Aku melihat setiap satu yang singgah di korneaku ini. Segala prinsip pantulan dan biasan aku praktikkan dengan baik, ditambah pula aku di bantu oleh cermin mata yang ina pakai ini. Ya, cermin mata yang ina pakai ini digunakan untuk menapis cahaya matahari selain hakikat rabun. Kalau tak silap aku, nama cermin mata yang ina pakai ini, kacanya itu fotokromik..campuran.
Cantik sungguh hutan yang masih tersusun di belakang perumahan ina ni, aku cuba menikmati setiap satu agar saat perubahan di lakukan, aku masih dapat mengimbau kehijauan yang pernah menghuni di tempat ini. Agar sahabatku dapat terus menghidu kesegaran alam ciptaan Allah ini.
Aku dengar abah ajak ina pergi pasar malam di IKM tu. Selama ina cuti, tak pernah rasanye dia berpeluang ke mana-mana pasar malam. Ina memang sangat seronok, apatah lagi aku. Aku adalah amanah Allah untuk ina gunakan sebaik mungkin, untuk melihat segala benda baik.
Bila tiba di pasar malam, tak cukup sepasang rasanya diri aku ini, ina seolah nak lihat semua benda yang ada di situ. Walaupun pasar malam itu kecik, tak sebesar yang aku pernah lihat di bangi, tapi ntah kenapa perasaan seronok tu lebih.
Ina berjalan, dia tak sedar dia dah ditinggalkan abah, abah dah jauh ke depan tapi ina masih kusyuk melihat itu dan ini. Rasanya aku berpusing 180 darjah untuk memenuhi permintaan ina tu.
Aku ternampak seorang kanak-kanak yang aku anggarkan usianya dalam 6 tahun mungkin. Di bahunya, disilangkan tali rafia yang di pinggangnya terikat kemas beg-beg plastik yang masih belum digunakan. Kanak-kanak itu setia menunggu di tepi longgokan ikan yang mungkin di empunya oleh bapanya.
Kenapa aku rasa diri aku berair...ina, ina menangis ke?? Ina terus membawa aku melihat benda lain.
Kemudian, aku melihat beberapa anak muda yang sibuk menjual lampu barangkali tapi yang di ubah suai bentuknya supaya lebih flexible kegunaannya. Bersungguh sungguh anak-anak muda ini. Kalau mama ada, tentu mama sangat bangga tengok anak muda melayu Islam membuat kerja begini.
Mulut mereka tidak henti mempromosikan barang-barang mereka. Malah, dari masa ke semasa, makin ramai manusia yang berkumpul di depan pemuda-pemuda itu untuk mendengar 'hujah'nya.
Aa.....aku ternampak kedai kek. Aku tahu, ina sangat suka kek, semua kek ina ni makan, tapi ina macam tak beli je kek tu. Aku kagum, mata penjual kek tu senyum padaku, aku membalas dengan senyuman juga, tapi, aku jadi kesian padanya. Argh....mungkin rezekinya dari orang lain.
Ina jalan lagi dengan abah. Aku ternampak satu lagi makanan kegemaran ina, ikan masin. Ina memberitahu abah yang ina nak membeli ikan masin balung ayam tu, sebab dah lama sangat ina tak makan ikan masin kegemarannya itu. Tapi....
Aku ternampak si penjualnya. Seorang lelaki tua yang setia dengan tong cat sebagai tempat duduk. Jika di fikir logik, lelaki seusia itu seharusnya menikmati usia emas mereka dengan berehat di rumah bersama anak cucu, tapi, kenapa pak cik ni masih di sini??
Sekali lagi aku rasa diri aku berair. Ina...jangan nangis....
Ina patah balik sebab dia tak sanggup untuk membiarkan aku terus memandang pak cik itu. Dia berarah ke kedai keropok.
"Dik, bagi keropok mentah ini 2 batang, dan keropok ini 3 ringgit," itu request ina.
Adik??ye, kanak-kanak juga yang ada di situ. Si ibu sedang melayan pelanggan yang lain sambil berulang alik ke kuali panas di belakang. Kanak-kanak ini setia menemani ibunya, menemani ibunya dalam mencari rezeki. Tidak......aku rasa seperti nak menjerit je.
Kemudian ina dan abah balik. Mereka lalu jalan yang sama untuk pulang. Sekali lagi aku disantap dengan ciptaan Allah yang sungguh tak terkata indahnya. Mungkin pada pasangan mata lain akan mengganggap ia pemandangn biasa, tapi tidak jika kita cuba melihat dengan mata hati sekali.
Sesampai di rumah, sebelum ina menutup pagar, seorang kanak-kanak membawa basikalnya dengan laju di depan rumah ina. Dia menggangkat tayar depan basikal. Rumah ina ni depan jalan utama dan paling hujung, jadi memang petang-petang tak sunyi dari aksi sebegini.
Adakah ini generasi pelapis mat rempit masa akan datang?? Mat rempit versi 2020??
Aku dipalingkan dari melihat kejadian itu, gara-gara ina trauma dengan kisah ina masa kecik dulu. Yang pasti, aku seronok sangat hari ini sebab Allah izinkan aku melihat kebesaranNya dengan tuan badan yang aku diamanahkan ini.
Terima kasih Ya Allah.
No comments:
Post a Comment