Wednesday, July 29, 2009

**Doa di sebalik anggota wudhuk**

Salam alaik...hampir seminggu sy x upload blog. Terasa jg bersalah sebab lama membiarkan ia tanpa khabar berita yang baru.

Tajuk kali ni biasa shja, tp harap shbt2 boleh menjadikannya luar biasa termasuk sy sendiri la.

Sebab ini kita boleh amalkn bukan shja pada diri kita, malah utk generasi akn datang. Mesti shbt kurang jelas kn ayat generasi akn dtg tu...xpe2, nnti sy akn jelaskn.


Ok2, kembali ke pangkal jalan....sy mendapat ilmu ni ketika di bangku sekolah. Sy percaya shbt2 dh biasa mendengarnya, tp, apa kata kita berkongsi juga..

Niat di hati nk berkongsi benda ni dlm blog dh lama dh, baru kali ni diizinkan utk menaip benda nie...


Ketika membasuh tangan
-'Ya Allah, rahmatilah kedua2 tanganku ini baik di dunia mahupun akhirat'

Ketika berkumur-kumur

-'Ya Allah, keluarkn la kata2 yang baik2 sahaja daripada mulut ku ini, jauhkanlah aku dari berkata yang tidak sepatutnya'


Ketika membasuh muka
-'Ya Allah, hiasilah wajahku ini dengan cahaya keimananMu, peliharalah wajahku ini ketika menghadapMu di hari kebangkitan kelak'


Ketika membasuh tangan kanan hingga ke siku

-'Ya Allah, izinkan lah tangan kananku ini yang menerima kitab amalanku di hari akhirat kelak, peliharalah tangan ini dari berbuat dosa dan maksiat ya Allah'


Ketikah membasuh tangan kiri hingga ke siku

-'Ya Allah, jangan Kau biarkan aku menerima kitab amalanku di hari akhirat kelak dengan tangan kiriku ini, peliharalah la jua tangan ini dari berbuat dosa dan maksiat ya Allah'


Ketika menyapu air ke sebahagian kepala

-'Ya Allah, jauhkahlah bahang matahari dari atas kepalaku ini ketika di hari kebangkitan kelak'


Ketika menyapu air ke telinga kanan dan kiri

-'Ya Allah, peliharalah pancaindera yg Kau kurniakan ini agar aku mendengar segala sesuatu yg baik2 malah jauhkan la aku dari mendengar perkara yang tidak berfaedah'

Ketika membasuh kaki kanan dan kiri hingga ke buku lali

-'Ya Allah, rahmatilah setiap langkahku dalam mencari ilmuMu, berkatilah setiap pengembaraanku dlm mendapatkn ilmu, permudahakanlah aku ketika merentasi titian siratul mustaqim nanti ya Allah'


Erm.....apa komen sahabat....


Secara jujurnya, sy sendiri culas dlm hal ni, ada masa sy amalkannya, ada masa sy terlupa. Harap2, selepas ni sama2 la kita istiqamah dlm hal ni.


Sebut berkenaan perkara ini boleh diamalkan untuk generasi akan datang, ni sy nk memetik sebahagian ceramah Dato' Ustazah Siti Norbahyah Mahmood, yang mana, doa2 ketika kita berwudhuk ni tak semestinya kita boleh lakukan untuk diri sendiri, malah, andai la suatu hari nanti kita berpeluang untuk memandikan anak kita yang masih bayi itu, tak salah kalau kita iringkan doa ini dengan perbuatan kita memandikan anak2 kita nanti.

Mungkin skop anak agak jauh untuk di lihat, apa kata kita melihat kepada adik kita sendiri (sy ramai adik...hehe) mahupun anak2 buah yang kita ada. Rasanya lebih cantik, sambil kita mandikan dia, kita berdoa di setiap perbuatan anggota itu tadi...


Pepun, sy mohon maaf sebab urutan wuduk tu sy ceritakan secara ringkas shja, rasa2nya sahabat2 mampu membahagikan urutan tu dengan lebih terperinci.


Semoga ilmu yg 'biasa' ini mampu menjadi luar bias buat kita semua...

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi