Monday, June 21, 2010

:: Lelaki Boroi, Kenapa ek?? ::

Salam kesyukuran buat semua sahabat yang sudi menjenguk ke teratak buruk kinah ni...jemput2 la berkongsi ilmu dan pandangan daripada sahabat2 semua..

Dahsyat tak tajuk entry kinah kali ni?? lain daripada biasakan..hehe..

Apapun, entry kali ni bukan la bermakna kinah nak stereotaip pada mana2 kaum, adam ke hawa ke, cuma seperti baisa, berkisarkan kepada sebuah perkongsian untuk kita renungkan bersama dan pedoman buat diri penulis sendiri.

Kinah direct to the point je la ek, nk panjang2, banyak lagi tak study ni, khamis n jumaat ni kinah ada final exam, doakan kinah dan semua shbt2 lain ek berjaya dunia akhirat, aminnnn

Al-kisah, kinah dgn kawan kinah satu hari dulu2 ada la sembang2 tentang isu kawin semua ni la, then masuk bab ada kawan kinah si A cite yg dia takut perut naik bile dah kawin nanti la sebab dia kata, pak cik2 dia mostly lepas kawin perut naik...

Then, kawan kinah bagi satu pernyataan yang kinah tak boleh lupa...setelah dialih bahasa, maksudnya lebih kruang macam ni,

" Ayah org kate, ada satu petua utk lelaki tak 'boroi' lepas kawin, cari rezeki halal"

Apa pendapat sahabat2???

Kinah jujurnya tersentap jap, senyap juga la..."nasib baik perut abah maintain je selama ina tengok, kire abah cari rezeki halal la utk ina dan semua.." itu antra yg terawal menerjah fikiran kinah.

Buat kaum adam, kinah rasa boleh amik iktibar tntg ni, dan buat kaum hawa, tak salah kot utk dipesan buat suami2 kite nanti.

Tapikan, kinah mohon sangat, jangan cepat melatah dengan statement tu, jgn tafsir direct ek. Baca dulu apa yg kinah nk terang...

Macam ni...rezeki halal yang dimaksudkan tu bukan la merujuk kepada pekerjaan yang jual daging kerbau pendek ke daging anjing ke buka ladang kerbau pendek ke apa...

Jangan plak kate, kerja jadi kerani tu haram plak ke..bukan taw....eh faham ke ayat kinah ni??

Ok2, macam ni....

Contoh la ek, Pak Cik Odd ni keje sebagai petani, dia tanam sayur dengan semua sumber yang halal, dia ada lesen perniagaan yang sah, dia ada pekerja yang sah semua la..kire semua sah dan halal la...tapi ditakdirkan perut dia boroi...

Orang akan kata, itu adat la hukum karma lelaki, perut akan naik...tapi nak dikaitkan dengan 'petua' tu tadi, rezeki halal yang cuba dimaksudkan dari segi amanah dalam kerja tu.

Selama Pak Cik Odd ni kerja, ye la sebagai bos kepada 5,6 pekerja ke dia ada bagi arahan itu ini, then, lepas bagi arahan dia gi lepak kedai minum2 borak2 lame2....lepas tu mula lambat menghantar pesanan kat pelanggan, dia bagi alasan pekerja dia buat kerja lambat sedangkan dia yang 'terleka' kat kedai...kan dah tak amanah betul dalam kerja dia.

Contoh lain, kalo keje kat ofis...tido kat tempat keje...penat mmg penat, tp agak2 la kan. Kinah masa kerja kat tabung haji cuti ni merasaikan kepenatan tu, tp jgn sampai masa tido tu take over masa kerja kita kan.

Dalam bahasa mudahnya, dalam melakukan sesuatu pekerjaan tu, petua tak nak buncit ialah keberkatan...

Bila fikir betul2, ada benarnya apa yang ayah kawan kinah pesankan ni.

Kinah terfikir golongan nelayan...cuba sahabat2 recall semula bgmn keadaan fizikal mereka?? sekeping ke dua keping?? sekeping kan...

Sekeping sbb kehidupan dia org susah?? Sekeping sebab tak cukup makan?? Itu sebab dia orang sekeping di mata masyarakat kan...mungkin ya mungkin tidak...masing2 ada pendapat tersendiri dan benda ni subjektif.

Apa yang ada dalam fikiran kinah, berkenaan hakikat kebenaran apa yang ayah kawan kinah cakap kan ni..ada benarnya.

Kehidupan mereka yang sukar tu lah yang buat mereka sungguh2 dalam mencari rezeki. Sebelum subuh dah keluar, bila senja baru balik...hasil tangkapan plak tak menetu, kadang2 rezeki melimpah, kadang2 sederhana cukup2 utk keperluan sendiri dan kadang2 Allah uji takde pun hasil tangkapan, apa jawapan mereka?? redha...rezeki di tangan Allah.

Pesanan mereka utk anak2, belajar rajin2, jgn jadi macam ayah, kerja tak menentu...bila musim tengkujuh, hanya dapat duduk di rumah, jahit jala ke buat jaring baru..pergantungan mereka pada Allah cukup tinggi di mata kinah.

Selaku keturunan nelayan, kinah merasai sendiri pergi ke laut tangkap ikan bersama ayah, pak sedara dan sepupu. Naik bot arwah atok..kire bot generasi la. Time kecik takpe, kinah tak mabuk laut lagi, ombak tinggi pun kinah cool je lg, skrg kalau bot bergoyang, kepala kinah sekali bergoyang, pening...dah lama tak naik.

Masa nak naik bot, semua orang pakai lengan panjang, pesan abah nanti cuaca akan panas, mula la 'burn' kan...bekalan air batu mmg banyak..kami dibekalkan dengan sedikit makanan dari rumah, tapi disebabkan 'kecerdikan' kinah dan sepupu, roti2 yang ada kami cubit kecik2 dan baling ke laut utk ikan makan, kononnya umpan nak tarik ikan...

Sekali kena tegur, tangkap ikan guna jaring, jaring tu dia akan tangkap ikan yang jauh2, bukan yang kat tepi bot, maka mulalah saling menyalahkan antara satu sama lain..ades, zaman budak2. Eh apa ni, keluar tajuk..ting2..balik ke pangkal jalan.

Masa dapat ikan yang pertama tu, sangat seronok, abah siang ikan tu utk kami makan, bakar atas bot tu jg...segar yg amat tu..(gi ke laut time tu bukan la niat nk tangkap ikan sgt, tp sje bawa kmi jln2)

Ada sekali tu kami terputus hubungan dengan sebuah bot nelayan yang dalam berapa batu ntah dengan kami, gara2 dibawa arus ke macam mana, kinah dah lupa...antara bot dengan bot, berhubung guna macam walkie-talkie dengan frequensi tersendiri.

Bila dah dpt cari smula bot tu, pak cik2 dlm bot tu buat solat sujud syukur atas bot tu la...time tu dah senja2 jg la...dan kami balik ke jeti same2...even masih kecik, tak berapa nak faham, tp kini baru kinah mengerti semua aturan ini.

Maka, sama2 la kita amik iktibar dari 'petua' ni.

Tapi, kinah mohon, jangan salahkan keadaan ke atau insan ke untuk apa2 yang terjadi, mungkin masih terdapat faktor2 lain yang kinah sendiri pun tak tahu....kinah niat nk berkongsi je...terpulang pada sahabat2 utk memikirkannya..

Salam renungan salam kemaafan dari diri ini....

Friday, June 11, 2010

:: Maafkan Diri Ini Sahabatku ::

Assalamulaikum pembuka penulisan,
Teristimewa buat saudara saudari,
Terasa hati ingin menjelaskan,
Apa yang terpendam di dalam hati.

Buat sahabat2, pertama dan selamanya, kinah nak mohon jutaan kemaafan di atas segala kekurangan dan kelemahan diri kinah. Setiap dari kita ada kelebihan dan kelemahan tersendiri kan, dan kinah tak terlepas dari semua ini. Maafkan kinah.

Sejak akhir2 ni, entry dalam blog kinah dah banyak tersasar dari medan 'dakwah' yang ingin kinah kongsikan bersama...malah lebih kepada luahan, apa2 yang bila fikir semula, tak patut kinah tulis dalam blog ni, tp ini adalah kinah...kinah perlukan sahabat2 untuk terus tegur kesilapan kinah.

Macam entry kali ni, kinah nak berterus terang tentang sesuatu yang telah membuatkan ramai sahabat2 kinah terasa...ampunkan kinah.

Bagi sahabat2 yg ada ym kinah, ramai yang tahu status kinah, "menghitung hari PERTUNANGAN" sampaikan junior kinah pun tanya...dahsyat jg ek..

Kinah direct to the point la ek, biar kinah jernih kan keadaan....first, kinah minta sahabat2 baca link ni, insyaAllah slow2 sahabat akan faham...

Bila dah rasa tak taw nak tulis apa kat status, itu je la yang ada dalam kepala ni.

Tibe2 kinah teringat, kisah semasa tingkatan dua, kinah bergaduh dengan salah seorang sahabat baik kinah sebab masa tu ada sesuatu terjadi dalam diri kinah.

Seperti ada ketumbuhan yang membesar di bahagian perut belah kanan kinah masa tu, kinah tak boleh nak tunduk sangat, even nak duduk pun tak berapa sangat sebab sakit bile ketumbuhan tu berlaga dengan tulang rusuk.

doktor kata, once benda tu makin membesar, memang kena operate la sebab ia boleh membahayakan nyawa, benda tu ada urat2 la apa la dah ingat2 lupa...tapi

Tiada siapa yang sangka kan, ustaz yang mama bawa kinah rawat tu minta kinah amalkan ada doa sumtin la, baca doa tu sambil pegang tempat sakit tu, alhamdulillah dengan kuasa Allah, benda yang bengkak tu hilang tibe2....

Tu time sekolah, alhamdulillah, 'pertunangan' kinah tergendala sekejap....

Kes migraine kinah, jeng2....takde la doktor cakap boleh membawa kepada kematian ke apa, cuma boleh effect sampai kinah boleh lumpuh sebab ia melibatkan saraf dan saraf kinah yang belakang leher ni yang berhubung ke otak agak sempit dan tersumbat katanya, tapi lepas makan healin doktor kata saraf tu dah kembang sikit..

Bukan kinah nak tagih simpati dengan cerita2 kinah ni, tapinya nak menjelaskan betapa Allah sahaja yang Maha Mengetahui bila dan di mana kita akan dijemput...

Sahabat, maafkan kinah, bukan niat untuk mengeruhkan keadaan, jika betul kinah nak bertunang, insyaAllah kinah akan bagi tahu (tapi ada ke orang nak meminang kinah??jeng2)...

Harap sahabat2 dah jelas status kinah 'menghitung hari PERTUNANGAN'....

Salam kemaafan dari diri ini..

Wednesday, June 9, 2010

:: Tak Pernah ku Pinta Semua Ini ::

Terasa seperti baru semalam ku kenal dikau
Tapi ternyata,
lebih dari itu masanya kita bersama
menghitung bulan dan bintang di angkasa
menyapa angin yang sepoi-sepoi bahasa
menikmati terbit dan terbenamnya pusat cakerawala
segalanya pernah kita lakukan bersama

tiada kata terpaksa, segalanya datang dengan rela
aku dan kau segalanya rela
kerana kau percayakan aku
dan aku percayakan kau
kita saling percaya
kerana
kita bukan baru kenal semalam

kau tahu
bila kita jalan bersama
burung berkicau
cemburukan ukhwah kita
bila kita jalan lagi
daun pokok melambai
meraikan kita bersama
bila jalan lagi
semut sama sekali tidak melintas
mengizinkan kita menikmati bumi Tuhan ini
sampai bila ye kita dapat jalan bersama??

itu cerita hari-hari sebelum ni,
tapi cerita hari ini,
hari esok???
DIA je kan yang tahu

hari ni kita makin kenal
hati, limpa semua la
tapi langit tak cerah sentiasa kan
awan mendung turut rindu untuk muncul
moga kilat tak sabung menyabung

kelakar kan....

tak suke bila sama-sama senyap
ada sesuatu yang tak kena antara kita
kenapa senyap??
kalau salah, tegur la
kita kan bukan baru kenal semalam

orang kata diri ini hipokrit
memang pun kan
hipokrit dalam banyak perkara
berlagak baik, tahu serba serbi
banyakkan kelemahan diri ini

kadang-kadang,
baru sedar, mungkin ini masanya
masa untuk kita tak lagi bersama
awak ada awak
dan saya ada saya....
mungkin itu yang terbaik untuk kita...

yang penting,
ingat sesuatu,
tak pernah pun diri ini minta semua ini...

Tuesday, June 8, 2010

:: Rilex Sekejap Ek ::



Salam cuti sekolah even kite dah tak meraikn cuti ni...eh, tp shbt2 kinah yg belajar di maktab a.k.a bakal2 guru masih follow cuti sekolah ni an?? erm....sediy2..

Kali ni, kinah nak mengarut2 sikit. Idea ni datang time tengah makan malam kat kafe sengsorang diri...rumet masih dirumah beliau...jangan amik serius ek, kinah saje2 ni.

Al-kisah, kinah nak tulis kes apa pesan orang tua2 tentang nak kawin ni...hehe. Jangan percaya bolat2 taw, benda ni petua orang lame....dan kinah sekadar nak mengisi masa je...



1) bile makan, pinggan kasi licin....kire tak membazir la, membazir kan amalan syaitan dan air dicincang tak akan putus...(peribahasa ni kengkawan area kinah je yg fhm maksud mendalamnya)

agak time makan lepas ni, make sure pinggan tu hanya tinggal pinggan je...butir2 nasi ni dah takde dah, plus sayur2 ke (sile makan sayur ye). Tapi, tulang ikan ke tulang ayam ke tu lain kes, takkan nak makan juga kan, means selagi boleh licinkan pinggan tu, licinkan. Lagi pun, kita membantu orang yang akan membasuh pinggan tersebut...



2) pun berkaitan dengan makan...bila makan, cuba check tapak tangan anda, comot tak?? ada tak nasi ke kesan kuah kat tapak tangan??

sekali dengar, hah takkan la nasi boleh sampai kat tapak tangan, takpe, lepas ni check ek time makan tu....benda ni dikongsi bersama shbt teaterku...

orang tua2 punye petua, kalau nasi dah takde kat tapak tangan tu, maknanya dah boleh kawin, kalau ada sikit2 je, sikit lagi la tu nak kawin...jeng2



3) yang ke tiga ni psiko skit...ok2, silangkan antara jari2 anda...macam mana ek nak terang, ok cam dalam gambar nie....

cuba perhatikan ibu jari anda, yang paling atas ibu jari tangan mana...ibu jari kanan atas kiri ke ibu jari kiri atas kanan??

menurut seorang shbt kinah yg bg taw tntg ni, jika ibu jari kanan atas kiri, maka kawin atas pilihan keluarga. Kire calon pasangan anda dari pilihan keluarga la. Jika ibu jari kiri atas ibu jari kanan, kawin atas pilihan sendiri...calon tu mungkin sahabat anda sendiri kan...


Ada beberapa lagi dalam kepala kinah ni, tapi takpe la dah...cukup tu je..pepun, sperti yang kinah ckap awl2, jgn terlalu percaya, sekadar santai je...

Ampun dan maaf kinah pohonkan.

Saturday, June 5, 2010

:: Hari Keluarga::

Salam kerinduan pada semangat ukhwah yang benar2 merindui jihad di jalan Allah ini...

Kali ni, kinah takde la nk share apa2 'tazkirah' ke apa, tapinye, nk berkongsi kisah keluarga kinah yang kinah sifatkan sangat sweeet....kinah amat merindui saat2 mcm ni.

Hari ni, Sabtu 5 Jun 2010, hari lahir sahabat lama kinah merangkap ulang tahun perkahwinan sepupu kinah...memang hari ini hari sabtu, seperti hari2 lain, tapi ntah kenapa, hari ni kinah dapat rasakan suasana yang sangat berbeza dalam diri setiap ahli keluarga kinah.

Pagi2 buta lagi kami sudah didatangi tetamu, ayah long...dia bersama seorang ank muda yang kinah tak kenal sama sekali. Mereka datang rupanya untuk sambung buat wiring dalam rumah ni sebab mama nak pasang air-cond (kinah tentang habis2 tapi hujah kinah ditepis juga, huhu)

Maka, tugas sebagai seorang surirumah bermula.....

Buat air segala bagai, hidang kuih ke semua, tp ayah long ni suke minum ais, maka pagi2 buta lagi kinah dah buat air batu.....rumah ni dah la haramkan air batu, macam mana tu??

Masa berganti masa, ayah long dan pemuda tu menjalankan tugas mereka dengan baik, sekejap turun bawah, sekejap naik atas atap rumah...sekejap pakai topi, sekejap tak, macam2 la gelagat.

Sehingga lah nak masuk t/hari. Mama minta kinah gosok baju mama dengan abah sebab nak gi rumah orang kawin...gosok je la.

Niat di hati nk tema hijau satu keluarga, tapi mama tersasar skit, coklat..tapi boleh la, warna natural juga kan. Sayang sgt sbb abang tak nak ikut, mungkin abang nk jaga umah kot...

Rumah orang kawin 1st....kami terserempak dengan ayah teh dan mak teh, maka kami berjalan dan makan same2, dan kinah jumpa kawan kinah juga kat situ.

Menu wajib kalau di Pekan ni tentu lah daging opor...sedap....

Makan punye makan, kinah rupanya berhadapan dengan seorang pak cik ni...dia makan seorang diri di tangga sebuah rumah yang terletak setentang dengan meja kinah makan tu, keadaan pak cik tu, menampakkan yang dia agak penat...tapi masih makan dalam keadaan tak tenang, mungkin serba salah kerana kerja yang masih belum settle kot..duga kinah.

Tapi, memang tak boleh la tengok orang2 berusia buat kerja sangat, tersentuh....

Dalam perjalanan balik tu, pengantin lelaki sampai bersama rombongannya...huhu, anak orang berada rupanya, kereta merc la, honda la, BMW pun ada...memang mantap la kereta2 yang sampai tu.

Dengan tema rombongan lelaki adalah biru laut even pakaian pengantin adalah maroon gitu, buat kinah tersenyum sorang2...jeng2...

"Mama, tibe2 rasa semangat nak kawin tu datang...."sambil tersipu2 depan bonda tercinta

"Adik nak kawin sangat dah ke??" soal balas dari mama

"Huhu..mama jangan tanya, ina memang nak kawin sesangat dah rasanya, tapi ada ke orang nk buat ina jadi menantu dia??" muka sedih skit....

"Kawin la dik, mama tak kisah pun...memang patut dah awak kawin sekarang," macam dalam mimpi je kata2 tu keluar dari mulut mama...jangan berangan lbh ye sakinah, haish belajar tak habis lagi.

Tibe2 mak teh datang, "Cepat la kawin ina..." seperti dia tahu je hasrat hati ini, wink2...

Teeetttttttt...masa tamat, tutup kes tu.

Lepas tu, kami gi rumah kawan mama, kelakar sebab kami sesat pada awalnya, konpius nama taman perumahan dia sebab tak pernah pergi rumah kawan mama tu. Habis di tanya orang sekeliling, ramai juga yang konpius sebab selang sebuah taman ibaratnya rumah orang kawin, banyak sangat....

Tapi, at last dapat juga la smpai ke rumah orang tu...ikan masin dia sangat sedap, tu menu wajib yang kinah cari kat setiap umah orang kawin..peveret tu..

odw balik, mama beli kuih bakar utk ayah long dengan budak sorang lagi tu...memang fresh punye kuih bakar.

Sampai rumah, kinah kebas dlu kuih bakar tu. Mama pesan buat air teh o ais, air siap je, kuih tu dah habis.

"Mama, kalau kita tak angkat kuih tu boleh tak?? Ina nak makan, sedap plak la mama.."

"Isy budak ni, orang dah beli utk tetamu, dia plak nak, jamah sikit je la, amik satu je," tegur mama

"Tapi ma, masalahnya, kuih tu dah habis.....ina dengan ayen makan" muka serba salah yang amat kot...

"Ya ampun, bertuah betul anak2 mama....gi beli kuih lain tu"

Ampun kan ina dengan ayen ye mama, siapa suruh orang tu buat kuih tu sedap, dah habis kami makan....tak sempat nak hidang kat ayah long...peace mama.

ODW nak balik dari beli 'kuih ganti', kinah tergelincir dengan motor...sempat tahan dengan kaki, nasib baik sangat, alhamdulillah. Kalau tak, rasa kinah jadi kuih atas jalan tu. Tu la padahnya makan kuih yang dibeli untuk dihidangkn pada orang kan...cash tu Allah tunjuk..padan muka sakinah..

Abang muka memang tak bersalah. Tu yang makin sayang abang, sebab dia selalu buat muka tak bersalah, sebab dia akan guna adik dia sebagai reason dia nanti....ish2..abang sape la ni

Dah lebih kurang azan asar, kami sama2 menyerang dapur, nak menyiapkan makan malam. Abang masak maggi, mama siapkan bawang, kinah siang ikan kegemaranku (ikan bawal) dan abah buat air. Memang meriah dapur petang tadi.

"Sibuknye bandar Kuala Lumpur ni, sesak jalannya ha, nak jalan pun kena tunggu turn" ayat mama, tergelak kami sekeluarga.

Faham sangat la ayat mama, dapur jadi sesak sangat, padahal baru 4 orang je tu. Dapur kami bukan la besar sangat pun...comel je dapur.

Menu makan malam kami, ikan bawal masak masam manis dengan ayam goreng kunyit yang dipanaskan.....kire nak masak ikan bawal je la.

Lepas mama siapkan bawang semua, terus mama tak jenguk dapur langsung, sebab mama tak boleh ada area dapur once api dah bernyala, kalau tak, nanti sakit mama datang lagi. Maka, segalanya kinah lakukan seorang diri, sedihkan....

Kerana gatal nak makan ikan bawal, maka memang nekad nak serve macam kat restoran, siap tiru cara potong ikan biar ada shape diamond lagi...kelakar sangat, tu projek kinah dengan abah, sebab abah je kadang2 ada kat dapur teman kinah...

Time goreng ikan, kinah terleka tengok tv (berita tentang kapal mesia yang kena tahan tu), tibe2 dengar abah balik ikan kat dapur..berlari kinah ke dapur, takut kena marah sebab tinggal dapur.

Sekali tengok ikan, dah tak jadi bentuk diamond, terasing kulit ikan tu jadinya....paling kelakar, bile kinah tengok ikan tu jadi macam tu, kinah menangis....tibe2 air mata keluar, sedih sangat2 sebab dah tak jadi ikan bawal kinah. Semangat ni nak hidang untuk family....huhu.

Lepas tu, terus abah keluar dari dapur, sampai sudah abah dah tak datang jenguk dapur dah, kelakar kan, rasa bersalah pada abah pun ada...abah, ina bukan marah abah, tapi ntah kenapa tibe2 air mata turun tadi, ina tak marah abah pun...ina minta maaf.

Masak masam manis kan, maka campak je la apa yang ada kat dapur tu..tak boleh masak pedas sebab mama tak boleh makan benda pedas, pedas sikit pun mama tak boleh.

Bila dah siap semua, bagi mama rasa, mama kata manis...maka tambah la air skit dan garam. Jeng2...paling takut, chef besar rasa je (abang la).

Bila lepas maghrib, abang dah ke hulu hilir kat dapur, dia lapar la tu, nak makan.

"Mama, takutnya ayen makan ikan tu, kalau tak sedap macam mana??" kinah dah cuak.

"Dia makan je la nanti" pujuk mama mungkin.

Kinah berdebar, lame tak masuk dapur, ni la padahnya...

"Yen, ikan tu jangan la makan, pahit tu....tak sedap" pesan kinah, sebenarnya takut...

Makan punya makan, abang mcm biasa, selamba je...haish mamat ni, jangan la buat aku berdebar. Cakap la pahit ke manis ke...

"Kicap banyak sangat la ina, dah tak jadi masam manis" tu je abang komen

"Adik, takde ke kiub nenas ke, kekacang ke dalam kuah tu, kata nak buat macam restoran, ni ada bawang besar je..." abah menambah...huhu..sampai hati abah cakap macam tu, xpe2...

Turn kinah plak nak makan.

Cedok nasi, buka tudung mangkuk ikan tu..........................tersenyum kinah seorang diri

"abah, nak makan ikan ni tak??"

"kenapa dik??" abah mungkin pelik dengan soalan kinah kan...

"Ikan dah tinggal bahagian kepala je...." taw x, ikan bawal tu kira besar juga la, even kinah hanya beli seekor sebab kinah sorang je yang suke ikan bawal dalam family ni.

"takpe la, adik makan la, habiskan, abah ada lauk lain lagi" abah undur diri dlu..

"Ayen makan separuh je ekor dia, sebahagian lagi tak tahu mana hilang, tapi macam dah masuk dalam perut ayen juga kot" tak semena, abang tibe2 menjawab..seperti orang bersalah la plak kan.

Kinah tergelak sorang2. Terima kasih abangku sayang, kerana masih sudi makan makanan yang adikmu masak ni even ina tahu tak sedap pun....terharu sangat sebab abang makan banyak ikan tu, tak dapat di gambar dengan kata2.

Itu kepuasan bila dapat buat sesuatu utk insan yang kita sayang kan.

Bila semua dah siap makan, kami berkumpul di ruang tamu sama2, inilah cara kami merapatkan ukhwah antara ahli keluarga. Setiap dari kami akan jadi pengulas berita yang tak bertauliah kecuali ayah sebab ayah akan senyap dan dengar je anak2 dan isteri dia mengulas ntah apa2...hehe.

Part yang ni pun kelakar.

Dua kali, abang nak panggil 'ina' tapi panggil 'huda'...nama tunang dia. Kinah dengan mak kenakan abang cukup2, perli abang habis2...seronok dapat kenakan abang sekali sekala sebab sokmo adik dia je kena buli kan.

"Rindu tunang dia la tu, tak sabar sangat kan nak kawin..." ayat kinah.

Abang, reaksi dia, senyap je dan senyum...ahak, suke2, abang kinah memang comel sebab badan dia terlebih sihat, bulat.....

Dah lama kinah tak rasa suasana macam ni, duduk sama2 satu keluarga, mengarut2 sama2...dua hari kinah balik ni, abang banyak di rumah, selalu abang sibuk, tpi alhamdulillah, kena pandai hargai masa kualiti bersama kan.

Lepas ayah long siap buat wiring tadi, mama menyapu kat ruang tamu depan, abah sapu ruang tamu belakang, abang sapu koridor...kinah?? tertinggal kat dapur sorang2. Rasa semakin dan semakin kinah menghargai apa yang Allah bagi pinjam pada kinah ni...

Bagi sahabat2 yang rapat dengan kinah, kalian taw kan kinah ni bukan pandai masak pun, kalau buat puding ke muffin ke yang tu kinah suke, tapi masak lauk ni, kinah memang mengalah dulu, tapi insyaAllah selagi bonda tercinta masih dipinjamkan nyawa, kinah takkan persiakan peluang yang ada.

Tujuan kinah taip entry ni bukan la untuk berlagak ke menunjuk2 kinah masuk dapur ke apa ke, tapi kinah nak berkongsi kisah gembira keluarga kinah kali ni.

Setelah berendam air mata tengok keadaan mama, cukup la, terlalu lama tak merasai suasana macam ni, kinah tak pernah putus doa mama sembuh...

"Adik nak bertunang bile dik?? Hujung bulan ni insyaAllah mama semakin sihat dah rasanya" ayat mama tu sedih sangat kinah rasa...

Tiada siapa duga kan apa yang Allah susun untuk kita, hari ni, esok dan hari mendatang...

Hargai apa yang ada di depan kita seadanya....

Maafkan kinah sangat2, segalanya demi sebuah perkongsian kisah hidup di pementasan dunia yang fana ini.

Jom berkongsi