Sunday, August 23, 2009

**Pesona ujian Dia**



saat ini dikau diuji oleh Dia,
sungguh,
dikau tidak meminta semua ini,
tapi, ingatlah,
Dia sedang menyalurkn kasih sayangNya
kerana Dia sememangnya berhak disayangi lebih dari segalanya..

ujian ini terasa berat bukan,
sedarlah,
jutaan manusia diuji lagi hebat dari dirimu,
kerana apa semua ini berlaku??
sekadar untuk memenuhi warna kehidupan??
sekadar untuk menjadi fitnah sesama manusia??
atau kerana apa?

jauh disudut hati,
hanya dikau dan Dia yang mengetahui apa rasamu...



pernahkah kita fikir,
semua ini untuk menyedarkan kita
yang mungkin semakin hari menyisihkan Dia dari kehidupan??

renungan dosa silam memberi pengajaran,
bukan seharian tp berpanjangan,
semuanya dek kisah cinta yg semakin dilupakan,
oleh insan yg keseorangan..
kesepian dlm mencari erti kehidupan,
yg memang diimpikan menjadi teman,
namun,
hati dan nafsu perlu dibezakan,
itu gunanya akal dan iman...

jgn dikau sedih menghadapinya,
kerana biarkan kita menangis di dunia,
jangan tatkala kita dijemput ke sana,
baru mata tersedar dari lena...

diri ini,
bukan sahabat yang sempurna,
tapi kasih sesama Islam menggamit jiwa,
antara dua insan berkelana di dunia fana,
segalanya berlaku di pentas kaca,
yang nampaknya tiada warna,
tp sekali menghiris sakit lamanya






"Ya Allah, Engkau yang memegang hati2 kami, janganlah Engkau membolak balikkan hati kami ini Ya Allah. Perteguhkanlah kami pda taliMu ini Ya Allah. Wahai Tuhan yang tidak pernah tidur dari melihat hambaNya, Wahai Tuhan Yang tidak pernah buta menyaksikan pahala dosa hambaNya, Wahai Tuhan Yang Tidak pernah pekak dari mendengar doa hambaNya, kami mohon Ya Allah, tetapkan lah iman kami, tetapkanlah hati kami, sedarkanlah kami tatkala diulit dosa, peringatkanlah kami dengan peringatanMu agar kami terhindar dari melakukan perkara yg mendatangkan kemurkaanMu Ya Allah..dan, jangan Kau jadikan kami fitnah terbesar kepada Islam...amin"


No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi