Tuesday, May 26, 2009

**Air mata lagi**

Angin malam menjadi saksi
tiupan yang lenggok pelembut hati
aku terkedu lagi
menangisi kisah yang sepi
yang telah berlalu pergi

benar, kisah lalu takkan terungkap lagi
tapi hati tetap mengingkari
membenarkan isi hati
yang selama ini bermimpi
di siang hari

kepada siapa ingin aku tafsirkan hati ini??
kepada dia?? atau kamu?? atau siapa??
dia, kamu atau siapa,
mampukah kalian memahami aku??

duhai diri,
sebenarnya aku terlupa,
aku ada Dia,
yang memegang hati ini,
yang memegang jodoh dan mati,
yang memegang akhirat nanti,
Dia segalanya..

Ya Allah,
Shakinah Sukardhi ini terlalu hina,
kehidupanku penuh dengan dosa,
sekali lagi angin menjadi saksi,
nafas nafsu yang tidak terhenti,
akhirnya memakan diri sendiri.

Benarlah,
biarkan masa berubah,
tapi aqidah jangan goyah,
silakan masa berganti,
tapi keyakinan jangan mati,
kerana janji Allah itu pasti...

Renungan bersama.....

  1. Ada macam-macam kenikmatan yang keduanya itu disia-siakan oleh sebahagian besar manusia iaitu kesihatan dan kelapangan waktu.

(Riwayat Bukhari)

  1. “ Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya(sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. ”

(Al-Baqarah : 148)

  1. ”Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kelaparan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. ”

(Al-Baqarah : 155)

  1. ” (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ’ Inna lillahi wa’inna ilaihi raji’un’ ”Ò

(Al-Baqarah : 156)

  1. ” Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang diberi hikmah, sungguh telah diberi kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal.” (Al-Baqarah : 269)

  1. ” Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa”

(Ali ’Imran : 133)

  1. ” Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”

(Ali ’Imran : 139)

  1. ” Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui. ”

(Al-’Ankabut : 64)



Ò ertinya : Susunggunya kami adalah milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali. Kalimat ini dinamakan kalimat “istirja” (pernyataan kembali kepada Allah). Disunatkan menyebutnya waktu ditimpa bahaya baik besar mahupun kecil.



Friday, May 15, 2009

**Santapan mata**

Nadi Tarbiyah Pelajar (NTP 07/08) medan aku mengutip ilmu agama bersulamkan tenunan ukhwah yang sangat mantap.. Kenangan tercipta ukhwah di bina iman terpelihara.. Semoga aku dipertemukan kembali dengan sahabat-sahabat seperjuanganku ini.


Semoga iman yang dipupuk, akhlak yang dibentuk ini menjadi semakin bertambah tingkatnya berbanding masa lalu...sama-sama kita saling ingat mengingati antara satu sama lain.


Hati sering merasa gundah, tapi semua itu tak terluah, segalanya dek kerana himpunan dosa yang melimpah, namun kita jarang berubah, bertukar arah mencari Maha Pemurah


Insan ini yang kudamba, buat peneman di hari bahagia, bukan sahaja di dunia, namun kekal akhirat sana. Ingin aku berkongsi cerita, buat insan teman sejiwa, bukan untuk menambah dosa, tapi pedoman yang dipinta..


Ya Tuhan, diri ini terlalu hina di sisiMu, namun, Kau berikanlah petunjukMu agar aku mampu menjadi suri idaman hati sang pertiwi dalam mencari syurga hakiki. Ya Allah, cantikkanlah budi pekertiku ini sebagaiman Engkau mencantikkan kejadianku..


Saturday, May 9, 2009

**9 Mei 2009...ujian menimpa lagi**

Assalamualaikum pembuka kalam bicara buat titipan kali ini….Setelah apa yang telah berlaku terhadap saya sepanjang perjalanan pulang dari UKM ke Pekan, Pahang, Allah beri lagi ujian ke atas saya…bertuahnya saya, sebab Allah nak bagi pahala sebenarnya….


Kisah tentang insan yang bergelar atuk kepada diri ini. 6 mei lebih kurang 6.30 petang aku sampai rumah, argh..letihnya, nanti la aku gi melawat aki (panggilan utk atuk).. 7 Mei, pada sebelah petangnya, aku, mama dan abah gi umah aki yg terletak kira2 15 minit perjalanan dari rumah aku. Aku terkejut sangat sebab keadaan aki sangat teruk. Bayangkan, badan aki terlalu cekung, terlalu kurus, seperti tulang badannya hanya diselaputi kulit semata-mata tanpa ada daging…tulang rusuknya boleh di kira satu persatu dengan jelas…. Terasa bersalah pun ada, betapa lamanya aku tidak pulang ke rumah menjenguk aki.


8 mei 2009, sebaik pulang dari pasar malam bersama ayah dengan menaiki motor kesayanganku, mama memberi arahan bnyk sgt sebab aku kena settlekn hal2 dalam rumah, mama nak gi melawat aki…aku nak ikut, tapi tak dibenarkannya. Setelah dipujuk, akhirnya aku dibenarkan ikut dan kali ni aku yg drive gi umah aki..Sampai je rumah aki, bertalu-talu sedara sampai…semuanya mempunyai hajat yang sama, menziarah aki…


Mama dah bagi isyarat, “ Adik, pergi amik wuduk, baca Yaasin kat aki,” itu kata2 yg aku tangkap dari bibir ibuku. Baru beberapa ayat aku baca, mak saudara semua kecoh secara tibe2, aku di suruh panggil mak ngah di rumahnya…tapi sepupu aku mira yang sampai dulu ke rumahnya. Kemudian aku diminta memanggil sepupuku yg seorang lagi, kak ju anak bongsu mak ngah. Aku difahamkan keadaan aki semakin nazak, aki tak mampu mmberikan tindak balas bila namanya dipanggil atau ada anaknya yang membisikkan kalimah syahadah atau pun Allah ditelinganya. Aku tanya mama, ” Ma, macam mana boleh klasifikasikan yg aki ni tenat sekarang??, ” sungguh aku tak faham sebab bagi aku tiada beza keadaan aki. Mama kata tengok dari tindak balas dia...sebentar kemudian abang aku sampai...


Setiap insan yang sampai, pasti dicium tangan aki, tapi aku tak sebab nanti aku yang lemah. Dalam masa 20 minit ruang tamu umah aki dah penuh dengan sanak saudara, kesemua 9 org anaknya ada di sisi termasuk cucu dan cicitnya. Mak teh setia dengan tisu merapikan aki, ayah nu setia dengan tisu mengelap air mata yang sentiasa keluar dari mata aki, mak de setia dengan ayat2 al-Qurannya, abah setia duduk di telinga aki membisikkan kalimah suci, pok su setia dengan hp menelefon anak saudara yang lain suruh pulang ke kampung, mak ngah, mak long, ayah mat, cik ya setia dengan surah Yaasin di tangan mereka... aku dan beberapa sepupu lain pun turut menghadiahkan surah yg sama...air mata adik beradik ayah mula mencurah-curah, aku terasa sebak tapi hati ini jahat..


Di kala itu, aku teringat, dulu aki pernah membenci abah sebab abah hanya jadi nelayan bukan macam adik beradik yang lain, bila aki buat kenduri, abah hanya akan diberitahu antara yang terakhir, sedangkan rumah kami agak dekat. Memang, time macam ni, aku tak patut teringat ini semua, tapi benda ni mengajr sesuatu dlm diri aku. Ketika menjalani hidup, kita tidak boleh membezakan kasih sayang atau memilih kasih, kerana mungkin suatu hati nanti insan itulah yang banyak menolong kita. Tapi abah, tak henti menyebut kalimah suci di telinga aki. Aku nampak air mata abah menitis. Tatkala itu, tiada lagi istilah ego seorang lelaki yang control untuk menangis, semuanya tertumpah dek kasih dan sayang seorang anak kepada bapanya. Semua orang memang nampak cuak.


Masa berjalan, jam lebih kurang pukul 11 malam, tiada apa yang berlaku. Malam tu, memang tak terbilang la berapa kali baca surah Yaasin, tapi takde la plak perasaan lenguh kaki atau apa bersimpuh lama membaca ayat jantung Al-Quran itu sedangkan biasanya nak menghabiskan satu round pun kebas habis. Itu la kerja Allah, bergantung pada niat kita..


Sedang berhenti seketika daripada meneruskan pembacaan, aku tibe teringat peristiwa yang telah berlaku hampir sepuluh tahun yang lalu. Ketika itu aku darjah tiga, masih tinggal di Kuantan. Hari jumaat, t/hari, abah datang ke sekolah awal dari biasa dan menjemputku untuk pulang, rupanya atuk (panggil bohwe) sebelah ibuku meninggal dunia di hospital. Bohwe dah terlantar di hospital lebih dari 2 bulan, tapi aku hanya masuk ke ICU melawat dia sekali sahaja, aku memang xde kekuatan untuk melihat keadaan insan yang aku sayang terlantar macam tu. Bohwe bernafas melalui lubang yg ditebuk di bahagian lehernya. Aku masih ingat lubang tu sebesar syiling 20sen. Allah sayangkn bohwe, ini lah atuk paling garang dalam dunia tapi penuh kasih sayang. Dia sangat tekankan ilmu agama dalam setiap anak dan cucu dia, semua tu ada hikmah.


Lepas balik dari sekolah, balik umah macam biasa, ayah tepon la mama, sebab mama tengah belajar kat Kuala Lumpur time tu. Dalam tempoh kami nak tunggu bus mama sampai, abah terima satu lagi panggilan. Nenek sebelah ayah (panggik tok) pula yang meniggal, subhanallah, Maha Suci Allah, hebatkan perancanganNya. Tadi bohwe ( ayah belah mama) yang meninggal time nak masuk zohor, sekarang tok (mak belah abah) pula yang meninggal. Macam mn??? Apa yg perlu di buat?? Dalam tempoh sehari, 2 insan meniggal hampir waktunya..tak tergambar perasaan mama dan abah time tu..


Ish, tibe2 rumah aki jadi bising, rupa2nya anak2 buahku ramai yang dah mengantuk. Tersentak aku jap. Anak buah aku memang terlalu ramai, aku sendiri tak kenal semua, kalo yg kecil sgt, memang tak kenal la. Mereka dah mengamuk sebab nak tido. Bermula lah proses membentang toto di atas tikar kat ruang tamu dan dapur. Aku, abang, mama dan abah setia lagi di sisi aki bersama 2 orang kakak abah. Yang lain memejamkan mata sebentar, nanti tukar shift.


Kami meneruskan lagi agenda tadi, ada yang membaca Yaasin, ada yang membisikkan kalimah suci, ada yang mengelap badan aki semuanya main peranan sendiri. Antara perkara yang terakam dalam fikiran aku, semasa nak tukar pampers aki. Satu je persoalan timbul di benakku, adakah aku mampu buat benda yang sama andai takdir ibu atau bapaku sakit???aku seorang anak...mungkin hari ni aku boleh jawab ya, tapi iman di hari mendatang??siapa tahu??


Jam 1.30 pagi, mata aku terlalu mengantuk, aku cuba melelapkan mata di sebelah makteh, kami memang tido bergelimpangan je...ada juga yang tidak tido. Tibe2, jam 3.11 pagi, aku terbangun dengan sendiri, argh...apa yg berlaku...aku bangun...aku melihat sekeliling, seorang demi seorang saudaraku bangun. Semua adik beradik abah ada di sekililing aki. Abah kata gi amik wuduk..aku pun turun amik wuduk. Kedinginan air di pagi hari mencengkam kulit rasanya, terlalu sejuk. Selesai berwuduk, aku naik ke atas, ruang tamu. Apa yang aku nampak hanyalah air mata dari setiap insan yang ada di sekeliling aki. Rupanya aki sudah pergi meninggalkan kami. Aku tak menangis, sebab bahu aku sudah terasa tegang, itu tanda awal sakit aku akan datang kalo aku terus menangis juga. Innalillah......Allah Maha Penyayang, untuk kesekian kalinya aku dapat berada di sisi atuk aku saat2 terakhir.


Sepupuku yang paling tua mengetuai bacaan Yaasin. Bacaan yang diiringi esak tangis oleh saudara sedarahku. Sungguh pilu suasana pagi itu. Abangku tersenyum, mama kata abang seronok sebab dia ada di sisi aki time aki menghembus nafas yang terakhir. Mama kata lagi, ” adik, ayen puas hati sebab dia dapat juga jaga aki sebelum dia fly ke luar negara ni nanti,” itu rupanya yang tersirat di hati abang aku. Dari jauh, aku hanya mampu melihat mak teh, abah, mama, ayah nu, ayah mat mempesiapkan jenazah aki. Mereka mengikat dagu aki sebab aki takleh nak tutup rongga mulutnya, terlalu sayu hati aku time tu. Andai aku ditakdirkan kehilangan ibu atau bapaku di saat ini, aku belum bersedia dan memang takkan bersedia.


Air mata aku mengalir mengenangkan dosa terhadap kedua orang tuaku. Ketika ini, hati aku tak henti mengucapkn syukur kerana masih mempunyai keluarga sebegini. Ketika ini juga, aku terasa sayu kerana aku tidak lagi mempunyai atuk atau nenek baik keluarga ayah ataupun mak. Allah terlalu sayangkan mereka.

Apa yang bermain di minda aku sekarang, apa lagi ujian yang Allah aturkan untuk aku selepas ini?? Sebelum aku berangkat balik rumah, 2 kali aku di hantar ke pusat kesihatan atau hospital bagi mendapatkan rawatan dalam hari yang sama, dlm perjalanan pulang pula, aku nyaris terbabas 2 kali juga, aku menyaksikan sendiri seorang sahabat lama aku terduduk di bahu jalan kerana accident, kemudian kali ini Allah uji kami sekeluarga dengan kehilangan insan yang bergelar aki di mata hati aku. Ya Allah, hambaMu ini terlalu lemah untuk menghadapi semua ini, tak tertanggung rasanya berat dalam hati ni untuk memikul semua ini.


Pengajaran yang paling besar yang aku dapat, terima setiap ujian ini sebagai qada’ dan qadar di mana Allah sedang menyalurkan kasih sayangNya pada hamba2Nya dengan cara tertentu sesuai dengan kemampuan insan itu sendiri. Sahabat, Allah amat menyayangi hambaNya.....jangan pernah sekali terlintas di hati kita meyalahkan takdir di atas semua yang telah terjadi di sekeliling kita. Percayalah, hikmah yang Allah simpan terlalu besar untuk kita berfikir. Al-Fatihah untuk arwah aki saya....saya menulis semua ni pada jam 6.40 pagi 9 mei 2009...sekejap lagi aki akan dikebumikan, dan kembali kepada sebenar-benar Pencipta...

Thursday, May 7, 2009

**Perjalanan pulang ke kampung halaman**

6 Mei 2009,
aku dn 3 org sahabat lagi akn bergerak pulang ke kampung halaman kami yang semuanya terletak di Pahang...
Seorang akn turun di tol Temerloh, seorang akn turun di Gambang dan 2 orang turun di Pekan termasuk aku sendiri..
Pagi tu, sebaik shj aku sedar, kelam kabut sgt rasenya kepala nie...astaghfirullah...bnyknye lagi urusan yg masih belum selesai...

Diringkaskan cerita, lebih kurang jam 12.30 t/hari, kami bertolak dari UKM dengan menaiki kereta viva CCH 8789 yg dipandu oleh sahabatku..aku dilarang sama sekali untk memandu kerana kesihatanku yg kurang baik time tu..

Al-kisah, 5 mei tu, pd t/harinye, aku di hantar ke Pusat Kesihatan UKM sebab sakit aku menyerang lagi...dh dapat 1 injection...lame jg terlantar atas katil coz doktor nk pantau dlm masa terdekat tu..lebih kurang jam 3 ptg kalo x silap baru balik bilik...mlm tu ak bersiap untuk ke majlis peramian Akademi Menara Gading V di Dewan Senat..bangun tido, ada mesej dari YDP aku kate xyah gi ke Dewan Senat mlm tu...aku x kire, nk gi jg..sebab rase badan dh ok skit...

Aku tibe di Dewan Senat tu bersama 2 org shbt lebih kurang jam 8 mlm.. ketibaan Timb. Menteri PEngajian Tinggi Dato' Saifuddin Abdullah, NC UKM, TNC HEPA, dan beberapa VIP dlm jam 8.30 mlm....majlis berlangsng mcm biasa....aku x rasa langsung yg majlis tu formal...part yg aku agak cuak adalah time adik aini dan azhan berpidato..coz bbrpa ari sblm tu, aku di amanahkan untuk memantau pemidato2 cilik ni...aku touch up apa2 yg patut..berdebar jg tengok adik2 ni berpidato....terkenang zaman muda2 lu...

Nak jadi ke cerita, bila sesi berdialog bersama Timbalan Menteri PEngajian Tinggi tamat, kira majlis pun hbs la...shbt2 aku mengambil peluang untuk bergambar...bukan senang nk masuk Dewan Senat kan...tibe2, badan aku sejuk seluruh badan...mata aku tak berapa nampak...makin lama makin kelabu, smkn x nampak apa2...aku pengsan...tak taw la pe yg dh berlaku....aku sedar secara waras time aku berada di hospital kajang....2 lagi injection aku terima pd ari yg sama...terasa sakit tangan kanan coz dia masukkan 1 jarum yg ada 2 kepala, satu kepala dia amik darah, satu kepala lagi masuk air...terasa air tu bergerak dlm badan...huhu..sakit gak...agak lama aku terbaring di atas katil tu....sebab tu la esoknya aku tak dibenarkan untuk drive balik pahang..semua org risau....

Tutup kes tu, mula2 kami hntr kawan kami kat tol temerloh, ada cerita yg amt lawak telah berlaku, pastu hntr ke gambang plak....yg ni sampai umah dia kami hntr...pastu kami balik pekan, tinggal sy dengan seorang kawan je dlm kete...kami balik pekan lalu kot jalan Paloh Hinai..jln tu jln kampung.....jd xde kete sgt...memang lengang..

Dipertengahan jalan, tibe2 kawan aku ni xdpt control kete jap...kete kami terkeluar dari jalan..aku dh nk tersembam ke depan tp semapt tahan dgn tangan....subhanallah, kepala aku dh fikir lain tadi...mmg ingat dh nk accident, tp Allah syg kami... dia kata dia xleh control kete guna tangan kiri...nasib baik xde pe2 yg berlaku.....

Itu yg tadi, tp aku ni perempuan, berdebar tu susah nk hilang skit... sekali lagi Allah uji kami.. Kali kedua, kami hampir terbabas..kereta di luar kawalan lagi....kereta dah memang luar jalan dah...tapi nasib baik kawan dpt kawal semula....ish, xleh jadi nie, dh 2 kali jadi nie....nk gugur jantung gak nie aku duk sebelah...tnya kat dia, kalo penat, biar la aku yg drive, tp dia kate ok.... Dia pun kate, ok la kite slowkn skit kete coz sebelum tu dia bawa 100km/j....turun jadi 80km/j...dia kate jalan kat situ yg x rata...aku pelik coz aku slalu je jln tu, x rasa pe2 pun, mungkin sebab dia x bese kot...

Tapi, Allah betul2 nk uji kami kali nie... Dalam tempoh nak menenangkan kembali hati ni, satu lagi ujian yg datang.... di bahu kanan jalan, kami ternampak seorang lelaki yg sedang mengerang kesakitan sambil memegang tangannya, kelihatan jg motosikalnya yg dh lunyai di bahagian depan dan handle moto tu sendiri...kepala moto memang dah bersepah di tengah jalan....Ya Allah, aku tak pernah tengok keadaan mcm nie.. aku minta kawan aku pusing kembali kereta untuk menolong lelaki tu... xde manusia pun yg berhenti tolong lelaki tu....aku sedih giler...

Time kami dh pusing kereta tu, aku bertentang mata dgn lelaki tu agk lama...seakan aku kenal dia dan seolah dia cuba memberitahu sesuatu...argh...mungkin perasaan.. kami mendekati sdra tu, kaki dn tanganya berdarah teruk..ada yg dh jadi putih tinggal isi, dh xde darah...Allah sygkn kami... kwn aku berlari ke kereta mengambil air, sebab sdra tu dh nk pengsan..kaki dia dh xleh nk gerak...sebentar kemudian, ibunya sampai, dgn menaiki sebuah moto..dan ada kereta waja di belakangnya yg sudi menghantar ke hospital...

Aku tak taw berapa lama dia terduduk di bahu jalan tu, tp yg aku sedih ,kenapa xde insan yg sudi menolong dia...mmg jarang ada kereta yg lalu, tp sebelum ni, kami ad je terserempak dgn beberapa kereta...apa mereka sekadar tolong tengok???sedih sgt rasenye....

Sebaik sdra tu d hntr ke hospital, kami meneruskn perjalanan pulang...kwn ku yg sorang ni risaukn aku untuk drive sebab emosi time tu x brape stabil....kwn ku ini berhenti di hadapan maulana kerana ayahnya dh tunggu di sana...n aku pun drive la keteku itu pulang ke rumah...ati ni berdebar lagi memikirkn sdra itu tadi...pandangan matanya masih terakam di fikiran...

Lebih kurang jam 6.30 petang aku sampai di rumah, aku d sambut oleh ibu yg tersayang dan juga Hawa(kucingku)...alhamdulillah, setelah menempuh pelbagai onak, akhirnya aku sampai...

Hari nie, 7 mei, aku minta ibuku menelefon ke hospital untuk bertanyakan lelaki yg kemalangan itu, tentang latar belakangnya..ibuku seorang jururawat di hospital tersebut....cuma dia tidak bekerja ari ni...benar tekaan ku, lelaki itu amat aku kenali, dia merupakan shbt baik kepada kawan lama aku dan satu sekolah dgn aku dulu....suhanallah, kecil betul dunia nie... mungkin aku salah kerana memandang mata seorang lelaki, tp hati aku cuba memberitahu sesuatu....mmg dia lelaki yg aku kenal time sekolah dulu...kini dia bekerja di kilang berhampiran, x menyambung lagi pembelajarannya... Allah Maha Penyayang....

Jom berkongsi