Medan ini, ruang ini,
menjadi tempat pertaruhan hati dan akal,
bukan pertama kali, tapi
kesekian kali...dan berkali-kali lagi
Aku terduduk bila hati diketuk
diketuk dengan realiti pembentuk
pembentuk masa yg semakin suntuk
ekoran dunia yg tak pernah tunduk
Medan ini, medan pertaruhan,
antara nafsu, akal dan iman,
yg sentiasa dalam perolakan
buat insan yg kekosongan dan
tidak berpimpin iman.
Medan ini, medan perjuangan,
walau disalut seribu kekurangan
perjuangan tetap diteruskan
agar manusia tidak terus terhumban
ke lembah kehinaan
yang kian merisaukan
Medan ini, medan kasih sayang
antara insan bersaudara
berdarah sama Islam agamanya
tanpa mengira latar warna
tanpa mengira kisah lama
kerana kasih sayang ini
istimewa utk insan yg terbuka
menerima teguran dan peringatan bersama
Medan ini, medan tangisan
kerana,
saat diuji air mata cinta akan keguguran
walau wajah tampak penuh ketenangan
gelodak jiwa tak kedengaran
oleh insan yg hilang kepercayaan
terhadap Dia pemilik insan.
Medan ini medan mendewasakan kita....
ampunkan aku ya Allah.....
aku teramat lemah....
No comments:
Post a Comment