Mana tegaknya rumah, andai tiang tidak dipacakkan, mana utuhnya ukhwah, andai tidak berlantaikan kasih dan sayang, mana perciknya cahaya andai tidak berlunaskan sumber yang baik. Segalanya berkisarkan kepada asas.
Back to the core of root. Mungkin itu yang menjadi 'tema' kepada pusingan pertama ini, di mana kebanyakkan ahli panel membuka gelanggang hujah mereka dengan mengisarkan sesuatu yang mungkin shbt sudah maklum semua ini.
Moderator memulakan dengan kupasan hadis 13 dari hadis 40 Imam Nawawi yang berbunyi,
عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَ نْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُآُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه
البخاري ومسلم.
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)
Bila disingkap kisah penciptaan Adam dan Hawa, itu merupakan bukti kukuh bahawa manusia sememangnya memerlukan cinta. Yang membezakan skrg adalah, cinta yang pada awlnya adalah sebentuk FITRAH tapi kini bertukar wajah, menjadi FITNAH sehinggakan dikatakan pemangkin kepada masalah sosial hari ini.
Moderator memulakan pusingan ini dengan soalan, apakah bentuk kasih sayang yang dianjurkan oleh Islam??
**Ustaz Hasrizal Abdul Jamil**
Soalan ini di tujukan kepada ustaz Hasrizal yg merupakan ahli panel pertama pagi itu yang segak berbaju melayu hijau.
Pertamanya, pemikiran kita, berkenaan skop pengistilahan cinta itu sendiri. Perluasan skop cinta itu penting, kerana minda kita dijajah oleh istilah cinta yang membawa kepada hubungan antara kaum berlawanan semata.
Dalam kehidupan, ibu bapa merupakan guru pertama kita. Guru pertama dalam mendidik kita semua dalam mengenal segalanya, termasuk cinta yang bg sy wujud sejak dalam kandungan lagi bukan.
Tanpa mempedulikan lepasan manakah ibu bapa kita, hatta Phd (pengajian habis dah) sekalipun, ibu bapa itu tetap ibu bapa seperti yang lain, yang diamanahkn utk menjadi guru pertama bg anak-anak.
Dalam kehidupan sebuah keluarga, kuasa cinta dan kasih sayang amat mempengaruhi kehidupan seseorang bukan?? Daun yang tiada uratnya, mana mungkin sempurna daun itu, malah daun yang kepatahan uratnya, pasti akan gugur terlebih dahulu bukan...
Cinta......definisi yg diberikan ustaz ialah, 'alat utk menundukkan kita kepada sesuatu perintah'. Namun, hati-hati dalam menjadi hamba cinta, kerana jangan sampai menjadi hamba cinta yang tak sepatutnya.
Bg sy, definisi itu cukup ringkas, namun pengaplikasiannya cukup untuk dimuatkan ke dalam segenap isu cinta yang wujud. Perkatakanlah sahaja, episod cinta yang mana yang sudah lapuk dengan definisi ini?? Pasti buntu jawapannya...
Cinta, kasih sayang, diibaratkan berkadar langsung dengan tahap keimanan seseorang. Sy suka perkataan berkadar langsung (proportional) tu sebab terasa dlm kuliah pula....istilah yg sgt common utk student fizik mcm sy.
Kenapa cinta dan kasih sayang ini dikatakan directly proportional dgn iman??
Contoh yang paling mantap, adalah cara Allah memperkenalkan diriNya dalam kitab suciNya itu. Ayat pertama dalam Al-Quran...apakah itu???
Kalimah agung inilah....Ar-Rahman dan Ar-Rahim....menjadi bukti. Bukti yang bukan sekadar tercalit di ats kertas, malah sebenar-benar bukti untuk semua manusia menghargai dan bersyukur.
Maha Suci Allah, tak terjangkau di fikiran kita mungkin, di sebalik kata-kata yang sentiasa menjadi 'pembuka' kepada setiap gerak kerja mahupun titipan doa buat si Dia ini kan. Maksud dua perkataan agung ini, mungkin menjadi hafalan kita, tapi sejauh mana hafalan menjadi bekalan?? Bekalan untuk kefahaman yang tahan berzaman?? Bukan sekadar perwarisan yang kononya tidak pernah ketinggalan...Tepuk dada tanya iman...
Kemudian, beliau mengupas tingkat cinta, yang mana dikupaskan tingkat terendah dan tertinggi sahaja. Bukan la kupasan mendalam, sekadar point yang cukup menyentap jiwa sy.
Tingkat paling rendah dalam cinta, ialah berlapang dada. Manakala tingkat paling tinggi dalam cinta, mengemudiankan diri sendiri dan mengutamakan orang lain.
Secara peribadi, point ini mampu meruntun jiwa sy, sbb sstu yg bergelora dlm jiwa ini telah dirungkaikan dgn tingkat cinta ini. Cuba shbt renungkan kembali 2 tingkat cinta ini dengan kehidupan seharian shbt...mesti nampak coraknya yang sebenar...
Beliau menutup round pertama itu dengan mutiara kata 'jadikan kasihnya kita kepada Allah utk mencintai manusia, dan cinta kepada manusia itu untuk meningkatkan cinta kita kepada Allah, malah bukan menjadi hamba kepada cinta'
Forum diteruskan dengan soalan beralih arah ke ahli panel yang kedua, dengan soalan cinta ini, suatu keperluan atau kehendak??
**Ustaz Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi**
Cinta, merupakan keperluan setiap insan sebab ia FITRAH, namun berubah mengikut kehendak seseorang itu.
Analogi yang ustaz berikan adalah berikutan kelahiran seorang bayi ke dunia fana ini. Bayi ini lahir dengan fitrah ingin dicintai oleh ibu bapanya, namun, ia akan menjadi berbeza mengikut kehendak semasa tatkala bayi itu membesar.
Dalam itu juga, sempat juga ustaz berseloroh, dia mengatakan, tajuk forum ini, mungkin ada patut tukar kepada 'Beruknya Cinta Kita' bukan lagi 'Monyetnya Cinta Kita'. Bila difikir, mungkin ada benarnya, kerana menggambarkan betapa manusia hari ini terlalu daif tentang cinta. Ini perspektif dari diri sy sendiri la..
Kembali kepada persoalan, ustaz ada menimbulkan persoalan, adakah aku sesuai bercinta sekarang??dengan keadaan aku sebegini, masih lagi seorang pelajar, dan segala macam lagi...
Memang, kita perlu dan harus dahagakan cinta, namun sasaran cinta itu haruslah dipimpin pada tempat yang sepatutnya, jangan berpaksikan pada garis nafsu semata. Kononnya nanti kita akan menyalahkan syaitan kerana menyesatkan kita....
Kadang-kadang, kita perlukan persoalan dari soalan yang kita timbulkan bukan?? kerana dari persoalan itu, akan menggerakkan kita utk berfikir kembali dan menenui jawapan...
Ahli panel ketiga, Pak Firdaus mengambil gilirannya dalam forum itu dengan dibekalkan soalan gejala cinta monyet di Malaysia dan Indonesia. Walaupun jawapannya tidak selari dengan soalan, tp point yg dia cuba bawa itu masyaAllah, sgt mantap
**Pak Firdaus Djamaris**
Pak Firdaus merupakan org seberang, iaitu dari negara jiran kita, Indonesia, jadi walaupun bahasa hmpr sama, ada kala sy mengambil masa juga menangkap maksud kata-katanya.
Dia membuka sesi denga bertanya kepada hadirin, siapa yang tak pernah bercinta?? Memang mustahil untuk mengangkat tangan untuk soalan ini. Mana mungkin ada insan yang tidak pernah kenal erti cinta ini....
Suatu komunikasi yang baik, walaupun hadirin seramai lebih kurang 700 orang, namun majlis dalam keadaan terkawal. two ways communication....
Tanpa melengahkan masa, Pak Firdaus terus menjunam ke dalam point yang ingin dia tekankn, berkenaan JENIS-JENIS CINTA:
a) cinta secara intelektual atau fizikal
- cth situasi : "Awak ni nmpk cantik sgt", "Awak ni kaya la"
- cinta yang terikat gara2 lebih kepada luaran
b) cinta secara emotional
- cth situasi : rasa berdegup jantung, berpeluh, shaking
- wujudnya daya tarikan 'graviti' antara satu sama lain
c) cinta secara spiritual
- cth situasi : Kisah si ibu merebus batu untuk menidurkan anaknya yang kelaparan di zaman pemerintahan Saidinia Umar
-satu lagi kisah Siti Fatimah..
Wah, syukran kerna sudi share ilmu!!! Wah, best ar dpt gi.. :)
ReplyDelete