Sunday, October 18, 2009

**Perjalananku, suatu peringatan**

Salam kembara di akhir syawal buat shbt2 semua...salam kembara juga buat shbt2 yg akan menghadapi peperiksaan beberapa minggu saja lagi...dan bagi sy 26 oktober ini menjadi saksi, medan peperangan sy akan bermula, paper Teknologi Tenaga Suria akan kunjung tiba.

Seperti biasa, sy amat suka berkongsi kisah perjalanan sy, terutama kisah perjalanan sy dari UKM ke rumah tercinta, di Pekan, Pahang.

Kali ini, 17 Oktober 2009, tarikh yg dipilih untuk sy mengembara di bumi Allah in ibuat kesekian kalinya. Perjalanan kali ini hanya ditemani oleh seorang sahabat lama sy, yg sama2 menuntut ilmu Allah ketika di SBPIK dulu.

Tepat jam 7.00 pagi jam hp sy, sy keluar dari bilik menuju ke keretaku yg comel ini. Jam 7.15 sy dn shbt sy memulakan perjalanan. Antara part yg amat membuatkn sy terharu, shbt sy telah menghadiahkan sy sebuah buku, Hadis2 Penenang Jiwa pd pagi itu...erm...penenang?? insyaAllah..semoga ketenangan dunia akhirat benar2 menjadi milik kita semua.

~buku yg telah dihadiahkn oleh shbt sy....lupa nk tegakkan gambar~

Kami mengalas perut kami di sebuah restoran di seksyen 15, hanya sepinggan nasi lemak dan secawan air horlick menjadi pilihan sy...

Lebih kurang jam 8.00pg, kami melepasi tol bangi.....itulah tol yg selalunya menjadi penanda aras bg sy ketika memulakan perjalanan. Satu demi satu kisah kami isi sepanjang perjalanan, baik kisah perkembangan diri masing2, kisah mimpi, kisah impian kami...mcm2 la...termasuk kisah kahwin...ish2....apa nak jadi dgn ank dara dua org nie.... :-)

Sy menjangkakan jalan yg agak sesak, tp sebaliknya telah berlaku, dalam tempoh sejam, kami sudah berada di kawasan bentong. Pada kebiasaannya, tempoh sejam ini memang diperuntukkan utk keluar dari KL shja...tp jalan pg itu sgt dipermudahkan.

Sungguh damai pagi itu, perjalanan yg di hiasi dengan bukit bukau yang menghijau, kumpulan2 awan yg setia menemani kami, alunan zikir munajat oleh Munif Ahmad menjadi latar muzik bagi kami, terasa damai sekali jiwa ini. Terasa benar betapa indahnya hidup ini andai benar di hayati dengan mata hati.

Lebih kurang jam 10.30 pagi, kmi tiba di tol gambang. Niat sy utk menziarahi shbt sy yg menuntut ilmu Allah di UMP, kerana ingin melunaskan janji utk berkongsi modul2 program motivasi. Sejak hari sebelumnya lagi, sy cuba mengumpulkan modul2 yg sy ada yg tak seberapa itu.

Usaha untuk bertemu dengan shbt sy itu didahului dgn pertemuan shbt lama sy jg, shbt ketika di SBPIK dlu jg, sy, shbt yg dari UKM itu, dan dia, merupakan rakan sekelas semasa di SBPIK dlu. Pertemuan itu jg menemukan sy dg shbt dari UMP yg ditakdirkn utk sy kenal semasa prgrm mereka yg sy 'join' di Cheras Jaya dulu. Sungguh, terasa tersingkap sekejap segala kenangan lama.

Kafeteria di UMP itu menjadi tempat pertemuan kami. Shbt yg sy temui ini, sy mengenalinya semasa di matrik, kami dari praktikum yg sama. Pertemuan ini sungguh tak terjangka sbb sy target dia ada urusannya, namun dipermudahkn segalanya.

Selesai berjumpa dgn shbt itu, sy dn shbt sy bergerak ke bandar Kuantan utk mencari sesuatu, dan sungguh, kami tiada tempat yg spesifik utk di tuju. Main redah je.....dengan harapan apa yg sy cari dijumpai.

Kami mulakan redahan kmi ke Malay Town, berdekatan dengan East-Coast Mall. Hasilnya, hampa. Lain yg sy cari, lain dibeli, sbb shbt sy jg yg mmbli sstu di situ, dan sy, tangan kosong. Kemudian, sasaran kami ke Kuantan Parade dan Metro Point. Tapi, langkahan ini tak terlarat rasanye nk melangkah ke Metro Point.

Semasa mencari parking pun satu hal. Habis semua tingkat parking tu kami cari, macam2 telatah kami jumpa. Antara yg menyentuh hati apabila ada pasangan emas ini, ingin keluar dari parking tersebut, tp ada sebuah kereta yg menghalang...namun, pasangan warga emas ini dibantu oleh sepasang suami isteri yg masih muda...sang suami sibuk dengan membetulkan kedudukan kereta agar muat utk keluar, manakala, jelas terpamer keresahan di wajah isteri2 mereka.

Sy yg hanya menonton situasi itu, berasa terharu dengan pasangan muda itu.

"Kak cik, kalau org tu nk buat jahat, time dia bawa kuar kereta tu, boleh je kan kalau dia nk bawa lari kereta tu..."

Itu dialog sy pd shbt d sisi. Tp, sungguh, keluhuran pemuda itu pasti benar2 mendamaikan isterinyakan....

Kemudian, kami melangkahkan kaki ke dalam Kuantan Parade. Sekali lagi, lain yg dicari , lain yg dapat. Shbt sy skali lagi membeli beg barunya....adui...sy yg nk cari barang, dia yg jumpa, mcm mn nie??erm....

Jalan punya jalan, sampai satu corner, sy tibe2 jadi seram, sebab di kiri kanan kedai kawasan itu dilimpahi manusia bernama lelaki...takutnye....kalau ada shbt lelaki yg follow takpe jg, ni kami berdua je perempuan....dalam hati sy, mesti dia org mcm pandang 'slack' kat kami, ye la, sorang pakai jubah, sorang pakai baju muslimah...jalan plak kat kawasan macam tu..jahat sungguh pemikiran sy.

Tibe2, sy ternampak sebuah kedai yg menjadi idola sy, Saba Islamic Media....apa lagi, masuk jom..

Banyak sangat CD2 Ahmed Deedat...tak terkecuali, sebuah cerita bertajuk "The Message"..cerita ini pernah dipertontonkan kepada kami di Matrik Melaka dlu...sgt menarik.



Selongkar punye selongkar kedai itu, sy ternampak rak yg menempatkan Al-Quran dan tafsir dalam pelbagai bahasa dan corak....tibe2 hati tersentap bila melihat satu Al-Quran ini.


~sebahagian buku2, tafsir dan Al-Quran yg terdapat di kedai tersebut (gmbr last tu, lupa nk rotate, maaf)~

Kenapa ia dibentukkan dengan warna dan corak sebegini di kulit depannya??? Untuk apa??Adakah kerana ini sebahagian dari bisness planning syrkt?? Macam2 bermain di fikiran sy...

Tapi, ada satu soalan yg buat sy hmpr menangis di situ...adakah ini cara untuk menarik perhatian umat Islam untuk membaca Al-Quran?? adakah gara2 ingin memikat manusia dengan keindahan luaran Al-Quran itu, dengan harapan dapat melahirkan "Quranic Generation" yang diimpi selama ini?? Perlu ke sampai tahap sebegini utk menarik hati manusia agar mendekati Al-Quran?? Bukan ke kita semua terlalu sinonim dgn kata2, tak kenal maka tak cinta. Then, kata2 ini nk dibuktikan dengan 'reka cipta' kulit yg sangat menarik perhatian ke??

~Tak kenal maka tak cinta.....~

Sekelumit pun sy tak salahkn pihak syarikat, cuma terkedu dengan situasi masyarakat hari ini. Benar, sy sendiri masih lemah dlm menghayati kitab suci Allah ini, namun, takkan la sampai tahap kulit Al-Quran perlu di perindahkan bagi memenuhi keperluan manusia yg 'kononnya' cintakan keindahan..tp ini keindahan luaran...kenapa tak pentingkan keindahan dalamnya??

Maaf...sbb agak beremosi dengan isu ini..maaf andai kata2 sy 'memanaskan' hati pembaca.

Kemudian, tempat seterusnyta, untuk mencari buah yg dipesan oleh ibu shbt sy..time tu jg la sy mengidam nk makan ais krim...hehe....

"Mak, nak ais krim....mak...nak air krim.."

Itulah usikan sy pada shbt sy yg amt disayangi itu..hehe..nk bermanja kejap. Lepas pilih satu demi satu, kmi beratur di kaunter. Sgt memerlukan kesabaran, sbb kaunter yg dibuka hanyalah 2 kaunter, nisbah yg tidak sepadan dengan pembeli yg datang.

Tibe2, sy terpandang sesuatu.....

"Kak cik, cuba kamu tengok tempat tu...." itu kata2 sy sambil menunjukkan arah tempat tersebut pd shbt sy.

Alangkah terkejutnya sy....barang2 yg diletakkan di tempat itu, pastilah pembelinya majoriti terdiri daripada kaum Melayu, Islam..tpi, adakah mereka sedar barang itu diletak di atas.........(tak nak habiskan ayat). Mungkin akan ada yg berkata, ala, letak je kot. Cuba shbt2 bawa pemikiran kita jauh skit.

Tak terasa ke, betapa isu ini diremehkan oleh umat sejagat?? Memang benda tu sekadar bekas yg menampung barang tersebut, tp bukankah masih ada alternatif lain utk dijadikan bekas utk menampung barang tersebut....dan, semasa para ibu bapa membeli barang itu, adakah mereka prihatin dengan kewujudan 'bekas' tersebut??

Kejadian di tempat tersebut tidak tamat di situ shja. Kelihatan sekumpulan anak muda dalam 10 orang, berjalan dengan penuh aksi dan gaya ke suatu sudut di pasaraya itu. Kebanyakkan mereka berpakaian all black. Warna rambut yg berkarat, spekmata hitam, cincin segala bagai...

Pada awalnya, sy nampak mereka ingin membeli air tin F&N...tp, lain pula yg dibeli akhirnya.

"Ina, kamu nampak tak apa yg org nampak??"shbt sy cuba menyedarkan sy tntg sesuatu

"Ha??? Apa yg kamu nampak??"

Sy cuba berdiri di posisi shbt sy berdiri itu, DAN...APA YG SY NAMPAK....sebotol arak putih dipegang oleh mereka....mereka berusaha utk membayar harga sebotol arak itu tanpa beratur seperti insan lain.

Dengan bangganya mereka bergerak dalam satu kumpulan, letak botol tersebut di kaunter, dan kata " Kire benda ni dulu...." pada juruwang yg ada di kaunter.

Dari satu kaunter ke satu kaunter mereka pergi, kerana juruwang di situ tidak bertindak seperti apa yg mereka harapkan. Apa yg menyentap shbt sy, dari satu kaunter ke satu kaunter itu, mereka tanpa segan silu MENGANGKAT botol tersebut dan tunjuk pd orang awam, bahawa mereka sedang membeli 'AIR' tersebut tanpa rasa bersalah.

Ya Allah, luruh hati sy melihat keadaan tu. Rasa malu sgt sbb di sekeliling sy, terdiri daripada agama bukan Islam...apa jenis manusia mereka ini?? Sah2 boleh lihat dengan jelas mereka semua adalah bangsa Melayu yang sinonim dengan agama Islam...tapi????

Kalau diperhitungkan usia, bg sy, mereka lebih muda dari sy, sbb nampak sgt kot mereka blum matured lagi..masih remaja bawah umur....

Adakah ini sebahagian asal alasan bg soalan sy tentang mengapa kulit Al-Quran itu direka seindah sebegitu bagi benar2 menarik perhatian manusia yg menganggap Al-Quran itu kitab yg bosan?? Ampunkan kami semua Ya Allah...jangan Kau goyahkan iman kami, malah perteguhkan lah kami di taliMu ini....

Cantik 'hadiah' Allah buat sy dn shbt sy pd ptg itu. Satu peristiwa yg pasti akan mengajar kami untuk menyedari realiti hidup ini yg sebenarnya.

Petang itu, kami meneruskan perjalanan kami ke rumah shbt lama kami, di Galing Kem. Agak lama kami mencari jalan ke rumahnya...macam2 yg berlaku di dalam kereta, paling malu bila org pahang sesat di bandar sendiri...ades, malunye....Tp, itulah pengalaman, kita belajar dari kesilapan dan pengalaman kan.

Kami smpi di rumah shbt kami agk lewat, hmpr pukul 4 petang. Setibanya kami, alangkah terkejutnya, kerana mee sup telah tersedia buat kami bersama sejug sirap laici. Ya Allah, terasa kami begitu diraikan oleh mereka sekeluarga.

Memang kecoh rumah shbt tu dgn kehadiran kmi. Walaupun, yg datang hanyalah 2 orang, tp kekecohan rumah itu sgt luar biasa, lumrah la, apabila shbt baik yg lama tidak berjumpa, yg selama ini hanya bercerita melalui ym, blog , tibe2 bersua muka. Yang menjadikan kmi tidak segan kerana di rumahnya itu, ibu dan ayahnya tiada di rumah, masig2 dengan kerja masing2.

Petang itu kmi di jamu sehabisnya.....segala yg dihidang, semua kmi makan...hehe, rezeki, jangan ditolak...suapan kami di selang seli dengan tawa rindu pada kenangan lalu. Panggilan 'penyu' tibe2 memecah rindu..panggilan yg sinonim utk diri sy itu, sudah lama tidak kedengaran. Kisah di tingkatan 5, guru subjek biologi sy la yg memulakan kisah 'penyu' dengan diri sy...takkan sy lupa.

Petang itu, setelah rindu kami dapat dilampiaskan pd shbt yg seorang ini, kami mengundur diri, tugas sy belum selesai, perlu menghantar pulang shbt sy yg seorang lagi ni ke rumah ibu bapanya. Sy bergerak menuju ke rumah shbt sy ini, yg terletak di perumahan yg sy pernah diami suatu masa dulu, 10 tahun lalu.

Setelah berjumpa dengan orang tuanya yang sudah setia menanti di ruang depan rumah mereka, setelah dijamu lagi buat kesekian kalinya, sy berangkat pulang.

Pejalanan petang itu, dari Kuantan ke Pekan, yg mengambil masa lebih kurang 30 minit, di temani dengan hujan yg rindukan bumi ini. Rintihan yg pada awalnya sekadar hujan renyai, menjadi hujan lebat. Ntah mengapa, petang itu hati sy terlalu sebak, kereta yg selalunya sy pandu dengan kelajuan 80km/j, petang itu hanyalah 60km/j....

Cuaca petang itu seperti memahami hati ini.....satu persatu peristiwa hari itu bermain di fikiran. Apa akan jadi pada generasi mendatang?? Apa akan jadi pada anak2 kita suatu hari nanti??

Adakah iman yg diwarisi terus membungkam diri, atau bertambah suci??
Adakah situasi hari ini menjadi hitamnya mimpi, atau cerahnya mentari??
Adakah umat dini hari hidup dibenci Illahi, atau dalam redha dikasihi??
Adakah mata hati kita terus dibutai, atau celik menghadap realiti??
Adakah diri masih di sini, atau berusaha menggapai cinta sejati....

17 oktober, sekali lagi dikau menjadi peringatan buat diri ini. Kronologi kehidupan yg sumpah, tak pernah termimpi, tpi kau menghadirkan diri mengingatkan manusia ini. Kau menyusun hidupku agar terus mengingati Sang Pencipta Bumi, supaya tunduk memagar diri dari dihina dan dicaci, baik duniawi atau hakiki.

Sahabat, semoga perkongsian ini menjadi suatu perkongsian buat tatapan kita semua. Bukan untk bermegah diri, bukan untuk berkata aku terlalu kuat iman di hati, tapi, semoga ia ilmu sejati buat bekalan hati, semoga ia benar2 suapan rohani agar kita menjadi insan disayangi Dia.

Salam kembara di bumi Allah.....




p/s: sy pohon ampun sgt2 utk segala kata2 dlm entry kali ini yg pedas

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi