Friday, October 23, 2009

**Bagaikan Khadijah Di Hati Rasullulah**



Salam kedinginan hembusan nafas yang kian dipinjam dari Illahi. Pertamanya, ada baiknya kita sama2 mengucapkan setinggi2 kesyukuran yang x terhingga kepada Allah kerana dengan sifat Maha PenyayangNya, Dia masih memberikan kepada kita terlalu banyak nikmat kepada kita termasuklah nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan Islam walaupun kadang kala kita sering leka dan lalai dalam mengabdikan diri kepadanya...

Baru2 ni, saya dan seorang sahabat saya merangkap senior di sini, berjalan menuju ke salah sebuah kedai buku kegemaran saya di Warta. Objektif kami hanya satu, mencari buku keluaran yang latez untuk dimiliki...buat 'topup' iman yang kian menyepi.

Setelah dibelek satu demi satu tajuk buku, ada sebuah buku yang menarik perhatian kami, 'Bagai Khadijah Di Hati Rasullulah'...dengan cover bewarna merah gelap, tulisan putih yang menyerikan cover itu, apatah lagi tajuk yang cukup puitis untuk mencuri perhatian kami dari membelek buku lain, sah, buku itu akan kami miliki.



Buku ini mengisahkan tentang sebuah perkahwinan. Ye la, ada yang mengatakan perkahwinan ibarat pertaruhan. Ada pula yang mengatakan perkahwinan ibarat percaturan. Tidak kurang pula yang memberikan definisi perkahwinan sebagai perkongsian hidup dua hati yang berasal daripada dua keluarga yang berbeza segalanya. Walau apapun definisi perkahwinan mengikut takrifan individu, namun Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah, menyingkap petua-petua cinta abadi alam perkahwinan, pengalaman sebenar, tip-tip berguna serta amalan doa-doa tertentu dalam mengemudi bahtera perkahwinan supaya kekal hingga ke akhir hayat.

Bila disebut tentang perkahwinan, usirlah perasaan malu, segan dan segala perasaan tidak matang itu, kerana ia sebahagian daripada fitrah manusia. Saya ingin memetik kata2 penulis buku tersebut tentang definisi fitrah yang beliau singkap disebalik tiap huruf kalimah tersebut.

F iaitu fikiran. Membersihkan minda dan berkembang menjelajahi dunia cinta
I iaitu inspirasi. Maksudnya mencari role model yang ideal dalam bercinta
T iaitu teknik. Pecinta tahu apakah teknik yang diaplikasi dalam membina cinta.
R iaitu respon. Pecinta mengenalpasti maklumbalas bagi pembaikan dan refleksi diri
A iaitu aplikasi. Pecinta belajar dan mengamalkan ilmu yang dipelajari
H iaitu hamba. Pecinta membina cinta sesama manusia dan menjadi hamba yang mencintai Allah

Bukanlah niat untuk mengajak sahabat2 ber'angan' tentang kahwin dan segala bagai, cuma mungkin dapat kita kongsikan realiti hati seorang manusia yang tidak lari dari ingin menyayangi dan di sayangi oleh insan yang halal buat diri.

Bagi sy, ia seperti musim, sebab bila dilihat sekeliling, shbt2 sy seolah-olah sama2 bermimpikan benda yg sama, 'demam nak kahwin'. Tapi, sejauh mana sebenarnya persiapan setiap dari kita utk sebenar2 berhadapan dengan hari realiti tersebut??

Ada sahabat matrik sy dulu mengingatkan,

"Kinah, untuk masa yang ada, lebih baik kinah persiapkan diri untuk menjadi isteri yang diidam oleh kaum adam sebagaimana 'suami' kinah cuba persiapkan diri untuk menjadi suami yang kinah idamkan. Masih banyak yang perlu kita perbaiki, paling penting kembali kepada basic.."

Kata2 shbt sy itu sy pegang sehingga saat ini. Dan, buku Bagaikan Khadijah Di Hati Rasullulah seperti jalan penunjuk kepada impian sy ini. Setelah buku 'Aku Terima Nikahnya' , ' Bercinta Sampai Syurga' dan buku ' Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul' dihadam oleh mata, hati dan fikiran sy, buku ini menambah lagi perisa perkahwinan yang sebenar dalam diri.

Seperti entry2 sebelum ini, pernah sy singkap kembali sedutan ceramah yg bertajuk 'Kahwin Awal : Bahagia atau Derita', di mana di ceritakan tentang betapa pentingnya objektif sesebuah perkahwinan itu di bina.

Untuk saat ini, sedikit lagi dimensi perkahwinan di mata sy berkembang. Iaitu berkisarkan tentang kesucian perkahwinan itu sendiri. Selama ini sy sekadar membaca tentang 'kesucian' itu, tanpa memandang ia sebagai permulaan kepada hubungan dua insan yang akan dibawa ke syurga. Namun, saat ini, sedikit demi sedikit sy sedar 'kesucian' perkahwinan itu sebahagian daripada kesempurnaan sebuah perkahwinan.

Kesucian yang cuba disingkap adalah dari aspek kisah pertemuan antara lelaki dan perempuan yang akan dikahwinkan nanti, kisah urusan hantaran; adakah dipermudahkan atau sebaliknya, kisah walimah yang bagaimana konsepnya....satu persatu sy cuba selami bagi memahamkan konsep sebenar yang Islam gariskan.

MasyaAllah, banyak lagi sebenarnya yang perlu dipelajari dalam mengutip ilmu atau 'teori' dalam membina sebuah rumahtangga ini. Tapi, janganlah sampai menjadikan urusan perkahwinan ini sebagai suatu beban buat muda mudi hari ini.

Seperti yang dibacarakan awal tadi, perkahwinan ini fitrah manusia. Dan Allah tidak pernah menghalang dari dua manusia ini untuk tidak bersama, malah dalam surah Yaasin ayat 36, Allah berfirman maksudnya,

" Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, sama ada dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui"

Siapa jodoh kita, bagaimana dengan rezeki kita, semuanya sudah tertulis di luh mahfuz kan...cuma, diri ini perlu dan sentiasa persiapkan diri.

Bagaikan Khadijah di hati Rasullulah....dengan tajuknya sahaja sah2 memberitahu, dalam meniti kehidupan berkeluarga hatta kehidupan seharian sekalipun, role model terbaik yang perlu dijejak ialah Saidatina Khadijah RA dan juga junjungan besar, Nabi Muhammad SAW...

Apa yang dirisaukan, bila berkata tentang perkahwinan, lain pula yang bermain difikiran manusia kini. Warna tema, konsep majlis, berapa ramai tetamu, music segala bagai, buah tangan buat hadirin, hantaran berapa dulang....dan segala macam. Tapi, ingatlah bersama,

“Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah”
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Bukanlah sy tidak risaukan diri ini, mana tahu, Allah nak uji kehidupan sy suatu hari nanti, di datangnya ujian dalam bahtera rumahtangga saya nanti, mana tahu saya sendiri tersasar dari garisan syariat Islam...wallahu a'alam...peringatkanlah sy kembali.

Saat sy berjalan2 dgn sahabat sy tu, sy terjumpa sehelai jubah putih, masyaAllah cantiknya....shbt sy ni tersenyum2...

"Kinah ni, ada la tu dia nak buat dengan jubah nie.."

"Erm....agak2, apa yang sy akan buat dengan jubah ni kalau betul saya memilikinya?" sy cuba bermain soal jawab.

"Jadikan baju tunang...." sy memberi jawapan awal.

"Dah agak dah kinah ni...." kami sama2 tersenyum, masing2 mungkin masih malu untuk mengakui perasaan itu.

Kinah, kinah.....dahsyat juga sy nie berangan, sampai ke baju tunang tu...takpe, abaikan kisah tu.

Dalam kereta, sy teringat mesej yg mak sy hantar pada sy sempena hari lahir sy...
"Selamat hari lahir sayang, semoga panjang umur, murah rezeki, cepat mendapat jodoh, suami yang soleh, tumpukan pada exam final ni, insyaAllah berjaya, amin"

Ringkas, tp cukup menggambarkan harapan seorang ibu buat anak dara tunggalnya ini...tapi, saya sedar, jauh sekali untuk bermimpikan seorang suami yang hebat dunia akhirat untuk benar2 bergelar suami kepada Shakinah Sukardhi ini....

Ntah mengapa, sedikit demi sedikit sy terhanyut dengan perasaan ini. Saat ini, mungkin sahabat lain berjuang utk study utk final kami, tp sy masih di depan laptop menaip entry ini.

Kemudian, teringat lagi kisah cincin yang tersarung di jari ini. Sahabat, izinkan sy menjelaskn situasi diri sy yg sebenar...tapi, mungkin bukan dalam entry kali ini. Cincin yang tersarung ini memang mempunyai makna yang sangat tinggi nilainya dalam diri sy..apatah lagi di usia sebegini. Namun, sy cuba utk menjelaskan 'status' sy dalam entry akan datang, sama ada benar sy menjadi tunangan orang atau sekadar merisik atau tiada apa2 ikatan.

Kembali kepada cerita kita yang asal. Sy masih ingat ada shbt pernah memberitahu pada sy,
"Kinah nanti, kalau kahwin, mesti buat besar-besaran, ye la, sebab kinah kan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, sekali seumur hidup tu...mesti meriah la"

Itu kata2 yang diluah shbt seperjuangan. Saya cuma tergelak mendengar kata2 itu. Bukan menidakkan jauh sekali mengiyakan. Saya akui kebenaran yg sy memang tunggal perempuan, tapi jauh sekali dengan cita2 sy.

Kalau tanya mak sy, kalau anak2 dia nk kahwin sekarang pun, dia dah bersedia. Baik abang mahupun saya. Dalam fikiran dia, mak dah plan tentang majlis anak2 dia, di mana basuh pinggan, tempat letak hantaran, meja pengantin, khemah utk tetamu, tempat memasak, semuanya dah ada dalam fikirannya. Terlalu jauh mak memikir tentang anak2nya.

Tapi, sejauh mana gahnya sebuah majlis itu mampu menjadi penjamin kepada kebahagian sepasang mempelai itu??Sejauh mana ramainya tetamu yang dijemput mampu menjadi bukti bahawa perkahwinan itu akan kekal selamanya?? Sejauh mana bilangan hantaran mampu menjadi pengikat kasih dan sayang antara dua hati yang bertaut itu??Sejauh mana???

Bila hati diusik rindu,
Jangan biar nafsu berlagu,
Melodi indah pasti terganggu.

Bila dibelek tafsir Al-Quran, terjumpa satu ayat ni,

"Dan kahwinkanlah orang2 yang sendirian di antara kamu, dan orang2 yang layak (berkahwin) dari hamba2 sahayamu yang lelaki dan hamba2 sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan menampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui."
(An-Nur : 32)

Apa kaitan ayat ni dengan cerita sy kat atas tu??erm....kalau kisah atas tu, manusia sibuk membelanjakan 'rezeki' dengan memberi idea utk konsep yang begitu dan begini, manusia sibuk memikirkan budget utk menghias rumah dengan segala warna, manusia sibuk memikirkan isi dulang hantaran yang perlu dipenuhi...

Tapi, ayat tersebut, bg saya membawa manusia berfikir dan yakin tentang 'rezeki' yang Allah janjikan setelah berkahwin walaupun bukan dari latar belakang yang mempunyai kewangan yang kukuh.

Suatu lagi isu yang perlu di ambil perhatian, iaitu keyakinan pada rezeki Allah setelah mendirikan rumahtangga bukannya 'yakin' pada sebuah majlis yang mantap dalam meraikan sebuah perkahwinan.

Teringat kata2 ustaz Hasrizal, penceramah bebas @ blogger favourite sy....

"Kahwin bukanlah hanya memikirkan indahnya pelamin, tapi perlu difikir sampai ke lampin"

Bunyinya agak kelakar, tapi mendalam maksudnya di situ.

Bagaikan Khadijah di Hati Rasullulah, sungguh mampu menjadi inspirasi buat muda mudi yang masing2 dalam proses mencari pasangan hidup, buat insan yang dalam proses melangkah ke mahligai perkahwinan, mahupun buat insan yang sudah berumahtangga. Saya mencadangkan sahabat2, andai ada peluang, milikilah buku ini, anda tidak akan rugi dengan pelaburan duit anda, kerana ilmu yang ingin dikongsikan, masyaAllah, memang menyegarkan.

Kemudian, bila sebut tentang hantaran, ada satu perkara bermain difikiran sy...hehe. Suatu hari nanti, andai Allah benar2 mengizinkan saya menjadi yang halal buat insan yang ditakdirkan buat saya, saya berhasrat untuk menjadikan buku2 sebegini sebagai salah satu hantaran....(ayat macam demand la pula kan).

Sweet sgt saya rasa bila buku dijadikan hantaran, dan dalamnya ada tandatangan 'si suami'. Saya berkata seperti ini sebab ini realiti, sudah ada pasangan yang menjadikan buku ini sebagai hantaran mereka. Kalau saudara saya pernah menjadikan buku, ' Jangan bersedih, jadilah wanita paling bahagia' dan buku 'Khadijah Ummul Mukminin' sebagai hantarannya kepada pihak perempuan, pasti isteri lebih berbunga-bunga di hati.

Sahabat, mungkin mudah untuk melafazkan itu dan ini saat ini, kerana segala yang diperkata itu toeri semata..tapi, saat kata2 ' Aku terima nikahnya......' benar2 dilafaz, tiada lagi teori, segalanya praktikal. Praktikal yang berpaksikan teori yang selama ini cuba difahami.

Walau usia baru menginjak 20 tahun, seharusnya tanggungjawab seorang isteri mahupun suami sudah mula menghias diri, bukan untuk berlagak suci, tapi persiapan di hari muka nanti. Agama menjadi perisai, agar suami tidak terlalu terbeban, saat suami bermusafir, agama itu memagar diri.

Dengarnya mudah berumahtangga, tapi payah memikul amanah,
Bukan cuma sehari dua, tapi moga kekal ke akhirat sana.

Bertemu dara dan teruna, saat majlis akad nikah bermula, debaran hati tak terduga, menanti saat ditaut bersama.

Bertemu dara dan teruna, dalam majlis penuh mulia, dalam majlis penuh makna, sudah pasti barakah menjana.

Bertemu dara dan teruna, niat hati tetap sama, bertemu berpisah demi Yang Esa, dalam menggapai redhaNya.

Bertemu dara dan teruna, dakwah Islam dijulang bersama, janji ukhwah tunjang utama, baiti jannati impian berdua.

Bertemu dara dan teruna, memikul amanah dibahu setia, cinta hakiki itu utama, mawardah sakinah janji dibina.

Ya Allah, jangan dibiar hati kami diusik rindu,
rindu yang berteman syahdu dijiwa,
yang tidak sedikitpun membalut pahala,
malah dosa mengunjung tiba.

Ya Allah, jangan biarkan hati kami diusik nafsu,
nafsu cinta kepada dunia sementara,
yang sudah pasti kiamat menjelma,
saat dunia tidak lagi menerima hamba sahaya.

Ya Allah, lindungilah cinta kami dari bahaya dunia,
agar cinta kami terpelihara dalam mencari cintaMu,
jadikanlah 'percintaan' kami sebagai medan mencintaiMu,
jadikanlah 'kerinduan' kami sebagai jalan mendekatiMu,
jadikanlah 'sayang' kami sebagai lorong mengenaliMu,
jadikanlah 'kasih' kami sebagai pengikat denganMu,
jadikahlah 'hubungan' kami hubungan yang benar2 diredhaiMu...

Semoga kita semua tergolong dalam golongan suami dan isteri yang soleh dan solehah....amin.


p/s : belilah buku 'Bagai Khadijah di Hati Rasullulah

p/s : nantikan entry tentang kisah di sebalik cincin yang tersarung di jariku selama ini

p/s : sy bukan insan sempurna, andai ada perkongsian yang ingin ditatap bersama, amat sy alu2kan...

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi