Macam2 bermain di fikiran sy, hal itu hal ini...segalanya masih lagi berkisar mauduk yg sama.
Bila baca blog saifulislam, ustaz hasrizal menceritakan kisah ummusaif yg baru shja selamat melahirkn seorang lagi umat Islam....bg sy penceritaan yg sgt cantik utk anak2 mahupun insan bergelar lelaki utk mengetahui semua tu.
Termasuk gambar uri...itu yg amat mengejutkn sy, honestly sy x pernah tengok gmbr uri. Tp ustaz tunjukkan gambar tu secara real....
Kisah di saat2 ustaz bersama ummusaif ketika saat kelahiran semakin menjelang, antara debaran atau kegembiraan bermain di hati sy bila membaca kisah ustaz. Sy cuba utk menjadi empati dlm kisah tu sebab nk 'feel' perasaan seorang suami.
Ye, bukan senang utk melahirkn seorang hamba Allah ke muka bumi yg penuh dgn lakonan ni. Muka bumi yg penuh dengan ranjau duri mahupun kaca.
Segalanya ligat bermain di fikiran sy. Teringat semula abg firdaus bekas pelajar UIA, Kuantan yang kini sudah pun bergelar seorang doktor, dtg ke sekolah kami sbg fasilitator menceritakan pengalaman dia menyambut kelahiran 10 org bayi bagi melengkapkan syarat utk bergelar seorang doktor.
Satu persatu dia ceritakan...ada pelajar yg malu plus segan, termasuk sy sendiri rasenye, sebab abg firdaus cerita secara open depan semua. Knpa semua orang kena tahu tentang nie???
Supaya semua tahu hakikat kelahiran insan bernama manusia ini bukanlah suatu perkara yang mudah, pertaruhan nyawa berlaku antara insan yg teramat mulia di bumi ini bergelar 'ibu' dengan insan bernama 'anak'.
Part yg sy takleh lupa, semasa proses melahirkan tu, doktor akan 'gunting' sedikit utk memberi ruang kepada bayi untuk keluar....tanya la mana2 kaum hawa yang belum berkahwin, saat terdengar 'gunting' tu, seriau satu badan tau, ngilu....terasa sakitnye walaupun belum pernah melaluinya...kecoh juga la surau bhgn muslimat, ada yg tak sanggup dengar, tapi ramai yg tersenyum 'manja'.
Berbalik kepada cerita ustaz hasrizal tu, saat ustaz ceritakan kes membasuh uri, sy rase nk menangis sebab sy cuba membayangkn para suami membasuh uri isteri2 mereka, termasuk ayah sy.
Sy anak bongsu, jadi memang tak berpeluang melihat mama mengandung depan mata jauh sekali mempunyai seorang adik.
Ada sekali tu, sy melawat sepupu sy, isteri dia baru shja bersalin, semasa kedatangan kami ke rumah dia, dia dlm bilik air, tengah membasuh uri isterinya. Mukanya pucat, sy tak pasti kenapa.
Mungkin benar kata ustaz, kalau para suami jenis tak tahan bau darah yang kuat, nak tengok darah yang banyak pun tak boleh, mungkin sukar untuk 'menolong' isteri mereka. Sepupu sy tu terus membasuh uri isterinya, sy dlm diam curi2 nak tengok di bilik air, tp hampa sebab dia dah bungkus kemas setelah siap di basuh.
Argh.....terasa betapa susahnya untuk bergelar seorang ibu. Amanah yg dipikul, tp utk keadaan sekarang, amanah diri sendiri kepada ibu ku belum dilaksanakan dengan sepenuhnya.
Bila difikirkn semula, ramai shbt2 yg seusia dgn sy sibuk memperkatakan soal cinta, tanpa berselindung soal nikah atau kawin. Tak terkecuali diri sy sendiri.
Semester lepas, ada forum bertajuk 'Kawin Awal : Bahagia atau Derita' yang dipengerusikan oleh Hafiz Hamidun dan salah seorang ahli panelnya seorang doktor di HUKM yg islamic. Sy tak ingat nama dia, seorang muslimah yg mantap di mata sy.
Antara kata2 dia yg sampai ke hari ini sy masih ingt, " Tepuk dada, tanya iman, apa objektif kamu nk kawin. Kalau kamu nk kawin sebab nk elak maksiat, kalau kamu nak kawin sebab dah tak nak fikir tntg lelaki lain, kalau kamu nak kawin sebab nak setia pada yang satu, kamu silap. Perkahwinan di bina bukan utk alasan itu semua."
Tersentap jantung sy. Tatkala itu, sy merupakan seorang hamba Allah yg paling pelik binti hairan sebab dlm kepala sy time tu, 'kan bagus kalau aku dpt kawin sekarang, at least aku dpkn kurangkn dosa, takyah dh nk fikir lelaki lain, fikir tntg suami je'. Itu yg ada dlm fikiran sy time tu.
Doktor tu sambung, " Objektif sesebuah perkahwinan tu di bina atas dasar si suami dan isteri itu mempunyai objektif yg sama yang mana objektif itu hendaklah sejauh sehingga ke syurga, ke alam sana, bukan setakat memikirkan untuk dunia. Andai la kita masih lagi fikir utk elak maksiat, lupakan la 'pernikahan' yg di impi tu"
Rasa seperti pulang paku buah keras, sy betul2 tersedar dengan kata2 doktor tu. Rasa betul2 terpukul dgn ayat 'keramat' dia, sebab tu sampai hari ini sy masih ingt ayat dia, sebab itu sebenar2 pengajaran yg sy dapat.
Bila di tanya shbt2 sekeliling kembali, kalau reason yg sama jg dia org guna utk 'berkahwin', sy akan cuba terangkn kembali apa yg doktor pernah bg tau. Simple je ayt, kalau nk kawin, tepuk dada, tnya diri apa objektif perkahwinan yg ingin di bina tu...
Dlm short semester baru2 nie, sy 'gile' membaca buku 'Aku Terima Nikahnya' dan 'Bercinta Sampai ke Syurga' karya Ustaz Hasrizal sendiri plus buku 'Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul' karya Fatimah Syarha.
Dlm 3 buah buku ni pun, banyak mengajar sy erti sebuah perkahwinan, kisah kasih sepasang suami isteri yg di bina atas keberkatanNya di tambah pula dengan 'alam rahim' bersama zuriat yg di nanti.
Andai shbt nk merasai perasaan 'romantik' sepasang suami isteri, bacalah 'Pemilik Cintaku'.....confirm, perasaan cemburu dgn kisah tu akan terasa sebab sy sememangnya 'jealous' dgn cerita tu.
Bila di tanya di hati shbt2 skrg, adakah shbt2 'dh ready' utk semua nie?? Bhya betul statement sy nie kan....
Masing2 mesti membayangkan sebuah perkahwinan yang diatur dengan penuh barakah, suasana yg syahdu saat 'disatukan' dengan pasangan kita, dan mcm2 bayangan lagi.
Cuma bila direnungkan semula, siapa pasangan kita???
Antara ayat doktor lagi, "Kalau kita masih mencari siapa pasangan kita, tp kita mengharap seseorang yang mantap dari segi iman dan akhlaknya, maka kita kena buat sesuatu. Buat apa?? Sentiasa mempersiapkan diri ke arah untuk menjadi seorang partner hidup yg mantop. Sebab kita sedia maklum, perempuan yang baik utk lelaki yg baik, kalau kita impikan lelaki yg baik, so dari sekarang, kita perlu mempersiapkan diri utk menjadi seorang perempuan yg baik dari segala aspek"
Penerangan yg sekali lagi membuka minda sy utk bergelar 'seorang isteri' di hari2 muka.
Shbt pernah membaca blog ummu husna, isteri ustaz zaharuddin??? Itu antara blogger favourite sy. Hampir setiap hari akn sy teroka blog dia.
Sy sgt admire cara dia 'mengajar' anak2 dia dengan penuh cara berhikmah. Realiti cabaran seorang ibu membesarkan anak2 di negara orang tersusun kemas dlm blognya dengan perkisahan yang mampu menitiskn air mata seorang hamba yg jahil seperti sy.
Mungkin ada akan kata, apa la kinah ni, baca bab2 didik anak la, apa la, lambat lagi kot, baru tahun dua...tp itukan ilmu jg. Sy tak tahu la, kalau di kaji semula, dari sekolah lagi sy mmg suka baca bab2 parenting. Kalau artikel dlm surat khabar, sy baca sorok2 kat dlm bilik sebab malu dgn fmly kalau dpt tahu sy baca isu2 keluarga...hehe...
Bukan apa, mama bnyk dedahkan sy realiti dunia masa kini dengan cabaran mendidik anak2 akan datang. Dari masa ke semasa, mama akan update knowledge sy tentang nk 'didik' bakal 'anak2' sy.
Dunia hari ini menuntut seribu satu ilmu, malah jutaan ilmu, tp semua ni hanyalah cebisan dari semua ilmu Allah. Maha Suci Allah, betapa kite semua ini hidup 'menumpang' di dunia ini. Ilmu yang mencakupi segala aspek tanpa memikirkan isu bangsa, kaum mahupun jenis.
Bermula kisah alam rahim, keluar ke dunia dengan keadaan menangis, menangis kerana takutkn amanah Allah yg berat sambil jari tergenggam erat, membesar menjadi seorang anak yg sentiasa menceriakan hidup ibu bapa kita, dan terus membesar menjadi???? tepuk dada tnya diri sendiri...
Sy, memang bukan anak yang baik, sy akui. Tp, masih dan masih cuba perbaiki diri. Bila Allah hantar 'pemisah' jarak yg sementara ni, betapa terasanya segala dosa2 yang lalu.
Benar lah, bukan mudah untuk menjadi seorang isteri, seorang ibu....Tp, sy akan cuba sedaya mungkin utk memperbaiki diri.
Buatmu teman hidupku…
Isteri solehah itu impianku,
Baitie jannati itu matlamatku,
Semua ini ingin bersamamu,
Kerana bagiku,
Aku mencintaimu sepenuh hatiku…
Kerana bagiku,
Aku merinduimu segenap jiwaku…
Terimalah aku demi yang Satu….
(petikan sajak nukilan Shauqah89 dlm koleksi sajaknya)
(p/s : jgn tafsir lebih2 ye....ni sajak...jgn plak nnti ada pihak salah faham pada sy)
Buat kaum adam, buat kaum pemimpin kaum hawa, buat bakal suami, hargailah insan bergelar 'isteri', hormatilah mereka, kasihilah mereka, bimbinglah kami ke arah yg betul dlm meraih cintaNya, jgnlah bersifat ego yang bukan pada tempatnya, malah terimalah kami demi Yang Satu...
Buat kaum hawa, buat kaum pelengkap kaum adam, buat bakal isteri, buat bakal ibu, hargailah 'suami' yang ditakdirkn utk kita suatu hari nanti, hormatilah mereka kerana mereka pemimpin kita, jagalah hati dan perasaan mereka sebagaimana yang sepatutnya, peliharalah zuriat keturunan dengan sebaiknya, dan terimalah kelemahan dan kekurangan 'suami' itu demi cinta Yang Satu....
p/s: semua ni melibatkn pandangan peribadi sy, namun sy percaya, benda ni subjektif, masing2 ada pendirian sendiri. Pesanan ini utk diri sy juga semestinya, tergur la sy andai sy memungkiri apa yg tertulis dlm artikel ni. Semoga ia bukan sekadar tulisan mahupun nukilan yang tersurat, tapi isi tersirat itu juga menjadi pedoman sekali gus peringatan buat insan yang mendamba CINTA dengan penuh keikhlasan tanpa mengenepikan keutamaan CINTA kepada Sang Pencipta dan KekasihNya.
ina...
ReplyDeletesyahdu...
huuhuhuhu~~~
eee....kinah nk kawen rupenye~
ReplyDeletekinah memang cam emak2~
good in parenting~
hihi~
to kak cik...
ReplyDeletepart mn tu yg syahdu??
tp kamu jgn fikir lain plak ye..
sekadar perkongsian..
to zarin...
ReplyDeletebertuah sungguh shbt sy sorang nie..
tak hbs2 komen sy mcm emak..
adui....
entry ni sekadar penceritaan plus
perkongsian...
sebab sejak akhir2 bnyk sgt jmpa kisah parenting...
Salam~
ReplyDeletebiasa la 2 peringakat umur 20..
semakin membesar..sesuai dgn peringkat kematangan..
xkan esok nak kawen hri ni bru nak blajakan..
pasal kahwin muda 2..
Islam xlarang..
klu mampu hadapilah..
klu perkara ni xmolek Islam akn haramkan dah awal2..