Monday, May 23, 2011

:: Catatan Hati : Di Rumah Itu.. ::

Peperangan, itu yang berlaku,

Antara rumah sewa mahupun hostel,

Hati tidak kuat utk kedua-dua keputusan,

Segalanya masih berbelah bagi,

Tapi keputusan yang terzahir

Adalah memilih rumah itu….

Di rumah itu,

Penat lelah mengajarku erti hidup

Memanjat tangga sampai ke tingkat 5

Memerlukan kekuatan yang luar biasa rasanya

Baik kekuatan jiwa mahupun spiritual

Kerana

Tangga itu mengajarku erti

Menghela nafas dengan mengingati Allah

Menapak dengan zikrullah…

Di rumah itu,

Ku di ajar bangun seawal jam 6 pagi

Segalanya secara konsisten

Kembali kehidupan asrama dahulu

Bercerita bukan untuk mengeluh

Tapi mengajar menghargai jerih bonda

Yang kian hari ikhlas membesarkanku.

Di rumah itu,

Segalanya sendiri antara aku, dia dan dia,

Kerana di rumah itu aku belajar menghargai

Masa sebagai seorang suri.

Di rumah itu,

Pagiku terhias dengan menyiap sarapan

Untuk di bawa bekal ke tempat kerja

Merangkap menu tengah hariku

Yang saban hari di selang seli

Air mata barangkali

Mengenang bonda yang berpuluh tahun

Menjalani rutin itu sehari-hari

Di rumah itu,

Ku belajar mengurus masa sebagai seorang suri

Biarpun segalanya masih untuk diri sendiri

Tapi betapa ku mengerti

Tugas seorang suri bukanlah mudah

Umpama menekan remote tv

Di rumah itu,

Buat ku pening kepala bukan tanda migraine kunjung diri

Tapi pening memikirkan menu

Yang bakal di santap di kala malam hari

Biar jadual memasak siap tertampal

Sungguh,

Ia tak semudah membaca nama

Dan ‘take note’ memasak hari apa…

Apa tugas seorang suri sejati ada harinya??

Tak pernah terdengar cuti bagi seorang suri

Tertanya pada diri,

Apa layak memikul tugas amanah Illahi itu??

Bonda, semakin hari

Semakin ku mengerti, tugasmu di dapur,

Bukan sekadar memegang periuk dan senduk,

Tapi adunan ikhlas, titipan doa, sampah rungutan,

Ku belajar semua itu kini…

Di rumah itu,

Ikhlas dalam memasak,

Ikhlas dalam mengemas rumah,

Ikhlas dalam menyapu sampah,

Perasaan apakah itu…

Argh….suasana itu sungguh terasa lain,

Lain ketika segalanya di lakukan di rumah sendiri,

Lain dimensinya bila dilakukan di rumah sewa ini,

Apa hati ini masih meragui

Ganjaran yang Kau sediakan untuk rasa ikhlas itu…

Ampunkan hamba ya Rahim…

By : wardatul shauqah

6.30 pm/21 mei 2011

504, blok cengal, jln 7/1,

43300 sri kembangan, Selangor.

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi