Bermula al-kisah...3 jun 2009, sy memulakan perjalanan pulang ke rumah di Pekan, Pahang dengan menaiki bas Sani Express mcm selalu la. Bas mula bertolak jam 9 pagi. tapi seawal jam 6 pagi aku dah terjaga kerana semalaman aku tidak dapat melelapkan mata kerana disengat lebah pada jam 1 pagi tu, bengkak la tangan kanan ni, tu yang takleh tido sebab letak tangan mcm ni, tangan tu sakit, letak macam tu, pun tangan sakit,tu yang takleh tido semalaman...sebelum tido pula, aku chatting dlm ym bersama seorang sahabat lama aku yg kini belajar di luar negara, terasa rindu pada kenangan bersama dia dan sahabat lain sewaktu dulu, kenangan tetap kenangan. Biar kita sedih pun,hidup tetap diteruskan, kalau kita gembira pun, hidup tetap diteruskan, pilih la sendiri yang mana utk jalan hidup.
Jam 8.30 pagi aku keluar dari UKM dengan kereta aku yang dipandu oleh sahabat aku dan sepanjang kepulangan aku ke rumah nanti, aku amanahkan dia untuk melihatkan kereta tu. Bas bertolak macam biasa, aku duduk sebelah seorang lelaki, depan dan belakang semuanya lelaki...adui..tak selesa dibuatnya. Bas meluncur lancar, perjalanan yang sepatutnya boleh mengambil masa 4 jam menjadi 5 jam kerana banyak kali berhenti. Macam-macam kerenah penumpang yang ada...
Kenapa ya sy selalu menulis atau berkongsi cerita yang berlaku dalam hidup sy?? Sebab semua ni ada pengajaran yang boleh kita ambil...tapi, tak semua tindakan saya adalah tingkah laku yang baik..yang mana boleh diambil pengajaran, silakan, yang mana tidak, berfikirlah sendiri.
Nak tido tak boleh, dah la nak wat pe ye?? Nasib baik dalam beg ada sebuah buku yang aku baru beli, Langit Illahi karya Hilal Asyraf....dah lama merancang nak memiliki buku ni, aku beli buku ni time beli buku Aku Terima Nikahnya karya Saifulislam...sangat famous buku nie... Ketika lalu di kawasan temerloh kot, sepupu aku, Kak Yong menelefon..lama kami berbual. Mcm2 yang kami perkatakan, walaupun hubungan kami atas pertalian sepupu, tapi dia seperti kakak aku sebab segalanya kami berkongsi...
Lebih kurang jam 2 petang, aku sampai di Terminal Bas Kuantan, turun je bas, pemandu2 teksi berebut2 mencari penumpang, dan aku terus menerima tawaran seorang pak cik ni.
" Tu teksi pak cik...jemput la naik.." tawar pak cik tu kpd aku.
"Pak cik, saya nak gi benteng ek.." aku terus je menyampaikan destinasi aku.
"Ada orang panggil terminal bas lame, ada orang panggil benteng, tapi tempatnya same je kan.." mungkin pak cik ni ajak aku berbual, tapi maaf pak cik, aku dah tak mampu berkata perasaannya..pertembungan cuaca sejuk di dalam bas tadi dengan cuaca panas di luar telah buat aku sakit kepala sangat2...maafkan diri ini pak cik..
Sampai je benteng, aku terus menaiki bas Bee Huat, bas tambang yang akan membawa aku pulang ke rumah, Pekan. Naik je, aik???mcm aku kenal je lelaki depan aku nie...kalo tak silap aku dia ni budak same kolej dengan aku, Keris Mas..tp setahu aku dia orang MalaysiaTimur.. salah orang kot..
Semasa bas mula nak bergerak, ada 3 anak muda melayu kot yang terkejar2 utk manaiki bas yang sama. Pemandu bas memberhentikan seketika utk membenarkan mereka menaiki bas itu. Tempat duduk dah penuh, jadi terpaksalah anak muda ini berdiri. Mereka berdiri di kawasan tangga, aku boleh melihat mereka dengan jelas. Alangkah terkejutnya apa yang aku lihat...argh...apa nie..salah seorang dari mereka, aku ternampak...aku ternampak...eh, biar betul apa yang aku nampak nie..ntah2 aku khilaf kot..alangkah sedih dan terkejutnya aku, bila aku ternampak tatu dengan logo yg ntah pe2 di tangan pemuda itu..astaghfirullahalazim..itu yg aku musykilkan, sama ada dia ni melayu islam ke tak..
Sedihnye rasa, anak muda zaman sekarang. Tatu tu terletak di kawasan lengan tangan. Apa yg bermain di fikiran aku time tu, knpa dia letak kat situ ye?? 1-sebab kalo amik air sembahyang pun tak perlu sampai kat situ... 2-mungkin kalo dia kuar pakai singlet, kawasan tu akn terdedah dan boleh buat dia rasa bangga 3-fikir semula, mungkin tatu tu tatu yang main tampal je, maknanya boleh tanggal bile2..mcm kecik2 dulu, beli gula2 getah dan pada kertas pembalut tu ada lambang yang perlu dibasahkan dan leh lekatkan je pada kulit...umat Islam sedang dipermainkan!!! Apa semua ni, dalam hati, semoga dia beroleh hidayah suatu hari nanti, tu lah selemah-lemah iman...ampunkan aku Ya Allah...
Perjalanan seperti biasa, bas akan berhenti bila mana penumpang menekan loceng. 3 pemuda itu turun di hadapan pasaraya Giant...biar la dia turun di situ, tak sanggup aku melihatkannya.. Kemudian lelaki di hadapanku ini mula mengajak aku berbual, ya, memang kami sama2 kenal, dia budak Pawana Mas dan aku budak Sanggar Mas..dia cam aku, nama dia John, orang sarawak..dia turun Pekan sebab melakukan pra-praktikal mengajar di SM Tengku Abdullah, sekolah lame abang aku. Tak banyak yang aku bualkan, sebab sakit kepala ni dah semakin menguasai diri....
Aku mencari sesuatu di dalam beg, setiap inci ruang yang ada aku 'kelebek', tapi tak jumpa. Sakinah, jangan kata kau tak bawa balik.....aku mencari dalam beg latop plak, pun tak jumpa. Cari semula dalam beg, memang tak ada.... Sakinah, kenapa kau terlalu pandai sangat nie, aku terlupa bawa balik ubat aku !! Sabar je la.....
3.40 petang, aku menjejakkan kaki di rumah, alhamdulillah, aku dah selamat sampai rumah. Tapi, macam biasa la, yang akan menyambut aku pulang ialah kucing aku, Manja. Mama dan abah masih lagi di tempat kerja dan abang aku pula ke Kuala Lumpur kerana menghadiri satu interview sekali dengan exam...semoga ayen dapat apa yang dia impikan. Kucing pun jadilah, Manja pun boleh jadi teman aku. Sampai je rumah, solat zohor dan makan. Bukan aku nak melengahkan solat, sebab kalau ikutkan sempat je kalo aku nak solat kat terminal, tapi rasa keselesaan di rumah tu lain. Tapi, kalo rasa mcam tak sempat nak sampai destinasi on time sebelum tamat waktu solat, memang tak berani buat...
Rumah tak bersepah, dapur kemas, baju semua dah siap lipat, ruang tamu kemas, baju takde yang nak dibasuh, apa lagi...semua tersusun cantik...ni lah mama, sibuk macam mana dia, tanggungjawab dia tetap terlaksana dengan baik. Aku tertanya diri sendiri, andai aku sudah berumahtangga nanti, adakah aku mampu jadi seperfect mama?? menguruskan rumah, suami, anak-anak, semua la... kalau nak beralasankan kerjaya, isteri solehah tidak mengira semua itu, amanah tetap amanah. Setiap yang berlaku dalam hidup ni, membuatkan aku sentiasa muhasabah semula diri sendiri, macam mana aku akan datang?? sebab kita boleh berkata, "bila dah besar nanti aku nak jadi macam ni macam tu, tak nak jadi macam ni macam tu, aku nak buat macam ni macam tu", but who knows?? Sebab tu la bagi sy pengalaman ni semua yang mendidik sekali gus sebagai peringatan sebab impaknya boleh dilihat dengan mata sendiri.
Selepas solat asar, aku terlelap, sungguh tak taw la bile masa plak aku rasa nak tidonye...tibe2 hp berbunyi, mama tepon.
"Assalamualaikum syg...syg mama ni tengah wat pe??"
"Wa'alaikumussalam mama, ina tertido la...maaf...." mama ketawa je
"Adik, mama dah nak balik nie, mama cuma nak bagi taw, Ayah Su Meli dah meninggal."
"Innalillah...bile??kat mana??"aku cuba mengingati tok sedara aku tu..
"Nanti la mama cerita, mama balik nanti adik siap la terus, sebab kita akan balik kampung petang ni juga.." itu pesan mama kepada 'adik'.
"Ok ma, ina akan siap terus...assalamualaikum"
"Wa'alaikumussalam"
Talian di tamatkan...
Ikutkan hati ni, penat sangat sebab aku baru je terlelap, tibe2 ada 'tugas' yang lagi penting yang perlu disiapkan. Lebih kurang 15 minit mama sampai rumah, abah pun baru sampai ke rumah. Kami sama2 bersiap utk pulang ke kampung. Jam 6.40 petang, kami bertolak dari rumah, kami akan singgah ke rumah mak long dulu sebab takde sapa yg boleh mak long tumpang lagi utk pulang ke kampung. Dalam kereta, mama dengan mak long banyak berbual pasal punca kematian tok sedara aku tu. Aku hanga mendengar, mulut ni dah tak mampu berkata. Kepala aku semakin sakit, serius, time tu, penglihatan aku dah tak berapa jelas. Samar2 je aku nampak...mama dengan abah tak taw yg aku tengah sakit kepala sebab aku memang control habis muka depan mak ayah biar nampak sihat. Sebotol air besar aku bawa, takut jadi pe2, minum je air tu dulu.
Perjalanan kami akan mengambil masa lebih dari 1jam 30 minit, tapi smuanya bergantung pada keadaan jalan. Semasa dalam perjalanan, aku terimbau kembali kali terakhir aku menatap wajah tok sedara aku tu, semasa hari raya 2 tahun lepas. Titisan air mata dia tetap aku ingat, dia terharu sebab semua adik beradik mak datang melawat dia di sana. Arwah merupakan adik kepada arwah nenek belah mak aku. Dalam pertemuan kami semasa hari raya tu, kami semua berkesempatan meminta maaf, halalkan makan minum selama ni terhadap arwah. Raut wajahnya saling tak tumpah seperti arwah nenek aku.
Walaupun kami takkan sempat melihat jenazah, cukuplah tatapan wajah terakhir 2 tahun yang lalu itu akan aku simpan sebagai memori dan tanda ingatan. Terasa sedih dan pilu juga, sedar atau tak, itu merupakan tok sedara yang terakhir dalam family mak...selepas ni takde lagi tok sedara. Mama dengan mak long masih lagi berbual tentang arwah, mereka teringat kenangan bersama semasa mereka kecil. Aku memang dah tak terkata, dengan tangan bengkak, kepala sakit yang amat, seperti tak mampu nak bergerak ke mana-mana je perasaannya.
Lebih kurang jam 8 malam kami sampai, rumahnya berhadapan dengan surau, jadi kami solat maghrib di situ dulu sebelum melangkah masuk ke rumah arwah yang terletak tinggi di ats bukit. Kami terpaksa mendaki bukit untuk sampai ke rumahnya. Ya Allah, kepalaku ini tak terkata dah, rasa seperti tak terkawal sakitnya. Semasa sujud, jangan cakapla sakitnya. Nak mendaki lagi...sungguh, aku benar2 hendak pengsan time tu. Mama, mak long dan sepupu aku mendahului aku, abah di belakang. Dalam 'pendakian' tu, tibe2 Allah datang kan semula kata2 seorang sahabat aku.. "Kinah, ubat tu bukan sebab utama yg menyembuh kinah kan, itu cuma pengantara, kalo kinah kata telan ubat je terus baik, itu salah, sebab yang sembuhkan siapa?? Allah kan....bukan ubat tu, ubat tu buatan manusia je kan."
Subhanallah walhamdulillah, Allah Maha Petunjuk...kenapa la aku ni?? kenapa aku terlalu bergantung pada ubat tu, dah tahu tak bawa balik mesti ada ikhtiar lain. Aku cuba menukar mind set, aku boleh, sebab Allah ada....Dia yang menyembuhkan aku. Kinah, ko kena fikirkan benda lain selain dari sakit. Dalam hati ni, xde sape yg boleh memahami betapa sakitnye kepala aku time tu. Sampai je umah arwah tok sedara, sepupu aku tegur, " Ina, muka ina pucat sangat...kenapa nie??sakit ke??" sepupu aku yang muda setahun dari aku menegur. "Eh, xdelah, penat naik bukit kot.." aku mengelak....argh....jgn sampai ada sesiapa yg mengesan... Maaf, bukan nk menipu, tp aku tak nak menyusahkan sesapa ag time mcm nie.
Masuk je rumah, seperti dh ada kerja menanti, tolong sdra mara kat dapur tu sebab lepas isyak ada tahlil skit...aku dgn sepupu je ank dara yg wat keje, yg lain semua mak org, segan gak sebenarnya, tang2 tu la aku diperkenalkan dengan sedara mara yg aku sememangnya tak kenal. Suasana pilu dalam rumah tu, tak lagi wujud dengan kehadiran saudara mara yang ada.
Semasa tahlil dijalankan, kaum hawa macam biasa la duduk di bahagian dapur, pelbagai kerenah yang dapat aku lihat. Aku cuba fokuskn pada suara tok imam sebab tak nak fikirkan sakit, tapi konsentrasi aku terganggu, aku tak salahkan sesiapa sebab itu keadaan normal. Paling menarik hati aku ialah melihat seorang ibu muda ni yang baru mempunyai seorang anak. Dia sangat cantik, anaknya pun comel. Tibe2, sedang orang lain sedang menyebut kalimah 'La ilaha illallah', suara tangisan bayi tersebut memecah keheningan malam. Ibu itu hanya tersenyum, Ya Allah.... Betapa sabarnya seorang ibu melayan kerenah anaknya yang tidak memahami apa2 dan hanya kemahuannya dituruti. Habis didodoikan di setiap pelusuk dapur kerana dia tak nak duduk je. Sungguh, aku terasa tercabar, tercabar utk aku melakukan hal yang sama andai dikurniakan anak...
Dan sehingga saat ini, aku masih bergelar seorang anak kepada seorang ibu yang teramat mulia di mata aku. Betapa sabar dan sayangnya si ibu melayan anaknya...fokus aku terhadap zikir teralih seketika. Tapi, sekurang-kurangnya sakit kepala dapat dikurangkan sedikit. Selepas tahlil habis, ada jamuan sedikit yang telah disediakan tetangga dan saudara mara lain. Mama mengajak pulang sebab pagi esok abah akan bekerja macam biasa. Sebelum pulang, aku dibawa bersalam dengan hampir semua yang ada di dapur itu. Ada yang menangis kerana mungkin terharu dengan kehadiaran kami dan mak long, dan ada juga yang mengucapkan terima kasih kerana datang. Argh.....pedulikan kata2 itu sebab bagi aku, ini semua t/jawab sesama manusia, hari ni mungkin hari dia, ari esok siapa tahu. Yang pasti, aku belum bersedia utk kehilangan mana2 insan tersayang di sekeliling aku, terutama mama, abah dan ayen..memang aku belum bersedia.
Dalam perjalanan pulang, aku hanya melelapkan mata di dalam kereta, mama sedara yang aku sakit kepala, itulah hati seorang ibu, sorok la macam mana sekalipun kesakitan kita, dia tetap merasainya..malaha tidak setanding dengan kesakitan dia melahirkan kita...
Antara pengajaran utama yang aku dapat dalam diari aku kali ni, tentang ilmu. Kita tidak pernah mengetahui siapa yang akan mati dulu, di mana dia mati, bagaimana dia mati. Tapi, andai saudara kita yang mati terlebih dahulu, apa yang patut kita buat. Apa yang menyeramkan aku ialah tentang solat jenazah..berapa ramai yang benar2 hafal bacaan utk solat jenazah?? Adakah kita mengahafal sebab nk lulus PAFA?? Bila lagi kita akan mempraktikkan nya?? Ilmu utk di amal wahai diri, sakinah bukan utk lulus semata-mata, memang utk lulus, tapi lulus di akhrat kelak....untuk renungan bersama....
No comments:
Post a Comment