Assalamualaikum pembuka kalam bicara buat titipan kali ini….Setelah apa yang telah berlaku terhadap saya sepanjang perjalanan pulang dari UKM ke Pekan, Pahang, Allah beri lagi ujian ke atas saya…bertuahnya saya, sebab Allah nak bagi pahala sebenarnya….
Kisah tentang insan yang bergelar atuk kepada diri ini. 6 mei lebih kurang 6.30 petang aku sampai rumah, argh..letihnya, nanti la aku gi melawat aki (panggilan utk atuk).. 7 Mei, pada sebelah petangnya, aku, mama dan abah gi umah aki yg terletak kira2 15 minit perjalanan dari rumah aku. Aku terkejut sangat sebab keadaan aki sangat teruk. Bayangkan, badan aki terlalu cekung, terlalu kurus, seperti tulang badannya hanya diselaputi kulit semata-mata tanpa ada daging…tulang rusuknya boleh di kira satu persatu dengan jelas…. Terasa bersalah pun ada, betapa lamanya aku tidak pulang ke rumah menjenguk aki.
8 mei 2009, sebaik pulang dari pasar malam bersama ayah dengan menaiki motor kesayanganku, mama memberi arahan bnyk sgt sebab aku kena settlekn hal2 dalam rumah, mama nak gi melawat aki…aku nak ikut, tapi tak dibenarkannya. Setelah dipujuk, akhirnya aku dibenarkan ikut dan kali ni aku yg drive gi umah aki..Sampai je rumah aki, bertalu-talu sedara sampai…semuanya mempunyai hajat yang sama, menziarah aki…
Mama dah bagi isyarat, “ Adik, pergi amik wuduk, baca Yaasin kat aki,” itu kata2 yg aku tangkap dari bibir ibuku. Baru beberapa ayat aku baca, mak saudara semua kecoh secara tibe2, aku di suruh panggil mak ngah di rumahnya…tapi sepupu aku mira yang sampai dulu ke rumahnya. Kemudian aku diminta memanggil sepupuku yg seorang lagi, kak ju anak bongsu mak ngah. Aku difahamkan keadaan aki semakin nazak, aki tak mampu mmberikan tindak balas bila namanya dipanggil atau ada anaknya yang membisikkan kalimah syahadah atau pun Allah ditelinganya. Aku tanya mama, ” Ma, macam mana boleh klasifikasikan yg aki ni tenat sekarang??, ” sungguh aku tak faham sebab bagi aku tiada beza keadaan aki. Mama kata tengok dari tindak balas dia...sebentar kemudian abang aku sampai...
Setiap insan yang sampai, pasti dicium tangan aki, tapi aku tak sebab nanti aku yang lemah. Dalam masa 20 minit ruang tamu umah aki dah penuh dengan sanak saudara, kesemua 9 org anaknya ada di sisi termasuk cucu dan cicitnya. Mak teh setia dengan tisu merapikan aki, ayah nu setia dengan tisu mengelap air mata yang sentiasa keluar dari mata aki, mak de setia dengan ayat2 al-Qurannya, abah setia duduk di telinga aki membisikkan kalimah suci, pok su setia dengan hp menelefon anak saudara yang lain suruh pulang ke kampung, mak ngah, mak long, ayah mat, cik ya setia dengan surah Yaasin di tangan mereka... aku dan beberapa sepupu lain pun turut menghadiahkan surah yg sama...air mata adik beradik ayah mula mencurah-curah, aku terasa sebak tapi hati ini jahat..
Di kala itu, aku teringat, dulu aki pernah membenci abah sebab abah hanya jadi nelayan bukan macam adik beradik yang lain, bila aki buat kenduri, abah hanya akan diberitahu antara yang terakhir, sedangkan rumah kami agak dekat. Memang, time macam ni, aku tak patut teringat ini semua, tapi benda ni mengajr sesuatu dlm diri aku. Ketika menjalani hidup, kita tidak boleh membezakan kasih sayang atau memilih kasih, kerana mungkin suatu hati nanti insan itulah yang banyak menolong kita. Tapi abah, tak henti menyebut kalimah suci di telinga aki. Aku nampak air mata abah menitis. Tatkala itu, tiada lagi istilah ego seorang lelaki yang control untuk menangis, semuanya tertumpah dek kasih dan sayang seorang anak kepada bapanya. Semua orang memang nampak cuak.
Masa berjalan, jam lebih kurang pukul 11 malam, tiada apa yang berlaku. Malam tu, memang tak terbilang la berapa kali baca surah Yaasin, tapi takde la plak perasaan lenguh kaki atau apa bersimpuh lama membaca ayat jantung Al-Quran itu sedangkan biasanya nak menghabiskan satu round pun kebas habis. Itu la kerja Allah, bergantung pada niat kita..
Sedang berhenti seketika daripada meneruskan pembacaan, aku tibe teringat peristiwa yang telah berlaku hampir sepuluh tahun yang lalu. Ketika itu aku darjah tiga, masih tinggal di Kuantan. Hari jumaat, t/hari, abah datang ke sekolah awal dari biasa dan menjemputku untuk pulang, rupanya atuk (panggil bohwe) sebelah ibuku meninggal dunia di hospital. Bohwe dah terlantar di hospital lebih dari 2 bulan, tapi aku hanya masuk ke ICU melawat dia sekali sahaja, aku memang xde kekuatan untuk melihat keadaan insan yang aku sayang terlantar macam tu. Bohwe bernafas melalui lubang yg ditebuk di bahagian lehernya. Aku masih ingat lubang tu sebesar syiling 20sen. Allah sayangkn bohwe, ini lah atuk paling garang dalam dunia tapi penuh kasih sayang. Dia sangat tekankan ilmu agama dalam setiap anak dan cucu dia, semua tu ada hikmah.
Lepas balik dari sekolah, balik umah macam biasa, ayah tepon la mama, sebab mama tengah belajar kat Kuala Lumpur time tu. Dalam tempoh kami nak tunggu bus mama sampai, abah terima satu lagi panggilan. Nenek sebelah ayah (panggik tok) pula yang meniggal, subhanallah, Maha Suci Allah, hebatkan perancanganNya. Tadi bohwe ( ayah belah mama) yang meninggal time nak masuk zohor, sekarang tok (mak belah abah) pula yang meninggal. Macam mn??? Apa yg perlu di buat?? Dalam tempoh sehari, 2 insan meniggal hampir waktunya..tak tergambar perasaan mama dan abah time tu..
Ish, tibe2 rumah aki jadi bising, rupa2nya anak2 buahku ramai yang dah mengantuk. Tersentak aku jap. Anak buah aku memang terlalu ramai, aku sendiri tak kenal semua, kalo yg kecil sgt, memang tak kenal la. Mereka dah mengamuk sebab nak tido. Bermula lah proses membentang toto di atas tikar kat ruang tamu dan dapur. Aku, abang, mama dan abah setia lagi di sisi aki bersama 2 orang kakak abah. Yang lain memejamkan mata sebentar, nanti tukar shift.
Kami meneruskan lagi agenda tadi, ada yang membaca Yaasin, ada yang membisikkan kalimah suci, ada yang mengelap badan aki semuanya main peranan sendiri. Antara perkara yang terakam dalam fikiran aku, semasa nak tukar pampers aki. Satu je persoalan timbul di benakku, adakah aku mampu buat benda yang sama andai takdir ibu atau bapaku sakit???aku seorang anak...mungkin hari ni aku boleh jawab ya, tapi iman di hari mendatang??siapa tahu??
Jam 1.30 pagi, mata aku terlalu mengantuk, aku cuba melelapkan mata di sebelah makteh, kami memang tido bergelimpangan je...ada juga yang tidak tido. Tibe2, jam 3.11 pagi, aku terbangun dengan sendiri, argh...apa yg berlaku...aku bangun...aku melihat sekeliling, seorang demi seorang saudaraku bangun. Semua adik beradik abah ada di sekililing aki. Abah kata gi amik wuduk..aku pun turun amik wuduk. Kedinginan air di pagi hari mencengkam kulit rasanya, terlalu sejuk. Selesai berwuduk, aku naik ke atas, ruang tamu. Apa yang aku nampak hanyalah air mata dari setiap insan yang ada di sekeliling aki. Rupanya aki sudah pergi meninggalkan kami. Aku tak menangis, sebab bahu aku sudah terasa tegang, itu tanda awal sakit aku akan datang kalo aku terus menangis juga. Innalillah......Allah Maha Penyayang, untuk kesekian kalinya aku dapat berada di sisi atuk aku saat2 terakhir.
Sepupuku yang paling tua mengetuai bacaan Yaasin. Bacaan yang diiringi esak tangis oleh saudara sedarahku. Sungguh pilu suasana pagi itu. Abangku tersenyum, mama kata abang seronok sebab dia ada di sisi aki time aki menghembus nafas yang terakhir. Mama kata lagi, ” adik, ayen puas hati sebab dia dapat juga jaga aki sebelum dia fly ke luar negara ni nanti,” itu rupanya yang tersirat di hati abang aku. Dari jauh, aku hanya mampu melihat mak teh, abah, mama, ayah nu, ayah mat mempesiapkan jenazah aki. Mereka mengikat dagu aki sebab aki takleh nak tutup rongga mulutnya, terlalu sayu hati aku time tu. Andai aku ditakdirkan kehilangan ibu atau bapaku di saat ini, aku belum bersedia dan memang takkan bersedia.
Air mata aku mengalir mengenangkan dosa terhadap kedua orang tuaku. Ketika ini, hati aku tak henti mengucapkn syukur kerana masih mempunyai keluarga sebegini. Ketika ini juga, aku terasa sayu kerana aku tidak lagi mempunyai atuk atau nenek baik keluarga ayah ataupun mak. Allah terlalu sayangkan mereka.
Apa yang bermain di minda aku sekarang, apa lagi ujian yang Allah aturkan untuk aku selepas ini?? Sebelum aku berangkat balik rumah, 2 kali aku di hantar ke pusat kesihatan atau hospital bagi mendapatkan rawatan dalam hari yang sama, dlm perjalanan pulang pula, aku nyaris terbabas 2 kali juga, aku menyaksikan sendiri seorang sahabat lama aku terduduk di bahu jalan kerana accident, kemudian kali ini Allah uji kami sekeluarga dengan kehilangan insan yang bergelar aki di mata hati aku. Ya Allah, hambaMu ini terlalu lemah untuk menghadapi semua ini, tak tertanggung rasanya berat dalam hati ni untuk memikul semua ini.
Pengajaran yang paling besar yang aku dapat, terima setiap ujian ini sebagai qada’ dan qadar di mana Allah sedang menyalurkan kasih sayangNya pada hamba2Nya dengan cara tertentu sesuai dengan kemampuan insan itu sendiri. Sahabat, Allah amat menyayangi hambaNya.....jangan pernah sekali terlintas di hati kita meyalahkan takdir di atas semua yang telah terjadi di sekeliling kita. Percayalah, hikmah yang Allah simpan terlalu besar untuk kita berfikir. Al-Fatihah untuk arwah aki saya....saya menulis semua ni pada jam 6.40 pagi 9 mei 2009...sekejap lagi aki akan dikebumikan, dan kembali kepada sebenar-benar Pencipta...
No comments:
Post a Comment