Salam alaik ya sohabati..
Kali ni, tidak ada cerita yg ingin di hujahkan, namun berkongsi 'rujukan' hati yang ingin di madahkan.
Pencarian cinta...erm..bunyi macam bosan, sebab seperti sudah tidak ada tajuk lain je. Namun, kupasan isi yang amat teliti berkisarkan cinta ini sy temui dalam beberapa buah buku yang sememangnya sy amat mengagumi penulisnya.
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan Fatimah Syarha Mohd Noordin merupakan 'pemadah jiwa' yang amat saya kagumi.
Pencarian sy bermula dari promosi dalam terjumpa di dalam laman sesawang ini, yang telah menggerakkan hati untuk memiliki buku2 ini.
Buku pertama yang saya cari....
Buku ini sebagai pembuka selera kepada 'makanan cinta' yang sebenar-benar yang digariskan dalam Islam. Kisah benar ustaz hasrizal diceritakan dengan kemas dan santai. Tapisan bahasa yang lembut tanpa menyentuh sensitiviti mana2 pihak amat menarik perhatian saya.
Dari cara mula bercinta, menempuh alam pertunangan, kemudian dunia perkahwinan malah rezeki anak yang dilahirkan, satu kronologi yg sistematik diceritakan. Sangat la rugi bagi insan yang bergelar remaja yang mencari 'cinta' andai tidak memiliki buku ini.
Selingan cinta dan CINTA yang di sulam kemas memang mampu menyentap jiwa...
Buku kedua yang saya idamkan....
Lanjutan buku Aku Terima Nikahnya, buku ini dipublish bagi menerangkan dengan lebih detail tentang ilmu dalam dunia berumahtangga.
Konsep cinta dan CINTA tetap menjadi tulang belakang, corak pengolahan je yang lebih menyentuh isu yang lebih 'dewasa'.
Di awal pembacaan buku ini, sy terasa seperti di sindir sebab ayat2 yg di susun sememangnya mencakupi kehidupan peribadi sy. Betapa Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Tersindir yang membuatkan diri ini teramat la malu denganNya.
Saya mengambil masa yang agak lama untuk membaca buku ini dan ada bab yang saya ulang beberapa kali untuk memahami maksud. Titisan air jernih menerjah pipi kerana kebenaran sememangnya pahit. Amat menyentuh jiwa...
Buku ke tiga.....
Sebuah novel nipis yang amat padat dan fleksibel. Menurut apa yang saya tahu, ia sebenarnya kisah sebenar penulis dalam hidupnya. Sama-sama la kita renungi dan ambil la sebanyak mungkin kupasan ilmu dari setiap buku ini.
Mana2 sahabat yang dah membaca buku-buku ini, jemput la berkongsi komen dan pendapat tentang buku-buku ini. Semoga kita benar dalam mencari cinta dan CINTA.
Kalau la ada sahabat yang mempunyai kewangan lebih, apa kata hadiahkan buku-buku ini kepada sahabat2 yang masih mencari cinta dan CINTA...ia satu hadiah yang amat bermanfaat..
Sama-sama berkongsi ilmu Allah...

No comments:
Post a Comment