Saturday, January 22, 2011

:: Tragedi Cinta Isteri ::

Sumber : artikel iluvislam by Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Suami ku yang disayangi,

Surat ini ku tulis dengan hati yang terus menerus berdoa agar kau dan aku berjaya mengatasi apa jua halangan dalam perjalanan kita mendapat keredaan Allah. Hingga kini aku terus yakin jika kita mencari kebaikan, insya-Allah, Allah akan memberikannya.

Terlebih dahulu ingin aku nyatakan bahawa dalam apa jua pergolakan dan ujian yang telah berlaku sepanjang kita berumah tangga, aku tetap menghormati mu. Walaupun ada masanya sikap dan kata-kataku terlanjur dan terkasar, itu bukanlah kerana aku sudah tidak menghormatimu apatah lagi membencimu... tetapi semua itu kerana terlalu sayang. Aku tidak mahu kehilangan dirimu sebagai seorang suami seperti mana anak-anak kita juga tidak mahu kehilangan kasih-sayang seorang ayah.

Maafkan aku. Akulah yang lebih banyak bersalah dan tidak bijak menghadapi ujian rumah tangga ini. Sesungguhnya sejak dari dulu hingga sekarang aku menagih pimpinan dan panduanmu. Pimpinlah aku untuk menjadi isteri yang solehah dan ibu yang baik kepada anak-anak kita. Aku tidak mahu berpisah dengan semua kesayangan ku ini. Oleh sebab itu aku merayu agar aku terus disayangi, dilindungi, dipercayai dan dipimpin untuk menjadi wanita yang benar-benar menjadi penyeri hidup seorang suami dan anak-anak.

Kebahagiaan kita sekeluarga berada di tangan mu. Dikaulah yang menjadi peneraju dan nakhoda rumah tangga ini. Aku tahu tugas dan amanah ini sangat berat. Ia menagih keikhlasan, keimanan dan kejujuran yang tinggi daripada mu. Aku sedar apa yang akan ditanyakan Allah di Hari Akhirat kelak kepada seorang suami sebagai pemimpin jauh lebih berat dan sukar dijawab berbanding pertanyaan Allah kepada seorang isteri. Aku tahu tangung jawab mu sangat berat. Jadi aku sentiasa sedia dan setia berada di sisi mu untuk sama-sama mengharungi kepayahan ini.

Marilah sama-sama kita insafi bahawa hakikatnya umur kita kian bertambah, upaya dan tenaga kita semakin kurang, tetapi perjalanan kita masih jauh dan beban kita semakin memberat. Amanah yang ada pun belum selesai kita tunaikan, apatah lagi untuk menambah beban yang baru. Aku bimbang... kita berdua akan kecundang.

Oleh sebab itulah aku sering mengingatkan diriku dan dirimu, marilah kita kembali menilai peranan dan tanggung jawab kita masing-masing. Aku sebagai seorang isteri dan kau sebagai seorang suami... Marilah kita sama-sama bermuhasabah, apakah kiita telah melaksanakan amanah yang kita janjikan di hadapan Allah ketika kita mula bernikah dahulu?

Pernikahan disamakan dengan mendirikan masjid. Begitu sucinya ikatan perkahwinan dalam Islam. Ia bukan dibuat hanya kerana untuk melepaskan hawa nafsu semata-mata. Jika itulah sahaja niat kita berkahwin, maka apakah yang membezakan manusia dengan haiwan? Tetapi sebaliknya, Islam meletakkan hubungan sah antara suami dan isteri sebagai suatu yang sangat tinggi dan suci.

Ia bukan sahaja perkongsian fizikal, tetapi perkongsian fikiran, perasaan dan jiwa untuk sama-sama berbakti kepada Allah. Rumah tangga hakikatnya adalah sebuah masjid... Di dalam masjid orang solat, berzikir, membaca Al Quran, mendengar tazkirah kuliah dan laian-lain ibadah.

Aku rindukan semua itu. Tetapi kerinduan itu tidak akan kesampaian tanpa bimbangan darimu. Aku lemah wahai suami ku. Pimpinlah aku untuk mendapat kasih sayang Allah melalui aliran kasih sayangmu. Engkaulah harapan aku dan anak-anak. Kami hakikatnya telah diserahkan oleh Allah sebagai amanah kepada dirimu untuk disayangi di dunia dan di akhirat. Janganlah disia-siakan amanah ini. Kelak buruk padahnya kepada kami dan kepada mu jua. Relakah engkau melihat kami terkapa-kapa di dunia ini tanpa pimpinan? Dan di akhirat terhumban ke neraka yang penuh seksaan?

Suami ku,

Atas kebimbangan itu kekadang aku jadi cemburu. Bila ku lihat langkah dan sikap mu sedikit terbabas, aku menjadi sangat cemas. Bila ku lihat kau seakan-akan berubah, aku menjadi sangat gelisah. Bukan kerana benci, tetapi kerana sayang. Mengapa tidak? Bukankah di tangan kamu kemudi rumah tangga ini.

Kesilapan dan kesalahan mu sangat buruk akibatnya kepada kita sekeluarga. Jadi, fahamilah hati isteri mu ini wahai suami ku... Curiga ku bukan kerana prasangka. Cemburu ku bukan kerana melulu. Jauh sekali untuk mengawal dan memperbudak-budakan. Tetapi sekadar ingin mengingatkan bahawa kebakaran yang memusnahkan selalunya berpunca hanya daripada percikan api!

Di antara kita adalah Allah. DIAlah zat yang Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Adil. Manusia tidak akan dapat mengawal dan memantau manusia lain setiap masa dan ketika. Kini aku pasrah kepada Allah. Aku lelah dan kalah untuk meneliti dan memeriksa di seluruh penjuru. Aku tidak dapat mengawal hati mu dan kau juga tidak dapat mengawal hatiku.

Hati kita berdua, Allahlah yang menjadi pemantaunya. Menyedari hakikat ini, aku kini hanya fokus untuk memperbaiki diri. Aku ingin memperbaiki hubunganku dengan Allah dan memperbaiki hubunganku dengan sesama manusia. Aku yakin Allah tidak akan mengecewakanku. Dan aku juga yakin Allah akan terus memberi kebaikan-Nya kepadaku melalui dirimu.

Marilah sama-sama kita perbaiki diri kita atas keyakinan rumah tangga ini perlu terus diselamatkan dan dimeriahkan. Jika benar itu masih menjadi harapan dan keyakinan kita, insya-Allah, pasti Allah akan tunjukkan jalan-jalan-Nya. Dalam hidup ini kita tidak boleh dapat semua perkara dalam satu masa. Bila kita mendapat sesuatu, pasti pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu yang lain. Jadi marilah sama-sama kita pastikan apa yang kita dapat lebih berharga dan lebih baik berbanding apa yang kita terpaksa lepaskan.

Oleh itu jika kita ingin mendapat rumah tangga yang bahagia, kita terpaksa belajar 'melepaskan' perkara-perkara lain. Rumah tangga kita adalah keutamaan. Ia amanah Allah, harapan kita dan anak-anak kita. Sebaliknya, segala kesukaan atau keseronokan kita yang lain mungkin terpaksa kita korbankan demi membina kebahagiaan ini.Inilah pengorbanan.

Tanpa pengorbanan tidak akan ada kebahagaiaan. Kita akan rela dan tega berkorban jika kita benar-benar inginkan rumah tangga ini berjaya. Jika tidak, kita terpaksalah mengorbankan rumah tangga ini... Apakah ini berbaloi? Tidakkah ini seperti kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran? Atau mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan?

Suami ku,

Tipuan dunia dan godaan nafsu ini sangat memberangsangkan. Syaitan sentiasa menghias bibit-bibit dosa-dosa dengan segala keindahan dan kecantikan. Sekali kita terjerumus, payah untuk bebas kembali. Selagi yang diburu tidak tercapai, selagi itulah kita lelah mengejarnya. Tetapi setelah kita mendapat, ada yang lain pula datang menggoda. Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada itulah yang kita risaukan. Kita akan lesu kerana asyik memburu.

Mengejar nafsu itu bagai mengejar bayang-bayang. Dilihat ada tetapi apabila digenggam ia hilang... di hujung percarian itu pasti ada lesu dan jemu. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Padahal kematian itu boleh datang tiba-tiba. Relakah kita tertipu mengejar fatamorgana hanya kerana dari jauh ia kelihatan umpama air yang tergenang?

Aku mengingatkan diri ku dan diri mu kerana sayang. Aku selalu bertanya pada diri sendiri, relakah aku mengorbankan rumah tangga ini hanya untuk mengejar sesuatu yang tidak pasti? Aku terpaksa melepaskan salah satunya. Dan insya-Allah, buat selamanya aku lebih sanggup melepaskan apa dan sesiapa sahaja, asalkan jangan melepaskan kebahagiaan rumah tangga ku. Itulah yang ada di hatiku. Dan itulah jua yang aku harapkan, doakan ada dalam hati mu.

Jika dalam surat ini ada kesedihan... ia bukan kekecewaan tetapi itu hanya harapan. Jika dalam surat ini ada teguran... itu bukan kebencian tetapi itu hanya peringatan, buat ku dan buat mu jua. Namun, ku akui dalam surat ini terlalu banyak doa dan harapan. Doa ku hanya pada Ilahi. Dan harapan ku tetap untuk mu suami. Jika air mata itu berkesan, nescaya akan tulis surat ini dengan air mata. Bukan air mata kecewa tetapi air mata harapan...

Ku harap kau membaca surat ini dengan hati yang terbuka. Bayangkan semula harapan dan cita-cita kita seawal kita memutuskan untuk berkahwin dahulu. Saat indah itu telah berlalu tetapi keindahan itu akan menjelma semula dalam bentuk baru jika kita berusaha untuk merealisasikannya. Dalam perkahwinan yang baik, seorang lelaki dan wanita sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memperbaiki dirinya demi orang yang disayanginya.

Dan sekalipun dalam perkahwinan yang paling bermasalah, penawar yang mujarab adalah kebenaran. Menyatakan kebenaran kepada pasangan adalah kaedah terbaik untuk membuktikan cinta adalah lebih utama daripada satu pendustaan!

Mohon berundur dulu. Pasangan yang bahagia bukanlah tidak pernah membuat kesilapan. Tetapi mereka tetap bahagia kerana mereka sentiasa belajar mengakui kesilapan itu dan belajar daripadanya... dan akhirnya melupakannya! Itulah aku kini. Ku akui kesilapan ku dan aku sedang memperbaikinya dan aku ingin melupakannya...

Suami ku, aku masih menaruh harapan. Insya-Allah, kau masih sudi membantu aku untuk itu! Amin.

- Artikel iluvislam.com

:: Aku Tak Mahu Suamiku Berdosa ::

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku melabuhkan jilbabku
Berusaha menutup sempurna auratku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku perlengkapkan diriku
Dengan ajaran agama
Agar dapat membezakan
Antara yang benar dan salah

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku hadkan pergaulanku
Dengan yang bukan mahramku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku menjaga diriku
Agar terhindar dari fitnah manusia

Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku sayangkan suamiku
Dan aku tak mahu suamiku terhumban
Ke neraka jahanam kerana diriku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku

Aku tak mahu suamiku berdosa..

- Artikel iluvislam.com

:: Skrip Takde Ni, Macam Mana?? ::


Dengan nama Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang...

Kinah dan sahabat2 semua masih bernafas hingga saat ini, setiap segala sesuatu masih diberi pinjam secara PERCUMA buat kita semua hingga saat ini, nikmat apa lagi yang boleh didustakan oleh kita semua, apakah masih susah untuk ungkapkan syukur tatkala nikmat itu bertandang lagi?? Tolong ingatkan kinah saat kinah lupa.

Bila difikir balik, terasa takut untuk menulis itu ini di dalam alam maya ini mahupun melalui tutur bicara saat berbual bersama2 shbt2 dekat. Setiap tutur itu akan kembali di uji pada diri sendiri bukan, dan sungguh saat ujian itu dikirimkan buat kinah, kinah memerlukan sahabat2 yg ada untuk ingatkan kinah kembali siapa kinah di bumi ini.

Semalam alhamdulillah, kinah dan beberapa sahabat Persatuan Kebajikan Anak-anak Pahang telah selamat menyempurnakan sebuah lagi program yang telah menjadi usul utk persatuan kami iaitu Kursus Pengurusan Jenazah. Sebuah majlis ilmu yang mungkin ada sesetengan pihak memandang enteng akan kepentingannya, namun moga2 bukan kita yang tergolong dalam golongan itu.

Kinah tak nak hurai panjang2 tntg program semalam, penat program masih belum hilang, tapi kepenatan yang sangat2 berbaloi. Cuma, kinah nak memetik ada point2 tertentu yang ustaz tu kongsikan bersama kami.

Ada di antara peserta yang bertanya tentang hukum meletakkan batu dan tanam pokok segala bagai di kawasan kubur si mati....dan ustaz menjelaskan...

"Tak salah kita menanam pokok atau meletakkan batu2 hidup (cth : batu sungai) di tanah perkuburan, kerana pokok dan batu inilah yang akan berzikir untuk si mati. Namun, jangan pernah lupa bahawa zikir2 pokok itu tak mampu membawa si mati ke syurga, segalanya masih terletak pada amalan si mati ketika hayatnya, kerana HARGA JANNAH TERLALU MAHAL"

Tersentap!

Sakinah, tanya pada diri kau, amalan kau macam mana??

Teringat sebuah kisah para sahabat Rasulullah SAW. Ada seorang sahabat bernama Abdullah ibn Mas'ud seorang lelaki yang daif dari segi tubuh badan. Pada suatu hari, sebelah kakinya tersingkap hingga kelihatan betapa kurusnya kaki itu. Sebahagian sahabat tertawa melihat kejadian itu.

Lalu Rasulullah SAW bersabda, " Kamu mentertawakan kakinya yang kurus, tetapi aku bersumpah demi Allah yang jiwaku berada di tanganNya, kaki itu lebih berat di akhirat nanti berbanding Gunung Uhud! " [petikan dari buku Murabbi Cinta karya Ustaz Hasrizal ]

Allahu rabbi....di mana beratnya darah daging tubuh aku ini ya Rabb, andai saat ini boleh terjawab soalan itu, sudah tentu pada dosa beratnya. Confirm!!


Pada sesi petang semalam, sudah tentu masa untuk praktikalnya pula kan. Bagaimana mandi jenazah dan membalut jenazah dengan kain kafan. Saat itu, terasa air mata ini hendak keguguran, apa tangan ini masih kuat untuk membalut jenazah insan tersayang nanti?? Jenazah ayah bonda atau sahabat terdekat???

Teringat pesan kak diyana, kini alhamdulillah dia dah menamatkan masternya dalam kimia di ukm ini, dan sudah pun dikurniakan seorang cahaya mata setelah hampir 2 tahun lebih berumahtangga dengan suami tercinta.

Pesan kak diyana, saat kita bernikah nanti, terus la persiapkan diri untuk kehilangan suami kita, kehilangan bukan dierti sebagai perpisahan di dunia ini tapi perpisahan ekoran menerima jemputan Illahi untuk bertemu Sang Hakiki.

Mudah untuk berkata tapi sukar untuk dijangka.

Life is like a cycle, sometimes we are at the top and some how vise versa. But, everything only can be simplify once we are in that shoe personally. Empathy!!

Masa makan2 bersama ustaz yang bagi ceramah semalam, ustaz ada berkongsi banyak pengalamannya mengendalikan jenazah yang terdiri daripada pelbagai jenis. Antara point biasa yang diungkap tapi sebenarnya luar biasa maksudnya ialah mempelajari kalimah syahadah.

Mungkin hari ini kita berlatih hari2 untuk menyediakan SKRIP tersebut, bangun tidur, dalam titipan solat sehari semalam dan sebelum tidur, kita berlatih SKRIP tersebut, tapi tak pernah siapa tahu, apakah SKRIP itu mampu di lafazkan saat sebenar2 'pementasan' nanti.

Masa zaman sekolah dulu pernah dapat article tentang soalan bocor...sahabat2 lain rasanya ramai yang tahu akan soalan2 ini, iaitu soalan2 yang akan ditanya saat malaikat datang di dalam kubur nanti.

Biar pandai bahasa Arab tahap super duper excellent pun di dunia ini, segalanya tak menjamin untuk kita menjawab soalan itu kelak. Apatah lagi diri kinah sendiri, belajar Arab pun ting tong kat dunia ini, jauh sekali untuk dapat memahami tafsir dengan terbaik...malulah duhai diriku sakinah..

Seperti biasa la, entry kinah dlm blog ni takde mesej yang kuat pun, lagi pula kinah kurang arif untuk memetik mana2 hadis atau petikan ayat Quran, cuma mana yang kinah tahu, kinah lampirkan bersama...segala tunjuk ajar dari sahabat2 amat kinah harapkan. Terima kasih kerana terus dan terus mendoakan kinah.

Terima kasih atas doa sahabat untuk kesejahteraan kesihatan kinah terutamanya, perubahan yang amat ketara jika dibandingkan sakit kinah semasa di sekolah, di matrik dan di kampus ini. Kesihatan kinah jauh semakin baik sekarang ini. Alhamdulillah sangat dengan izinNya.

Tapi, kadang2 terasa bertuah saat diuji sakit kinah tu kembali. Sebab saat itulah ayat2 Dia tak luput dari bibir bukan, sungguh, Allah amat2 merindui suara hambaNya. Terima kasih sahabat2.

Salam muhasabah bersama dari meja penulis. Salam kekhilafan dari diri hamba yang penuh dosa ini.....tolong ingatkan dan tarik kinah ke pangkal jalan andai kinah bukan lagi kinah hari ini.



p/s : kadang2 terfikir, mungkin manusia kena belajar meredhai pemergian yang dijemput Allah dengan seredhanya, kerana mungkin itu peluang terbaik untuk 'yang dijemput' merehatkan diri dari dunia yang penuh dengan ranjau ini...

Friday, January 21, 2011

:: Sebuah Kemaafan ::

Bismillahirahmanirrahim....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

[sebuah coretan ]

Setiap detik dan ketika, semakin banyak aku berhutang denganNya atas segala 'pinjaman' yang ada di bumi dewasa ini. Segala setiap sesuatu tanpa mengira saiz mahupun kepentingan, segalanya termaktub milik Dia yang hakiki.

Rindu bertandang lagi, dan ternyata, rinduku berbalas...Dia pun rindukan hambaNya ini. Maka, Dia mengutuskan segenap ujian buat hambaNya sebagai bukti cinta Nya pada hambaNya ini, agar hambaNya ini tidak terlepas dari mengingati Dia.

Pada masa yang sama, Dia kirimkan sahabat2 penguat semangat di sisi untuk aku terus tsabat di medan ini. Niat di hati ingin terus terjun ke medan perang, tapi terasa pedang semakin tumpul untuk menghunus...apatah lagi busur panah semakin membengkok, apakah aku masih diperlukan di medan ini dengan keadan sebegini???

Ya sakinah, engkau tetap diperlukan dalam medan ini.

Bila diri bernama manusia, tak terkecuali dari melakukan dosa dan silap di mana2...kerana manusia belajar erti segalanya dari kesilapan itu. Pengalaman adalah guru terbaik untuk kita semua kan.

Dan, saat kesilapan itu terukir, apakah terlalu susah untuk dihulurkan kemaafan saat kata kemaafan sudah dipohonkan?? Apa ego masih menguasai diri atau status sebagai yang lebih atas membuatkan kata2 itu susah terlafaz??

Jangan pernah lupa, kita pernah berkongsi cinta yang sama, jangan pernah lupa kita bertuhankan tuhan yang sama...jangan pernah lupa, kita menghirup udara yang sama...mengapa masih ada perbezaan antara kita??

Terima kasih sahabat kerana hadir saat aku memerlukan, terima kasih ya Rabb kerana mengutuskan sahabat itu buat diriku sebagai penyejuk diriku ini....

Buat sahabat kinah yang turut sama terbabit kes kali ini, kinah mohon jutaan kemaafan dari shbt, tak tahu dari mana kekuatan yang kinah nk kumpulkan untuk berdepan dengan sahabat kerana kinah terlalu malu dengan apa yang dah berlaku...kinah akui, segalanya salah kinah...kinah punca masalah ini dan tiada sapa sangka akan menjadi sebegini.

Kinah cuma mengharapkan sebuah kemaafan dari insan itu.....kemaafan yang benar2 tulus yang tiada dendam di penghujungnya kerana kita akan hidup bersama untuk tempoh yang lama...

Thursday, January 20, 2011

:: Tasbih Cinta Memanggilku ::

Salam kedamaian pada ketenangan
yang masih mengiringi di sisi...
Salam kesyahduan pada kesegaran
yang masih menyelubungi diri...
Bagaimana keadaan iman diri saat ini??
Apa masih lena diulit mimpi atau
terjaga tanpa rela hati??

Saat ini,
terasa sangat kinah betul2 bertuah
dan dapat mengetahui satu fakta
yang sangat mengujakan...
Allah masih sayangkan kinah...

Dalam kesibukan bergelar seorang pelajar
kinah tak terkecuali dari melibatkan diri
dengan aktiviti berpersatuan di ukm ini
Dan sungguh,
program yang berturut2 agak memenatkan
biarpun begitu,
terlalu banyak ilmu dan pengalaman
berharga yang kinah timba
terlalu berharga....

Antara babak yang paling kinah tersentuh,
malam ini....Allah makbulkan doa kinah serta merta
tanpa lengah biarpun beberapa minit...

Kesibukan dunia ini jujurnya
kinah telah tewas,
kerana masa bersama KEKASIH
semakin terhad dan kinah
semakin menjauhkn diri dari DIA...
kinah akui khilaf kinah yang satu itu
Benarlah, hmbaNYA shja yang selalu
melupakannya,
tapi DIA??? tidak sekali

Maghrib tadi,
terdetik di hati
'rindunya tazkirah dari seorang hamba ini'
pengisian jiwa yang lama kinah impikan
kata2 hamba Allah ini banyak buat kinah menangis
sejak pertemuan pertama dgnnya..terlalu byk
dan...Allah itu MAHA MENDNGAR
seusai solat maghrib,
kinah dapat call dari hmba Allah ini
yang sudah tentu kinah tak pernah sangka
dia akan call kinah...
biarpun bukan untuk memberi tazkirah,
sekadar mengingatkan tugas kinah
namun,
Allah bayar cash permintaan kinah...

Hamba jenis apa kinah ni,
Baru diuji sedikit kesibukan dunia,
Dah mula alpa dari mengingati DIA,
sedangkan tadi,
baru terdetik di hati,
Allah terus makbulkan permintaan kinah...
shbt2 sekeliling dah terkejut melihat air mataku gugur lagi....

Air mata kanan mengalir panas,
mungkin membawa bersama titisan dosa
yang sudah lama berkumpul dari dalam diri...
Air mata kiri mengalir sejuk,
mungkin cuba mendamaikan sebelah kanan
agar diri merasa tenang
agar diri terus mengingati DIA.

Ntah kenapa,
kinah rindukan perasaan sebegini,
biarpun insan itu tidak memberi apa2 tazkirah
atau sebarang peringatan
tapi, kata2 nya
cukup membuatkan kinah ingat siapa kinah.

Benarlah,
sahabat yang sebenar sahabat
adalah yang saat kita melihat+mendengar tutur katanya
tingkah lakunya
segalanya tntg dia
akan membuatkan kita
mengingati Allah Azza wajalla....

Dan sekali lagi kinah bertuah,
mengenali insan ini...


*******************************************

Saat tangan ini meratib tasbih itu
terasa hangatnya cintaMu
Saat tangan ini menyusuri biji-biji tasbih ini
terasa butir-butir dosa yang tertanam dalam diri
Benarlah,
biar habis ku ratib biji tasbih ini
belum tentu habisnya dosaku terhadapMU

Ku susun zikir fatimah satu persatu
mengharap redhaMu
dalam mencari kembali tunjang diriku
Namun,
yang ditemui timbunan dosa menerjah minda
yang dirasai titik hitam yang membentuk

Subhanallah,
terlalu banyak kebesaran Engkau
untuk kami renungi
bagi sama-sama memantap diri

Alhamdulillah,
terlalu banyak nikmat yang Kau curahi
biar hambaMu tak pernah kenal
erti mensyukuri...

Allahu akhbar,
apa lagi yang hambaMu ini harapkan
setelah segala yang ada di alam ini...

Astaghfirullah,
kata-kata inilah yang paling
tidak berpenghujung

Tersentap diri saat butir tasbih itu
sampai ke penghujungnya,
Tertanya pada diri,
apakah cukup
lafaz zikir fatimah yang mencakupi
99 bacaan ini
untuk memadamkan
titik hitam yang ada dalam diri??
Tak sedar,
air mata terus menyembah bumi lagi...

Biar diri jauh dariMu,
Tapi Kau sememangnya tak pernah jauh dariku,
Sungguh,
Engkaulah KEKASIH SEJATI
yang setia pada hamba
yang selalu memalitkan dengan kemarahanMu...

Terima kasih
kerana hadiahkan TASBIH CINTA ini
buat diri
untuk aku terus merinduimu....

Sunday, January 2, 2011

:: Siapa Nak Bagi Pinjam Pada Allah?? ::

Salam zikir kifarah.....


" Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (memanfaatkan hartanya di jalan Allah) maka Allah akan memperlipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNyalah kamu dikembalikan"
[al-baqarah 2 : 245]


Sebuah ayat sebagai pembuka bicara kali ini....apa yang terbayang di minda saat shbt2 'mentelaah' ayt tu....

Jom telusuri sejenak sebuah hadis yang teramat famous ingin kinah kongsikan untuk mengukuhkan kefahaman kita akan kepentingan memahami ayat ni


sabda Rasulullah saw : "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya" [HR. Tirmidzi]


Jujur kinah kata, kinah tak pernah pernah habis baca tafsir Al-quran secara istiqamah, rasa nak baca ayat ni kinah baca, tapi tak pernah baca dari kulit depan hingga ke belakang tanpa miss satu ayat pun...memang tak pernah.

Tersentap dengan ayat yang kinah retype tafsirnya di awal entry ini....

Insan mana yang MAMPU/SANGGUP memberi PINJAM pada ALLAH??? suatu persoalan yang tak pernah terjangkau. Bukankah Allah itu Maha Pemberi kerana DIA yang memiliki segala yang ada di langit da bumi?? Mengapa masih ada 'tawaran' untuk memberi PINJAM kepada Allah....itu antara persoalan yang timbul mungkin...

Pesan pada dirimu sakinah, dan jg para mad'u mu, Allah menjanjikan segenap hadiah untuk diberikan buat hmbaNya.....bukti??

Ini buktinya...



"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam atau terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari KurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri"
[Fatir 35 : 29-30]



maka, tanya pada diri, apakah diri sanggup memberi pinjam pada Allah???



Jutaan kemaafan dari meja penulis....utk renungan bersama....tegur2 la kinah andai kinah terpesong atau tidak amanah dalam menjadi 'wali' di muka bumi ini....


Jom berkongsi