Tuesday, September 1, 2009

**Ukhwah fillah, abadan abada**

Salam alaik ya sahabat2....kaifa haluk kullukum?? Bulan ramadhan semakin menghitung hari, menghampiri pertengahan pula kali ini. Tp, tahap penghayatan, tahap amalan di bulan mulia ini masih di manakah kita?? Ya Allah, jadikan kami golongan yang tidak terlepas dari segala rahmat dan nikmat dalam bulan ini Ya Allah....

Di sini, sy sebenarnya nk berkongsi sebuah kisah ukhwah yg sgt la sy merinduinya. Terasa manisnya ukhwah itu tak dapat nk diceritakan dengan ayat....masyaAllah..

Al-kisah, NTP KMM 07/08 berazam utk mengadakn satu reunion yg bertempat di melaka. Maka, dengan izin Allah, kami berkumpul di Teratak Rehat Atie Ira yg terletak di Kg. Sg. Kertah, Pengkalan Balak menghala ke Teluk Gong, 5 minit mungkin dengan Kolej Matrikulasi Melaka.

Setelah persiapan demi persiapan, baik dari aspek penginapan, makanan utk berbuka dan bersahur, modul2 yg ingin dikongsi, bilangan kehadiran shbt2 ke sana, malah segala persiapan lain, Allah menakdirkn kami seramai 9 orang shbt, 4 org muslimin dan 5 org muslimat yg dpt menghadirkn diri. Alhamdulillah.....

Pada awalnya, bilik yg ditempah, sebanyak 4 bilik kerana pada awlnya mengjangkakan lebih kurang 20 org shbt yg akan menyertai kali ini, namun Allah Maha Mengetahui dan Dia sebenar-benar perancang.....

Hari Ahad, 30 Ogos 2009.

Lebih kurang jam 10 pagi sy memulakan perjalanan ke sana dengan memandu sendiri ke melaka, Tempat pertama yg akan sy tujui adalah UniKL MICET yg bertempat di Simpang Ampat. Di situ, sy akn bertemu sahabat sy, dan kami akan bergerak ke reunion tu bersama. Di sana, sy diperkenalkn kpd shbt2nya yg lain yg sememangnya jelas dgn kelebihan masing2...

Dari satu bilik ke satu bilik sy di bawa utk berkenalan dgn shbtnya di unikl tu...malu plus segan sy jadinya..terasa terlalu kerdil dgn kekuatan shbt2 lain.

Lebih kurang jam 12.40 t/hari sy dn shbt sy ni keluar dari kampus nya bertolak ke masjid tanah kerana akn ada shbt yg sampai di sana....

Perjalanan yg memakan masa lebih kurang 30 minit ke masjid tanah, membuatkan kmi agak gelisah kerana jalannya yg boleh tahan bnyk simpang....tp, itulah pengerat kasih sayang kami.. :-)

Sampai di masjid tanah, kami menjemput seorang lagi shbt yg baru sampai. Bukan apa, demi menjimatkn duit tambang plus shbt2 lain sememangnya tak tahu tempat chalet tu....jadi kami bertiga bergerak ke Teratak Rehat Atie Ira Chalet, destinasi kami...

Subhanallah, cantik sungguh ciptaan Allah...teringat bait2 lagu dendangan kumpulan Mirwana, Hikmah Kembara...
Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa

(CHORUS)
Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia

Tiada beza warna,kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhan

Fikirkanlah..dimana arah kita
Renungilah..hikmah kembara
menuju kasih
buktikan cinta kita..
kepadanya..
ini kembara kita

Petang itu, sementara menunggu shbt2 lain sampai, kami bertiga bermusyawarah bersama bg mengemaskini tentatif prgrm, modul dan aspek2 lain. Terasa spt meeting yg dlu, sbb kami bertiga dari syukbah yg sama dulu....rindunya kenangan bersama ahli syukbahku dulu...

Lebih kurang jam 6.30 petang, seorang demi seorang shbt sampai ke chalet tersebut. Ada yg menaiki kenderaan sendiri, ada juga yg menaiki kenderaan awam....yg pasti, matlamat kami satu, ingin berkumpul bersama, bertemu dan berpisah demi Yang Esa....ukhwah ini ingin kami perkukuhkan lagi dengan jalinan yg lebih utuh, dan diwarnai dengan kasih sayang sebenar dalam bersahabat....

Lebih kurang jam 7 lbh, shbt2 dari UniKL baru kunjung tiba, dan terasa meriahnya sbb bilangan kami bertembah...alhamdulillah....makin bertambah kenalan kami.

Lepas berbuka puasa, solat terawih. Menu berbuka hari itu, sy sendiri yg tempah, terasa cuak jg, sbb takut tak dapat nak memenuhi kepuasan sahabat....

Malam itu, malam yg amat sy nantikan. Malam muhasabah dakwah.... dari petang itu lagi, sy terasa hendak menangis, bukan kerana apa, tp sy tahu, sy tak layak berdampingan dgn shbt2 spt mereka.

Terasa sy terlalu jauh terpesong dari landasan yg kami sama-sama berjuang dulu. Landasan memperkasakan tali Allah sambil di kelilingi dgn ukhwah yg tak ternilai, semua itu menjadi hiasan hati yg sentiasa meletakkan diri ini terlalu hina..tp kini?? kinah ini bukan lagi kinah yg dulu, terlalu banyak perubahan dlm diriku...sy tewas dengan perubahan kini.

Malam itu juga menyaksikan 8 org shbt ini, berkongsi kisah masing2 dengan harapan dapat saling mengingatkan antara satu sama lain. Tiupan angin laut, deruan ombak, cahaya bulan, dan segala ciptaan Allah, mengiringi malam kami....subhanallah, hebat sungguh perancangan Dia.

Esoknya, kami bersahur lebih kurang jam 5.20 pagi. Lepas tu, bersiap solat subuh. Dan ketika solat subuh tu, ada sesuatu yg berlaku di dalam bilik kami....astaghfirullahal azim....kami je tahu, apa ceritanya......

Lebih kurang jam 8 pagi, modul seterusnya, restoran mewah (lain dari nama asalnya....). Modul ini, sy di amanahkn menjadi pelabur manakala ada seorang shbt menjadi moderator dan lain2 membentuk kumpulan. Walaupun hanya ada 2 kumpulan, namun, situasi kami cukup gamat. Kreativiti, hujah yg disampaikan, sgt mencerminkan kematangan shbt2 yg hadir pd kali itu.

Bila di imbas, mungkin ini kejayaan shbtku yg hadir, kerana apa...kerana....

"Dan daripada kalangan manusia ada yang berdoa, wahai Tuhan kami, berikanlah kami dunia, dan mereka akhirat kelak tidak akan mendapat apa-apa. Dan ada pula daripada kalangan manusia ini yang berdoa, wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan dunia dan berikanlah kami kebaikan akhirat dan jauhkanlah kami daripada azab api neraka. Mereka adalah yang memperolehi apa yang mereka kerjakan, dan Allah Maha Cepat PerhitunganNya"
[Al-Baqarah : 200-202]

Doa mereka yg makbul...kerana mereka memiliki peribadi yang masyaAllah mantap..tp, diri ini?? makin menjauh rasanya...Ya Allah, Kau pimpinlah kembali diri ini dan semua shbtku ke jalan yg diredhai Engkau Ya Allah..

Bila disentuh berkenaan ukhwah, sebenarnya, dlm menjalin ukhwah ini, kita sebenarnya menyahut perintah Allah...iaitu
"Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara, maka perdamaikanlah dua saudara yang bertelagah dan bertakwalah kamu kepada Allah, moga-moga kamu mendapat rahmat"
[Al-Hujurat : 10]

Malah dipertegaskan lagi oleh baginda Rasulullah SAW dalam sabdanya :
" Tidak beriman seseorang kamu itu melainkan dia mencintai sahabatnya sebagaimana dia mencintai dirinya"

Andai diri masih mempunyai sahabat, hargailah, bimbinglah, bantulah, curahkan lah kasih sayang kepadanya...knpa tidak kita menghargai apa yg menghargai kita...

Kembali ke reunion kami, semasa sesi pembentangan restoran mewah itu, tibe2, kinah diuji...jeng2....maka....tamatlah kisah..sy telah 'mematikan' pembentangan...shbt2 mslmt sgra balik ke chalet kami jg kerana 'sy'...ampun sgt shbt.....

Timbullah isu, macam mana shbt2 nak balik ke kampus masing2 kerana tiada co-pilot yg boleh didapati ketika itu..Tp Allah Maha MEngetahui, sy agak mengambil masa utk stable semula, tp alhamdulillah, sy masih diizinkan utk menghantar pulang setiap dari shbt ke destinasi masing2.

Dari chalet itu, kami bergerak ke Melaka Central, kemudian ke UniKL, kemudian ke USIM. Maka tinggallah sy dan seorang shbt di dlm kereta, kmi berbuka dlm kereta, dalam perjalanan ke Cyberjaya, sy menganbil keputusan utk pulang ke UKM dlu. Jadi selepas solat semua, baru sy bergerak ke Cyberjaya utk menghantar seorang lagi shbt. Kami keluar dari melaka jam 2.30 ptg, dan sy pulang dari Cyberjaya jam 12 tgh mlm....penat tp, terasa kemanisan yg tak mampu di ganti dgn apa2.

Benar, sy memang tak boleh kehilangan shbt2 sy di sana...sy amat merindui dan menyayangi segala kenangan kita bersama...

Moga kita benar2 tergolong dlm 7 golongan yg mendapat lindungan di hari sana, bertemu dan berpisah keranaNya......

UKHWAH FILLAH, ABADAN ABADA......

p/s : gambar akanku upload kemudian... ada masalah teknikal

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi