Salam perpaduan, salam muhibbah buat semua shbt sy... Terasa rindu sgt pada blog ni. Setiap hari buka, tp x mampu nk update sentiasa kerana sentiasa ada kekangan yang kunjung tiba.
Apa pandangan shbt tatkala terbaca tajuk post kali ni?? Yang pasti, sy bukan nak menerangkan apa itu teknologi tenaga suria atau apa..sekadar berkongsi pengalaman.
Teknologi tenaga suria merupakan salah satu subjek yg sy amik semester ni, ia merupakan subjek pilihan, dan tidak ada sekelumit pun rasa menyesal sy memilih subjek ini sebagai pilihan teknikal sy dlm melengkapkan kos fizik sy nie.
Hari ni, 23 Julai, ari khamis, hari yg paling pack, sebab sy ada kuliah dari kul 11 pagi hingga 7 petang tanpa ada gap walau sejam....terasa jg la mencabar utk menangkap setiap satu ilmu baru yang diperolehi.
Tp, dlm hari ni, sy paling tertarik dgn kuliah teknologi tenaga suria (TTS). Sejak 1st class lagi, sy mmg dh admire lecturer ni. Sebab dia x segan silu menyentuh sains dari perspektif Islam walaupun ramai bangsa cina dlm kuliah tu. Baik ayat Al-Quran mahupun hadis yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang berkait, dia akan membaca ayat tersebut dengan penuh kefasihan. MasyaAllah, mcm mn la sy tak admire dia...
Antara petikan kata2 yang menyentap jantung sy, " If you have money, you spent money, you lost money, but, if you have knowledge, you spent knowledge, you get more knowledge".
Apa komen shbt bile baca ayat nie?? Bg sy, ni la kot akar umbi org selalu kata, jgn kedekut ilmu...becoz it will gaining more and more.
Tp, shbt rase, kate2 di 'publish'kn bile ye?? Dh lame sgt ke??? Kalau shbt tnya semula pada sy, sy sendiri x tahu.
Tp, nk ceritanya, betapa Islam ni lagi mantap, dlm surat cintaNya pun dh dinyatakan dulu...buktinye.... " Demikianlah Kami mengulang-ulangi ayat-ayat Kami supaya (orang-orang yang beriman mendapat petunjuk) dan supaya orang-orang musyrik mengatakan :'Kamu telah mempelajari ayat-ayat itu (dari ahli Kitab)', dan supaya Kami memperjelaskan Al-Quran itu kepada orang-orang yang mengetahui" (Al-An'am :105)
Selari dgn ayat2 cinta tu, di sisipkan lagi dengan kata2 cinta dari kekasihNya, " Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat, barangsiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja maka dicampak ke dalam api neraka"
Sebab apa, sebab ayat yang paling besar maksudnya dah tertulis dalam Surah Al-Kahfi ayat 109 " Katakanlah, ' Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)"
Tak ke terlalu cantiknye Islam nie... Betapa kerdilnya kita dicampur pula ilmu yang kita pelajari hari ini adalah ilmu pinjaman semata malah terlalu sedikit jika dibanding ilmu sealam....ampunkan kami ya Allah...
Kemudian, Prof tu sentuh tentang defini MASA. Sebabnya, dlm konsep fizik, setiap apa yg kita belajar, base on the definition of the words. Tp, menurut Prof, sampai ke saat ini, xde seorang pun ahli fizik yg mampu menafsirkn MASA.
Kebanyakkan experiment pemboleh ubah manipulasinya adalah masa kan, tp yg peliknye, sampai hari ni xde seorang pun menafsirkn apa itu MASA.
Bila di tanya secara peribadi, apa shbt akan jawab andai ada insan yg bertanya, apa itu MASA?? Terlalu bnyk jawapan bukan yg akn di terima...
Menurut Einstein, masa ni adalah sesuatu yg tetap...ni sy petik dari Prof tu sendiri dalam kuliah tadi.
Tamat part masa, kemudian berpindah ke cara Islam mengira bulan untuk kalendar Islam. Secara rawaknya, kita tahukan, dlm bulan Islam, ada 29 hari je dlm sebulan, jadi, dlm tahun Islam, akan ditolak 11 hari dari bilangan hari dlm tahun yang kita guna kala ini.
Sebab itu, bulan puasa ke hari raya ke, semakin hari semakin awal...sbb ni la... Sebut perihal hari raya, Prof tu menceritakn lagi, yg perhitungan hari raya tu boleh di buat hnya melalui perkiraan tanpa melihat anak bulan.
Memang kita dh tahu tntg itu kan, tp cara Prof ni cerita jauh lebih dalam menerpa ke dalam minda sy. Sedar atau tak, semua ni merupakan sebahagian ilmu astronomi...yang mana dikuasai oleh ilmuan2 Islam sebenarnya sebelum ia dpt discover oleh saintis barat.
Kenapa sy kata ilmu astronomi ni dikuasai oleh ilmuan Islam?? Ni semua sy petik dari lecture Prof tu la.... Sebab, dulu ilmuan ni kan suka mengembara, jadi mereka bnyk bermusafir demi mencari harga sebuah ilmu.
Dalam 'bermusafir' itu, semestinyalah mereka memerlukan arah utk bergerak. Selain arah, penghitungan masa juga ditekankan. Jadi, semua ini merupakan pengaplikasian ilmu astronomi.....tak ke hebat ilmuwan2 islam ketika itu?? teramat hebat kan...
Kemudian, sy nak sentuh sedikit berkenaan lapisan ozon. Subtopik ni di buka sebab kami kena explore atau fikirkan tentang sinaran matahari yg direct sampai ke bumi, yg 'tertapis' dek lapisan ozon la, yg terpantul oleh awan la....
Soalan yang tak terduga oleh sy keluar dari mulut Prof yg amat sy kagumi itu... "Sepengetahuan awak la, berapa tebalnya lapisan ozon ni yang dikatakan menapis cahaya matahari utk mengelakkan sampai terus ke bumi ni, sebab di katakan kalau terkena kulit, boleh jadi kanser.."
Persoalan utama, berapa tebalnya lapisan ozon nie????Pernah tak shbt2 terfikir??Sy honestly mmg x pernah terfikir langsung...teruk sungguh sy nie kan. Ada shbt2 yg nk meneka?? berapa???
Alangkah terkejutnya sy bila dia kata cuma setebal 3 mm atau lebih tepat 2.5 mm.. Percaya tak??
Cuba bayangkan, dengan suhu di permukaan matahari iaitu 5762 K, yang memberi kesan tenaga sekuat 1352 W bagi setiap meter persegi di bumi ini, andai tidak wujud lapisan ozon yang hanya setebal 2.5 mm itu???
Subhanallah Maha Suci Allah....terlalu hebat ciptaan Dia kan..tak tertanding dek manusia kerdil seperti kita. Bersyukurla malah marilah sama2 kita muhasabah semula segala pencitaan Allah ini.
Kan antara cara kita nk mengenali pencipta adalah melalui mengenali penciptaanNya....ambil la kesempatan utk menghirup udara di bumi ini sementara nikmat itu di beri pinjam.
Teringat plak ayat dlm buku 'Langit Ilahi : Tuhan tidak melupakan kita' karya Muhammad Hilal Asyraf Bin Abd Razak. Sy nk petik sedikit kata2 dalam buku tu utk kita renungkan bersama..
"Lihat sahaja orang yang sering melupakan Allah SWT, tetapi Allah SWT tidak meninggalkan mereka. Mereka masih diberikan udara tanpa dikurangkan sedikit pun. Mereka masih lagi diberi rezeki tanpa pernah putus. Mereka masih disambung nyawa tanpa henti dan masih lagi diberi nikmat tanpa berkira. Kerdilnya kita, besarnya Allah"
Semoga post kali ini dapat dimanfaatkn oleh kite semua.... 'Ya Allah, ampunkanlah dosa2 kami, kerana kami cemari hati yg d amanahkan ini dengan lalai mengingatiMu, malah kami hiasi dengan percikan maksiat yang sudah pasti menambah dosa kami. Ampunkan kami ya Allah...'
No comments:
Post a Comment