Friday, September 11, 2009

**Bila hati dibius raya**

Salam magfirah ramadhan dari diri yg jahil ini....sayu, sedih, pilu, terkilan, semua bercampur menjadi satu perasaan sy kini. Bila hati dibius raya. Bila dikenang kembali, benar lebih kurang seminggu je lagi kita akan menyambut hari raya, tapi......................................

Adakah diri ini sudah bersedia utk MENINGGALKAN ramadhan kali ini?? Mungkin akan ada yg berkata, ala, adat la, semua benda akan datang dan pergi. Tapi, tetamu kita semua kali ini adalah ramadhan..bukan sebarang tamu..apakah kita melayan tetamu kita kali ini dengan sebaik mungkin??

Kita selalu diasak dengan kata2, kita harus memuliakan TETAMU. Dan kali ini, tetamu kita akan pergi meninggalkan kita...apa yg kita raikan tetamu kita saat ini adalah persiapan hari raya..seolah kita tak menghargai hati dan perasaan tetamu kita yang ingin menghabiskn sisanya bersama kita semua.

Teringat sy tazkirah semasa solat terawih semalam di kolej sy. Tazkirah yg biasa kita dengar, tp meruntun hati sy dibuatnya. Bulan ramadhan, merupakan universiti tarbiyah bukan??? mungkin ujian yg disediakn bulan ini lebih hebat dari bulan yg lain sebab ganjarannya pun jauh lebih hebat...

Bila dirungkaikan semula, masih ingat di benak kita ni, bulan ramadhan ini terbahagi kepada 3 fasa. Ia sama jika dianalogikan kepada tahun pengajian sy dan beberapa shbt2 lain iaitu selama 3 tahun jika diizinkn Allah. Maknanya, 1 fasa ramdhan, di bandingkan 1 tahun pengajian sy di universiti ini.

Al-kisahnya, kita sibuk mengejar utk menjadi graduan yg cemerlang dari segi pointernya, dari segi soft skillnya...cemerlang dari pelbagai aspek. Persoalan......sejauh mana persiapan kita utk menjadi graduan dari universiti tarbiyah ini dengan kredit yg paling cemerlang???

Memang, memang kita akan konvo, kita akan konvo pada 1 syawal nanti. Antara konvo dengan rasa sia2 berlapar dahaga selama sebulan atau berkonvo dengan rasa kemanisan 1001 rasa atau takde perasaan, sekadar konvo kerana mengikutkn musim konvo tu je....

Masih terakam dalam fikiran sy, bila seseorang tu konvo je, paling tidak dia akan dapat bunga kan...ada la family ke yg bagi ke kan...tp, nk jadi ke cerita, konvo kali ini, bunga ke segala bentuk ganjaran yg dijanjikan, tak dapat dilihat dengan mata kasar, tak dapat dirasa dengan segala reseptor yg ada, malah dapat diraih dengan linangan air mata kecintaan kepada bulan dalam mengharap dapat menjalani lagi universiti tarbiyah ini.

Sebuah universiti yg tidak memerlukan yuran pengajian, cukup sekadar hadir ke kuliah dengan hati yg bersih dan ikhlas, cukup sekadar saling ingat mengingatkn tentang assignment utk bertadarus, menghidupkan malam...tidak ada syarat kelayakan utk masuk, sebab selagi warganegara seseorang itu masih bertaraf muslim, semua orang layak.


Apa lagi yg kita harap dari universiti ini?? Sy akui, sy sendiri selalu melepaskn peluang utk merebut segala kebaikan yg ada, melepaskan segala peluang utk meningkatkn kualiti utk menjadi graduan universiti tarbiyah ini...terlalu banyak sy tidak memanfaatkannya...ampunkan hambaMu ini ya Allah

Shbt, ayuh la kita sama2 merebut sisa masa yg tamu kita ini masih sudi bersama kita. Jangan biarkan tamu kita keseorangan. Tegarkah kita utk terus menutup deria kita dari bersama tamu ramadhan ini semata utk menyambut tamu Aidilfitri???

Salam renungan dari diri yg jahil ini....

1 comment:

  1. Assalamualaikum...
    Lama saya tidak menjengah ke sini...
    Terima kasih dik...
    Kata2 mu meruntun jiwa & membuatkan akal yang waras ligat berfikir...
    :

    ReplyDelete

Jom berkongsi