Monday, September 14, 2009

**Kuliah di Universiti Tarbiyah**


Salam wangian tamu Ramadhan....bgmn hati dan nafsu shbt2??? Ada masa turun dan naik bukan sebab kita manusia biasa...but in order to become extra ordinary right..insyaAllah.

Hari semakin ke penghujung, shbt2 x risau ke dgn hari konvo nanti?? 1 Syawal...bgmn dgn persiapan?? Atau shbt terus dan terus fokus kpd tamu yg akn berakhir nie?? Kdg keadaan sekeliling membuatkn kita tersepit antara agama dan adat.. Kan ada pepatah mengatakan biar mati anak, jangan mati adat. Betapa masyarakat kini amat menekankan adat...semoga ia tidak bertentangan dgn syariat...

Post kali ni sy nk berkongsi sedikit sebanyak tntg kuliah sy di universiti tarbiyah ni. Kuliah yg mengambil masa 24 jam sehari selama 7 hari seminggu. Betapa dhaif dan kerdilnya sy semasa mengikuti kuliah2 yg dh tersusun buat sy.


Dulu, sy sangat rindukan shbt2 seperjuangan lama, terutama shbt2 muslimat ntp dan syukbah akademik, kini perasaan tu masih menebal, tp sejak akhir2 ini, lain pula cara Dia mengajar sy dlm kuliah.

Segala teori yg selama ini telah sy dengar benar2 menjadi praktikal di depan mata. Allah susun satu persatu 'exam' dlm kuliah sy. Memang takde passing mark, tapi ini sebahagian dari carry mark sy utk kehidupan di sana.

Kehidupan di dunia skrg ni, semakin hari semakin mencabar bukan. Sy ditarbiyahkn dengan segala macam situasi yg sy sendiri seolah tidak percaya. Sebab kebenarannya, teramat pahit utk ditelan...kami terpaksa berlakon dalam kuliah, kami terpaksa menangis dalam kuliah, kami terpaksa bermacam-macam....kuliah di universiti tarbiyah ni memang sgt mencabar.

Bukan terpaksa seperti tidak redha, tp nk menggambarkn laluan utk menghadirkan diri di kuliah tu, subhanallah, sgt mencabar.

Ada satu hari tu, sy teringat kata2 shbt lama sy, "Kinah, kau nampak aku ni jahatkn, aku kawan dgn budak penagih dadah, minum arak, tp kau tahu tak, ada kelebihan aku kawan dgn dia org ni.."

"Ha??Kelebihan?? Erm....antaranya??" sy sgt la hairan, sbb sy tak pernah bercampur dgn golongan sebegitu pada saat tu.

"Katakanlah esok, aku ada anak, anak aku tipu yg dia tak hisap dadah, tp sebenarnya dia hisap dadah, tp dia xleh tipu aku, sbb aku dh boleh kenal org hisap dadah ni mcm mn, even time dia waras sekalipun...cara2 dia amik dadah pun dia takleh tipu, sbb aku dh tengok semua ni...."

Terkedu sy.....


Sehinggalah Allah menakdirkn sy berkawan dgn seorang kaki botol....subhanallah, dia sgt baik, serius, sgt baik..dia jaga sy dgn baik sekali. Sy selalu menangis bila jalan dgn dia sbb sy macam x percaya je itu dia, sedangkn pada malam hari, dia lain. Kami skrg dh jarang berjumpa sejak sy belajar di bangi ni.

Walaupun kehidupan dia macam tu, tp dia masih ada hati utk menolong org tua, depan mata sy sendiri. Time tu kami janji nk jmpa kat taman, dari jauh sy nampak ada seorang pemuda ni bergaduh dgn seorang pak cik tua, then pak cik tu ditolak ke longkang tepi rumah mereka. Shbt sy ni datang berlari ke arah pak cik tu, dan dia marah pemuda tu, walaupun shbt sy tu seorang perempuan. Memang cara dia agak kasar, tp jelas tanpa dengung hati dia masih disaluti kasih dan ihsan....

Semasa sekolah di Kuantan dulu, ada shbt sy pernah ingtkn, "Kinah, ada masa kita perlu menjebakkan diri kita dgn golongan2 sebegini. Kita perlu terjun. Bukan sekadar mengeluarkn teori2 dengan berkata itu dan ini tanpa berpaksi pada realiti sebenar"

Kata2 ini sy pegang smpi sekarang. Sy sedar, sy sendiri masih terlalu banyak kekurangan, masih banyak membuat dosa dari hari ke sehari. bila fikir semula, ujian dan 'tarbiyah' ini sebenarnya cara Allah memakbulkn doa sy.

Sy hilang shbt2 seperjuangan dulu, tp Allah ganti dgn shbt2 yg penuh dgn ujian ni utk sy hiasi jalan dakwah ni dengan kemanisan ukhwah yg tiada nilainya. Sy berjauhan dgn shbt2 seperjuangan dulu, tp Allah pertemukan shbt2 ini sbg tanda ingatan Dia pada kita agar kita tidak terus terleka.

Sy nk kembali kpd diri sy yg asal, sakinah yg kuat semangat, yg sememangnya degil (sampai sekarang pun degil kan..), tp makin hari sy makin terpesong. Bulan ni, bulan Dia menyungkurkn sy, agar sy terus tunduk, jgn angkuh sakinah!! Hampir setiap hari di Universiti Tarbiyah ini, Dia menghantar hambaNya sbg peringatan kpd sy...dengan pelbagai cara..

Betapa halus cara Dia menegur sy...bila dilihat dgn mata dan pintu hati yg tertutup, kita akan melihat 'exam' ni suatu yg sgt maha dahsyat, tp bila kita cuba dan cuba menerima dgn hati yg benar2 ikhlas, insyaAllah, kilauan permata tu akan menyinar jg.

Persiapan utk menjadikan hati ini lebih jernih dari permata, memang tak terkata payahnya. Adunan usaha, istiqamah, doa, tawakal dan semua perkara mahmudah perlu betul2 sebati. Kuliah ini akan berakhir, tp bg manusia yg benar2 cintai bulan ini, sesungguhnya kuliah ini takkan pernah berakhir malah sentiasa bersambungan dengan episod yg berbeza.

Kalau diikutkn, sy tak layak utk menulis ini semua, malah utk berkata2 tntg ini pd mana2 shbt. Bila ingt balik, setiap apa yg kita perkatakan, Dia akn uji semula, lebih baik kita jgn berkata apa2 kan, takut kita sendiri yg tergelincir. Namun, apa gunanya tiket Islam ini??? setelah penat beratur utk dapatkn tiket, mestilah nk melihat dunia pementasan 'pelakon' duniawi ini kan...agr kita merasa puas bila keluar dari dunia pementasan tu.

Bila sebut tentang ujian atau 'exam' di kuliah kali ini atau di bulan lain sekali pun, sy teringat kata2 Abg Firdaus, ketua fasi dari UIA dulu....dia tunjukkan satu slide di mana, dlm slide tu ada 1 titik di tengah2...then, dia tanya kami, apa yg kamu nampak??

Of course akn jawab, ada 1 titik kat tengah2 tu. Itulah jawapan yg paling common. Tp, berapa org je akn berkata tntg latar putih tu?? berapa org??? Kenapa manusia cepat fokus kpd titik tu?? itu lah manusia kan...

Jom shbt2, kita renungkn sejenak tntg suatu perkara. Katakanlah, ada satu hari tu, Allah bg ujian menimpa2 pd kita...paginya, kena marah dlm lecture dpn semua org, t/hari pulak, time nk makan, kafe tutup secara tibe2, lepas tu mentor panggil plak, dh la lame, time nk blik plak, motor accident dgn motor org lain, mlm tu plak, ada kecemasan kat kolej, tangki air blok tibe2 pecah. Satu, satu ujian hari tu.

Agak2 la, apa perasaan kita semasa hadapi ujian tu?? Lebih dari menangis dah kalau sy. OK....saat ni, cuba analogi kan semula masalah kita yg sehari ni dgn slide yg ada titik hitam kat tengah tadi..apa yg shbt dapat???


Ini sekadar renungan semula...selama kita hidup ni, berapa lama kita seronok, kita ketawa, kita bahagia...berapa lama....agak2 je la, dari 20 tahun kita hidup ni, berapa lama kita berseoronok..tp, saat ditimpa ujian yg bertimpa2 ni, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga yg bertimpa2 lagi, kita hanya memandang hari tu je...time tu la nk salahkn hari tu, time tu la nk salahkn org sekeliling, nk marahkn lecturer, nk marahkn org kafe...time tu la segalanya...

Tp, jika dibuat nisbah hari bahagia dgn hari tu, berapa sgt percent dia...teramat kecil bukan. Mata kita je ditutup dgn 'hari tu' tanpa melihat hari2 bahagia sebelum ni. Sama macam slide tu, kita cuma nampak titik hitam, kita lupakan bahagian putih yg lain..Jangan izinkn hati dan fikiran kita tertumpu hanya dan semata hari itu. Apakah kita tidak pernah bersyukur saat kita dikurniakan hari yg bahagia sblm2 ni??

Sama2 la kita renungkan isi kuliah di universiti tarbiyah ni. Sy akui, sy seorang yg sgt lemah, bab2 agama ni, sgt la jahil, tp, jomla kita sama2 ingat mengingatkn.


Salam wangian kuliah di universiti tarbiyah...semoga kita tergolong dalam graduan yg cemerlang yg lahir dari universiti ini. Ingatkanlah juga diri ini yg terlalu jahil....

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi