Salam...post kali ni lain mcm skit bunyinye kan... Al-kisah, cetusan idea untuk post ni adalah pantulan daripada perbualan abang dengan mak saya pada suatu petang.
**Kerana dia cina...**
Mama memulakan kisah anak kawan mama yang berbangsa cina. Baru2 ni, anak dia mendapat 11A dalam SPM dan sekarang ni sedang menyambung pelajarannya di tingkatan 6 di SM Ahmad, Pekan.
Ibu mana yang tak seronok bile anak dapat 11A dlm SPM...percaya atau tak, anak dia tidak ditawarkan ke mana2 pun untuk sambung belajar selapas SPM tu. Jauh sekali nk dapat tawaran ke matrikulasi mahupun asasi...Habis semua permohonan dia dah buat dulu, tapi apa yang dia ada sekarang??
Sy tanya la, "Mama takkan la tawaran ke oversea pun tak dapat??". Memang dia tak dapat mana2 tawaran langsung.
Hati seorang ibu, mak dia gi 'panjat' putrajaya taw untuk memohon ke matrikulasi la, nak gi oversea la..mcm2 pejabat mak dia 'panjat'. Tapi, kesudahan yang dia terima, tawaran ke form6 yang menjengah...
Kes ni sampai ke mak sy sebab mak budak tu berjumpa mak sy untuk meluahkan apa yang dia rasa. Dia kecewa sebab kenapa bangsa lain tidak dapat peluang yang adil...nak kata trial anak dia x ok, terlebih ok masalahnya...kokorikulum anak dia pun mantap.
Saya tak nak komen dari segi politik mahupun apa, cuma anak2 Melayu ni sedar tak yang dengan mudah je anak2 Melayu ni berpeluang masuk ke IPT atau matrikulasi. Antara orangnya tentulah sy sendiri yang diberi peluang untuk menjadi pelajar matrikulasi.
Adakah anak Melayu sedar???
**RM100,00 setahun**
Ni al-kisah sambung belajar kat oversea. Ada la seorang doktor ni yang merupakan graduan sebuah universiti dari Australia ni menceritakan kisahnya...
Dia pergi sana under family, family dia fully support dia kat Australia. Kire private la ni kan. Dia amik medic kat sana, jadi boleh bayang kan kos yang perlu ditanggung.
Untuk yuran sahaja, RM100,00 setahun yang perlu dibayar. Ni baru yuran, belum lagi kos sara diri di sana, tempat penginapan lagi, yuran2 tambahan tak termasuk tu....amik medic...
Bukan setahun, bukan 2 tahun, tapi bertahun2...alhamdulillah, sekarang dia dah pun bergelar seorang doktor, maknanya dia manfaatkan masa yang ada di sana.
Harap2, akan lebih ramai anak Melayu yang akan bergelar seorang doktor muslim yang sejati...
Bak kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, 'kita kalau boleh nak melahirkan lebih ramai golongan PROTAZ...' seimbang agama dan professionnye...
**Cuci kereta pun halal**
Ni kisah hampir 3 minggu lalu. Sy hantar kereta untuk di cuci kat kajang. Boleh di katakan sy selalu je hantar ke kedai yang berbeza utk cari servis yg terbaik.
Tapi, kali ni, kedai ni dah memikat sy dengan kesungguhan pekerja dia yang semestinya bukan rakyat Malaysia.
Tengok dia cuci kereta pun sy boleh nak menangis. Tepi tempat cuci tu ada kedai makan, sy minum air kat situ sambil menghadap ke tempat cuci.
2 orang take over part cuci, 2 org lagi part servis dalam. Ketelitian dan kesungguhan dia org yg memikat sy.
Serius, ni kedai yg ke berapa ntah sy hntr, tp ni la yg paling sy puas hati servis dia. Ada seorang pekerja ni, time dh siap tu, dia panggil sy, 'adek...ini kereta sudah siap, boleh la tengok...'
Sy pun tengok2 n terus masuk kereta. Dia ketuk tingkap kereta, 'adek..tak nak komen apa2 ka?? tengok dulu mana yang tak bagus....'
Lepas tu dia bagi air, sy x amik, takut....hihi...
Dalam perjalanan sy nk jemput kawan sy di stesen komuter, sy teringat pengusaha car wash kat area umah sy...
Anak2 muda Melayu yg kerja...percaya atau tak, mereka memilik ijazah....sy teman siapa tak ingat pergi situ...tp banyak kawan sy yg berbual dgn mereka, sy mendengar je...
Kebenaran yg benar, "Adik cari la car wash lain, mn nk jmpa budak mlyu...dh la ada ijazah..adik esok, kalau dh ada ijazah, jgn la segan nk kerja mcm nie...mn nk cari keje skrg..."
Ini kisah masa sy habis SPM...tp sekarang????
Sy tak taw siapa sy akn datang...adakah masih sama seperti hari ini, lebih baik atau lebih buruk...memang tak tau..harap2 tidak mendatangkan fitnah kepada Islam...doakan lah sy mahupun seluruh umat Islam agar sama2 terus dan terus menegakkan Islam.
**sejarah itu satu pengajaran**
Mak sy selalu ingatkan tentang kisah lalu, tentang orang Melayu....perjuangan, semangat, sifat berdikari.....
Tapi, hari ini....sedihnya melihat keadaan sekeliling..melayu seolah mahu 'membunuh' melayu sendiri. Nama asal negara kita, Tanah Melayu, tp di mana Melayu??
Jangan kata plak, sy menghasut perkauman, jangan salah faham. Cuba fikir semula sebelum melabel sy sebegitu.
Motif utama sy, bersyukurla kerana kita dilahirkan sebagai anak Melayu di bumi yang cukup tenang ini....dilahirkan dalam beragama Islam...
Jangan persiakan apa yang kita ada...tp, ingatlah, kita sememangnya tak pernah memiliki apa2 di dunia ini sebab kita 'dimiliki'.....
Maafkan tutur bicara dlm post kali nie....
No comments:
Post a Comment