Saturday, June 5, 2010

:: Hari Keluarga::

Salam kerinduan pada semangat ukhwah yang benar2 merindui jihad di jalan Allah ini...

Kali ni, kinah takde la nk share apa2 'tazkirah' ke apa, tapinye, nk berkongsi kisah keluarga kinah yang kinah sifatkan sangat sweeet....kinah amat merindui saat2 mcm ni.

Hari ni, Sabtu 5 Jun 2010, hari lahir sahabat lama kinah merangkap ulang tahun perkahwinan sepupu kinah...memang hari ini hari sabtu, seperti hari2 lain, tapi ntah kenapa, hari ni kinah dapat rasakan suasana yang sangat berbeza dalam diri setiap ahli keluarga kinah.

Pagi2 buta lagi kami sudah didatangi tetamu, ayah long...dia bersama seorang ank muda yang kinah tak kenal sama sekali. Mereka datang rupanya untuk sambung buat wiring dalam rumah ni sebab mama nak pasang air-cond (kinah tentang habis2 tapi hujah kinah ditepis juga, huhu)

Maka, tugas sebagai seorang surirumah bermula.....

Buat air segala bagai, hidang kuih ke semua, tp ayah long ni suke minum ais, maka pagi2 buta lagi kinah dah buat air batu.....rumah ni dah la haramkan air batu, macam mana tu??

Masa berganti masa, ayah long dan pemuda tu menjalankan tugas mereka dengan baik, sekejap turun bawah, sekejap naik atas atap rumah...sekejap pakai topi, sekejap tak, macam2 la gelagat.

Sehingga lah nak masuk t/hari. Mama minta kinah gosok baju mama dengan abah sebab nak gi rumah orang kawin...gosok je la.

Niat di hati nk tema hijau satu keluarga, tapi mama tersasar skit, coklat..tapi boleh la, warna natural juga kan. Sayang sgt sbb abang tak nak ikut, mungkin abang nk jaga umah kot...

Rumah orang kawin 1st....kami terserempak dengan ayah teh dan mak teh, maka kami berjalan dan makan same2, dan kinah jumpa kawan kinah juga kat situ.

Menu wajib kalau di Pekan ni tentu lah daging opor...sedap....

Makan punye makan, kinah rupanya berhadapan dengan seorang pak cik ni...dia makan seorang diri di tangga sebuah rumah yang terletak setentang dengan meja kinah makan tu, keadaan pak cik tu, menampakkan yang dia agak penat...tapi masih makan dalam keadaan tak tenang, mungkin serba salah kerana kerja yang masih belum settle kot..duga kinah.

Tapi, memang tak boleh la tengok orang2 berusia buat kerja sangat, tersentuh....

Dalam perjalanan balik tu, pengantin lelaki sampai bersama rombongannya...huhu, anak orang berada rupanya, kereta merc la, honda la, BMW pun ada...memang mantap la kereta2 yang sampai tu.

Dengan tema rombongan lelaki adalah biru laut even pakaian pengantin adalah maroon gitu, buat kinah tersenyum sorang2...jeng2...

"Mama, tibe2 rasa semangat nak kawin tu datang...."sambil tersipu2 depan bonda tercinta

"Adik nak kawin sangat dah ke??" soal balas dari mama

"Huhu..mama jangan tanya, ina memang nak kawin sesangat dah rasanya, tapi ada ke orang nk buat ina jadi menantu dia??" muka sedih skit....

"Kawin la dik, mama tak kisah pun...memang patut dah awak kawin sekarang," macam dalam mimpi je kata2 tu keluar dari mulut mama...jangan berangan lbh ye sakinah, haish belajar tak habis lagi.

Tibe2 mak teh datang, "Cepat la kawin ina..." seperti dia tahu je hasrat hati ini, wink2...

Teeetttttttt...masa tamat, tutup kes tu.

Lepas tu, kami gi rumah kawan mama, kelakar sebab kami sesat pada awalnya, konpius nama taman perumahan dia sebab tak pernah pergi rumah kawan mama tu. Habis di tanya orang sekeliling, ramai juga yang konpius sebab selang sebuah taman ibaratnya rumah orang kawin, banyak sangat....

Tapi, at last dapat juga la smpai ke rumah orang tu...ikan masin dia sangat sedap, tu menu wajib yang kinah cari kat setiap umah orang kawin..peveret tu..

odw balik, mama beli kuih bakar utk ayah long dengan budak sorang lagi tu...memang fresh punye kuih bakar.

Sampai rumah, kinah kebas dlu kuih bakar tu. Mama pesan buat air teh o ais, air siap je, kuih tu dah habis.

"Mama, kalau kita tak angkat kuih tu boleh tak?? Ina nak makan, sedap plak la mama.."

"Isy budak ni, orang dah beli utk tetamu, dia plak nak, jamah sikit je la, amik satu je," tegur mama

"Tapi ma, masalahnya, kuih tu dah habis.....ina dengan ayen makan" muka serba salah yang amat kot...

"Ya ampun, bertuah betul anak2 mama....gi beli kuih lain tu"

Ampun kan ina dengan ayen ye mama, siapa suruh orang tu buat kuih tu sedap, dah habis kami makan....tak sempat nak hidang kat ayah long...peace mama.

ODW nak balik dari beli 'kuih ganti', kinah tergelincir dengan motor...sempat tahan dengan kaki, nasib baik sangat, alhamdulillah. Kalau tak, rasa kinah jadi kuih atas jalan tu. Tu la padahnya makan kuih yang dibeli untuk dihidangkn pada orang kan...cash tu Allah tunjuk..padan muka sakinah..

Abang muka memang tak bersalah. Tu yang makin sayang abang, sebab dia selalu buat muka tak bersalah, sebab dia akan guna adik dia sebagai reason dia nanti....ish2..abang sape la ni

Dah lebih kurang azan asar, kami sama2 menyerang dapur, nak menyiapkan makan malam. Abang masak maggi, mama siapkan bawang, kinah siang ikan kegemaranku (ikan bawal) dan abah buat air. Memang meriah dapur petang tadi.

"Sibuknye bandar Kuala Lumpur ni, sesak jalannya ha, nak jalan pun kena tunggu turn" ayat mama, tergelak kami sekeluarga.

Faham sangat la ayat mama, dapur jadi sesak sangat, padahal baru 4 orang je tu. Dapur kami bukan la besar sangat pun...comel je dapur.

Menu makan malam kami, ikan bawal masak masam manis dengan ayam goreng kunyit yang dipanaskan.....kire nak masak ikan bawal je la.

Lepas mama siapkan bawang semua, terus mama tak jenguk dapur langsung, sebab mama tak boleh ada area dapur once api dah bernyala, kalau tak, nanti sakit mama datang lagi. Maka, segalanya kinah lakukan seorang diri, sedihkan....

Kerana gatal nak makan ikan bawal, maka memang nekad nak serve macam kat restoran, siap tiru cara potong ikan biar ada shape diamond lagi...kelakar sangat, tu projek kinah dengan abah, sebab abah je kadang2 ada kat dapur teman kinah...

Time goreng ikan, kinah terleka tengok tv (berita tentang kapal mesia yang kena tahan tu), tibe2 dengar abah balik ikan kat dapur..berlari kinah ke dapur, takut kena marah sebab tinggal dapur.

Sekali tengok ikan, dah tak jadi bentuk diamond, terasing kulit ikan tu jadinya....paling kelakar, bile kinah tengok ikan tu jadi macam tu, kinah menangis....tibe2 air mata keluar, sedih sangat2 sebab dah tak jadi ikan bawal kinah. Semangat ni nak hidang untuk family....huhu.

Lepas tu, terus abah keluar dari dapur, sampai sudah abah dah tak datang jenguk dapur dah, kelakar kan, rasa bersalah pada abah pun ada...abah, ina bukan marah abah, tapi ntah kenapa tibe2 air mata turun tadi, ina tak marah abah pun...ina minta maaf.

Masak masam manis kan, maka campak je la apa yang ada kat dapur tu..tak boleh masak pedas sebab mama tak boleh makan benda pedas, pedas sikit pun mama tak boleh.

Bila dah siap semua, bagi mama rasa, mama kata manis...maka tambah la air skit dan garam. Jeng2...paling takut, chef besar rasa je (abang la).

Bila lepas maghrib, abang dah ke hulu hilir kat dapur, dia lapar la tu, nak makan.

"Mama, takutnya ayen makan ikan tu, kalau tak sedap macam mana??" kinah dah cuak.

"Dia makan je la nanti" pujuk mama mungkin.

Kinah berdebar, lame tak masuk dapur, ni la padahnya...

"Yen, ikan tu jangan la makan, pahit tu....tak sedap" pesan kinah, sebenarnya takut...

Makan punya makan, abang mcm biasa, selamba je...haish mamat ni, jangan la buat aku berdebar. Cakap la pahit ke manis ke...

"Kicap banyak sangat la ina, dah tak jadi masam manis" tu je abang komen

"Adik, takde ke kiub nenas ke, kekacang ke dalam kuah tu, kata nak buat macam restoran, ni ada bawang besar je..." abah menambah...huhu..sampai hati abah cakap macam tu, xpe2...

Turn kinah plak nak makan.

Cedok nasi, buka tudung mangkuk ikan tu..........................tersenyum kinah seorang diri

"abah, nak makan ikan ni tak??"

"kenapa dik??" abah mungkin pelik dengan soalan kinah kan...

"Ikan dah tinggal bahagian kepala je...." taw x, ikan bawal tu kira besar juga la, even kinah hanya beli seekor sebab kinah sorang je yang suke ikan bawal dalam family ni.

"takpe la, adik makan la, habiskan, abah ada lauk lain lagi" abah undur diri dlu..

"Ayen makan separuh je ekor dia, sebahagian lagi tak tahu mana hilang, tapi macam dah masuk dalam perut ayen juga kot" tak semena, abang tibe2 menjawab..seperti orang bersalah la plak kan.

Kinah tergelak sorang2. Terima kasih abangku sayang, kerana masih sudi makan makanan yang adikmu masak ni even ina tahu tak sedap pun....terharu sangat sebab abang makan banyak ikan tu, tak dapat di gambar dengan kata2.

Itu kepuasan bila dapat buat sesuatu utk insan yang kita sayang kan.

Bila semua dah siap makan, kami berkumpul di ruang tamu sama2, inilah cara kami merapatkan ukhwah antara ahli keluarga. Setiap dari kami akan jadi pengulas berita yang tak bertauliah kecuali ayah sebab ayah akan senyap dan dengar je anak2 dan isteri dia mengulas ntah apa2...hehe.

Part yang ni pun kelakar.

Dua kali, abang nak panggil 'ina' tapi panggil 'huda'...nama tunang dia. Kinah dengan mak kenakan abang cukup2, perli abang habis2...seronok dapat kenakan abang sekali sekala sebab sokmo adik dia je kena buli kan.

"Rindu tunang dia la tu, tak sabar sangat kan nak kawin..." ayat kinah.

Abang, reaksi dia, senyap je dan senyum...ahak, suke2, abang kinah memang comel sebab badan dia terlebih sihat, bulat.....

Dah lama kinah tak rasa suasana macam ni, duduk sama2 satu keluarga, mengarut2 sama2...dua hari kinah balik ni, abang banyak di rumah, selalu abang sibuk, tpi alhamdulillah, kena pandai hargai masa kualiti bersama kan.

Lepas ayah long siap buat wiring tadi, mama menyapu kat ruang tamu depan, abah sapu ruang tamu belakang, abang sapu koridor...kinah?? tertinggal kat dapur sorang2. Rasa semakin dan semakin kinah menghargai apa yang Allah bagi pinjam pada kinah ni...

Bagi sahabat2 yang rapat dengan kinah, kalian taw kan kinah ni bukan pandai masak pun, kalau buat puding ke muffin ke yang tu kinah suke, tapi masak lauk ni, kinah memang mengalah dulu, tapi insyaAllah selagi bonda tercinta masih dipinjamkan nyawa, kinah takkan persiakan peluang yang ada.

Tujuan kinah taip entry ni bukan la untuk berlagak ke menunjuk2 kinah masuk dapur ke apa ke, tapi kinah nak berkongsi kisah gembira keluarga kinah kali ni.

Setelah berendam air mata tengok keadaan mama, cukup la, terlalu lama tak merasai suasana macam ni, kinah tak pernah putus doa mama sembuh...

"Adik nak bertunang bile dik?? Hujung bulan ni insyaAllah mama semakin sihat dah rasanya" ayat mama tu sedih sangat kinah rasa...

Tiada siapa duga kan apa yang Allah susun untuk kita, hari ni, esok dan hari mendatang...

Hargai apa yang ada di depan kita seadanya....

Maafkan kinah sangat2, segalanya demi sebuah perkongsian kisah hidup di pementasan dunia yang fana ini.

2 comments:

  1. ai..kwn aku sorg ni..da gatai beno nk kawen..hehe... jgn lupe jemput taw kinah..nnti mkn hati kte..huhu

    ReplyDelete
  2. zarin, ni bukan kes gatai nk kawen,
    tp fikir masa depan,
    kite kn dah tue...
    same2 la ek, sape kawen nnti jgn lupa jemput

    ReplyDelete

Jom berkongsi