Thursday, July 30, 2009

**Kerana yang tiga itu**

Kerana tiga yang pertama,
semua orang sayang,
kerana tiga itu juga,
semua orang bahagia.

Kerana tiga itu juga,
kita mengenali sahabat kita kini,
kerana tiga itu,
kita bersatu lagi,
semoga tiga yang pertama ini
kekal abadi semata demi Illahi.

Kerana tiga yang kedua,
hidup kita menjumpai kehancuran,
kerana tiga yang kedua juga,
kita tidak lagi bersatu.

Kerana tiga itu juga,
perpisahan kunjung tiba,
kerana tiga yang kedua ini,
tiada siapa yang mengundang datang,
apatah lagi menjadi teman.

Kerana tiga yang ketiga,
ramai yang menderita,
gara-gara salah tempat dan masa,
kerana tiga ini,
manusia hilang kewarasan.

Kerana tiga ini,
kita hampir tidak bertegur sapa,
kerana tiga ini juga,
manusia alpa siapa diri sebenar.

Kerana yang tiga memang tiga,
tiga kata atau tiga huruf,
semuanya tiga...

Kerana,
tiga yang pertama adalah
saya sayang awak,
kerana,
tiga yang kedua adalah,
saya benci awak,
kerana,
tiga yang ketiga adalah,
E G O.......

Kerana tiga itu sememangnya tiga..

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi