Sunday, October 18, 2009

**Usia adalah amanah**






Salam ceria di hari isnin ini..sungguh, terasa berat untuk kembali ke kampusku yg tenang di bangi sana....terlalu singkat daku pulang ke rumah kali ini...

Hari ini, 19 oktober 2009, genaplah usiaku 20 tahun menghuni dunia yg fana ini sebelum sebenar-benar kembali ke sisi penciptaku. Post ini bukan lah utk meminta shbt mengingati tarikh ini, tp ada sstu yg ingin sy ceritakn dari hati ini.

Semalam, 18 oktober 2009, kami sekeluarga keluar makan malam...abangku yg sah2 masih penat baru balik kerja setelah 2 minggu out station, tetap nak dinner malam semalam diadakan, malah dia yg jadi driver kami malam semalam.

Ingatkan familyku lupa tarikh 19 oktober ini, sbb daku sudah maklum, sejak kecil kot, kami tidak meraikan hari lahir ahli keluarga kami secara sebenar-benar meraikan. Cukup sekadar makan bersama dan membaca doa selamat.

Malam semalam, mama antara insan yg banyak mengingatkan daku tntg tarikh ini. Sikit pun x mengharap ada insan yg ingat tarikh ini. Tapi, tepat jam 12 malam, daku sedikit terlena, namun dikejutkn oleh mesej2 dari shbt2 dan panggilan telefon dari adikku tercinta, ainshah. Antara yg sgt terharu, rum8 lamaku, semester lepas, mereka menghantar video kepadaku...ye la, teknologi dh canggih kan....

Tapi, bila di kenangkan kembali....umur semakin meningkat, tapi amal ibadahku?? hanya Allah yg tahu...rasa seperti diri ini semakin hina di sisiNya. Sejak akhir2 ini, daku terasa sgt diri ini terlalu berubah, berubah kepada sikap daku yg asal dulu...perangai gile2 daku menjadi kembali.

Semalam jg, ada seorang shbt menghantar email kpdku, dlm email tersebut, mengandungi 2 ayat Al-Quran yg sungguh, menyentap jantung diriku. Berderai air mataku bila mengenang kembali kisah hidup daku sekarang ini.

Sah2 diri ini dah terpesong sedikit demi sedikit, kembali ke dunia lama...sungguh, daku masih perlukan bimbingan, dan sampai bila pun, daku perlukan bimbingan. Dan, dewasa kini, daku sgt merasai kehilangan sumber 'tazkiyatul nafsi' diri ini.

Ya Allah, hambaMu ini terlalu berdosa dgnMu.....

Dari kecil, mama dan abah mengasuh, mendidik daku, dengan belaian kasih sayang yang tiada taranya, daku dibesarkan bersama abang tanpa dibezakan sedikitpun kasih sayang antara kami. Dan hari ini, sudah 20 tahun daku menjengah dunia ini.

Tak terasa masa berlalu.

Semalam, dalam kereta, dalam perjalanan pulang, abang sempat berkongsi cerita tntg impiannya ketika membina keluarga bersama tunangnya itu.

"Ayen nanti akan guna sifir tujuh je......3 kali tujuh....tujuh yg pertama, tujuh yg kedua dan tujuh yg ketiga...sbb setiap peringkat tujuh tu, semua memerlukan cara didikan yg berbeza..." itu sebahagian kata2 abang.

Abang, seorang insan yg sgt garang dgn adiknya ini, tapi dalam ketegasannya, terselit satu semangat juang yg sgt tinggi. Dia tidak sedikit pun memanjakan adiknya ini dengan apa2. Paling sy takkan lupa, kena marah sbb lupa jalan.

Tapi, agak terharu, semalam jg dia mengingatkan daku.....

"Ina, kau tu dah tua...dh 20 tahun, bukan belasan lagi. Kau ingat balik la pe yg aku dh cakap selama ni. Kalau hidup tak tahu apa2, baik jgn hidup. Kalau takleh menyumbang dalam satu bidang nie, cuba bidang yg lain. Jangan manja sangat dengan keadaan sekeliling, jangan terlalu bergantung harap pada pertolongan orang. Esok lusa plak, ntah2 kau nk jadi bini org dah. Kau kata nak kawin dulu dari aku...ikut kau la, aku tak kisah... Tapi, apa persediaan kau untuk jadi bini org?? umur kau sekarang nie, patutnya dah ada anak 3, 4 org... kau fikir la balik pe yg kau dah buat selama nie..."

Ye....daku kena fikir apa yg dah diri ni lakukan sepanjang hidup ini.... usia adalah amanah...

Teringat sy ada satu hadis tu, maksud dia, ada 2 benda yg selalu manusia sia2kan, salah satunya masa lapang...dan masa lapang itu sebahagian dari usia bukan??

Apa dah jadi dgn diri ini??

Shbt2, bantulah daku dalam menempuh dunia yg penuh ranjau ini. Tak tertanggung dosa yg kini terpikul di pundakku ini. Semakin hari, terasa diri ini semakin jauh dari rahmatNya, ekoran sifat yg mengikut duniawi ini....tegur2 la diri ini saat daku rebah sujud kepada dunia yg hanya sementara..

Jangan biar daku menjadi manusia yg dilaknat Allah.....



~doakanku benar2 menjadi WARDATUL SHAUQAH dunia dan akhirat,amin~

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi