Sunday, August 9, 2009

[Wacana Ilmu] Monyetnya Cinta Kita - Round 2

Moderator memulakan sesi kali ini dengan perkaitan kejatuhan tamadun dengan semangat cinta yang ada dalam diri. Di mana, sekali lagi, ustaz Hasrizal menjadi panel pertama untuk pusingan kali ini.

"Pada pandangan ustaz, bagaimana lemahnya semangat cinta pemuda/i hari ini boleh membawa kepada kejatuhan sesuah tamadun??"

**Ustaz Hasrizal Abdul Jamil**

Ustaz membawa satu contoh yang membawa kita menyoroti kisah pada kurun ke-15, saat di mana Andalus di ambang kejatuhan...kejatuhan sebuah tamadun..

Tersebut la al-kisah, di mana kuasa Nasrani ada menghantar mata-matanya untuk menyelidiki 'kekuatan' dalaman yang ada....apa yang dijumpainya??

Kelihatan seorang pemuda di bawah sebatang pohon, bila di tanya pada pemuda itu, apakah yang terjadi pada dirinya, lantas pemuda itu jawab, aku sedang bersedih, kerana dengan satu panah, hanya mngenai satu sasaran sahaja, sedangkan sebelum ini satu panah itu mengenai dua sasaran serentak.

Maka mata-mata itu pulang ke negara asalnya dan memberitahu kepada pemerintah bahawa Andalus sedang bersedia untuk berperang.

Selang beberapa ketika, mata-mata dihantar lagi ke negara tersebut. Mata-mata tersebut menjumpai seorang anak muda yg sedang menangis di bawah sebatang pohon.

Bila ditanya, pemuda itu menangis kerana kekasihnya telah melarikan diri semalam. Maka, mata-mata itu tadi pulang ke negara asalnya, memberitahu bahawa Andalus boleh diperangi ketika itu.

Lantaran itu, tanggal 1942, Andalus musnah setelah memerintah lebih kurang 700 tahun.

Konklusi ringkas dari kisah ini, manusia=tamadun. Di mana, kuatnya manusia yang menghuni tamadun itu, maka kuat la tamadun tersebut. Saling bergantungan antara satu sama lain. Bila direnungkn, bagaimanakah tamadun Islam hari ini?? terpuk dada tnya diri..

Sebelum ustaz Hasrizal menutup sesi keduanya ini, dia ada menimbulkn persoalan kenapa tajuk forum hari ini adalah 'Monyetnya Cinta Kita' atau ayat yg lebih famous, cinta monyet. Kenapa istilah monyet yg digunakan??

Adakah monyet bersalah???Erm...persoalan yg menarik bukan.

Analogi yg ustaz berikan lebih kurang macam ni. Monyet, kan selalu rasa gatal-gatal. Lepas tu, monyet mula la mencari ehm2 dia....

Plus minus manusia jg la. Bila manusia terasa gatalnya tu tak tahu nk diluahkn kemana, maka kaum berlawanan ini lah tempatnya. Tatkala kegatalan itu memuncak, maka dia terkena bius cinta yang menyebabkan kebal dengan sebarang nasihat dari mn2 pihak.

Bila bius dah sebati, tercipta lah suasana mabuk.....kata-kata yg dikeluarkn semuanya ntah apa2...begitulah sedikit analogi yg diselusuri dengan rentetan peristiwa cinta monyet.

Berkait rapat dgn monyet jg, adalah Teori Evolusi Darwin, yang mengatakn manusia ini berasal dari beruk, sepupu monyet. Secara zahir, teori ini sememangnya direject 100% kan...

Tapi, mungkin ini jg sumber inspirasi kpd Teori Evolusi Cinta. Shbt pernah dgr x?? Sy baru dengar time forum tu...

Kerana apa, kerana, dari sewaras manusia yg Allah ciptakan ini, bertukar menjadi monyet gara-gara cinta... Boleh nampak x keterlangsungan dua teori ini?? Erm....renungkn...

Akhirnya, ustaz menutup sesi keduanya ini dengan kata-kata, 'apa yang mencelikkan manusia, itulah yang akan meruntuhkan sesebuah tamadun'.

Sesi kedua ini diteruskan dengan soalan, sejauh mana cinta monyet ni menjadi inspirasi....

**Ustaz Ahmad Zahiruddin Mohd Zabiah**

Ustaz Zahiruddin memulakan sesinya dengan persoalan yang menyepikan dewan. Berapa ramai pasangan bercinta yang berjaya di kampus berbanding gagal??

Berapa ramai yang bercinta dgn org lain semasa belajar, dan berkahwin dengan org lain?? Berapa ramai yang bercinta dan berkahwin dgn org tu jg setelah tamat belajar??

Persoalan demi persoalan ditimbulkan....ini kenyataan bukan... Sy percaya, akn ada segelintir pihak yang menafikan hal ini, kerana ibu dan bapa mereka 'berjumpa' semasa di kampus...

Ustaz ada menyingkap semula saat kewafatan Rasulullah...berkenaan kalimah yang terpacul dari mulut baginda. Kalimah, ummati...ummatku... Betapa baginda terlalu kasih dan cintanya kepada ummatnya dicampur dengan segala kerisauan tntg ujian utk ummatnya di masa akan datang.

Malah, ustaz juga ada menekankan ranking cinta kita.... yg pertama dan utama, tentulah Allah SWT, yg kedua, semestinya pula kekasih Rabbul 'Izzati, Rasulullah SAW, manakala tempat ketiga jatuh kepada.....jeng2....ibu dan bapa kita...

Di mana kedudukan 'kekasih' hati kita?? Jadikan yang halal lebih utama...

Ustaz jg ada mengupas tntg tempoh bercinta ni. Sebab ada bbrpa hamba Allah yg bercinta utk seketika cuma, ada yg bercinta utk jangka masa panjang. Persoalannya, andai kita bercinta lama atau sekejap, sudah pasti kita akan berhabis demi dia kan, cuma adakah dia kekal utk kita??

Persoalan yg jawapannya terlalu subjektif bg insan yg selalu menafikan hakikat cinta secara halal ini bukan....Tp, penegasan pendirian sang pencari cinta sejati dlm keberkatan Allahu Rabbi mampu menjadi penepis kepada anasir soalan yg mmpu menggugat pegangan ini.

Ustaz menutup sesi keduanya itu dengan memperingatkn kembali, bahawa jodoh ini semua Allah sudah tentukn utk kita. Kita perlu berdoa dari masa ke semasa agar dikurniakn yg terbaik, malah sentiasa la persiap siagakan diri dengan ilmu2 sedemikian.

Forum Monyetnya Cinta Kita diteruskan dengan panel yg terakhir bagi sesi kedua ini. Kenapa cinta di salah ertikan???

**Pak Firdaus Djamaris**

Di awal sesi, Pak Firdaus membuka gelanggang dengan beberapa slide yang kesemuanya membentuk hati atau love. Baik bentuk bumi, kolam air, awan, kepala 2 ekor swan mahupun apa yg boleh, semuanya membentuk hati.

Kenapa kita suka dengan cinta??? Apa yang kita cari??? Masih lagi persoalan yg ditimbulkn bagi menggerakkan minda para peserta agar tidak menjadi pendengar yang khusyuk dan pasif..

Benar, apa yg dicari dengan cinta?? untuk membayar harga sebuah perhatian ke?? untuk memuaskan segala keinginan?? atau sekadar nk menjawab yang cinta tu fitrah, jadi tak perlu dicari, tp perlu diganti andai hilang.....

Jawapan yg Pak Firdaus bg, kenapa kita mencari cinta adalah kerana kita inginkan keBAHAGIAan....B A H A G I A...

Bahagia, perkataan yg mempu membuatkn semua orang menerawang ruang fikiran masing-masing bagi mengingati kembali saat 'bahagia' yg pernah hadir dlm hidup masing2... Tak mustahil bukan untuk melihat deretan senyuman terukir di bibir peserta.

Senyuman yang membenarkan bahawa cinta dicari demi mengejar bahagia, senyuman yang mengingat kembali saat2 bahagia suatu masa dulu, senyuman yang sememangnya bahagia ketika itu dan bermacam lagi perspektif.

Pak Firdaus mengklasifikasikan bahagia ini kepada 3 jenis :

a) physical happiness
b) emotional happiness
c) spiritual happiness

Namun, dalam setiap klasifikasi itu, terdapat beberapa masalah dan akibat di sebaliknya...

Dalam physical happiness, masalah utama, manusia tidak pernah merasa puas dengan apa yang dia dapat, atau menyukarkan orang tua utk memenuhi kehendak anaknya berkenaan sesuatu perkara.

Rentetan daripada itu, masalah yang mungkin timbul, wujudnya dunia jenayah yang tiada sempadan meliputi segala jenis jenayah, perasaan hasad dengki (phd), kecewa atau semangat yang terlalu down....

Bagi emotional happiness pula, masalah utama ialah, menjadi seorang yang gila pujian, ingin selalu dilihat oleh kawan tntg kelebihan dia, mudah kecewa apabila tidak dihargai atau seangkatan dgnnya...

Maka, masalah ini akan mengakibatkn sikap pura-pura rajin, tidak ikhlas dalam menunaikan amanah, mudah kecewa, bersikap malas apabila tidak mendapat sebarang penghargaan atau yg difikirkan logik rentetannya.

Sepanjang sesi Pak Firdaus ini, dia menggunaka slide dan music background yg mampu meruntun jiwa dan orangnya tentulah sy sendiri. Penghayatan yg cantik, mata tertumpu point yg ingin disampaikan, telinga menangkap bait2 kata yang disampaikn dgn sepenuh perasaan, tangan mencatat segala isi, dan otak menafsir dengan mata hati agar diampuni segala dosa lalu.

Bagi spiritual happiness, tiada masalah dan tiada sebab akibatnya...malah Pak Firdaus dengan ramah berkongsi suatu cerita realiti tentang spiritual happiness, kisah penjaga tol.


No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi