Thursday, August 20, 2009

[Wacana Ilmu] Monyetnya Cinta Kita - Round 3

{asif jiddan sebab terlalu lambat upload round ke 3 ni}

Sesi kali ini lebih menjunam kepada isu semasa yang benar-benar berlaku di sekeliling kita yang kebanyakkan melibatkn institusi kekeluargaan dan golongan muda mudi. Kupasan round kali ini juga boleh dikatakan konklusi awal sblm konklusi sbnrnya di buat.

Sesi kali ini seperti biasa, soalan pertama diajukan kepada Ustaz Hasrizal. Sejauh mana penyalahgunaan cinta dalam erti kata sebenar dan apakah penyelesaian cinta monyet yang menjadi budaya dlm masyarakat hari ini.

**Ustaz Hasrizal Abdul Jamil**

Ustaz melontarkan kata-kata yang sy sendiri terasa di mana, dia mengatakan bahawa manusia ni sebenarnya konservatif. Buktinya, dalam Al-Quran, banyak kisah yang diperincikn adalah kisah manusia yang tidak berubah. Tetap sama walaupun sudah maklum kesan dan akibat yang telah menimpa kaum terdahulu.

Benar bukan, kadang-kadang, dalam melaksanakan sesuatu, kita sudah pun memikirkan akibat tindakan kita tu terhadap segenap pihak yang berada disekeliling kita. Kemudian, bila ada shbt yg bertanya, betul ke kita nak teruskan, kita tetap meneruskan walaupun impaknya sudah memperlihatkan dirinya kepada kita.

Ustaz mengupas lagi makna cinta yg sy sifatkn lebih kepada erti berlandaskn konteks fisiologi (psikologi). Iaitu ustaz mendifinisikan cinta itu sebuah PERHATIAN... secara rawak, ramai peserta forum ini mengangguk menandakan mereka bersetuju dgn istilah ini. Bgmn dgn shbt??

Cinta VS Perhatian...menarik bukan...bila diimbau kisah Anakku Sazali, salah sebuah filem P. Ramlee, sudah jelas lagi bersuluh. Kemahuan yg diturutkn secara melampau tidak menjamin erti kebahagiaan dlm mencari erti cinta mahupun perhatian dlm sebuah keluarga yang sepatutnya memiliki semua ini secara semula jadi.

Ustaz mengukuhkan lagi hujahnya dengan memberi suatu contoh isu semasa yang sy fikir, kita semua sedia maklum tentang sejauh mana benarnya kes ini.

Kes di mana seorang anak gadis yang bermesej dgn seorang pemuda yang sama sekali tidak dikenalinya. 'Perkenalan' mereka adalah disengajakan gara-gara tersalah nombor telefon. Selepas tiga hari bermesej, pemuda itu mengajak anak gadis ini keluar, dan cuba shbt teka, apakah jawapan ank gadis itu??

Semestinya sudi utk keluar bersama pemuda itu. Kerana apa?? Kerana, setiap gerak geri anak gadis itu, sang pemuda akan bertanya...dah makan....dah mandi...tengah buat apa... segalanya... apakah ini dikatakan sebuah perhatian?? sy akan menjawab YA bagi seorang anak gadis yg tidak mengenal erti perhatian yg sebenar dari keluarganya dicampur gelora seorang remaja.

Tegak rumah kerana tiangnya, tegak agama kerana ummatnya, tegak masyarakat kerana?? Tepuk dada tanya diri sendiri.

Benar kata ustaz, pucuk pangkalnya, berbalik kepada institusi keluarga itu sendiri. Secara peribadi, sy amat setuju yg keluarga memainkan peranan yg amat penting dlm membangunkn seorang manusia itu. Andai dibanding masalah keluarga dn masalah kita dgn sahabat, masalah mana lagi berat bg kita??

Jangan menjadi seperti lagu 'Bangau Oh Bangau', kerana tidak putus menuding jari kepada insan lain dalam mencari punca masalah si bangau ini. Masih shbt ingat rentetan lagu bangau oh bangau ini?? Mana mungkin shbt melupakan lagu ini, lagu di zaman kanak-kanak dulu....(jom flash back...seronok jg nie..)

Sedar atau tidak, cinta ini kena datang dengan pakejnya tersendiri. Cukup masam, manis, pedas, pahit ke semua la....Sebab cinta merupakan suatu simptom atau penyakit. Pernah dengar kata-kata di mana cinta ni ibarat kurap, semakin digaru, semakin sedap???..ini realiti pemabuk cinta hari ini.

Andai perkataan CINTA ini didefinisikan oleh setiap pelusuk masyarakat yg ada, sy pasti, masing-masing mempunyai tafsiran sendiri bukan. Tp, rangkuman ini semua, aqidah kita lah yang menterjemahkan cinta yg sebenar.

Apa itu aqidah?? Aqidah secara rawak dita'rifkan sebuah keyakinan. Ustaz memberi satu analogi yg menarik berkenaan keyakinan ini.

Keadaan di mana adalah seorang pemandu ini sedang memandu dengan kelajuan 150km/j di sebuah lebuhraya..tp, dia pelik bin hairan, kenapa kereta2 dari arah bertentangan kerap kali memberi isyarat dengan mengangkat lampu kepada pemandu tersebut. Eh, macam ada yang tak kena je ni kan, sbb kalau tak takkan pemandu bertentangan aarah itu berbuat sedemikian.

Agak2 sahabat, apa tindakan pemandu ini tadi?? Sudah pasti menggelabah kerana memikirkan ada road block ke atau apa ke di depan sana kan. Justeru, apa tindakan si pemandu ini, alhamdulillah, dengan serta merta bertukar menjadi pemandu yang soleh/solehah kan. Kerana apa? Kerana YAKIN ada JPJdi hadapan sna, sedangkan dia tidak melihat dengan mata kepala sendiri.

Analogi ini mengingatkn sy kepada buku 'Maza Ya'ni' karangan Sheikh Fathi Yakan. Sebab analogi yang diguna hampir sama. Pun berkisarkan bab keyakinan atau kepercayaan.... Sebuah buku yg mampu memutarkan kembali seseorang kepada jalan Islam yang sebenar..

Kembali kepada forum ini. Ustaz Hasrizal kemudiannya mengingatkan bahawa setiap tindakan yang kita ambil hari ini, mestilah memikirkan sampai ke penghujungnya. BEGIN WITH THE END IN MIND !!! Antara kata-kata yang kerap kali ustaz ulang dalam bukunya.

"CINTA bukan kerana indahnya sebuah PELAMIN, tapi hingga ke LAMPIN"

Kemudian Ustaz buka kisah detik2 pertemuan dia bersama isterinya, Ummu Saif atau Kak Muna. Bacalah buku Aku Terima Nikahnya karya Ustaz Hasrizal, pasti shbt tidak berasa rugi walau sedikit pun....terlalu banyak pengajaran yg boleh di kutip dari kisah benar ini.

Ustaz menutup sesi kali ini dengan kata-kata, ' Kemanisan itu adalah yang halal'....'Bercinta sampai ke syurga"

Kemudian, forum di teruskan dengan soalan berikutnya yang diajukan kepada panel yg kedua. Adakah perkahwinan merupakan solusi yang baik kepada masalah sekarang??

**Ustaz Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi**

Ustaz dengan serta merta memberikan jawapan TIDAK. Walaupun usia perkahwinan baru mencecah 2 bulan, ustaz berpegang teguh dengan jawapannya itu.

Rentetan isu penceraian yg berlaku di awal perkahwinan bukti bg kes ini. Persediaan pasangan itu dari segala aspek merupakan tonggak utama dalam melayari bahtera rumah tangga ini. Bukan sekadar mampu melafazkan kalimat cinta yang ntah benar lahir dari lubuk hati atau tidak...bukan sekadar tahu mencium bau harum yang datangnya dari pasangan kita....mulut mampu mengatakn, aku sanggup mengharungi segalanya selepas bergelar suami isteri, namun hari kemudian siapa yg lebih tahu???

Ustaz ada menekankan ayat yang merentap jiwa sy, dan hampir2 air mata sy gugur. Ustaz mengingatkan peserta, isteri seharusnya mengiktiraf suami dlm hidupnya, dan suami mengiktiraf isteri serta meletakkan isteri ditempat yang sepatutnya dalam hidup dia. Betapa sucinya sebuah perkahwinan yang didasari pegangan akidah yang mantap kan..

Ustaz menghias forum pada pagi itu dengan tafsiran surah An-Nur ayat 3 yang bermaksud "Laki-laki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan dengan laki-laki yang berzina atau lelaki yang musyrik dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang mukmin"

Ustaz menutup dengan kata-kata, "Jangan pernah bercinta jika cinta kepada Allah tidak pernah kita peroleh dalam hidup" MasyaAllah....berat betul cinta ni sebenarnya kan....

Kemudian, sesi forum ini diteruskan dengan soalan terakhir kepada Pak Firdaus, Bagaimana ESQ mampu membantu menguruskan cinta..

**Pak Firdaus Djamaris**

CAPITAL INTELLIGENCE FUNCTION
-Material -IQ -What do I think?
-Emotional -EQ -What do I feel?
-Spiritual -SQ -Who am I?


Cuba la shbt bayankn point2 di atas tu sbnrnya berada di dlm kotak. Pak Firdaus menerangkn semua ini di dalam slidenya yang mmg mantap.

Pak Firdaus mengupas sedikit berkenaan IQ, di mana kedudukan IQ berada di sebelah otak kiri kita, manakala EQ merupakan salah satu komponen penting dlm sejarah kejayaan seseorang.

Justeru,
IQ + EQ = BERJAYA
IQ + EQ + SQ = BAHAGIA

Ini antara formula yg Pak Firdaus cuba gagaskn pada pagi itu. Formula yg biasa cuma manusia itu sendiri yg menjadikannya luar biasa bukan...

Kemudian, Pak Firdaus mengupas berkenaan modul ESQ 165 yang sudah menapak beberapa tahun di Malaysia ini. ESQ 165 merupakan modul motivasi yang sangat flexibel di mata sy. Sebuah modul yang berpaksikn garis panduan rukun iman, rukun Islam, disampaikan oleh penceramah yg amat berkaliber, memang tidak mustahil telah melahirkn ribuan alumni yg mantap akidah mereka.

**Sesi soal jawab**

Sy tak nak mengupas tentang segala macam soalan yg muncul dari peserta, cuma ada suatu soalan ini yang membuka minda sy sedikit sebanyak..

Berkenaan isu perigi mencari timba, atau dalam bahasa kita, bagaimana andai ada seseorang muslimat ini ingin mencari jodohnya??

Jawapan yang simple je ustaz hasrizal bagi. Timba mana boleh pergi ke perigi sendiri, dan perigi pula mana mana boleh wujud dengan sendiri.

Betul la kan, timba takkan boleh pergi ke perigi andai tidak ada insan yg membawa timba itu ke sana, begitu juga perigi, perigi tidak akan wujud andai tidak ada insan yang menggalinya.

Apakah erti semua ini?? ORANG TENGAH... Timba mampu bergerak ke perigi dengan orang tengah, perigi itu pula digali oleh orang tengah yang ada timba... analogi yg cantik sgt.

Tp, perluaskn skop 'ORANG TENGAH' ini dalam kehidupan kita....renungkan...




p/s: Sy mnta maaf andai ada penjelasan yg tidak jelas, mahupun tidak terungkai sehabisnya. Harap shbt2 dpt memberikan komen berkenaan point2 yg di kongsikan di sini.

p/s: Sy memohon jutaan kemaafan di atas segala kata-kata yg kurang sedap bunyinya..ampunkn sy..

p/s: Tegur2 la sy andai perilaku sy tidak selari sama sekali dengan apa yg tertulis ini...

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi