Saturday, January 22, 2011

:: Skrip Takde Ni, Macam Mana?? ::


Dengan nama Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang...

Kinah dan sahabat2 semua masih bernafas hingga saat ini, setiap segala sesuatu masih diberi pinjam secara PERCUMA buat kita semua hingga saat ini, nikmat apa lagi yang boleh didustakan oleh kita semua, apakah masih susah untuk ungkapkan syukur tatkala nikmat itu bertandang lagi?? Tolong ingatkan kinah saat kinah lupa.

Bila difikir balik, terasa takut untuk menulis itu ini di dalam alam maya ini mahupun melalui tutur bicara saat berbual bersama2 shbt2 dekat. Setiap tutur itu akan kembali di uji pada diri sendiri bukan, dan sungguh saat ujian itu dikirimkan buat kinah, kinah memerlukan sahabat2 yg ada untuk ingatkan kinah kembali siapa kinah di bumi ini.

Semalam alhamdulillah, kinah dan beberapa sahabat Persatuan Kebajikan Anak-anak Pahang telah selamat menyempurnakan sebuah lagi program yang telah menjadi usul utk persatuan kami iaitu Kursus Pengurusan Jenazah. Sebuah majlis ilmu yang mungkin ada sesetengan pihak memandang enteng akan kepentingannya, namun moga2 bukan kita yang tergolong dalam golongan itu.

Kinah tak nak hurai panjang2 tntg program semalam, penat program masih belum hilang, tapi kepenatan yang sangat2 berbaloi. Cuma, kinah nak memetik ada point2 tertentu yang ustaz tu kongsikan bersama kami.

Ada di antara peserta yang bertanya tentang hukum meletakkan batu dan tanam pokok segala bagai di kawasan kubur si mati....dan ustaz menjelaskan...

"Tak salah kita menanam pokok atau meletakkan batu2 hidup (cth : batu sungai) di tanah perkuburan, kerana pokok dan batu inilah yang akan berzikir untuk si mati. Namun, jangan pernah lupa bahawa zikir2 pokok itu tak mampu membawa si mati ke syurga, segalanya masih terletak pada amalan si mati ketika hayatnya, kerana HARGA JANNAH TERLALU MAHAL"

Tersentap!

Sakinah, tanya pada diri kau, amalan kau macam mana??

Teringat sebuah kisah para sahabat Rasulullah SAW. Ada seorang sahabat bernama Abdullah ibn Mas'ud seorang lelaki yang daif dari segi tubuh badan. Pada suatu hari, sebelah kakinya tersingkap hingga kelihatan betapa kurusnya kaki itu. Sebahagian sahabat tertawa melihat kejadian itu.

Lalu Rasulullah SAW bersabda, " Kamu mentertawakan kakinya yang kurus, tetapi aku bersumpah demi Allah yang jiwaku berada di tanganNya, kaki itu lebih berat di akhirat nanti berbanding Gunung Uhud! " [petikan dari buku Murabbi Cinta karya Ustaz Hasrizal ]

Allahu rabbi....di mana beratnya darah daging tubuh aku ini ya Rabb, andai saat ini boleh terjawab soalan itu, sudah tentu pada dosa beratnya. Confirm!!


Pada sesi petang semalam, sudah tentu masa untuk praktikalnya pula kan. Bagaimana mandi jenazah dan membalut jenazah dengan kain kafan. Saat itu, terasa air mata ini hendak keguguran, apa tangan ini masih kuat untuk membalut jenazah insan tersayang nanti?? Jenazah ayah bonda atau sahabat terdekat???

Teringat pesan kak diyana, kini alhamdulillah dia dah menamatkan masternya dalam kimia di ukm ini, dan sudah pun dikurniakan seorang cahaya mata setelah hampir 2 tahun lebih berumahtangga dengan suami tercinta.

Pesan kak diyana, saat kita bernikah nanti, terus la persiapkan diri untuk kehilangan suami kita, kehilangan bukan dierti sebagai perpisahan di dunia ini tapi perpisahan ekoran menerima jemputan Illahi untuk bertemu Sang Hakiki.

Mudah untuk berkata tapi sukar untuk dijangka.

Life is like a cycle, sometimes we are at the top and some how vise versa. But, everything only can be simplify once we are in that shoe personally. Empathy!!

Masa makan2 bersama ustaz yang bagi ceramah semalam, ustaz ada berkongsi banyak pengalamannya mengendalikan jenazah yang terdiri daripada pelbagai jenis. Antara point biasa yang diungkap tapi sebenarnya luar biasa maksudnya ialah mempelajari kalimah syahadah.

Mungkin hari ini kita berlatih hari2 untuk menyediakan SKRIP tersebut, bangun tidur, dalam titipan solat sehari semalam dan sebelum tidur, kita berlatih SKRIP tersebut, tapi tak pernah siapa tahu, apakah SKRIP itu mampu di lafazkan saat sebenar2 'pementasan' nanti.

Masa zaman sekolah dulu pernah dapat article tentang soalan bocor...sahabat2 lain rasanya ramai yang tahu akan soalan2 ini, iaitu soalan2 yang akan ditanya saat malaikat datang di dalam kubur nanti.

Biar pandai bahasa Arab tahap super duper excellent pun di dunia ini, segalanya tak menjamin untuk kita menjawab soalan itu kelak. Apatah lagi diri kinah sendiri, belajar Arab pun ting tong kat dunia ini, jauh sekali untuk dapat memahami tafsir dengan terbaik...malulah duhai diriku sakinah..

Seperti biasa la, entry kinah dlm blog ni takde mesej yang kuat pun, lagi pula kinah kurang arif untuk memetik mana2 hadis atau petikan ayat Quran, cuma mana yang kinah tahu, kinah lampirkan bersama...segala tunjuk ajar dari sahabat2 amat kinah harapkan. Terima kasih kerana terus dan terus mendoakan kinah.

Terima kasih atas doa sahabat untuk kesejahteraan kesihatan kinah terutamanya, perubahan yang amat ketara jika dibandingkan sakit kinah semasa di sekolah, di matrik dan di kampus ini. Kesihatan kinah jauh semakin baik sekarang ini. Alhamdulillah sangat dengan izinNya.

Tapi, kadang2 terasa bertuah saat diuji sakit kinah tu kembali. Sebab saat itulah ayat2 Dia tak luput dari bibir bukan, sungguh, Allah amat2 merindui suara hambaNya. Terima kasih sahabat2.

Salam muhasabah bersama dari meja penulis. Salam kekhilafan dari diri hamba yang penuh dosa ini.....tolong ingatkan dan tarik kinah ke pangkal jalan andai kinah bukan lagi kinah hari ini.



p/s : kadang2 terfikir, mungkin manusia kena belajar meredhai pemergian yang dijemput Allah dengan seredhanya, kerana mungkin itu peluang terbaik untuk 'yang dijemput' merehatkan diri dari dunia yang penuh dengan ranjau ini...

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi