Monday, May 24, 2010

:: Saat Dunia Mengetuk Mimpi ::

Salam kedamaian yang masih Sang Khalid sudi pinjamkan buat semua hamba yang masih berhutang menghirup udara di bumi ini.....salam kerinduan pada semua sahabat2 seperjuangan yang insyaAllah moga Allah kurniakan terus kekuatan dalam diri setiap daripada kita...

Bulan ni, sepatutnya kinah mensasarkan pengisian blog yang lebih mantap, tapi nampaknya lain plak yang jadi. ye la, bile dah kata buat short sem, ingatkan banyak masa untuk mengadap blog tersayang, tapi tak semua yang dirancang menjadi bukan, segalanya dengna izin Dia.

Kali ini, kinah nak kongsikan kisah kinah gi kerja..hehe, jangan tak percaya, sakinah pergi kerja, tapi kerja part time je la...

Rabu hinga jumaat kinah ada kelas, maka hari lain kinah akan pergi kerja..even hari yang ada kelas pun kinah gi kerja. Kelas sokmo pagi,jadi petang lepas zohor kinah akan masuk kerja.

Teka, kinah kerja kat mana?? Kinah kerja kat tabung haji bangi...jeng2...best sangat.

Mula nak kerja kat kafe kolej, tapi mama tak bagi, sebab kerja kat kedai makan ni berganda penat nye, sebab pengalaman lepas (time habis SPM) betul2 buat kinah berfikir. Lagipun, mama kata, nak kerja boleh, tpi jgn lupa pririoriti datang kat sini untuk apa. Once bg taw mama dapat offer kat tabung haji, mama tak kisah, alhamdulillah sgt.

Al-kisah, kinah dan seorang sahabat kinah ni yang mula2 kerja kat situ...sahabat sorang lagi balik kampung kerana kurang sihat...hampir setiap hari kami pergi kerja berdua, bergilir juga kadang2 sebab ada kelas kami yang tak sama.

Staff kat situ memang baik sangat terutama kak jannah dengan kak syam..kami rapat denga dua orang akak ni sbb akak ni je yg kerja kat bahagian atas. Kinah takut sikit dengan bos kat situ, dia serius sikit. Lagi sorang, mak cik kontrak tu, kak ummi tapi kinah panggil dia acik...sangat baik

First day keje, masukkan maklumat pendaftar2 akaun baru tabung haji ke dalam sistem dan print out list tu ikut temptat masing2. Nampak simple, tapi bahaya sebab boleh rabun dengan nombor2 yang ada.

No akaun mana ada yang pendek kan, dengna no siri buku lagi, no ic lagi, memang boleh buat kesilapan bile2 masa je, tu yang kinah kate boleh rabun dengan nombor tu. Tpi insyaAllah segalanya berjalan baik.

Hari kedua pun sama, sambung buat senarai tu....hari kedua paling banyak kinah masukkan nama kot sebab hampir 200 nama...sikit kan, huhu.

Banyak lagi sebenarnya nak kongsi tenang kerja2 yg kami buat, tapi aa sumtin yang kinah nak share.

Ada satu hari ni, kinah dengan akwan kinah ni gi lunch same2 kat bawah tabung haji, kedai makan yg berdekatan la...lauk 2 jenis, air sirap limau, RM5.50..pergh, memang bankrup kami. Habis duti gaji kat makan je la macma tu...huhu.

Bila naik ofis, kami bergilir utk solat, sorang gi solat dlu, sorang sambung buat kerja...kinah gi solat dlu sementara kawan kinah sambung kerja kinah.

Dalam surau perempuan tu, ada akak2 tu dengan acik tu, acik tu tengah makan...kinah juz duduk tepi dia teman dia makan sambil kami cakap2.

Lepas siap solat, acik tu masih ada dalam surau tu..kami borak tentang ank acik tu.

"Acik ada anak yang hampir sebaya dengan 'anak'...acik cukup risau dengan dia, sebab dia sakit, selalu pengsan.."

Itu ayat yang terpacul dari mulut acik tu setelah bertanyakan asal usulku termasuk umur.

"Dia sakit apa acik??" kinah cuba jadi ramah...

"Dia mudah pengsan nak, masa dia masuk PLKN dlu, dia dapat tawaran yang untuk sebulan je, orang lain 3 bulan kan, dia dapat sebulan je"

"Ada ek yang sebulan je??" kinah tak pernah dengar plak, bertambah hairan la plak.

"Doktor kata, darah anak acik ni pekat....lepas tu ada darah yang berkumpul dan tak bergerak" lebih kurang macam tu la ayat acik tu...

"Dekat dalam kepala dia..doktor kata darah tu kat dengan otak dia" tambah acik tu setelah kami sama2 senyap seketika. Sebabnya kinah cuba menelaah apa yang acik ni cuba sampaikan.

Tapi, lepas acik tu cakap darah tu kat dalam kepala, apa lagi, kinah terus berderau darah, anak acik tu ada darah beku ke dalam kepala?? itu ke yang dia nak cuba sampaikan??

Apakah itu lenggok bahasa yang doktor tu khabarkan pada acik ni?? lenggok bahasa untuk seorang ibu yang mungkin tak dapat memahami bahasa sains dengan baik?? atau mungkin kinah salah tafsir....

Tapi, andai betul anak acik tu ada darah beku dalam kepala, tak mustahil seab dia selalu pengsan kan, plus cara acik cakap tu macam tu la.....

Kinah cuba tahan sebak, sebab acik tu sikit pun takde reaksi apa2, senyum dan terus senyum...dalam hati, acik ni tahu ke anak dia ada darah beku dalam kepala anak dia?? acik ni faham betul ke apa yang doktor tu cakap...

Minta ampun, bukan kinah nak memandang rendah pada acik tu, tapi kinah sebak sangat dengan cara acik tu cerita dan keadaan acik tu.

Umur acik tu 61 tahun ok, 61 tahun..tapi masih bekerja sebagai cleaner di pejabat tabung haji yang kontraknya akan tamat bulan oktober ini setelah genap 3 tahun bekerja di situ...selepas tu, apa yang acik ni akan buat??

Di usia 61 tahun ,sepatutnya berehat di rumah bersama anak2 dan cucu2 mungkin, tapi acik ni masih gigih mencari rezeki, untuk apa, untuk biayai kos rawatan anak dia...

Anak2 dia yang lain kinah tak tanya dah, kalo acik tu nak cerita, biar dia cerita, untuk kinah yang bertanya, mungkin tidak....

Bayangkn jika acik tu adalah ibu kita sendiri...sungguh hati ini luluh untuk melihat semua ini di depan mata sendiri.

"Anak, jangan la kerja sangat, rehat juga ye, acik tengok dari tadi ngadap komputer nye, acik buat air ye, minum nnti taw, acik letak dalam pati"

"Baik acik, terima kasih....." tu je yg mampu terkeluar.

Itu satu kisah, ktes acik tu, moga Allah terus kurniakan kesihatan buat anak dan seluruh keluarga acik tu dan dilimpahkan rezeki yang tak pernah putus.

Kisah satu lgi yang kinah nak kongsi tentang perasaan diri sendiri..ye la, assume kinah betul2 kerja kat situ..masuk kerja kul 9 pagi then balik habis awal pun 6 petang, paling lewat setakat ni 6.30 petang, sampai bilik area 7 juga..

Kinah terfikir, andai esok lusa atau bile2 rezeki kinah ditakdirkan menjadi isteri kepada 'seorang lelaki', dan ditakdirkan sama2 bekerja, bagaimana masa kami??

Al-kisahnya, bukan la kinah ni gatal sangat kan nak kawin dah, cuma terfikir. Sebab, masa hari pertama, kedua kinah kerja kat tabung haji tu, kinah balik blik dengan keadaan yang agak muram, nasib baik rumet memahami....

Sekarang baru uruskan diri sendiri, esok lusa dah ada suami, nak uruskan suami, nak uruskan rumahtangga, ada anak esok, nak uruskan anak2 lagi...balik kerja, nak masak untuk makan malam lagi....

Macam2 yang bermain dalam kepala kinah time tu....mula la teringat mama dengan abah sebab dua2 kerja...abah lagi la, terpaksa berulang ke tempat kerja 1 jam 30 minit sehala hmpir setiap hari, mama plak, kata je kerja office hour, tapi mama antara yg paling lewat balik kerja, tapi masing2 bile balik masih semangat nak memasak segala bagai untuk anak2...

Abah pandai masak...sedap..asam pedas abah memang paling sedap, takleh lawan la, mama nak makan asam pedas pun minta abah yang masak...

Bila mama masak kat dapur, abah akan tolong uruskan kain baju dalam mesin dengan ampaian semua...lepas maghrib, kami akan makan....

Rutin pagi lagi, abah sidai kain, mama settlekan pinggan mangkuk dengan kemas rumah skit2...segalanya dilakukan bersama...terharunya....

Tapi, kinah baru kerja berapa hari, dah macam apa....kuatkah aku Ya Rabb untuk semua itu nanti??

Lama kelamaan, kinah semakin biasa dengan jadual kerja tu, baru terasa tersusun skit jadual hidup ni...bak kate ayat kawan, "tu la kinah, manja sangat"..sentap kan...Kalau betul2 manja, kinah takkan kerja terus dah rasanya...cuma manja sebab jarang penat macam tu...pepun, muhasabah diri kinah balik.

Erm.....

Ni je kot dlu...bnyak lagi kinah nak kongsi sebenarnya, terutama ilmu yang kinah dapat sepanjang short sem 3 minggu ni.

Subjek Sejarah Pemikiran banyak menyedarkan kinah tentang dunia yang ada hari ini..kami belajar tentang Illuminati, zionisme, Liberalisme, Komunisme bnyk sgt lg la....tambah plak dengan video2 yg kawan2 sponsor..dengan filem2 yg discover tentang semua ni, byk lg nak kongsi. cuma masa je...kinah cuba yg terbaik.

Salam sedarlah dari mimpi duhai diri....

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi