Tuesday, December 15, 2009

**Dialog Bersama Hati Ibu**


Salam kerinduan pada cinta hakiki. Terlalu lama tidak menyentuh blog tercinta ini, gara2 daku 'diboikot' di rumah ini dari menggunakan internet..macam2.

Sepanjang cuti ni, sy disibukkan dengan beberapa hal, dan amatlah tak seronok bila takde apa yang nak di buat. Paling banyak tentulah menjadi pembantu kepada ibu tercinta. Hampir setiap hari saya akan ke hospital untuk berada di sisinya. Dan al-kisah, ada suatu hari mama mengajak saya untuk melawat wad2 yang ada untuk mengemaskini maklumat pendidikan pesakit.

Jalan punya jalan, mama mendekati seorang nenek ini yang terbaring di atas katil keseorangan. Ikuti perbualan kami...eksklusif ni utk shbt2 semua..

"Assalamualaikum mak cik, mak cik sihat hari ni??" sapa mama

"wa'alaikumussalam mici, sihat sikit rasanya..." rilex je nenek tu jawab, mukanya jelas pucat.

"Sy saja je datang sini...takpelah, mak cik rehat ye, saya nk buat kerja saya skit," simple je mama tegur nenek tu.

Tak pasal-pasal saya yang pergi ke arah nenek tu.

"Nama siapa??"sapa nenek tu dulu

"Sakinah nek..,"

"Anak mici tu ke??" duga nenek

"A'ah...anak mici tu..." sy semakin merapati nenek tu.

"Datang dengan siapa je? Suami tak ikut sekali ke?" nenek tu cuba ramahkan diri.

Hah??suami??muka macam ni macam orang dah kawin ke??

"Atau minta suami jaga anak sekarang ni??" tanya nenek lagi, belum sempat sy jawab soalan pertama dah di sambung soalan cepu emas ni...alamak....selamatkan diriku..

"Takde la nek, saya belum kawin lagi, masih belajar, siapalah yang nak kawin dengan saya.." saya membuat ayat sedih...

Nenek tu hanya membalas dengan senyum tawar. Kemudian dia memalingkan mukanya ke arah pesakit di sebelahnya.

"Sakinah nak tak jadi seorang ibu?" soalan mantap tu.

"Siapa tak nak nek, ada rezeki Allah, ada la untuk saya," sy dah berdebar, soalan2 yang ditanya sangat mencemaskan diri sy. Kenapa sampai ke tahap macam ni??

"Nenek nak panggil apa ye....panjang la nak sebut nama sakinah,"

"Panggil saya ina je nek," ringkas je jawapan saya.

"Ina tahu tak, nenek masuk hospital sebab darah tinggi dan sakit jantung. Dulu nenek sihat, sebelum arwah suami nenek meninggal, nenek kuat. Tapi, lepas arwah suami meninggal, nenek jadi macam ni," nenek tu cuba bercerita denganku.

Saya dah menjadi serba salah. Insan yang baru kukenal berapa minit ini tibe2 bercerita denganku tentang kisahnya. Erm...rasa nak lari pun ada. Takut mengganggu pesakit je sebab itu bukan masa ada pelawat.

"Anak2 nenek tak berkara (bercara la...) ke nenek dah. Bila nenek cakap, mereka dah berani melawan. Dulu masa arwah ayah mereka masih ada, mereka tak macam ni. Sebab tu nenek dapat darah tinggi tibe2, sebab selalu naik angin dengan anak2. Nenek tahu, nenek memang garang, nenek tegas dengan dia orang, tapi semua tu untuk kepentingan mereka, kalau tak mereka takkan berjaya macam sekarang," panjang nenek tu bercerita.

"Ina rasa mak ina tu garang tak??," soal nenek, mungkin mengharapkan respon dari sy, kerana senyap je mendengar kisahnya.

"Bagi saya, mama tak garang tapi tegas, dia sangat disiplin, kenapa nek?"jeng...sy semakin hairan dengan soalan nenek.

"First time nenek tengok muka mici, nenek rasa mcam tengok diri nenek sendiri. Nenek dapat rasa 'ketegasan' yang ina maksudkan dalam diri mici. Cara dia berinteraksi dengan rakan sekerja, dengan pesakit, sangat berbeza. Cara dia berjalan...nampak siapa diri dia.." uih, maknanya nenekni bukan sebarang orang la dulu. Sebab ayat2 dia ni semacam je, duga di dalam hati kecil sy.

"A'ah...dengan anak2 mama memang tegas, tapi cara mama layan arwah nenek dgn atuk dulu, sgt lembut," sy cuba mengimbau kenangan lalu.

"Sebab tu nenek kat sini. Anak2 nenek tak dpat terima cara nenek. Mereka salah tafsir cara nenek didik mereka...mereka dah besar kan..."

Belum sempat nenek menghabis kan ayatnya, mama dah panggil untuk turun ke wad lain pula. Tapi....sebelum saya berlalu, nenek tu ada pesan sesuatu...

"Nek, ina kena turun dulu ni, mama dah panggil," sy cuba undur diri

"Ina, kalau mici tu marah ina, ina jangan ambil hati ye, selagi tak salah dari hukum agama, ina jangan permah ambil hati. Ina, ingat nenek nak cakap nie..." sy ni sensitif skit, bila nenek tu cakap macam tu, sy dh sebak, air mata ni tunggu masa je nak banjir.

Kata-kata nenek tu sebelum sy turun ke tingkat lain saya tulis dalam bentuk di bawah...

"Kata nenek....
ina, ibu sayangkn kita sejak di alam kandungan lagi.
ibu bersusah sejak melahirkan kita lagi.
ibu tidak tidur sejak kita kecil lagi.
semuanya sebab kasih sayang.

Kerana kasih sayang itulah,
dia bangun pagi siapkan makanan kita,
dia bangun pagi siapkan kerja rumah,
dia bangun pagi membasuh segala baju kotor,
dia siapkan semuanya sendiri.

Kerana kasih sayang itulah,
dia biarkan dirinya terkena minyak panas
demi menyediakan makanan utk keluarga tercinta,

Kerana kasih sayang itulah,
dia biarkan dirinya dihina jiran kerana
terlalu kerap meminjam wang utk
biayai pelajaran anak-anaknya

Kerana kasih sayang itulah,
dia biarkan dirinya dimarahi anak-anak
yang sedang membesar di depan matanya

Kerana kasih sayang itulah,
dia jatuh basikal semasa ingin mengambil anaknya
pulang dari sekolah

Kerana kasih sayang itulah,
dia pendamkan kesengsaraanya dari
pengetahuan anak-anaknya
agar anak-anaknya hidup mulia bermaruah.

Tapi,
bertahun kisah itu berlalu,
terlalu mudah anak-anak menyimpulkan ibu ini."

"Ina kena jadi anak yang baik...jadi isteri yang baik...nenek doakan moga dapat jadi ibu yang baik juga...."tulus nenek itu. Air mata saya tersembam juga di bumi Tuhan ini.

Sebelum turun, saya bersalam dengan nenek itu, dan apa katanya...

"Tangan ini pernah mendukung anaknya, moga tangan yang menyambut salam ini yang mendukung jenazah ibunya dan mendoakan ibunya," lagi berguguran air mataku...sangat menusuk jantung dah tembus ke belakang badan dah rasanya...terlalu mendalam.

Semasa turun tangga, sy sempat bertanya mama background nenek tu. Mama kata dia ditinggalkan di rumah orang tua di pekan ni oleh anak-anaknya. Semasa muda nenek itu seorang guru, pendidik di sebuah sekolah menengah. Semua anak-anaknya memiliki ijazah, tapi masing-masing mementingkan keluarga mertua selepas arwah ayah mereka meninggal.

Rasa macam dalam filem pun ada. Macam tak percaya saya berdepan dengan kisah ini.

Sungguh, jika nenek itu bukan seorang guru sekali pun, bagi saya dia tetap seorang murobbi yang unggul kerana telah berjaya mendidik anak-anak2nya sehingga ke menara gading.

Salam renungan dari diri yang jahil ini.

6 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM KINAH...
    SEBAK RASA BILA BACA CERITA KINAH NI. MINTAK2 ANAK2 DIA SEMPAT MINTAK AMPUN DARI NENEK TU SEBELUM TERLAMBAT....MUDAH-MUDAHAN.....AMIN....

    ReplyDelete
  2. wah...sy yg bc pn, bergenang kejap air mata..huu
    bertuah awk nenek tu ckp cmtu ngan awk..hee
    pengalaman yg mendidik..
    bkn sng tu..huhu

    "Hah??suami??muka macam ni macam orang dah kawin ke??"
    hehe..dh tak lame dh tu...

    ReplyDelete
  3. macam mana nak mengelakkan diri kita dari bersikap begitu terhadap ibu bapa ek??dalam menjaga ibu bapa,,,pasti ada salah faham sket2...aduss....risau tergolong dlm glgan sebegitu~~

    ReplyDelete
  4. to >> ruhil

    wa'alaikumussalam shbtku yg amt dirindui
    moga2 sempatlah anak2 nenek tu minta ampun dn maaf dgn nenek tu.
    sebab tu la cuti semester kali ni sy jadi lebih sensitif bab2 ibu bapa nie..
    benarlah ada sebuah hadis tu, "ibu melahirkan tuan" moga2 ia mampu menjadi iktibar buat kita semua...

    ReplyDelete
  5. to >>zaren

    mmg pun, pglmn yg sgt mendidik tu, mendidik baik hati seorang ibu apatah lagi anak2 spt kita
    kalau dapat amik gambar nenek tu, mesti lagi sedih letak dlm blog ni, muka dia bersih je, sayup sgt kala tengok.

    *tntg kes suami tu, kita tengok sape dlu..
    *yg psti, sy x layak rasanya buat mn2 muslimin pun..
    *doakn yg terbaik kan..

    ReplyDelete
  6. to >>anonymous

    utk berkongsi tntg bgmn utk mengelakkn kita dri bersikap sedemikian dgn i/bpa, rasanya sy bukanlah org yg layak utk berkata2, sbb sy sendiri masih penuh dgn kekurangan.

    cuma, pglmn peribadi, jarak yg memisahkn kamilah yg membuatkn sy lebih menghargai. perasaan rindu mengatasi perasaan geram semua tu.

    bila kmi adik-beradik ada di rumah, sy akn ingatkn abg sy utk bnykkn masa bersama sbb tak nak ada perasaan kesal bila ibu bapa kmi dh tiada nnti.

    cuba amik masa pandang wajah ibu bapa kita dalam2, itukan pahala di samping cba utk selami susah payah mereka. pergi tengok bgmn mereka bekerja ke, sbb dari situ kita akn melihat betapa mereka bersungguh utk mencari rezeki buat anak2..moga ia mampu menjadi peringatan buat kita bersama.


    maaf di atas segala kekurangan, mgkn x menjawab apa yg saudara/i kemukakan.

    ReplyDelete

Jom berkongsi