Saturday, July 18, 2009

**Cinta Seorang Pemuda**

CINTA SEORANG PEMUDA


Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya. Sungguh! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan yang maha esa!


Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul...sungguh!sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa di tutup dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila...takut nanti dibakar dek api neraka, disuatu hari yang amat dahsyat di hadapan yang maha esa!


Saya suka sangat tengok body teman wanita saya…solid betul. Sungguh!sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa ‘dating’ dengan KEKASIH dia Yang Utama, dia jauh lebih cantik dan berseri menghadapNYA. Saya pun tumpang dapat pahala….syoknya.


Saya sedih sangat tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun begitu juga.si dia Tanya, ‘apa ubatnya, bang?’ saya pun bagi dia al-quran sebagai penenang jiwa…semoga dia cintakanNYA lebih dari saya.


Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam: “makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok…nanti awak sakit saya juga yang susah hati…bla bla bla.”tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas asar dan maghrib begitu saja , dia tak kata satu apapun. Aduh…berdosanya saya!


Saya memang sayang sangat pada dia.saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber’dating’ di syurga kerana disitulah tempat yang kekal selama-lamanya.


Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami…semoga kami dapat kekal bersama selamanya disyurga nanti. Amin…….


(sy copy entry ni dari friendster messages yang sy terima dari seorang shbt lame merangkap ex-rum8 semasa di matrikulasi dulu)

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi