Tuesday, April 28, 2009

**Mama, abah, nantikan ina balik ye...**

Nak balik.............
sejak akhir2 nie, mcm dh takde benda lain yg nk d fikirkn dlm kepala ni.
mcm mn aku nk balik umah ni nnti..
paper last 2 mei, tp??
aku hnya di benarkan balik 5 mei...
time tepon mama dgn abah ari tu, mcm2 alasan aku bg kat mama dgn abah, punye nk balik 2 mei tu jg past hbs exam..
exam hbs kul 9.30 oagi, so ingt nk balik umah kul 11 pagi tu bertolak la dari ukm..
abah dh bg green light, tp kerisauan tu tetap ad..
cakap la kat abah..

"Abah, doakan ina selamat balik dh la, semoga dipermudahkan perjalanan nnti, ina perlukan redha dan berkat abah nk balik ni"

"Abah doakan sentiasa yg terbaik untuk adik...insyaAllah selamat nye perjalanan adik.."

tu ayat abah, pastu hp abah pun di pastkn kpd mama..

"mama, kalo ina balik sorang2 ari sabtu tu nnti boleh tak??"

"adik, awk jgn cari pasal...berani ke awk nk balik sorang2??

"insyaAllah, mama doakan ina je selamat sampai umah.."

"Adik, awk jgn buat mama sesak nafas....mama mengandung ke awk 9 bulan 10 hari, mama melahirkan awk, mama membesarkan awk, mama syg sgt2 kat ank2 mama.."

tibe2 air mata aku menitis bile dgr ayt mama mcm tu, ayat yg lahir dari hari seorang ibu, cukup ikhlas dari seorang ibu...ringkasan tntg betapa kasih dan sayangnya seorang ibu....

aku menutup bhgn bawah hp dgn tangan, xnk bagi mama dgr aku nangis...mama ni sensitif, kalo dgr aku nangis, dgn mama nangis skali..

sungguh, betapa aku pentingkn diri...kerana nk balik awl, aku tak fikirkn kerisauan seorang ibu dan ayah...

akhirnya, setelah di bincang, aku akn berangkat pulang pada 5 mei ni pagi2 buta lagi... semoga selamat perjalanan aku nanti....mama, abah, ina tak sabar nak balik umah..terasa rindu sangat nk peluk kedua org tuaku..

Monday, April 27, 2009

**Apa ertinya miskin**

Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin. Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin.

Di dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya, "Macam mana percutian kita kali ni?"

Si anak menjawab, "Menarik dan hebat, ayah,"

"Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta?"

"Ya,"

Bertanya lagi si ayah, "Jadi, apa yang kamu dapat kali ni?"

Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang,

"Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak berpenghujung. Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada waktu malam. Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan sehingga kekali langit,"

"Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil sedangkan mereka mempunyai padang yang sangat luas saujana mata memandang. Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan meminta.Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka. Kita ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai yang melindungi mereka,"

Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya. Si anak tersebut
kemudiannya berkata, "Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita"

"Teman Sejati Bukan yang Selalu Dekat DiMata,
Dekat Bicaranya Tetapi Dia yang Setia di Hati dan
Diingati Dalam Setiap Bisikan Doanya"

Saturday, April 25, 2009

**Kehadapan suamiku...**

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia

isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah

tidaklah setakwa aisyah

pun tidak setabah fatimah

justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman


yang punya cita-cita menjadi wanita solehah

pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama


isteri menjadi tanah,kamu langit penaungnya


isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya

isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya


isteri adalah murid, kamu mursyidnya

isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya


saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya

seketika isteri menjadi racun kamulah penawar
bisanya

seandainya isteri tulang yang bengkok


berhati-hatilah meluruskannya


pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita

perlunya iman dan takwa

untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T


kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana


justeru, kamu akan tersentak daripada alpa


kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali


suami akhir zaman yang berusaha menjadi lelaki soleh...amin...

p/s : sajak ni sy copy dari sahabat lama sy...tersentap jantung bile baca sajak ni sebab simple sgt tp diselaputi dgn kebenaran dari hati...sunguh, semoga kita semua beroleh sesuatu dari sajak ini.

" Ya Allah, diri ini terlalu hina di sisiMu, namun Ya Allah, aku mohon, Kau kurniakanlah aku seorang suami yang mampu menjadi imamku di hari muka dalam mencari jannnahMu di samping bersama2 membina keluarga sakinah mawardah warrahmah. Ya Allah, diri ini penuh dengan dosa, iman yang lebih nipis dari kulit bawang, ilmu yang terlalu sedikit ini memohon agar aku menjadi isteri yang solehah untuk suami yang mendedikasikan hidupnya di jalanMu. Ya Allah, janganlah Kau jadikan aku penghalang dakwahnya dalam agamaMu, dan janganlah Kau biarkan cinta ini melebihi cintanya kepadaMu...amin"

Align Center

Thursday, April 23, 2009

**WANITA, unsur apakah anda??**


Ingin sy kongsikan sedikit berkenaan unsur-unsur seoarang wanita. Ini adalah sebahagian daripada hasil kajian psikologi yang mana telah dikongsi oleh salah seorang sahabat UKM saya dlm YM. Sekadar refleksi diri...


a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.

b) Air - kedua, keenam, kesepuluh

c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas

d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas


WANITA BERUNSUR TANAH

1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.

2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.

3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.

4) Tidak suka membantah atau membangkang

5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.


WANITA BERUNSUR AIR

1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.

2) Mengambil berat

3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan

4) Menenangkan pasangan.

5) Sangat romantis

6) Mudah menangis


WANITA BERUNSUR API

1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan

2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.

3) Penasihat yang baik

4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga

5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu

6) Berwaspada selalu


WANITA BERUNSUR ANGIN

1) Lemah lembut dan menenangkan

2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu

3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia

4) Bijak mewujudkan suasana selesa.

5) Hati yang cepat berubah ubah

Tuesday, April 21, 2009

**Kenapa namaku SHAKINAH**

Assalamualaikum ya sahabat...even tengah exam, still sempat mencelah upload blogku ni. Terpanggil untuk mengupload kali ni pun sebab ada hamba Allah ni membuat sy tergerak tangan untuk membuka satu kisah.

Dalam komen post sajak **Buatmu Kekasihku**, hamba Allah ni bertanya tentang maksud nama saya sebab kalau sakinah maksudnya ketenangan atau kedamaian tapi shakinah ni pe maksud ek??

Tanggal 19 Oktober 1989, lahirlah seorang zuriat dari rahim seorang ibu yang bernama Saleha Bt Mohd Yusoff yang turut ditemani suami, Sukardhi Bin Abu Samah. Tatkala anak itu berusia beberapa hari, si ibu telah berbincang dengan ayah tentang nama yang sesuai untuk si anak...

sebenarnya, mak dah fikirkan nama saya sebelum lahir lagi, ada lima nama yang bermain di kepalanya...
1-suhaida
2-shuhada
3-shakinah
4-shafiqah
5-tak ingat...
Then, mah suruh ayah pilih satu dari lima tu...ayah pilih shakinah. Simbolik semua nama tu bermula dengan 'S' adalah berikutan nama ayah 'Sukardhi', mak pula 'Saleha' dan abang 'Shaharil'....semua bermula dengan s....

Time tu, fikiran mak memang maksudkan 'ketenangan', tapi tak menyangka shakinah takde maksud, dan semua ni disedari time saya dah besar.Dulu pernah nk pergi tukar nama kat Jabatan Pendaftaran Negara, tapi proses dia rumit...lemah semangat jadinya...

Cuma pesan mak, itu hanya ejaan atas kertas, bukan dalam doa. Sebab tu sy lebih prefer shbt2 panggil sakinah...mak memang tak pernah panggil shakinah...sentiasa sakinah...so, as a conclusion, shakinah takde maksud...

Moral of the story, hati2 dalam memilih nama anak akn dtg n panggil la diri ini sakinah bukan shakinah... Pepun, tak pernah salahkan mak bagi nama ni...

Wednesday, April 15, 2009

**Kesabaran insan yang bernama manusia**

Hari ni 13 April 2009, lebih kurang jam 2.20 petang aku sedang menanti kehadiran bas Sani Express untuk pulang ke kampus ilmuku, UKM. Minggu ni study week, jadi seminggu cuti, sengaja aku mengambil kesempatan untuk pulang ke rumah orang tuaku bersama abangku. Cuma nasib tidak menyebelahi kerana aku terpaksa pulang sendirian tanpa ditemani abang sebagaimana aku mula2 pulang ari tu.


Perut dah ku isikan, air dah ku belikan sebagai bekalan di dalam bas nanti, apa lagi ya yang aku terlupa?? Sungguh, aku merasakan seperti melupai sesuatu. Namun, setelah diperiksa satu persatu, tiada apa yang aku tinggalkan. Erm, mungkin perasaan je yang tak kena. Kadang-kadang aku mengubah kedudukan beg laptop daripada bahu kanan ke bahu kiri, berat. Hampir setiap insan aku teliti dengan sebaik mungkin kerana aku suka melihat gelagat orang.


Di tepi kanan aku, ada lelaki yang sibuk dengan handphone sony ericsonnya, rambut tercacak, muka boleh tahan, pakaian kemas....di sebelah kiri pula, ada sekumpulan lelaki yang sedang asyik menantikan sesuatu, mereka nampak sopan walaupun pakaian brutal. Rupanya, mereka dalam perjalanan untuk pergi ke rumah kawan mereka di Kuantan dan mereka semestinya orang luar Pahang...


Di suatu sudut tangga kanan pandanganku, terlihat beberapa anak dara yang beg pakaian mereka tersusun di sisi setiap daripada mereka. Alamak, baju salah seorang daripada mereka tu sama la dengan baju aku...ish, segannya.....mungkin ada insan yang menyedari hakikat ini tapi buat macam tak nampak..


Tapi, aku lupa untuk melihat insan yang direct depan mata....ada tiga hamba Allah yang menanti dengan penuh kesabaran. Wajah yang penuh penantian dan harapan itu sebenarnya telah di mamah masa, namun tekad mereka terus membara. Macam-macam gelagat yang mereka pamerkan dek penantian yang belum tahu penghujungnya. Dari satu tempat ke satu tempat, dari seorang kepada orang lain mereka bertanya, semuanya memberi jawapan hampa...sungguh mereka begitu sabar.


Daripada mereka bertiga itu, aku paling tertarik dengan seorang insan yang sayup wajahnya, berkopiah putih, berkemeja biru gelap, seluar hitam dan berkasut hitam berkilat. Kesabaran dan ketenangan jelas terpampar pada wajah tua itu. Mungkin bagi insan yang seusia dengannya akan melakukan aktiviti ringan bersama keluarga tetapi tidak untuk insan ini. Aku tersentuh melihat wajahnya. Dua sahabat dia yang lain sibuk menjerit sana sini mencari rezeki, tapi dia?? Hanya senyum, merenung jam tangannya dan kembali melihat manusia.


Dia adalah seorang pemandu teksi yang sedang menanti penumpang untuk dibawa ke mana sahaja selagi kudrat membenarkan. Setiap jawapan yang diterima, hampa, kerana ramai manusia di situ sebenarnya sedang menanti bas yang sama aku nantikan. Tapi, hati aku terusik kerana dia membalas dengan ucapan terima kasih kepada setiap jawapan sedih yang diterima. Subhanallah, tabahnya dia. Mungkin pak cik ni sudah biasa dengan jawapan yang diterima itu sebelum ini, tapi, sungguh andai aku di tempat pak cik, belum tentu mampu bersabar sepenuhnya.


Apa yang membuatkan aku paling sedih adalah aku terbayang pak cik tu adalah ayahku sendiri. Menebalkan muka bertanya pada hampir setiap insan yang lalu hanya semata untuk mencari rezeki untuk keluarga. ” Dik, nak naik teksi??” itulah soalan rutin yang akan ditanya. Aku tak dapat bayangkan bagaimana hati dan perasaan aku jika dilahirkan sebagai anak pemandu teksi, mampukah aku memiliki apa yang ada hari ini?? Abah, ina tak kuat untuk melihat abah susah, apatah lagi melihat abah berpeluh mencari rezeki.


Tiba-tiba aku terbayang bagaimana pekerjaan ayahku. Segalanya semasa aku mengikut abah pergi ke tempat kerja. Air mata tak dapat di tahan. Itulah kali pertama aku melihat ayahku bekerja sejak aku dah bergelar anak dara abah. Aku melihat bagaimana abah panjat kayu balak di atas lori untuk mengukur ketumpatan kayu. Abah panjat tanpa ada apa-apa alat bantuan lain, hanya menggunakan kaki dan tangannya semata. Kayu balak yang aku boleh sifatkan setinggi dua tingkat bagunan itu, abah panjat sendirian. Patutla selama ni kalau abah balik kerja, pakaiannya selalu comot dan banyak yang dah lusuh. Baru aku faham.


Berpayungkan terik matahari, berbumbungkan langit ciptaan Allah, abah tak berhenti dari membuat kerjanya. Aku hanya mampu melihat dari jauh. Sedihnya, aku tak mampu menolong abah. Abah, ina sedih sangat tengok abah macam tu, tapi tu la cara abah cari duit membesarkan ina dengan ayen. Kadang-kadang, kita sebagai anak perlu pergi melihat sendiri bagaimana keadaan tempat kerja dan bagaimana ayah kita bekerja, demi memahami nilai perit jerih mereka. Dulu, abah adalah seorang nelayan, setelah kawin dengan mama, rezeki abah dapat kerja sekarang. Tapi, masa lapang abah, dia selalu je turun laut, dapat la kami sekeluarga makan makanan laut yang fresh.


Aku memang berasal dari keluarga yang susah, lepas mama sambung belajar, baru la nasib kami sekeluarga berubah sedikit demi sedikit. Tapi, ni semua ujian Allah. Aku bersyukur sangat dilahirkan dalam keluarga ni. Tapi, pak cik tu??? Sebelum ni dia kerja apa?? Kenapa dia bawa teksi?? Anak dia tak sara sepenuhnya ke?? Atau pak cik tu memang jenis yang tak boleh duduk diam?? Berbagai persoalan timbul di benakku. Jam tangan menunjukkan 2.40 petang, bas yang aku nantikan belum kunjung tiba. Sepatutnya aku menaiki bas pulang ke Kajang pada jam 2.30 petang, mungkin ’macet ’ di tengah jalan kot.


Pak cik tu beralih arah kerana bas Transnasional baru je sampai, jadi dia mencuba nasib mencari penumpang. Tapi, hampa. Tiada penumpang yang memerlukan khidmatnya. Ya Allah, pak cik ni umpama ayahku, pak cik ni saudara seIslamku, pak cik ni punyai hidupnya tersendiri, Kau kurniakanlah terus kesabaran dalam dirinya, kurniakanlah rezeki yang halal buat diri dan keluargannya....aku mohon Ya Allah.


Setelah penat menanti, akhirnya bas yang dinanti kunjung tiba. Aku duduk di tingkat bawah. Tak best sangat sebab ada insan yang smoking dalam tu. Bau rokok kuat. Saat bas tu meninggalkan terminal bas Kuantan, aku hanya ternampak sekilas pandang kelibat pak cik tu. Ingatan pada abah kembali berputar di fikiran. Kenapa aku anak yang jahat? Selalu meminta-minta dari abah dan mama, tapi tak pernah menghargai. Abah cakap, dia seronok bila tengok anak dia sihat, gembira. Tapi, hakikatnya, hati dia yang penat dan sakit, tak siapa pernah peduli. Sejak aku berada di alam sekolah menengah, banyak yang aku belajar menghargai orang tua aku. Semakin bertambah kasih dan sayang aku.


Sedar atau tak, nanti saat aku bergelar ibu, aku akan melalui benda yang sama malah mungkin lebih berat dari itu sebab ” Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..”Al-Baqarah: 286. sahabat, dalam erti hidup, kesabaran dan kemaafan adalah adunan yang cukup sebati, nak tak nak, itu adalah hidup. Allah sudah aturkan semuanya. Tepuk dada tanya iman.....

Sunday, April 12, 2009

**Hikmah Bersujud Mengikut Perspektif Perubatan**

  1. membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya
  2. membetulkan pundi peranakan yang jatuh
  3. mengurangkan sakit senggugut ketika haid
  4. melegakan bahagian paru-paru daripada ketegangan
  5. mengurangkan kesakitan pada apendiks atau limpa
  6. meringankan bahagian pelvis
  7. gerakan otot-otot tertentu menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelancaran darah
  8. gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal
  9. mengurangkan kegemukan
  10. otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen
  11. kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang linkungan bahagian belakang tubuh

**Kalam Ukhwah**

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:

  1. lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
  2. lelaki yang sedia menerima teguran
  3. lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
  4. lelaki yang tenang dan lapang dada
  5. lelaki yang baik sangka
  6. lelaki yang tidak pernah putus asa
kecantikan lelaki berdiri atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan lelaki yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...

Kegagahan wanita bukan pada otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah, adalah:

  1. perempuan yang tahan menerima kehilangan
  2. perempuan yang tidak takut kemiskinan
  3. perempuan yang tabah menanggung rindu setelah ditinggalkan
  4. perempuan yang tidak diminta-minta agar dipenuhi segala keinginan
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguhnya iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat"

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan menampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Al-Ahzab :71)

Tuesday, April 7, 2009

**Minta pendapat bersama**

Assalamualaikum....
sekarang ni musim exam final..tp sempat lagi sy curi masa upload blog nie. Direct to the point je la, mcm ni, ari tu ada sahabat sy, bertanya, "Kinah, kenapa kita kena kenal Allah?, dan macam mana kita nak kenal diri sendiri???"....tersentap jantung. kesnye berlaku mungkin rentetan daripada post saya yg sebelum2 nie, sebab ada saya masukkan dialog antara saya dgn seorang akak nie...mcm mn kita nak kenal Allah, hanya dengan mengenali diri kita.....

Sehingga saat nie, sy sedang mengumpul bahan untuk pertanyaan yang mampu menggugat keimanan tu... saya minta pandangan beberapa sahabat lama, senior di sini....serius, soalan mcm ni sekali baca mcm, ala tu pun takkan tak taw....tapi, bile kita fikir semula dgn akal yang waras, soalan ni membunuh sebenarnya bagi saya.... Ya Allah, Shakinah Sukardhi ni, imannya nipis, lebih nipis dari kulit bawang, kekuatan dari mana yang perlu saya kumpul untuk jawab soalan nie??

Jujur, sy perlukan pendapat dari sahabat juga.......mungkin kita boleh bincang di sidang plano...semoga Allah memberi hidayah kepada hambaNya....

**Sekadar selingan**

**sahabat seperjuangan dalam NADI TARBIYAH PELAJAR KMM 07/08**

**pengalaman menimba ilmu di negeri orang - MELAKA**

**Hari Graduasi GMI (abangku..) -ina-abah-ayen-mama-**

**bersama kak asma time prgrm bersama UIA di SBPIK**

**ni antara kenangan yg tinggal semasa sekolah rendah...6 Intelek 01'**


**hayatilah lirik lagu nie....**

Assalamualaikum....sebenarnya, lampiran ini adalah sekadar berkongsi kisah saya...setiap inci yang berlaku dalam hidup pada masa lalu adalah sejarah yang tidak boleh diulangkan... ada sasterawan pernah berkata, orang yang nak masa silam dia berulang adalah orang yang takut menghadapi masa depan...erm...sejauh mana kebenaran tu??

Gambar keluarga sy, time skolah rendah, kat matrik dulu...merupakan antara gambar yg saya lampirkan kali ni...tp, ada hadia istimewa sy kirimkan untuk sahabat...lagu epilog silam tu..hayatilah lirik lagu tu....pepun, silalah komen di ruang sidang plano tu...

Saturday, April 4, 2009

Program Tunas Bestari VI, SMK Clifford, Kuala Lipis, Pahang




Jumaat,27 Mac 2009 lebih kurang jam 11 pagi, kami anak-anak Persatuan Kebajikan Anak Pahang UKM memulakan perjalanan ke Kuala Lipis, Pahang. Tujuan kami satu, menyempurnakan t/jwb sebagai insan di SMK Clifford. Even pada awlnya, sy x begitu bersetuju membuat prgrm di sna, sedangkan bnyk lagi sekolah yg masih belum tersedah pkd aktiviti2 sebegini. Namun, berdasarkan ayat Al-Baqarah : 216, insyaAllah akn hikmahnya..


Lewat petang jg kmi smpi...agk terkejut dgn persekitaranya sekolah, bangunan lame yg di jaga dgn amat baik di mata sy...tp, siyez, mmg penat skit la nk berjalan coz jauh yg amt nk g aspuri ke surau ke...mmg jauh...tp x seronok jg kn kalo wat prgrm xde cabaran...


Sesi ptg tu bese2 je, pengenalan PKAP kpd adik2 SMK Clifford...xde pe sgt, sekadar ta’ruf akbar je la kn.. lepas Isyak, kami memulakan LDK pertama, sy x taw sgt tntg modul tu, tp antra yg sy ingt sal cermin..kwn kita adlh cermin diri kita... mlm pertama, sambutan alhamdulillah, even x full, tp agk memuaskan sy sebab mencapai 80%.


Ni 1st time sy jd urusetia, baru terasa penat nye mcm mn, bese x amik taw sgt tntg pengurusan prgrm, skrg ni dh terasa sendiri. Ari ke 2, a little big pressure 4 me honestly. Perkara utama yg bermain d fikiran ialah berkenaan malam muhasabah... ya Allah, jujur, sy x pernah handle ni untk prgrm yg formal, Allah btl2 uji sy.


Time t/hari tu, sy dan Penolong KP prgrm bnyk meluangkan masa bersama ustazah dan guru disiplin sekolah tu. Bnyk sgt input yg kami dpt tntg bgmn sikap adik2 ni sbnrnya. Bukan apa, ni semua dijadikan panduan untuk pengisian mlm musahabah tu nnti. At least sy ad point yg nk grab mlm tu nnti....


Ari tu jg la, sy amik dos ubat yg agk tak baik sebab kurang dari 4 jam, sy dah telan untk kesekian kalinya….sepatutnya, kena tunggu 8 jam baru amik untuk seterusnya. Ada sorang je yg taw tntg nie, bukan la nk menagih simpati, tp bile sy sakit nnti, lagi bnyk kekangan n menyusahkan org lain…ahli PKAP sendiri ramai yg x taw sgt tntg sakit ku ini..shbt2 lame ramai yg dh taw kn….


Ustaz dari yayasan pahang yg dtg bg ceramah tu mmg best la....sempoi sgt..pengisian ia simple tp menyentuh jiwa sgt...penyampaian yg amt bersahaja, tp mempunyai maksud yg amt dalam untuk di fahami, mmg sy respek la ustaz tu...ramai jg la adik2 yg menitiskan air mata dgr ceramah dia...bese bile kate ceramah, bunyi mcm bosan je, tp yg ni lain sgt... sebenarnya, mentaliti masyarakat sendiri perlu diperbetulkan tatkala mendengar istilah ceramah itu sendiri.

Mantan NYDP PKAP ada bg taw sy pendapat salah seorang adik group dia tntg malam muhasabah yg telah diamanahkan kpd sy, time2 tu jg air mata sy menitis. Saya sedih sebab yg berkata itu adalah seoarang Islam dan masih lagi seorang pelajar. Sy mmg cakap kat mantan sy tu, jgn bagi taw sape budak tu dan sy xnk ternampak pun muka dia, kalo x mmg akn berlaku luar pemikiran saya.... time tu, terasa Allah betul nk uji setiap dari kami. Malam muhasabah bukan la malam untk menitiskan air mata,objektif utama adalah untk recall semula tntg dosa2 semalam.... sy sedih, shbt2, mcm mn kita nk ubah pemikiran insan golongan sebegini??


Air mata adalah hadiah dari Allah untuk hambaNya, terutama pada kaum hawa. Air mata bukan tanda tewas atau kalah dlm menghadapi musibah. Saya terasa terkilan yg amt dgn kehadiran insan sebegini.


Sebelum malam muhasabah dijalankan, ada kembara malam. Erm....kembara malam ni memang kurang mencapai objektif, tapi tahniah juga la untuk semua fasi sebab dah melakukan yang terbaik.

Selepas tu, sub-program yang telah diamanahkan untk sy lakukan pun berlangsung. Sedikit demi sedikit pe yg dirancang berlansung, tpi x semua lancar, Allah tetap meguji kami. Terutama masalah teknikal, mmg x dpt dielakkan la...tp pe yg saya boleh katakan, lebih dari separuh target sy tercapai la hendaknya. Semoga Allah terus membuka pintu hati adik2 tu dan letakkan mereka dlm keredhaanNya.


Sahabat, tidak pernah ke terfikir bagaimana keadaan umat Islam 5 tahun, 10 tahun akan datang??? Generasi kita, anak2 kita nnti??? Kalo kawan adalah cermin diri kita, dan situasi hari ini boleh menjadi cermin situasi yg mendatang. Subahanallah, sedarkah kita, semua ni ujian dari Allah??? Ujian yg paling susah adalah kesenangan dan ujian yg paling senang adalah kesusahan....


Saya bukan insan yg baik, akhlak pun x brape, dosa lagi la menggunung, belajar pun biasa2 je result sy....mak saya paling bnyk ajar sy untuk melihat sekeliling. Guru terbaik kita adalah pengalaman dan keadaan sekeliling yg boleh diambil pengajaran, tu la ayt famous dari mak sy... di kalangan setiap kita adalah pemimpin kan....adakah seorang pemimpin tak pernah terfikir semua nie???

Pepun, sy ucapkan tahiah untuk semua yang terlibat dgn prgam Tunas Bestari VI nie....pelajarilah sesuatu daripada apa yg telah teradi. Sy scara peribadi, mohon maaf di atas semua kesalahan saya sepanjang berada dlm prorgram tu....

Jom berkongsi