Tuesday, September 29, 2009

**Bila emosi bersuara**

Salam alaik shbt2....entry kali ni sy tujukan khas buat shbt2 teater sy, Sanggar Mas. Saat entry ni di taip, kita semua baru shja selasai latihan kita di dewan kolej.

Malam ni bukan pertama kali sy mengalirkn air mata depan shbt semua kan, dah berkali-kali. Memang, sy seorang yg mudah tersentuh dengan apa2 shja...

Dlm perjalanan balik tadi, senoir2 cuba menasihati sy. Mmg saat ni sy amt perlukan insan2 utk menasihatkn sy. Diri sy dlm keadaan terumbang ambing.

Bila difikir semula, mungkin ini hikmah yg jelas, kenapa Islam meletakkan pemimpin yg sebenar adalah lelaki. Pemimpin dlm rumahtangga, pemimpin umat sekalian alam..segalanya berasal dari kaum adam.

Bukan menidakkan kebolehan pemimpin dari kaum hawa, tp ini realiti yg selama ini mgkn ramai yg tak sedar. Kan ada pepatah, org yg berjaya adalah org yg berjaya mengawal emosinya. Dan malam ini, sah2 sy gagal jadi seorang yg 'berjaya' sbg pengarah.

Shbt, mgkn sebab latar kita semua yg berbeza membuatkn sy masih tidak serasi dgn kalian, walaupun kita dah bersama hmpir setahun setengah. Sy di didik dgn penuh ketegasan walaupun ank bongsu sekalipun.

Kehidupan sy di rumah agak serius. Baik dari percakapan, tingkah laku, disiplin bilik tidur, family agak ketat tntg ni semua. Dan kadang2 sy tewas dengan emosi sy sendiri.....buktinya, malam ni sendiri.

Ingatlah semula pepatah 'begin with the end in mind'....pepatah ni Islam yg mulakan dulu, mungkin lenggok bahasa berbeza, tp maksudnya sama. Setiap apa yg kita mula, kite kena fikir penghujungnya.

Saat sy di amanahkn menjadi pengarah utk pementasan teater kali ini, sy dapat rasakan betapa beratnya semua ini. Gara2 skrip itu ditulis sy sendiri, maka mungkin sy yg lebih memahami cerita tu, itu tanggapan segenap daripada kita. Terima kasih sgt2 sbb beri kepercayaan ini. Dan sy rasa buat julung kalinya perempuan jadi pengarah dlm produksi kita. Suatu cabaran hebat utk sy.

Suara sy mlm ni, terasa memedihkn hati semua shbt2 yg amt sy kasihi....mungkin ramai yg terasa dgn sikap sy yg menimbulkan isu itu dan ini.

Pepun terima kasih bnyk2 di atas kerjasama yg shbt2 semua berikan pada sy. Terima sgt2. Sy terharu sgt2 korang masih bersama sy walaupun sy macam ini. Tak terbalas segala pengorbanaan shbt semua.

Harapan sy, pementasan BIDADARI CINTA kali ini, benar2 dapat menyampaikan mesej yg cuba dikeluarkn dari dialog2 tu semua. Tanpa shbt semua, sy teater ini takkan dapat jadi kenyataan. Tanpa shbt semua sy tak mampu utk merealisasikan semua ini.

Terima kasih shbt2ku Sanggar Mas......


p/s: jom tengok ramai2 pementasan teater BIDADARI CINTA pada 10 Oktober ni di Dewan Kolej Keris Mas, UKM....

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi