Salam kedinginan...di hari yang kian disimbah hujan yang terus merindui bumi Allah ini. Saat ini notes, exercise classical mechanic berada d depan mata, tapi tangan ini masih merindui utk berkongsi sstu dlm blog ini jg. Ye la, esok jam 3.30 petang, paper ke3 akan ku jawab sedaya mungkin. Baru paper ke3....org lain tinggal 2 paper lagi....sabar sgt2..
Nak jadi ke cerita, semalam menakdirkan satu lagi ujian buat kami pelajar kolej keris mas yg menjadikan blok 3, 8 dan 9 sbg 'markas' tmpt tinggal kami. Lantaran panahan kilat yang memancar2 ke bumi Allah ini, maka lebih kurang jam 10 malam, kami bergelap....
Sungguh kasihan shbt2 yg akan menduduki peperiksaan hari keesokkannya...mana tidak, itu la saat akhir untuk buat revision utk recall semula apa yg dipelajari selama 1 semester ini, namun tiada siapa yang tahu rancanganNya.
Bilik sy, bergelap untuk sementara kerana kami menerangi bilik ini dengan cahaya lilin yg mmg sy stand by dalam laci as back up. Seperti tibe2 disinari dgn nur pula bilik kami ni.
(inilah lilin yg digunakan untuk menerangi kami semalam~lilin muhasabah~)
Dalam kegelapan itu, tersimpul hikmah tersendiri yg mungkin akal manusia kita khilaf menafsir atau kabur dek emosi yg menguasai diri. Sahabat sy yg dari tingkat atas turun menjengah sy dan rum8 di bilik kami dan akhirnya dia bermalam di bilikku juga.
Sebatang lilin, menerangi 4 insan di bilik kecil ini. Sama2 ketawa selama ini di bawah pancaran lampu kalimantang, kini sama2 tersenyum sendiri melihat sinaran cahaya lilin ini.
Bermula kisah finding nemo, kami cuba menontonnya dengan laptop rum8 sy, namun kuasa bateri itu hanya mampu bertahan seketika cuma. Justeru, satu demi satu kisah kami kongsikan di ruang tengah bilik kami.
Satu persatu kami singkap. Nikmat yang selama ini dipandang, ditatap, di nikmati hari2, Allah menariknya untuk suatu tempoh masa yg tidak diketahui. Bukankah ini analogi atau peringatan tentang nikmat kesihatan kita???? nikmat yg ntah bila akan ditarik.....tanpa siapapun mengetahuinya.
Nikmat kesihatan..ye, mungkin sy sudah merasai sedikit ditarik nikmat kesihatan, tapi sungguh ia bukan petanda atau penghalang untuk kita terus menjadi muslim sejati bukan..sentiasa dan sentiasa berusaha perbaiki diri.
Sebut tentang lilin, sy teringat kisah lampu gasolin atau lampu minyak tanah. Semasa kecil, dalam lingkungan umur 6 tahun ke bawah, saya masih sempat membesar dengan lampu gasolin ini di rumah sewa kami 4 beranak. Setiap malam, sy akan menyibuk di sisi mama atau abah untuk menghidupkn api pada lampu tersebut.
Rumah yang 80% daripada papan itu, sangat berisiko untuk menjadi mangsa kepada api tersebut, tapi Allah Maha Penyayang. Mungkin tak semua sahabat merasai hidup dengan lampu ini, ada di kalangan kita hanya mampu menatap lampu ini tanpa merasai sendiri pengalaman dibesarkan dengan lampu itu.
Dalam rumah itu, hanya satu2nya lampu yang menerangi rumah kami adalah lampu gasolin tersebut. Sangat comel, cantik tergantung di dinding, kecil tapi mampu menerangi rumah kami, dan hari ini, saya terasa hikmah nya.
Lampu itu yang menjadikan kami sekeluarga akrab antara satu sama lain. Lampu itu yg menjadikan kami tidur dalam dakapan ibu dan bapa yg sangat penyayang. Lampu itu yg mengajar sy untuk berani ke dapur atau bilik air seorang diri sewaktu kecil. Lampu itu yang menjadi satu2nya sumber cahaya kami di waktu malam.
Andai di analogikan itulah NUR yg datang nya dari Allah, sudah pasti bukan, semua hambaNya akan berkumpul dan sanggup bergaduh mungkin hanya semata nyalaan lampu tersebut. Namun kini, manusia memiliki terlampau banyak NUR sehingga tidak lagi dapat untuk menapis ultra lembayung yang sebenar. Segalanya di terima selagi akal mengatakan ia mampu menerangi hidup tanpa ditapis iman.
Bila di sebut tentang lilin juga, kita pernah mendengar juga kata2, guru umpama lilin membakar diri untuk menerangi insan lain. Namun kata2 itu tidak lagi selari dengan corak pemikiran kita hari ini, gara2 mengatakan 'membakar' diri sendiri itu suatu tindakan yg kurang bijak, lantas kata2 umpama matahari yg tidak pernah berhenti menyinari alam sbg pedoman.
Bukan la isu lilin atau matahari yg ingin sy tegaskan, tapi LILIN MUHASABAH diri kita, adakah nyalaan itu pernah bernyala dalam diri kita?? adakah nyalaan lilin muhasabah ini sekadar bernyala sebagai syarat atau terus menyala membakar diding iman yang kian tipis?? atau nyalaan itu menjadi penyuluh kepada hati yang semakin tercemar ini??
Shbt, lama sy merenung lilin itu semalam. Mood utk study pd awlnya nampak menjadi, tp lama kelamaan lamunan itu yg menjadi santapan sy. Benar, bila diimbas kembali, berapa banyakkah peruntukkan masa kita untuk kita bermuhasabah??berbanding dengan masa yg diperuntukkan utk menghadap laman sesawang ini atau sebagainya???
Bagi diri sy yg jahil ini, sudah pasti sy mengetahui jawapannya....sama2lah kita perbaharui diri kita.
Nyalaanmu menyinarkan,
Sesinar suria menguntum senyuman,
Berbakti kepada setiap insan,
Yang sungguh perlukan bimbingan,
Di kala kegelapan yang merunsingkan.
Sungguh,
Nyalaanmu itu,
Seolah menjadi peringatan buat diri,
Pedoman untuk diteladani,
Bimbingan untuk diingati,
Jalan untuk diikuti,
Bagi insan yang alpa diri.
Saat diri digamit dosa,
Titik hitam bermaharajalela,
Resah gelisah berdansa gembira,
Bisikan syaitan menjengah telinga,
Kecamuk jiwa makin bergelora,
Api neraka menjulang juga,
Tanda diri dirasuk dunia.
Duhai cahaya iman,
Terangilah diri ini di kala keseorangan,
Duhai cahaya hati,
Terangilah diri ini di kala sepi,
Duhai cahaya hidup,
Terangilah diri ini walaupun redup,
Duhai cahaya keampunan,
Terangilah diri ini di kala kegelapan,
Duhai cahaya keredhaan,
Diri ini perlukan bimbingan.......
Mungkin macam takde pengisian sangat entry kali ini..ntah la, mungkin kepala tak tenang nak menaip sebab bercampur dgn paper esok, tp nk juga lepaskan rindu pada blog ni.
Shbt, mgkn sy tak pandai bermadah pujangga, namun rasanya shbt dapat memahami apa yg sy cuba sampaikn bukan?? ambillah point2 yg utama itu untuk kita sama2 renungkan.
p/s : Doakan sy dn shbt2 yg lain untuk menduduki peperiksaan final kami ni, Bagi student fizik, kami masih berbaki 6 paper.....banyak tu....moga hati kami istiqamah di medan ini...amin..
No comments:
Post a Comment