Kala dingin malam ini bertiup,
Terasa nyaman diri ciptaan Tuhan,
Betapa agungnya aturan Ilahi,
Khusus buat sang pencinta duniawi,
Yang mungkin alpa kala dini hari...
Tak terkecuali diri ku sendiri.
Kurenung wajahmu,
Ku imbau kenangan bersama,
Segala memori memalit minda,
Memaparkan ikatan kita bersama,
Walaupun cukup seketika,
Namun,
Aku terasa indahnya semua,
Saat diri bermandi mesra....
Kini,
Alam sudah bersuara,
Khabar gembira atau berduka??
Istimewa buat insan alpa
Seperti kita....
Apakah yang kau cuba sampaikan??
Adakah aku yang bersalah??
Kau katakan aku puncanya???
Tanpa bertanya angkara siapa??
Adakah itu kau kata keadilan??
Adakah ini kau kata kebenaran??
Kicauan burung seperti mengiyakan,
Kibasan sayapnya, seperti membenarkan,
Cuma,
Deruan angin seperti menyalahkan...
Menyalahkan konklusi yang tercipta..
Parutan luka terus membenam,
Kerana aku seperti mangsa tak terduga.
Wahai diri,
Sedarlah engkau, hidup ini sementara,
Tiada persoalan, siapa penentunya,
Tiada balasan, siapa pengaturnya,
Tiada coretan, bila penghujungnya,
Malah,
Tiada lukisan, siapa empunya....
Berbantalkan iman senipis mungkin,
Bertilamkan dosa yang melangit junjung,
Berselimutkan maksiat yang menggunung,
Berpelukkan ketawa tiada penghujung,
Berdodoikan pujukan nafsu yang dibendung,
Segala di kumpul dengan kemas tersusun.
Lamunan ini,
Bukan lamunan biasa,
Maafkan hamba wahai Sang Pencipta,
Kerana hadiah 'kemurkaan'
yang aku talamkan buatMu,
Bukan hadiah 'keinsafan'
yang aku hulurkan buatMu.
Cucuran air mata ini,
Menjadi saksi lagi,
Buat kesekian kali,
Bukan meratapi,
Tapi, terkilan di hati,
Andai diri 'gugur' esok hari,
Adakah diri diampuni??
Adakah diri dikasihi di syurga Ilahi??
Terasa nyaman diri ciptaan Tuhan,
Betapa agungnya aturan Ilahi,
Khusus buat sang pencinta duniawi,
Yang mungkin alpa kala dini hari...
Tak terkecuali diri ku sendiri.
Kurenung wajahmu,
Ku imbau kenangan bersama,
Segala memori memalit minda,
Memaparkan ikatan kita bersama,
Walaupun cukup seketika,
Namun,
Aku terasa indahnya semua,
Saat diri bermandi mesra....
Kini,
Alam sudah bersuara,
Khabar gembira atau berduka??
Istimewa buat insan alpa
Seperti kita....
Apakah yang kau cuba sampaikan??
Adakah aku yang bersalah??
Kau katakan aku puncanya???
Tanpa bertanya angkara siapa??
Adakah itu kau kata keadilan??
Adakah ini kau kata kebenaran??
Kicauan burung seperti mengiyakan,
Kibasan sayapnya, seperti membenarkan,
Cuma,
Deruan angin seperti menyalahkan...
Menyalahkan konklusi yang tercipta..
Parutan luka terus membenam,
Kerana aku seperti mangsa tak terduga.
Wahai diri,
Sedarlah engkau, hidup ini sementara,
Tiada persoalan, siapa penentunya,
Tiada balasan, siapa pengaturnya,
Tiada coretan, bila penghujungnya,
Malah,
Tiada lukisan, siapa empunya....
Berbantalkan iman senipis mungkin,
Bertilamkan dosa yang melangit junjung,
Berselimutkan maksiat yang menggunung,
Berpelukkan ketawa tiada penghujung,
Berdodoikan pujukan nafsu yang dibendung,
Segala di kumpul dengan kemas tersusun.
Lamunan ini,
Bukan lamunan biasa,
Maafkan hamba wahai Sang Pencipta,
Kerana hadiah 'kemurkaan'
yang aku talamkan buatMu,
Bukan hadiah 'keinsafan'
yang aku hulurkan buatMu.
Cucuran air mata ini,
Menjadi saksi lagi,
Buat kesekian kali,
Bukan meratapi,
Tapi, terkilan di hati,
Andai diri 'gugur' esok hari,
Adakah diri diampuni??
Adakah diri dikasihi di syurga Ilahi??
(20 Julai 2009, 2.30 pagi, di kolej Keris Mas, UKM)
p/s : cuba selami apa yg sy cuba sampaikn melalui sajak ni, andai ada yg nk mengkritik, sy alu2kn...ada bayangan manusia yg sy guna, tp sekadar analogi terhadap sesuatu yg selalu mengelilingi kita....
p/s : cuba selami apa yg sy cuba sampaikn melalui sajak ni, andai ada yg nk mengkritik, sy alu2kn...ada bayangan manusia yg sy guna, tp sekadar analogi terhadap sesuatu yg selalu mengelilingi kita....
No comments:
Post a Comment