Thursday, June 18, 2009

**Perkongsian vs kekosongan**

Seperti yg di janjikan, sy nk kongsi kandungan ceramah yg telah disampaikan oleh ustaz hasrizal abdul jamil dalam ceramah yang sy excied sgt nk pergi tu.

Yang pasti, tajuk kuliyah maghrib tu sy tak dapat pastikan, cuma apa yg boleh sy katakan, kuliyah tu berkisarkan "Saya mestilah menampilkan diri dari aspek AQIDAH". Ini merupakan kuliyah bulanan yang kerap diadakan di surau itu. Mauduk yang disampaikn ini adalah berdasarkan buku "Maza ya'ni @ Kenapa saya anuti agama Islam" karya Sheikh Fathi Yakan.

Teringat kenangan di matrik, sebab buku itulah yang jadi panduan kami untuk jalankan usrah mingguan. Satu bab demi satu bab kami kupas bersama sahabat2 seperjuangan, tp, siyez, kalo time briefing tu, perasaannya, sy nk menyorok...huhu ada plak time briefing nk menyorok kn...

Bukan apa, terasa tak layak layak kot untuk berada bersama mereka sekali gus menjadi naqibah. Antara part yg amat sy segan, bile open session, memang mantap la hujah2 yg shbt2 lain keluarkan. Tugas sy time tu, absorb sebanyak mungkin dan cuba blajar..... Terasa diri ini jahil dgn ilmu Allah..

Eh, apa nie, kembali ke pangkal jalan..ting2...masa tamat untuk bercerita kisah kat matrik.

Saya amik beberapa isi je la ek....

Saya mulakan dengan terjemahan surah At-Taubah : 122
"Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap2 golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalamkan pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya"

Dalam kehidupan kita, we have to write something worthy to read or do something worthy to remember....ni berdasarkan peninggalan buku Maza Ya'ni oleh Sheikh Fathi Yakan tu untuk pedoman kita semua pada hari ini.

Tp, pe kaitan dgn ayat yg dia bagi kat atas tu??? Erm...mcm ni al-kisahnya... Dalam meniti kehidupan sebagai 'murabbi' suatu hari nanti kepada insan yang bergelar anak, antara tugas utama 'murabbi' ni adalah memastikan at least salah seorang anaknya mempelajari ilmu agama secara mendalam...

Andai la dikurniakan 5 orang cahaya mata, maka seelok2nya, seorang dari itu memperdalami ilmu agama sebaik mungkin dan mengajarkan nya semula. Tapi jangan la sampai memaksa yang amat, sebab jaminan 'keberkesanan' tu tidak dapat dipastikan.

Bila huraian ini diperjelaskan, sy terasa sangat, sebab, sy cuma ada 2 org adik beradik. Siapa yg perlu memikul tanggungjawab nie?? Allah dah banyak bagi peluang kat sy untuk mempelajari semua ni, cuma sy nie je, yg tak pandai memanfaatkan peluang yg ada...terasa diri ini terlalu tidak memainkan peranan dlm keluarga...ampunkan aku ya Allah.

Dalam surah At-Taubah ayat 122 ni, Allah ada gunakan perkataan 'nafara' yang membawa maksud turun..yang mana lebih sinonim dengan pergi berperang. So, di situ, terlihat penegasan untuk menerangkan kepentingan salah seorang dari kita untuk menuntut ilmu syariat daripada semuanya 'turun' ke medan perang.

Sedar atau tidak, bak ayat sy tadi, ini sebahagian kepada golongan seperti kita untuk mengambil pengajaran. Di mana, andai ditakdirkan, kita mempunyai sebuah keluarga di masa akan datang, perlu di ambil perhatian perkara ini untuk anak-anak kita nanti. Seperti post sebelum ni juga, antara perkara yg sy takut, kita boleh merancang atau cakap itu dan ini berkaitan perancangan kita akan datang, namun tiada siapa yang tahu akan datang melainkan Dia...sama2 la kita peringatkan.

Berbalik kepada 'saya mestilah berusaha untuk AQIDAH muslim', actually we are what we believe. When what we are believe is not parallel with what we had done, it is out of the road.But, it can be parallel by doing a 'u-turn' to the real path...

Antara contoh yg menunjukkan manusia ni boleh berubah adalah......

1-perlahankan kereta, coz lebuh raya had max 110km/j....
2-check tali pinggang keledar...sama ada dia pakai ke tak...kalau tak pakai, tang2 tu la dia akan pakai kan..>

So, terbukti, manusia sebenarnya boleh berubah bila ada 'isyarat' yang timbul dan 'ternampak' oleh manusia tu. Sebab, hati manusia ni dipegang oleh Dia, Dia yang membolak balikkan hati ini. Cuma, cabaran terbesar dalam nak berubah ni, adalah nk istiqamah tu la part paling mencabar. Erm, jap2,....ada sesapa x faham ke penjelasan sy nie???Sowi la, x taw nk hurai macam mana lagi, dah.. :-)

Antara peringatan Allah lagi tentang istiqamah atau teguh pendirian adalah
"Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. [Hud : 112]"

Lepas tu, sy terpanggil dengan point 'kemiskinan'. Kaya macam mana pun kita, sebenarnya kita ni miskin kan... Pernah tak kita terfikir kenapa Allah jadikan kita miskin?? Tak kisahlah miskin dari apa pun. Kalau tanya sy, mungkin saya akan jawab saya miskin isi dalam hati ini...miskin dalam pencarian ilmu Allah, miskin dalam mengenal CINTA, miskin jiwa la paling utama. MISKIN JIWA??? Benar kata Allah dalam surat cintaNYA

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, JIWA dan buah-buahan. Dan beritakanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang2 yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan 'Inna lillahi wa'inna ilaihi raji'un'" [Al-Baqarah : 155-156]

Kenapa Allah ciptakan kita dengan kemiskinan???Jom sama2 kita flash back dan muhasabah diri. Pertamanya, Allah nak kita cari Allah bila kita miskin, bila kita di timpa musibah, sebab Allah rindukan suara kita memohon kepada NYA. Dalam konteks nie, kite kita kena bersangka baik, sebab Dalam Al-Baqarah ayat 186, Allah berfirman, maksudnya,

" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran"

Betapa Allah Maha Pemurah. Keduanya, untuk mengelakkan kita jangan sampai payah untuk membicarakan soal syurga neraka. MasyaAllah, tersirap darah saya point nie. Terasa diri ini semakin hina dan kerdil...memang benar, setiap yang berlaku semua ada hikmah, Allah menyimpan semua hikmah ni untuk kita berfikir, tapi, yang malunya, semua tu kembali untuk diri kita sendiri sedangkan semasa ditimpa musibah, ketika itu lah hati berbisik menyalahkan keadaan...

Ke tiga, kenapa Allah jadikan kita miskin atau dengan kelemahan, sebab....sebab untuk sedarkan kita bahawa kita ni hidup sebagai hamba, hamba kepada pencipta YANG ESA..kita sebagai HAMBA!!! Ya Allah, ampunkan hambaMu ini.

Teringat sy 1 analogi tntg siapa kita...ada perbualan seorang anak dgn seorang ibu kot, sy dh lupa cite asal dia, jd sy olah ikut fahaman dn apa yg sy ingat je la ek. Si ibu ni nak bercerita tntg kedudukan kita ni la...antara bulan dan bumi, mana lagi besar?? Bumi...antara bumi dengan matahari?? Matahari....antara matahari dengan bima sakti??Bima sakti la..antara bima sakti dengan seluruh galaksi yg ada? Tentulah seluruh galaksi tu lagi besarkan...Jadi, siapa pencipta semua ni?? Allah kan...lihatlah betapa BESARnya Allah...dan, ketika itu, bayangkan koordinat kita di atas muka bumi jika dipandang dari galaksi paling luar yang wujud...mcm apa ye?? Renung2kanlah...

Kemudian, next point adalah berkenaan cara Allah memperkenalkan diriNya. Ada dua cara Allah memperkenalkan diriNya..
1-Allah Rabb
2-Allah Ilah

**Allah Rabb**

Perkataan Rabb itu sendiri membawa maksud Yang Memiliki, Yang Mengatur, Yang Menyusun. Bila dalam hati kita ini berkata bahawa Allah itu Rabb, itu maknanya kita kena sentiasa bersedia, sebab apa?? sebab DIA YANG MEMILIKI, YANG MENGATUR, YANG MENYUSUN. Semua ini pinjaman.

Ustaz Hasrizal ada membawa contoh yang mana merupakan kisah benar. Ada sepasang suami isteri ni dah berkahwin 5 tahun tapi masih belum mempunyai anak. Nak jadi ke cerita, pada tahun ke-6, mereka dikurniakan anak. Namun, DIA YANG MENGATUR, anak itu ditakdirkan mengalami masalah jantung kronik juga la, dan ditakdirkan meninggal dunia kepada YANG MEMILIKI.

Jadi, bila kita mengaku bahawa Allah itu Rabb, kita kena sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku sebab DIA YANG MEMILIKI. Dalam surah Al-Fatihah ayat pertama, "Rabbil A'lamin"...Allah memperkenalkan diriNya sebagai Rabb..cuba sahabat2 perkaitkan dengan huraian yang dah saya share kat atas tadi..

**Allah Ilah**

Kalimah yang paling sinonim dengan cara Allah memperkenalkan diriNya ini adalah kalimah "La ilaha illallah"... Maksud yang lebih terperinci tentang 'ILAH' ialah meletakkan Allah sebagai keutamaan yang terpenting mengatasi segala yang penting. Ini membuktikan tidak ada apa yang penting dalam hidup melainkan mementingkan Allah kerana kita adalah HAMBA ALLAH.

Bila kalimah agung ini dilafazkan, ia melibatkan CINTA kerana kalimah itu melibatkan perasaan. Cinta sebenar kepada Allah adalah cinta kepada ciptaan Allah. Justeru, lafaz la kalimah ini dengan penuh kesedaran CINTA kepadaNya (peringatan untuk diri ini terutamanya).

"Dan di antara menusia ada orang-orang yang menyembah sekutu-sekutu selain Allah; mereka menyintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu* mengetahui ketika mereka melihat seksa(pada hari kiamat), bahawa ketakutan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah amat berat seksaanNya (nescaya mereka menyesal)"[Al-Baqarah: 165]
*yang dimaksud dengan orang zalim di sini ialah orang-orang yang menyembah selain Allah

Antara bait2 kata yang sempat sy tangkap ialah, semoga kita tergolong dalam golongan orang yang menjadikan kasih kita kepada Allah untuk mencintai manusia dan cinta kepada manusia itu untuk kita meningkatkan cinta kita kepada Allah...

Saya akhiri kalam kali ini dengan kata2 'cinta' itu tadi untuk direnungkan bersama. Moga redha Allah bersama kita selamanya. Dan saya mohon, mn2 sahabat yang ingin berkongsi pendapat mahupun memperbetulkan statement sy yang salah, terus la menegur sy untuk kite sama2 belajar titisan ilmu Allah ini..wassalam..

1 comment:

  1. rasa kerdil jer diri ini. bila kita gembira, kita lupa kepada siapa yang beri nikmat gembira itu..., bila kita sedih kita lupa untuk mencari-Nya yang memberi kesedihan itu padahal apa yang Allah buat itu adalah semata-mata untuk umatnya mengingati Allah... terima kasih kinah kerana berkongsi ilmu ini

    ReplyDelete

Jom berkongsi