oleh itu, Allah SWT berbicara dengannya tanpa penterjemah(perantara)"
Monday, March 23, 2009
KEAMANAN SEJAGAT-KONSERT AMAL MANIS V
tersebut la al-kisah, maka terbitlah kisah yang bertajuk Al-Kisah.... Kisah tentang insan yang kisah je tentang kisah nie...
Tersebut la kisah, pada 21 Mac 2009, bertempat Dewan Cancelor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM.....kisah pun berlaku..... Dimensi Kesenian Islam II-Konsert Amal Manis V bertemakan Keamanan Sejagat Menyemai Benih Mengikat Kasih....al-kisah........
ok2, serius, xde al-kisah dah...nnti 'migrain' plak kn...(mendalam maksud tu) Dlm konsert ni menampilkan Devotees, Nice, Inteam, Fareast dan Amin Idris sebagai pengacara...
Majlis bermula jam 9.00 mlm tepat, tp sy dn kengkawan dtg kul 8.00 mlm ag...mmg mantop. Alhamdulillah, DECTAR yg amt besar tu akhirnya dipenuhi oleh insan2 yg dahagakan hiburan yg dibenarkan syara'...terharu sgt rasenya....student dari UIA, UPM, UniKL, UTM pun ada gak...dahsyat kan...
Konsert ni di anjurkn oleh Ikatan Study Islam UKM(ISIUKM)....mmg puji la sebab mjlis tu berlangsung cantik je...cuma ada sedikit masalah teknikal especially dgn mike emcee...semuanya dengan izin Allah majlis tu berlangsung..
Antara objektif utama ni nk kutip dana untuk tabung Palestin...sedikit sebanyak menyedarkan tentang betapa penting untk kita semua boikot barang2 Israel...mmg tersentuh jg ati sy mlm tu..
Tapi mcm biasa la, bila dh duduk dlm tu, muslimat lebih ramai dari muslimin...part tu agk sedih..
Pe yg nk d share ye tntg nie???
1) bukti bahawa Islam x pernah melarang umatnya berhibur, malah Islam dh bagi garis panduan yg cukup cantik sebenarnya...
2)aktiviti yang baik untuk bersama family atau kawan2....(muslimin muslimat dipisahkan) kan menarik
3) dapat mengisi sedikit santapan rohani sebab lagu2 yg d sampaikn penuh dgn maksud tersirat tanpa melalaikan dari mengingati Yang Esa
4)menyedarkan sedikit lagi ati ni bahawa kita semua sgt beruntung hidup di bumi M'sia ni compare dgn berada di sna..
5)dapat memberikan sedikit sumbangan kepada saudara kita di sana...coz harga tiket akan didermakan sedikit kpd dana plus sumbangan lagi..
6)banyak lagi la........
Antara ayat yg sy ingt dari apa saudara Amin Idris tu sampaikan ialah, " ada 4 cara nk bantu mereka di sana.....iaitu......
1) beli tiket kapal terbang, gi sana dan berjuang bersama..anda sanggup???
kalo x sanggup, cara ke 2 plak..
2)bagi duit sejuta kat dia orang......anda mampu???
kalo x mampu, guna cara ke3 plak..
3) boikot barang Israel.....anda mampu????katakan YA....insyaAllah kita semua mampu..
yg ke 4 sy x ingat dh.....asif sgt..
Saya mmg rase terpukul untuk cara yg pertama tu...setepek rase atas batang hidung rasenye... mmg betul, tepuk dada,tanya iman....Ya Allah, cara yg mana yg kita mampu tolong ni??? Buatlah semampu kita yang boleh....sy pun ada juga tersasar....
Pepun, yg paling penting, betulkan niat asal la sebab pergi sana bukan untuk jumpa artis nasyid ke atau apa, tp kembali kepada objektif asal.....
Saturday, March 21, 2009
Allah sayangkan hambaNya...
Sekadar nk berkongsi dgn apa yg telah berlaku pd sy….Pada suatu hari(baca dlm nada org nk bercerita…), pada suatu malam sebenarnya, sy dpt suatu panggilan daripada naqibah sy. Dia minta sy untk pergi ke satu kem hujung minggu tu..
Mcm mn ni???sebab time tu sy tengah beri komitmen pd perkara lain yg akn berlangsung pada hujung minggu tu juga….dh la ari sabtu ad simulasi….40%final tu, lagi penting…mmg under pressure gak time tu… akak tu x putus asa pujuk sy untuk gi kem tu..
Nama kem tu Kem Kembara Al-Banna (xpe kot bg taw name kem)….maklumat lain tntg kem tu akak tu x bg taw pun…mcm mn nie???sy x taw mn 1 nk pergi..tp ati sy prefer prgrm yg tengah sy cuba memberikan komitmen ni…sy jadi tawar ati, sebab kem tu di beritahu agk last minute….
Bincang punya bincang, akak tu mmg nk suh sy pergi gak kem tu…jadi sy cm di’paksa’ pergi sedangkan ati x rela….sy berbincang la dgn senior yg menguruskn prgrm yg sedang sy beri komitmen tu..senior tu mmg supportive orgnya…dan dia paham situasi sy…
Ari yg di nnti, sabtu tu….balik simulasi lebih kurang jam 12.30 t/hari..pecut gak balik tu..coz x kemas apa2 barang ag ni untuk gi kem tu sedangkn akak tu akn jemput kul 2 ptg nnti….
Sejam perjalan, sampailah tempat yg di tuju….cantik pemandangannya..ada sungai..time sampai tu, sesi ceramah sedang dijalankan oleh Ustz Yusri (kalo xsilap nama ustaz tu)..letak la beg kat dorm yg disediakan. Terus je la gi dengar ceramah tu…
Saat demi saat, minit demi minit, jam demi jam sy ikut aktiviti yg di atur….secubit demi secubit Allah ubah ati sy...Subhanallah..mmg Allah yg memegang ati nie, Dia yg membolak balikkan ati kite semua… Ati sy mula cair dengan ceramah dan aktiviti yang dianjurkan…
Ya Allah, aku datang dgn ati yg x ikhlas, tp Kau hadiahkn aku ilmu2 yang tak ternilai harganya....Maha Suci Allah, Dia tetap membalas dgn segala kebaikan walaupun aku datang dgn ati yg kotor....jujur, mmg sy x ikhlas sepenuhnya dtg ke kem tu sebab lebih cenderung untk aktiviti di kolej tu....
Kem ni secara rawaknya, sy boleh katakan persiapan seoarang da’ie dlm berdakwah di dunia kontemporari nie...pelbagai aspek yg dikupas, dan isu2 itulah yg telah membuka mata sy dn hati sy....Allah mmg sygkn sy, Dia hntr sy ke kem ni daripada mengikuti aktiviti lain....majlis ilmu yg penuh barakah ini....
Sungguh, sy terlalu berdosa dgn Allah dan semua yg hadir kem tu.....Benar seperti yg pernah di dengar, kita merancang dan Allah sebaik-baik perancang...Dia dah aturkan dengan cukup baik, segalanya terpulang pd hamba itu sendiri bgmn kite menginterpretasikannya..bnyk benda sy blajar dlm kem ni..
Jantung sy mmg tersentap, sebab betapa berat amanah yg sy pikul dlm membawa nama Islam ni sebenarnya...sebab...kite semua ni da’ie....kat bilik, mad’u kite rum8, gi kuliah, mad’u kite coursmate, balik umah, mad’u kite, keluarga kite sendiri...di semua tempat tak kira masa la....masyaAllah...teruknya sy nie...
Sy teringat senior sy pernah tnya sy,”kinah mcm mn kite nk kenal Allah??”, sy jawab je la ” Dgn berzikir, menghayati ciptaan Allah.....”, erm..akak tu senyum je kat sy...alamak silap ke??, ”kinah tau x ada cara lain yg lebih dekat dri tu??”, ”x taw la plak kak, apa ye??”...” Kinah, dengan kenal diri kite pun sebenarnya langkah terbaik untuk kenal Allah sebab Allah cipta kita kan.....cuba kinah hayati setiap yg Allah cipta untuk diri kinah....” mmg tersentap jantung..simple, tp amat praktikal....pe pendapat shbt tntg nie??
Sahabat....dari cite sy tu, sy Cuma nk share yg kite kena bijak memilih dlm membuat keputusan. Kadang2 Allah beri sesuatu yg kite x suke untk kite semua berfikir tntg perkara disebaliknya.. ”....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”(2:216)
Sebagai peringatan untk sy dan shbt2....
Saturday, March 7, 2009
**Untukmu.....PERMAISURI**
Tika langkah disusun satu persatu,
itu tandanya dirimu pemalu…
Tika air mata mengalir lesu,
itu sumber kekuatan dirimu…
Tika diri dikuasai nafsu,
itu tandanya kau perlukan ilmu…
Tika diri terasa penat,
itu dinamakan pengorbananmu…
Segalanya tentang dirimu.
Cantik dirimu,
Dek wajah yang jernih,
Manis dirimu,
Dek senyuman yang indah,
Ayu dirimu,
Dek rendahnya egoismu,
Hebat dirimu,
Dek iman yang jitu.
Ya Tuhan,
Jadikan permaisuri ini
sesetia Khadijah kepada suaminya,
Jadikan permaisuri ini
setaat Fatimah kepada bapanya,
Jadikan permaisuri ini
setabah Aisyah dalam hidupnya,
Jadikanlah permaisuri ini
sekuat Masyitah dalam agamanya.
Hadirnya cinta…cinta pertama,
Cinta pertama…cinta utama,
Saat cinta menggamit jiwa,
Serahkan saja pada Yang Esa,
Kerana,
Jika tiada cinta insan untukmu,
Cukuplah cinta Illahi
pelengkap hidup.
Biarkan masa berubah,
Tapi aqidah jangan goyah,
Silakan masa berganti,
Tapi keyakinan jangan mati,
Kerana janji Allah itu pasti.
Jadilah permaisuri yang
ditangannya mawar berduri,
Dihatinya cahaya hakiki,
Duhai permaisuri…