Monday, September 26, 2011

:: Petang Itu ::

Petang itu
Damainya seperti biasa
Hanya perlu datang dan rasa
Segalanya masih sama

Awan redup umpama melindungi
Tiada teriknya mendamaikan hati
Yang berbeza deru angin
Hembusannya tidak seperti biasa petang itu
Lembut sentuhannya
Seperti memahami rasa yang menghadiri
Biarpun sesekali sapanya agak kasar
Tapi
Adat manusia
Ada ramai yang tetap amat menyenanginya

Biar awan seakan memujuk
Tapi belum tentu hati kian sejuk
Cantiknya dunia cantik aturanNya

Ada yang gembira di sini
Ada yang berduka di sana
Biar mata cuba menyeka
Tapi takkan mampu menyorok rasa buat alam 
Terima kasih sebab mendamaikan
Tak pernah mengecewakan
Saat kepiluan yang melanda
Menyerbu sarang jiwa yang bergelora
Terima kasih Tuhan kerana mengizinkan 
Kaki memijak bumi ini
Bernafas dengan udara yang sama
Melihat bulan dan bintang yang sama
Kerana semuanya
dari Kamu Tuhanku
Alhamdulillah
Subhanallah
Allahu Akhbar!

by Wardatul Shauqah
5.50 pm | 26 Sept 2011
Taman Tasik Cempaka
Bandar Baru Bangi.

1 comment:

Jom berkongsi