Assalamualaikum..............
Hari ni kuliah macam biasa...kuliah dari jam 2 petang hingga 5 petang.
Balik dari kuliah, terus je balik bilik sebab penat juga la hari ini.
Selepas hampir 15 minit jalan bersama seorang sahabat saya, helma ke kolej kami, akhirnya tiba di bilik. Alangkah terkejutnya bila buka pintu bilik...
Teka, ni apa???
Mungkin boleh teka daripada tajuk lagi kan....roti ni kepunyaan roommate saya. Sebelum pergi ke kelas, dia ada pesan suruh makan roti tu. tapi sekarang...................
Ni la hasilnya....roti ni telah dikerjakan oleh 'kera' yang datang tanpa diundang. Pada mulanya memang pelik sebab dari manakah datangnya haiwan2 ni?? kaji2 punya kaji, rupanya dia korek tingkap bilik kami....erm..macam mana la haiwan ni boleh 'mengutil' tingkap ni sampai boleh terbuka...
Tapi, bila melihatkan keadaan ini, tidak terdetik pun perasaan marah sebab bukan salah haiwan ni..manusia pun salah.. kalau bukan habitat dia terancam, takkan jadi macam ni juga. Nak tak nak, kembali pada muka sendiri. Cuma kesian pada roommate sy sebab takde rezeki untuk terus menikmati rezeki Allah nie...
Sekadar selingan....
uemmm berok pun pandai berfikir cr nak dapatkan makannan tu..manusia???
ReplyDeletehahaha....teringat lak time bilik sy kena serang dulu.. lagi teruk...
ReplyDeletekena serang mcm mn tu??share la...
ReplyDelete