Tuesday, October 13, 2009

**Penangan Bidadari Cinta**


Awal bismillah pembuka bicara,
salam persaudaraan datang menyapa.

Kaifa haluk?? Bgmn cuaca di tempat shbt2?? Kalau di rumah sy di Pekan, cuaca selalu dilimpahi hujan rahmat, tu yg sampai ayah selsema. Risau kami sekeluarga.

Entry kali ni sy nk kongsikan kisah sy yg dah lama sy tidak bercerita dlm blog nie. Baru2 nie, bertempat di dewan utama Kolej Keris Mas, UKM telah berlangsungnya Malam Aprisiasi Wanita yang mana Kelab Teater Sanggar Mas telah mementaskan sebuah teater bertajuk "Bidadari Cinta".

Jutaan tahniah untuk produksi Bidadari Cinta yang bertungkus lumus menyiapkan segala persiapan, baik dari segi setting dan props, busana, make-up, audio, lighting, semua stage manager, segala aspek la....terima kasih tak terhingga.

Pada jam 5 pagi 4 Ogos 2009, Allah telah memberi ilham kepada seorang hamba Allah ini untuk membuat suatu 'kisah' berkenaan 4 sekeluarga yang masing-masing mempunyai character yang tersendiri. Garapan yang bermula dengan minat semata-mata telah diubah menjadi skrip teater bagi pementasan baru2 ini.

Pada awalnya, tajuk yang khusus bagi cerita ini adalah tidak terfikir dek penulis, kemudian setelah disoroti jalan ceritanya secara terperinci, maka terbentanglah idea 'Bidadari Cinta'.

Bidadari Cinta mengisahkan kisah sebuah keluarga yang terdiri daripada ayah (dilakonkan oleh Abdul Latiff), ummi (dilakonkan oleh kak syaz), Wardatul Safiah (dilakonkan oleh Tasya), Naufal (dilakonkan oleh Azmeer) dan Ahmad Fathi, suami kepada Safiah (dilakonkan oleh Shahril).

Safiah seorang anak yg sangat taat, lemah lembut, sangat menyayangi keluarganya. Dek sifat penyayang itulah dia banyak berkorban demi adiknya dengan memberi peluang adiknya sambung belajar.

Pada suatu pg, berlaku pertengkaran antara ayah dan ummi yang mana Safiah menjadi saksi kepada pertengkaran itu buat kesekian kali. Ayah seorang yang panas baran, dia sentiasa mengungkit kisah lama kehidupan ummi. Situasi di mana ayah menampar ummi, memukul Safiah, segalanya dipentaskan dengan baik.

Bagi pertelingkahan Safiah dengan adiknya Naufal, saat itu merupakan saat di mana Safiah cuba meluahkan segala perasaan yang dipendamnya selama ini tapi tindakannya itu dikatakan dia sudah gile oleh adiknya sendiri. Naufal juga mengungkit segala apa yang dia rasa dalam rumah itu kononnya banyak bersabar dengan kakaknya, Safiah. Di akhir babak itu, Safiah dihadiahkan dengan penampar oleh umminya gara2 Safiah meninggikan suara terhadap adiknya, sedangkan dia cuba membela dirinya.

Safiah amat tertekan dengan keadaan dalam rumah itu. Dia terasa bodoh sebab bersabar dengan apa yang berlaku dalam rumah tu. Segala apa yang dia lakukan bukanlah untuk di balas, bukanlah untuk di puji, tapi cukup untuk melihat keluarganya itu seperti keluarga yang lain, hidup dalam kasih sayang yang sebenarnya.

Sebab itulah, penulis menamakan suami Safiah, Ahmat Fathi, pembuka yang terpuji. Kerana penulis membayangkan suaminya itulah pembuka jalan kepada Safiah dalam merasai erti kasih sayang yang sebenar sekali gus pembuka kepada jalan yang lurus kepada keluarganya itu.

Penulis membayangkan Fathi seorang suami yang sangat penyayang, romantik, penyabar, pandai mengambil hati isterinya dan kuat agamanya. Setelah 10 tahun peristiwa di rumahnya itu berlalu, Safiah masih terasa bersalah dengan apa yg berlaku.

Kerana dia merasakan gagal menarik keluarganya kembali ke pangkal jalan. Tapi, si suami yang penyabar itu terus menenangkan si isteri. Dipujuknya dengan ayat Al-Quran dan juga qiamulail. Pada masa yang sama, Safiah cuba menceritakn 'kepenatan' dia dalam melayari semua ini.

Namun, Allah sebaik-baik perancang. Malam tu, saat Fathi keluar dari rumah, ketika Naufal pulang ke rumah di tengah malam, kumpulan Ah Long telah datang ke rumah untuk meminta semula duit yang dipinjam Naufal. Namun, semasa pertelingkahan itu berlaku, Safiah keluar dari blik dan amat terkejut melihat keadaan adiknya itu.

Ketua Ah Long yang terpesona dengan Safiah, cuba menggoda Safiah dan malam itu menjadi saksi, Safiah di rogol dan dibunuh di depan mata Naufal sendiri. Dari situ lah, menjadi titik tolak kepada perasaan insaf dalam diri Naufal kerana telah menyebabkan kematian kakaknya yang tidak berdosa itu.

Pementasan di tutup dengan slide show diari Safiah. Segala luahan hati Safiah selama dia menjadi penghuni di rumah itu dipaparkan melalui slide ini. Ketika itu, situasi digambarkan ketika masing2 baru pulang dari kubur setelah pengebumian Safiah.

Akhir sekali, penonton dihadiahkan dengan bacaan ayat suci Al-Quran iaitu ayat 286 surah Al-Baqarah oleh shahril sendiri selaku pemegang watak Fathi. Target penulis, semoga ayat ini benar2 menjadikan iktibar kepada semua hadirin yang mana penulis cuba mengintepretasikan dalam Bidadari Cinta.

Target penulis bukanlah untuk mengharapkan penonton menitiskan air mata, tapi semoga mesej yg penulis ingin sampaikan dapat diterima dengan baik oleh penonton.

Mungkin ada shbt yg bertanya, kenapa penulis menggunakan tajuk Bidadari Cinta.... Kalau di kaji semula skrip teater ni, salah satu impian Ahmat Fathi, suami Safiah ialah dia menginginkan Safiah menjadi ketua bidadari di syurga nanti menyambut kedatangan suaminya itu di sana. Justeru, penulis gabungkan perkataan bidadari itu dengan perkataan cinta bagi membangkitkan sense of romance agar sedikit sebanyak tajuk itu sebenarnya memberikan mesej secara kasar kepada penonton.

Sungguh, sy tak akan lupa tarikh 10 Oktober 2009 ini, terlalu manis buat diri sy secara peribadi sebab salah satu impian duniawi sy tercapai walaupun banyak sangat cabarannya. Malam itu, setelah semuanya selesai, akhirnya air mata sy gugur jua ke bumi, ada sesuatu yg sy simpan dari shbt2. Doakan yang terbaik buat kita semua.

Buat shbt2 Kelab Sanggar Mas, terima kasih yang tak terhingga kerana memberi kepercayaan kepada sy utk mengelola produksi kali ini, terima kasih kerana bersabar dengan kinah, terima kasih sebab setia bersama dengan kinah, terima kasih teramat sgt.

Kinah jg nk mnta maaf kat shbt2 Sanggar Mas, sebab ada beberapa kali kinah tinggikan suara dengan sahabat semasa sesi latihan, kinah betul2 minta maaf...

Yang penting, andai kinah ada atau tak lepas ni, kalau boleh, shbt2 teruskan la sesi tazkirah setiap kali habis bulatan. Inilah masanya untuk kita topup semula iman kita bila berada di universiti ni. Ingat lagi tak, kan kinah pernah cakap, kenapa kinah mnta lelaki je yg bg tazkirah??bukan kinah tak nak buka sesi pada shbt2 kaum hawa, tp kalian adalah pemimpin kami, kalian akan menjadi ketua kepada sebuah institusi keluarga....kinah bukan manusia sempurna.

Shbt2, jangan lupa ye setiap tazkirah yang kita kongsikan bersama pada malam2 yang kita lalui bersama. Terasa sayu sangat rasanya bila produksi dah habis. Antara yg plg pntg, ingtlah, bila sesuatu masalah itu timbul, jgn cepat melatah, itu bukan lagi masa utk tuding menuding salah siapa, tp sama2 kita bantu cari penyelesaian. Banyak cara. Ingat semula dialog antara Safiah dan Fathi dalam babak 4.

Akhir kata, setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam produksi Bidadari Cinta ini. Tiada balasan untuk segala jasa kalian, kinah amat menghargainya.

Buat shbt2 luar Sanggar Mas yang sudi memberi komen tentang skrip ini di awalnya, amatla sy hargai. Semoga kita semua lebih tabah dalam melangkahkan kaki sebagai 'anak seni' di 'pentas' dunia yang fana ini.



p/s : "Safiah ingat lagi tak, kata-kata keramat kita dulu, 'andai cinta kita diuji, tidak sekali-kali kita akan membelakangkan cinta Sang Pemilik Cinta' " - Ahmad Fathi-

p/s : "Safiah tahu, Safiah tak patut rasa macam ni, sebab ini janji Allah, Dia takkan uji Safiah melainkan Dia tahu tahap kemampuan Safiah " - Wardatul Safiah-

p/s : "Wardatul Safiah, bunga yang bersih, bunga yang ikhlas......" -Ahmad Fathi-

p/s: "Allah sedang mengajar kita sesuatu yang sangat bernilai dengan menjemput Wardatul Safiah kembali ke pangkuanNya" -Ahmad Fathi-

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi