Sunday, August 23, 2009

**Niat kerana apa?**

Salam ramadhan....lame tak mengupload blog ni rasenya... ni pun curi2 masa sebab skrg ni berada di rumah, 6 pagi esok baru bertolak ke ukm..

Al-kisahnya, sy nk kongsikn beberapa peristiwa yang telah berlaku di rumah sy ni sejak 1 ramadhan baru-baru ini.

Semalam, mama buat puding, memang kami berperang la kat dapur sebab selain puding, kami juga menyediakan ikan bawal masak pedas, sayur sawi masak air, dan ikan masin...seronok sgt menyibuk di dapur..

Bila malamnya, lepas balik terawih, macam biasa la, perut mesti lapar semula, dan semua orang akan menyerbu ke peti ais untuk ambil puding tu.

Jam menunjukkan 11 malam, sy pun gi ke dapur untuk mengclearkn pinggan mangkuk. Benda pertama yg sy nampak adalah sebiji mangkuk yang masih tersisa kuah puding, tanpa melengahkan masa, sy pun melobi la kat dapur.

"Mangkuk puding ni kalau tak basuh terus nanti semut naik...mulalah semut tu panjat kat lauk2 lain ke...dah semua orang marah kat semut tu, tapi salah siapa...."

Tak semena-mena, ada seorang lelaki di sebelah sy..amat sy kenal lelaki ini. Dia cuma berkata, "Ala, kau kan perempuan ina, kerja kau la basuh pinggan mangkuk nie...." itulah abangku...

Kemudian, malam ini punya cerita...hari ini kami buat puding jagung, atas permintaan sy..

Lebih kurang jam 11 malam jg, sy ke dapur, tp tak sempat sy sampai, dah ada orang melintas sy. Pun lelaki yg melintas sy tu. Itulah abangku...

"Sebelum kau membebel lagi, baik aku basuh mangkuk ni..ye, aku yang letak mangkuk ni kat sini...aku basuh...." hehe....nampaknya abangku 'seram' dengan bebelan ku...

Selesai dia membasuh mangkuk dia je, sy menyambung basuh pinggan. Tibe2 terlintas sesuatu. Adakah abgku tadi membasuh mangkuk itu kerana bebelan ku atau kerana rasa tanggungjawab..

Analogi yg tibe2 bermain di fikiran sy....dikaitkn pula dgn solat. Sy masih ingt di matrik, ada shbt pernah meluahkn pd sy, kadang2 kita semua ni solat sebab segan pada roommate...bukan sebab rasa segan pada Allah...

Bila difikir semula, betul juga....nampak roommate solat, jadi si roommate sorang lagi ni pun terikut nk solat sama....niat solat kerana segan dgn manusia...

Simple je kes basuh mangkuk tu tadi, tp ia membuatkn sy termenung sejenak...sejauh mana kita ni dalam melakukan sesuatu adalah sebenar-benarnya kerana Allah???

Masih ingat pada hadis 40?? Apa hadis pertama dalam himpunan hadis tersebut?

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Sama renungkan di bulan barakah ini....

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi