Monday, August 3, 2009

**Dialogku dengan Kak Aisyah**

Salam bulan sya'aban...kali ni entry berkenaan perjalanan pulang di campur apa yang berlaku selama diriku berada di rumah selama 3 hari 2 malam ini.

Jumaat 31 Julai, lebih kurang jam 2.30 petang, sy dan mia memulakan perjalanan untuk balik ke kampung halaman kami ytang terletak di Pahang. Untuk makluman sahabat, mia merupakan sahabat lama saya sejak di bangku sekolah menengah lagi iaitu sejak tingkatan 4 hingga 5.

Tapi, ukhwah kami, alhamdulillah masih kekal hingga ke hari ini, malah dipertemukan pula dalam kolej yang sama di UKM ni.

Sewaktu zaman muda-muda dulu, sy dan mia merupakan rakan sekelas dan sebilik. Tapi kami menjadi rakan sebilik hanya ketika kami F5...pepun banyak kenangan kami bersama, terutama nick name kami.

Sy, mia dan tazura, kami bertiga menggunakan nick name yang unik, iaitu panggilan family, dan sungguh, sy tak menafikan, panggilan itu membuatkan kami lebih rapat.

Baik....kembali ke pangkal jalan...

**Perjalanan balik, dalam kereta**

Terlalu banyak yang kami kongsikan dalam kereta itu. Tak terlepas dari mulut kami adalah membicarakan kisah-kisah yang terkandung dalam buku 'Aku Terima Nikahnya' karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Sedikit demi sedikit yang kami kupas berkenaan buku itu. Kemudian, sedikit demi sedikit, kami melencong ke bab lain tapi masih lagi akar yang sama.

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 4 jam 30 minit itu terasa sangat bermanfaat, kerana kami menggunakan masa bersama dengan saling bertukar pendapat dan bertukar ilmu, masyaAllah, banyak yang saya belajar dari mia.

Kalau nak dibandingkan, dia sebenarnya terlebih banyak ilmu agama berbanding sy, dari sekolah lagi, memang nampak semua itu.

Antara point yang penting yang sy belajar dari dia konsep bersyukur... Tazkirah ni dia kongsikan semasa di matrik dulu, kerana ada permintaan dari sahabat-sahabat untuk dia memberi sedikit pengisian rohani.

Simple but practical. WARNA. mia warna.....hehe..(kak cik, jgn marah org ek...) Apa akan jadi kalau dunia ni tiada warna seperti mana yang ada sekarang?? Apa yang kita rasa...

Tepuk dada, tanya diri, apa jawapannya. Sy setuju sgt dengan dia part nie. Bila kita cuba menyampaikan sesuatu, tinggalkan dalam bentuk tanda tanya mungkin lebih baik supaya pendengar itu berfikir sedikit demi sedikit tentang kebenaran atau maksud yang cuba disampaikan.

Kami cuma berhenti di hentian Temerloh untuk berehat, makan t/hari dan solat. Lebih kurang sejam juga kami di situ, sebab itulah perjalanan kami menjadi panjang....hehe...

Lebih kurang 7.10 petang saya sampai rumah, kali ni mak, ayah dan kucing-kucingku menyambut kepulanganku...wa....terharunya.....seronok tu lain macam je..

**Family dinner**

Selepas soalt maghrib, kami bersiap untuk keluar makan malam. Di sini, kami bercerita dari segala hal.

Segala aktiviti selama seminggu ini menjadi agenda topik perbualan kami. Masing-masing cuba meluahkan rasa penat seminggu ini dalam meja makan ni.

My favourite order malam tu, lasagna.....mmg sedap bangat. Tp, dalam masa yang sama, hati sy tak tenteram sebab nak tengok cite Nur Kasih....huhu...

Takpe2, family first kan...

**Sabtu yang penat**

Baru nak buat assignment je, dah kena panggil....rupanya mama nak masak nasi ayam hari ni..jeng2...

Sukanya, tapi abang takde, tak best sebab takde sape nak berebut makan dengan saya. Kalau tak ada geng nak tambah nasi.

Mama kata, adik, mama amanahkan awak buat sos nasi ayam....hehe...baik mam...

Sebab sup dia kami buat sama-sama, nasi tu senang je nak buat....cuma nak perap ayam tu leceh skit.

Mama kata kita buat nasi ayam cina, bukan nasi ayam yang biasa tu....tapi macam sama je...ayam dia la beza banyak.

Ok, cara-cara membuat sos nasi ayam....bahan-bahannya :
-7 biji lada besar yang di patah-patah
-7 biji cili padi
-3 ulas bawang putih saiz sederhana
-sedikit halia
-air perahan limau nipis (sebiji)
-sedikit gula
-sedikit garam
-sedikit air

Kemudian, bland kan semuanya...lepas tu masak kan semuanya atas dapur....untuk kuah yang lebih pekat, letak la tepung jagung yang di bancuh dengan air, kemudian tuang je ke dalam kuali, maka siapla sos untuk nasi ayam...

Tapi, kalau nak buat banyak, banyakkan la nisbah bahan kan, sebab sos ni cukup-cukup untuk semangkuk yang bersaiz sederhana...ye la sebab kami bertiga je, jiran plak balik kampung.

**Kenduri tahlil**

Malam tu, kami sekeluarga ke kenduri tahlil mak sedara sy,Mok De merangkap kakak abah yang ke-3. Malam tu, sy bawa kereta. Yea....bukan apa, biar mama dengan abah berehat plak, biar la anak dia pula yang bawa ibu bapanya setelah bertahun mereka jadi 'driver'.

Bila sampai, orang tak ramai lagi, jadi tolong la mana yang patut. Waaaa......terkejutnya sy, kenapa sekarang musim orang mengandung ke apa???

Sebab ramai sepupu sy yang tengah mengandung.....betapa lamanya sy tak balik kampung sampai tak tahu khabar berita..

Dalam banyak-banyak menu, ada satu menu yang menarik perhatian sy, masak lemak tempoyak, ni masakan orang nogori....siyez tak pernah tengok...

Yg pntg, sy nk kongsikan sesi temubual sy bersama salah seorang pemenang hati sepupu sy, kak aisyah..dia dah pun berkahwin dengan sepupu saya,abg amir selama hampir 3 tahun. Tapi rezeki mereka, baru kini dikurniakan anak (insyaAllah...lagi beberapa bulan je lagi)

SY : Dah lama sampai kak aisyah??

KA: Semalam lagi, tapi hari ni baru balik umah mak..(umah mak sedara sy tu la)

SY : Lebih kurang je kita ni kak aisyah, sy pun baru sampai pekan semalam, kak aisyah, boleh tak kalu ina nak tanya kak aisyah sesuatu...(dlaam nada yang malu-malu)

KA : Pasal apa??

SY : Pasal kak aisyah dengan abg amir la....macam mana kak aisyah boleh 'ter'kahwin dengan dia??
(kami sama-sama gelak sebab perkataan 'ter' tu....)

KA : mak kak aisyah dgn mak abg amir la yang aturkan dengan izin Allah....sbb akak memang serahkan je pada mak, abg amir pula time tu sebenarnya tak nak kahwin dengan siapa-siapa pun..ina tahu kan kenapa abg amir tak nak kawin...

SY : (angguk) a'ah....tahu...pasal sakit dia tu....dah tu macam mn abg amir boleh kahwi jg??


KA : tu akak tak tahu la, mcm mn hati dia boleh terbuka juga utk kahwin, tp tak mudah jg, sebab semasa kami bertunang pun dia masih belum bersedia juga...

SY : semasa kak aisyah bertunang dulu macam mana ek?


KA: Ish ina ni, bnyk betul soalan....


SY: cita la akak, sy nak masukkan dlm blog sy ni, dah lama sy nk interview kak aisyah...


KA : masuk blog??macam- macam la budak ni....


SY :takpe kan.....


KA : masa kak aisyah bertunang tu, main tunang je...tak kenal pun siapa abg amir ni, cuma akak percaya pada istikharah yg akak buat selama ni dan percaya pada pilihan mak dan ayah. Hari bertunang pun akak tak tahu rupa bentuk muka dia macam mana, memang ada gambar, tapi tak tengok pun, sebab nak 'surprise' kan diri nanti...


SY : Boleh buat novel kisah kak aisyah dgn abg amir ni....


KA : akak tak nak cite la macam ni....


SY :ok2....sy minta maaf....teruskan akak...

(belum sempat nak bersambung, ada mak sedara dah panggil, ada keje untuk kami....)

SY: kita sambung nanti ek....janji taw, kak aisyah kena cite sampai habis....


KA : ye..baik...gi wat kerja tu dulu....



Tapi, sampai sudah, kami tak berksempatan untuk menghabiskan perbualan yang terganggu itu, ada point sebenarnya sy nk korek dari kisah perkahwinan kak aisyah dengan abg amir tu, sebab tu sy sj menebual kak aisyah.

Seminggu sebelum berkahwin, Allah uji abg amir dan keluarga dengan satu ujian berat, pemergian ayah abg amir ke rahamtullah...atau lebih mesra dengan panggilan ayah uda.

Sewaktu hari kejadian itu lah, buat pertama kalinya, kak aisyah dan abg amir bertemu. Sewaktu jenazah belum sampai ke rumah, abg amir berjumpa dengan 'bakal' ibu mertuanya itu untuk menceritakan perihal kejadian.

Abg amir memang mengenali ibu kak aisyah, tp dia tak mengenali kak aisyah dan begitulah sebaliknya bagi kak aisyah. Saat pertemuan mereka bukanlah hari yang indah, tpi hari di uji hebat.

Sy menjadi saksi pertemuan ini, malah kami semua, sebab kami semua sebenarnya sedia maklum kisah mereka berdua ini, cuma sy shja nk tahu dari mulut kak aisyah sendiri. Mereka dijodohkan tanpa mengenali satu sama lain.

Seminggu selepas perginya ayah uda, berlangsung lah walimatul urus di antara kak aisyah dengan abg amir. Semasa akad nikah yang diadakan pada jumaat petang selepas solat jumaat di masjid berhampiran dengan rumah pihak perempuan, merupakan situasi yang diluar jangkaan.

Hadirin yang hadir pada majlis akad nikah itu menitiskan air mata, termasuk sy, yang kadang-kadang tak faham dengan apa yang terjadi.

Juraian air mata mengiringi proses akad nikah antara dua insan yang benar-benar menyerahkan jodoh mereka kepada Allah. Terasa syahdu sangat hari itu.

Masing-masing sedih dengan perginya ayah uda yang tak berkesempatan melihat anak teruna sulongnya itu menjadi suami orang....baju yang sepatutnya ayah uda pakai di majlis itu telah dipakai oleh suami kak long, kakak abg amir. Abg din pun menangis petang tu...terasa sangat syahdu petang itu.

Dengan sekali lafaz, kak aisyah sah menjadi yang halal buat abg amir, suami yang tidak pernah dia kenal selama ini. Tp, kisah cinta mereka selepas bernikah mampu membuatkan setiap yg ada cemburu yg amat.

Tak terasa cuti kali ni, banyak benda yang sy belajar....

p/s : dalam hidup, sy selalu culas dalam mengucapkan perkataan syukur...sama seperti seolah sy tidak pernah nak menghargai semua yang dipinjamkan Allah ini...jangan lah kalian menjadi seperti sy...

p/s : dalam hidup juga, percayalah pada jodoh yang Allah dah pun aturkan buat kita semua. Kisah sepupu sy ni, bukan la untuk apa, tapi pedoman besar buat diri sy...sy amat mengagumi mereka berdua...sama-sama berusaha di jalan Allah..saling bentu-membantu di medan dakwah...

p/s : ingatkan lah diri sy ni yang selalu alpa....

2 comments:

  1. ina~~~~~~

    warna apakah???
    h0o0hoh0oho~~~

    w0w!!!
    citer spupu kamo0o!!!
    bg0s+indah nyew!!!
    ho0ho0oh0h

    p/s:-kpd hadrin yg mmbaca,ina gur0 jew psal ilmu sy 2.cetek sgt!!!stakat basic jew rsnyew.tp,insya Allah,cbe utk dtambah lg~~~d0akan mia~~~Aaaaaamin~

    ReplyDelete
  2. kak cik....
    huhu...warna warni kehidupan...
    ala2...buat tnya la plak..

    cite sepupu tu, mmg sweet...
    dia org mmg loving couple btul..

    pepun, kamu xyah la r nk menafikan fakta org,
    kamu x nmpk apa yg ada la tu...sbb tu kmu cakap mcm tu..
    pepun, mekasih kak cik jadi shbt org..

    ReplyDelete

Jom berkongsi