Friday, May 14, 2010

:: Insan Itu ::

Saat ini, aku dirundum rindu,
rindu pada sahabat yang pernah mengajarku
erti sebuah kehidupan beragama di dunia ini.

Dia, insan biasa,
yang Allah anugerahkan seribu kelebihan
pelengkap kelemahan insan lain,
antaranya aku.....

Dia mengingatkan ku pada malam itu,
keuzuranku untuk bangun beribadah
di bantu dia...
sakitku datang menguji diri,
di sapunya wudhu' di anggota wudhu'ku
terasa nyaman...

Keikhlasan, kasih sayang,
segalanya dapat ku rasa melalui air berkat itu,
moga kasih Allah turut sama hadir
agar ukhwah ini dalam redhaNya..

Terbaring kaku ku di atas katil,
dikau setia menemani dengan kalimah2 suci,
"Kinah, ingat Allah, bawa mengucap banyak2"
kau tak jemu kan mengulangi kata2 itu
di telingaku....
Mengingatkanku akan hikmah di sebalik ujian ini..
Allah sedang menghapuskan dosa2 kecilku,
Berkati sahabatku ini Ya Rahman.

Malam2, lepas bacaan Al-Mulk,
engkau mengajarku taranum,
bukan berdua sahaja, malah disertai bbrapa shbt lain...
Aku, antara yang paling lambat belajar,
terkial-kial menangkap lagu,
sungguh dikau benar2 bersabar.

Kesuraman malam tidak menghalang
kau berkongsi ilmu dengan kami,
cahaya bintang terus menerangi hati
agar terus kekalkn kalamullah itu...
sungguh mulia dirimu sahabat...

Ingat lagi tak,
gara2 nak dapatkan lenggok bunga taranum tu,
ada sahabat siap guna 5 jari pemberian Allah ini
sebagai pemudah cara pembelajaran kita malam tu,
sampai sekarang,
aku masih ingat bunga itu
kerana ilmu yang dikongsi olehmu sahabat.

Surah Al-Jummu'ah...
ye, itu surah yang menerangi malam2 kita semua,
surah itu yang diajar taranumnya.
Aku,
insan yang langsung tiada asas dalam ilmu ini,
mula mengenal satu persatu ilmu taranum.
Sungguh,
aku merindui saat itu....

Andai sesi bacaan al-mulk,
itu antara saat ditunggu,
semua menanti dirimu mengalunkan
ayat2 suci Allah ini,
dengan tazkirah ringkas yang menyengat jiwa,
sungguh,
aku rindu dirimu sahabat.

Kita pernah berkongsi suka dan duka,
bermacam kisah kita kongsikan,
segalanya antara kau, aku dan DIA...
aku rindu kamu sahabat...

Sehingga kini,
tiada taranya dirimu dengan insan lain,
dikau tetap dirimu,
dan aku tetap diriku,
dua insan berbeza,
tapi saling melengkapi di mataku...

Berpisah kita sementara,
Allah aturkan kembali pertemuan
di saat tiada siapa yang jangka...
Berbumbungkan tempat ilmu yang sama
buat kesekian kali,
tiada siapa yang duga,
namun,
kesibukkan dunia dalam menuntut ilmu ini,
agak menjarakkan kita,
namun,
aku percaya,
kau masih berdoa untuk diriku kan sahabat,
kerana doa itu,
aku masih berdiri di bumi Tuhan ini hari ini...
kerana doa itu,
aku terus dipinjamkan nikmat kesihatan yang sementara ini...
kerana doa itu,
aku masih merasakan kehangatan ukhah ini...
aku merinduimu sahabat..


p/s : setiap insan yang hadir dalam hidup kinah, semuanya berbeza latar belakang, tapi tak pernah jemu berbudi pada kinah...kinah sangat menghargai malah tak mampu kinah nak balas jasa kalian..

ntah kenapa, kinah betul2 rindu pada sahabat kinah yang sorang ni...kinah tak pernah jumpa lagi kawan yang sanggup sapu wudhu' pada kinah saat kinah terlantar sakit. Masa kinah sakit kat sekolah dulu, jauh lebih teruk atau serius berbanding di matrik mahupun di ukm ni..

Kinah hanya terbaring je, tibe2 terasa sejuk, buka mata, dia sedang sapukan air sembahyang..ya Allah, sapa tak terharu sehingga ada sahabat sanggup memperlakukan sedemikian..itulah pertama kali solat berbaring, hanya air mata mampu berkata bertapa diri ini terharu dan berhutang budi...

Sahabat, hadirnya dirimu tiada galang gantinya di dunia dan syurga sana..kinah sayang sangat2 semua sahabat2 kinah...

Terfikir jg, esok lusa, kalau kinah jadi isteri orang, suami kinah sanggup ke jaga kinah time kinah sakit....sanggup dia bersabar dengan saat2 kinah di uji macam tu...jauh tul kinah fikir, ish2..yang penting, kinah pun kena bg yang terbaik utk suami nnti kan, insyaAllah...

Buat sahabat yang membaca entry ni, walau siapapun kalian, moga ukhwah yang pernah terjalin antara kita, dalam redha Allah...ingatkan kinah jika kinah lalai dari mengingati DIA pencipta kita..

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi