Salam nisfu sya'aban...hari ni juga merupakan hari lahir bondaku tercinta, ada sesuatu yang sy aturkn untuk bondaku itu..tapi bukan itu yang ingin sy kongsikan kali ini.
Sejak akhir-akhir ni, sy rasa malu dengan diri sendiri tu semakin menjadi sebab terasa semakin sy tidak memainkan peranan sebagai seorang da'ie yang baik.
Malah, isu ini nampaknya bukan isu saya seorang, malah melibatkan semua insan yang menumpang di muka bumi ini. Alhamdulillah jg sbb ada sahabat sudi berkongsi perasaan berkisarkan kisah 'dakwah' di tempat pengajiannya yang amat sy kenali itu.
Tapi, antara part yg paling penting, sy nk konsikan pengalaman 2 hari 1 malam sy ketika dicampakkan ke kem dakwah yang diberi nama Kem Kembara Al-Banna di Sg Congkak semester lepas.
Entry post ni ada juga sy kongsikan dalam 5 post terawal sy dlm blog ni.
Pepun, sy minta maaf sbb ilmu yg sy ada ini terlalu la cetek, andai la ada mana-mana pihak yg sudi menegur point yang tidak tepat, amat la saya alu-alukan.
Sy mulakan dengan rukun dakwah yang terbahagi kepada 4 iaitu:
a) da'ie (diri kita semua)
b) mad'u ( selain dari kita atau dgn bhsa lain org yg nk didakwahkan)
c) maudhuk ( tajuk, pengisian)
d) uslub (cara)
Perkataan da'ie itu sendiri dah menarik perhatian sy yang hanya mengambil bahasa arab smpi F3 shja ni. Bukan apa, bunyinye unik bagi sy..
Bila di amati, adakah kita semua sedar, bahawa kita semua ini merupakan seorang da'ie kepada setiap kita yang lain. Bila diingat semula, kita semua adalah khalifah di muka bumi ini yang mana Allah amanahkan kita untuk memimpinnya.
Point yg biasa2 kita mendengarnya, namun sejauh mana kita menghayati kata2 itu?? Kalau ada kesempatan, carilah buku Quran Saintifik karya Dr. Danial Zainal Abidin, dlm buku tu diceritakan dengan lebih detail tentang 'kepimpinan' manusia untuk memimpin alam ini.
Bila di selak semula tafsir Al-Quran, sy tertarik dgn satu ayat ni,
" Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu : kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu2 bagi Allah, padahal kami mengetahui " [Al-Baqarah : 22]
Bukti kenapa kita semua kena memimpin 'hamparan' ini....tapi, jgn la dikecilkan skop di sini, ini tidak menjurus hanya kepada alam semata, malah sesama manusia, sesama pentadbir alam ini.
Nak lagi dalil??
Nabi SAW bersabda :
"Sesungguhnya dunia ini adalah manisan kehijauan dan sesungguhnya Allah SWT mewakilkan kalian semua untuk menjaganya, kemudian Dia melihat bagaimana engkau memperlakukannya. Takutlah kalian pada dunia dan takutlan kalian terhadap para perempuan kerana sesungguhnya fitna pertama kali menimpa Bani Israil berasal dari kaum perempuan " [Riwayat Imam Muslim]
Jadi, mulai hari ini, kita semua harus bertanggungjawab terhadap apa yg telah terjadi pada dunia masa kini. Tak perlu menuding jari kesana kemari, bila dilihat semula, jari yang menuding itu lebih banyak ke diri kita bukan.
Yup, setiap dari kita ini adalah seorang da'ie....
Bila wujudnya seorang da'ie, mestilah ada mad'u nya, insan yg di'dakwah'kn itu. Atau dalam istilah sy, insan yg sama-sama akan diperingatkan.
Siapa mad'u kita??sesiapa sahaja....family kita, shbt lama, shbt yg baru kenal, mak cik jual pisang goreng, pak cik kat pasar malam, ketua kita...semua....
Dlm situasi sy, mad'u yg paling dekat dgn sy selain family adalah roommate sendiri, shbt2 yg sama persatuan, tak terkecuali coursemate sy...
Sy sedar, sy terlalu banyak kelemahan, terlalu banyak cakap yg ti
Dalam kem tu hari tu, ada simple step yg di ajar utk pikat mad'u... 3S-SENYUM, SAPA, SALAM.
Akronim yg mingkin boleh pegang dlm pelbagai situasi, tanpa mengira tempat dan masa bukan. InsyaAllah, ayuh kita sama-sama amalkan....
Masih terbayang ayat shbt sy, kenapa terlalu mahal harga sebuah senyuman seseorang?? (jgn fikir lain la plak, ni kes sesama kaum sendiri la, kaum adam dgn kaum adam, kaum hawa dgn kaum hawa)
Ini kenyataan yang sy terpaksa akui. Seperti wujudnya diskriminasi golongan pula, dari hasil pemerhatian sy....erm...sejauh mana kebenaran fakta ini?? Seorang da'ie sepatutnya tidak wujud istilah diskriminasi dlm kamus hidupnya...
Mungkin ada shbt akan kata, ala kinah, sy ni tak layak la nk dakwah org, diri sendiri pun tak terdakwah...mesti akn ada yg terdetik mcm tu kan...
Shbt, sy pun bukan sesiapa, masih jauh dari simpang utama, kalau diselidiki background sy, sy mmg bukan sifar dah tapi tahap negatif dah....terlalu jahil....terlalu bnyk bergelumang dosa.
Tp, bila kita memperingatkan org, kita sebenarnya memperingatkan diri kita. Shbt sy pernah ingtkn sy, kinah, kita ni sentiasa belajar, mengajar dan diajar....
Kata2 itu sy ingt sehingga hari ini. Shbt, sy terlalu lemah sebenarny utk menyatakan semua ini, malah kalau diikutkn, memang tak layak untuk membicarakn semua ini. Ilmu tetap ilmu, lagi manis kalau dapat dikongsi bersama kan...
Dlm kem tu jg, ada bingkisan hadiah yg sy tak mungkin luputkn...'artikel persiapan seorang da'ie' yang menerangkan secara ringkas point2 yg perlu ada pada seorang da'ie
1) memahami Al-Quran dan As-Sunnah serta ilmu tauhid, fiqh dan tasawwuf
2) beramal dengan mesej yg disampaikan
3) hujah yg kuat dan bijak dlm metodlogi dakwah. Terbahagi kepada 3 :
a) hikmah
i)al-khibrah : pengalaman dan pengamatan mesej
ii)al-murunah : lentur dan melembutkan
iii)al-tajribah : hasil kajian yang diterima
iv)al-mirah : keterampilan yg hebat
b) mau'izatul hasanah (pengajaran yg baik)
c) bermujahadah (berdebat) dengan cara baik
4)memiliki bekalan rohani yg tinggi
5)mempunyai sifat-sifat para Rasul seperti siddiq, amanah, bijaksana, dan tabligh
6)mempunyai sifat-sifat mahmudah dan meminggirkan sifat-sifat mazmumah
7)mempunyai kekuatan basiroh (mata hati)
8)wala' pada pimpinan dan sedia bekerja
Sahabat, kita semua yg perlu mainkan peranan, sy dh banyak tersasar dari seorang muslimah yg sebenar, tersasar dari segi konsep malu, konsep pakaian, dan segala macam.
Sedarkan lah sy, peringatkan lah sy....sy pun manusia seperti sahabat.
Tanggungjawab ini bukan berkonsepkan individualisme, malah bersifat sejagat, kita semua. Jangan salahkan masa lalu, semua itu sebenarnya guru kita, pengalaman yg mendewasakan kita.
Duhai diri, bilakah garis kesedaranmu ini akan mencapai puncaknya???
p/s : shbt, sy mnta maaf ye andai ada kata2 yg tidak menyenangkn shbt..sy hnya seorang hamba yang masih mencari dan mencari....
No comments:
Post a Comment