Ya Tuhan,
saat ini, Kau lebih mengerti isi hati,
kerana sungguh,
Kau yang memiliki.
Saat ini, jiwa ini berkecamuk,
diadun resah dan gundah,
yang akarnya diri ku sendiri.
Ya Tuhan,
tetapkanlah iman di hati aku,
kuatkanlah semangat utk aku berjuang di medan ini,
jangan Kau goyahkan hati yang lemah ini,
kerana aku datang ke sini,
memikul amanah mengiringi sisi,
bukan untuk diratapi,
tapi untuk kusedari,
hakikat hidup takkan pernah berhenti,
selagi seruan Illahi berteman diri.
Medan ini medan perjuangan Kau,
Aku insan terpilih untuk menghiasi medan ini,
tapi aku culas,
tugas dan tanggungjawabku tak tergalas,
lantas aku dalam kelemasan.
Ya Allah,
bantulah hambaMu yang hina ini,
saat ini, aku tak mampu lagi untuk menangis,
hati aku terlalu keras,
keras dek dosa yang semakin memeluk diri,
aku lalai ya Allah..
aku leka ya Allah...
Kau bimbinglah aku,
Kau pimpinlah aku,
Kau ampunkan aku.....
Aku selalu meninggalkanMu,
tapi sungguh,
Kau tak pernah meninggalkan hambaMu,
betapa jahilnya diri ini,
kerana selalu mengingatiMu
di saat susah dan duka...
Pinjamkanlah aku kejayaan dunia dan akhirat...
Ampunkan hamba yg hina ini....
p/s : takutnya nk exam...tekanan semakin membara...
p/s : mama baru tepon sy tadi...terus nangis..memang tak boleh dengar suara mama time2 mcm ni, rasa syahdu sangat, terlalu tinggi impian mama buat anak dia ni..maafkan ina, mama...
No comments:
Post a Comment