Nadi Tarbiyah Pelajar (NTP 07/08) medan aku mengutip ilmu agama bersulamkan tenunan ukhwah yang sangat mantap.. Kenangan tercipta ukhwah di bina iman terpelihara.. Semoga aku dipertemukan kembali dengan sahabat-sahabat seperjuanganku ini.
Semoga iman yang dipupuk, akhlak yang dibentuk ini menjadi semakin bertambah tingkatnya berbanding masa lalu...sama-sama kita saling ingat mengingati antara satu sama lain.
Hati sering merasa gundah, tapi semua itu tak terluah, segalanya dek kerana himpunan dosa yang melimpah, namun kita jarang berubah, bertukar arah mencari Maha Pemurah
Insan ini yang kudamba, buat peneman di hari bahagia, bukan sahaja di dunia, namun kekal akhirat sana. Ingin aku berkongsi cerita, buat insan teman sejiwa, bukan untuk menambah dosa, tapi pedoman yang dipinta..
Ya Tuhan, diri ini terlalu hina di sisiMu, namun, Kau berikanlah petunjukMu agar aku mampu menjadi suri idaman hati sang pertiwi dalam mencari syurga hakiki. Ya Allah, cantikkanlah budi pekertiku ini sebagaiman Engkau mencantikkan kejadianku..
alhamdulillah, semoga menemui pasangan yang soleh.. :)..
ReplyDelete