Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah
tidaklah setakwa aisyah
pun tidak setabah fatimah
justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita-cita menjadi wanita solehah
pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama
isteri menjadi tanah,kamu langit penaungnya
isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
isteri adalah murid, kamu mursyidnya
isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya
saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok
berhati-hatilah meluruskannya
pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita
perlunya iman dan takwa
untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T
kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana
justeru, kamu akan tersentak daripada alpa
kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali
suami akhir zaman yang berusaha menjadi lelaki soleh...amin...

p/s : sajak ni sy copy dari sahabat lama sy...tersentap jantung bile baca sajak ni sebab simple sgt tp diselaputi dgn kebenaran dari hati...sunguh, semoga kita semua beroleh sesuatu dari sajak ini.
" Ya Allah, diri ini terlalu hina di sisiMu, namun Ya Allah, aku mohon, Kau kurniakanlah aku seorang suami yang mampu menjadi imamku di hari muka dalam mencari jannnahMu di samping bersama2 membina keluarga sakinah mawardah warrahmah. Ya Allah, diri ini penuh dengan dosa, iman yang lebih nipis dari kulit bawang, ilmu yang terlalu sedikit ini memohon agar aku menjadi isteri yang solehah untuk suami yang mendedikasikan hidupnya di jalanMu. Ya Allah, janganlah Kau jadikan aku penghalang dakwahnya dalam agamaMu, dan janganlah Kau biarkan cinta ini melebihi cintanya kepadaMu...amin"

No comments:
Post a Comment