Wednesday, October 21, 2009

**Bidadari Cinta : Part bersama Ahmad Fathi**

Salam shbt...di sini ingin sy kongsikan keratan skrip teater kami yg telah dipentaskan baru2 ini. Sy sengaja memilih dialog2 berkisarkan Ahmad Fathi ini, suami kepada pelakon utama teater ini, dengan tujuan, memberikan sedikit gambaran tentang harapan seorang wanita tentang suami impian kami...bukanlah kata2 manis yg didamba, tp menjadikan mehnah ini kepada dekatnya cinta suami isteri itu kepada pencipta abadi, itu harapan sejati.


Buat bakal suami, wanita yg dikau nikahi ini nanti, bukanlah wanita yang sempurna segala aspek, terlalu banyak kekurangan. Tapi moga takdir yang membawa jodoh kita bersama, benar2 akan membuatkan kita saling melengkapi satu sama lain.


Babak ini adalah babak di mana Safiah cuba utk meluahkn segala 'tekanan jiwa' yg dia alami selama dia bersama keluarganya itu kepada suami yg disayanginya. Bukan untuk dipuji di atas segala perngorbanan Safiah selama ini, tp madah ketenangan yang dicari Safiah....



**BABAK 4**


Kini, peristiwa itu telah berlalu dimakan masa. Lebih 10 tahun kenangan itu disimpan Safiah dengan penuh pengharapan, agar keluarganya menjadi seperti keluarga yang lain. Safiah dan Fathi kini tinggal bersama keluarga Safiah kerana rumah mereka telah menjadi cagaran kepada AhLong ekoran sikap Naufal yang suka berjudi.

FATHI : Kenapa syg abg termenung nie??

SAFIAH : Abang, andai Safiah pergi dulu dari abang....

FATHI : Ish, apa ni..

SAFIAH : Abang, dengar dulu Safiah nak cakap…Andai la Allah jemput Safiah dulu dari abang, dari ummi, dari ayah, dari siapa pun, abang tolong la tengokkan keluarga Safiah. Mereka perlukan bimbingan abang, terutama Naufal dan ayah...

FATHI : Jujur abang cakap, abang tak suka apa yang Safiah cakap nie

SAFIAH : Abang, Safiah minta ampun abang…..Safiah bukan calon isteri yang solehah untuk abang, terlalu banyak kekurangan dalam diri Safiah.

FATHI : Safiah, isteri abang, kali ni, abang plak minta Safiah dengar apa yang abang nak cakap. Wardatul Safiah, bunga yang ikhlas, bunga yang bersih, yang kini isteri abang, abang tersangat bersyukur dapat memperisterikan Safiah. Suatu nikmat yang tak pernah termimpi. Allah kurniakan ujian yang hebat untuk isteri abang di dunia ini, sebab Allah nk kurniakan kenikmatan hakiki di akhirat sana. Abang nak sangat, Safiah menjadi ketua bidadari di syurga dan menyambut kedatangan abang di sana....

SAFIAH : Abang, Safiah tahu, Safiah tak patut rasa macam ni, sebab ini janji Allah. Dia takkan uji macam ni melainkan Dia tahu tahap kemampuan Safiah. Cuma Safiah ni bang. Walaupun dah bertahun benda ni berlaku, Safiah tetap rasa berdosa dengan keluarga Safiah.

FATHI : Dah la...Isteri abang dah buat semampu mungkin, Allah melihat semua tindakan Safiah tu.

SAFIAH : Abang, Safiah tak tahan abg, Safiah tak larat dengan semua ni. Semua orang menyalahkan Safiah. Seolah, segala masalah dalam keluarga tu, Safiah puncanya...apa salah Safiah??

FATHI : Wardatul Safiah, ini bukan diri sebenar isteri abang. Isteri abang orang yang tabah, dia kuat. Masih ingat lagi kata-kata keramat kita dulu, andai cinta kita diuji, tidak sekali-kali kita akan membelakangkan cinta Sang Pemilik Cinta kan..bawa mengucap Safiah.

SAFIAH : ABANGGG.......... Safiah penat abang, penat..... Safiah penat kena pukul dengan ayah, kena tampar dengan ummi… Sakit di hati Safiah dah tiada ubatnya...Safiah tak larat dah nak tanggung semua ni abang....

FATHI : Safiah, kan sekarang Allah takdirkan abang menjadi imam Safiah, tapi Dia tetap imam utama kita. Allah sayang Safiah..Dia janjikan sesuatu yang bahagia untuk Safiah di akhirat sana... Sabar ye sayang... Jadikan ujian ini sebagai medan kita mentautkan lagi kasih sayang... Malam ni, kita qiamulail sama-sama nak?? Abang baca surah Ar-Rahman, surah kegemaran syg...

SAFIAH : Abang, kenapa abang baik sangat, kenapa abang layan Safiah macam ni. Erm, kalau macam tu, Safiah nk tidur dulu la. Abang tolong kejutkan Safiah ye, Safiah ingat nak puasa esok... Abang, maafkan Safiah ye...

FATHI : Abang maafkan segalanya walaupun abang yang lebih berdosa dengan Safiah...maafkan abang juga, Safiah. Tidur la dengan baik...

SAFIAH : Abang, Safiah sayang abang

FATHI : Abang pun sayang Safiah


(babak 5 ini pula babak setelah Safiah di rogol dan dibunuh. Di mana segala isi hatinya yang dia coretkan dalam diarinya selama ini dibaca oleh suami tercinta di hadapan semua ahli keluarganya, ayah, ummi dan naufal)


**BABAK 5**


5 Ogos 2009

Hari ini, genap usia perkahwinanku selama 5 tahun. Begitu cepat masa berlalu. Terasa masih baru lagi aku mengenali suamiku yang penyayang ini. Betapa bertuahnya aku memiliki suami sebaik Ahmad Fathi ini. Dia terlalu sempurna di mata aku.

Abang, Safiah nak abang tahu, Safiah terlalu menyintai abang. Tapi, Safiah tak boleh menyintai abang lebih dari Allah dan Nabi Kita. Safiah terlalu kerdil untuk menjadi tulang belakang abang. Terlalu banyak kekurangan. Safiah tak mampu bagi abang zuriat kerana kanser rahim yang Safiah hadapi ini..maafkan Safiah abang..

Safiah terharu abang..

Abang terima Safiah dengan hati terbuka...abang tak pernah pun ungkit kekurangan Safiah, malah abang sentiasa bagi dorongan supaya Safiah memperbaiki diri. Abang, kenapa abang terlalu baik?? Abang tahu tak, isteri yang abang nikahi ini, seorang hamba yang hina di mata manusia. Semua orang pandang Safiah dengan pandangan negatif, seolah Safiah pesalah kepada hukuman yang bukan Safiah lakukan.

Tapi, abang jadikan Safiah orang yang paling sempurna di dunia. Abang jadikan Safiah hamba yang tinggi nilainya. Abang, tiada kata-kata lagi untuk menggambarkan betapa bersyukurnya Safiah dapat bersuamikan seorang suami seperti abang.

Terima kasih sebab menerima Safiah dan keluarga Safiah. Terima kasih sebab membimbing Safiah dan tak jemu bersabar dengan keluarga Safiah. Abang, Safiah tak lupa harapan abang, Safiah janji, Safiah cuba jadi isteri solehah untuk menyambut kedatangan abang di syurga nanti.

Ya Allah, syukurku kepadaMu kerana mengizinkan aku mengecapi nikmat kebahagian ini walau sekejap ya Allah. Terima kasih kerana mengizinkan aku menjadi seorang wanita yang dihargai. Kau kurniakanlah taufik dan hidayah buat keluargaku yang amat aku cintai itu. Kembalikanlah keluargaku ke pangkal jalan... Selamatkanlah seluruh ahli keluargaku dan suamiku dari azab nerakaMu.

Aku menjadi saksi Ya Allah, saksi kepada segala kebaikan dan tanggungjawab yang Kau letakkan di bahu seorang suami, yang bernama Ahmad Fath inii... Peliharalah dia ya Allah sebagaimana Kau memelihara kekasihMu...

Buatmu suamiku,

Kau hadir merawat luka,

Luka yang kuragui parahnya,

Kerana, parutan itu terlalu bisa buat diriku,

Namun,

Torehan itu semakin pulih,

Sulaman agamamu menjadi penyelamat,

Penyelamat dunia dan akhirat.

Aku nantikan kau di pintu syuga… (Dari bidadari cinta)

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi