Wednesday, February 23, 2011

:: Bengkel Asas Pemantapan Akidah ::

Assalamualaikum wbt...

Utk makluman semua, insyaAllah pada 26 Feb ini, Persatuan Kebajikan Anak-anak Pahang UKM akan mengadakan sebuah program iaitu Bengkel Asas Pemantapan Akidah (B.A.P.A).

Secara rawaknya, program ini berkisarkan memahami asas-asas kristian dan penyelewengan ajaran kristian sendiri. Manakala, turut disertakan bersama adalah bengkel mengkaji bible di mana peserta akan dipinjamkan bible untuk sama2 kita mengkaji kelemahan2 atau salah faham yang ada di dalam bible tersebut.

Butiran program adalah seperti berikut :
> Tempat : DK43.103 (KTAMS)
> Masa : 8.00 pagi-5.30 petang
> Yuran : RM10
> Pakaian: Menutup aurat dan sopan
> Sebarang pertanyaan boleh direct kepada :
1- azrul hafiz : 013-6354327
2- sakinah : 019-6341984

Andai berkelapangan dan berminat, boleh bagi nama+no ic+no hp pada nama yang tertera di atas....

Jom sama2 sebar2kan ilmu Allah ini.

"Memahami, Mendalami, Memperkasa Diri dan Berkongsi"

Monday, February 21, 2011

:: Hakikat Mengingati Dia ::

Subhanallah, alhamdulillah, Allahu akhbar...

3 kali kalimah serangkai yang menjadi pelengkap dalam zikir fatimah, yang sangat2 dituntut buat umat Islam untuk sama2 mensucikan hati.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kalam ini dibuka dengan lafaz yang mulia, assalamualaikum wbt kinah ucapkan buat semua yg sudi berkunjung ke teratak buruk kinah ni...wardatul shauqah @ mawar berduri...

Sebut tentang wardatul shauqah, terasa nak berkongsi sedikit bagaimana ilham ini timbul. Memandangkan kinah bukan dari golongan yg sekolah agama, maka bahasa arab bukanlah bahasa yang terlalu sinonim dengan kinah, tapi ada juga la pernah belajar masa di peringkat PMR dulu.

Mawar berduri, suatu simbolik yang kerap menjadi simbolism buat anak2 gadis dewasa ini dalam menjadikannya sebagai salah satu peringatan buat diri. Mawar, sekuntum bunga yang cantik tapi terhias dengan duri2 pada dahannya sebagai benteng dirinya...cukup indah ciptaan Allah. Teringat kata2 sahabat kinah, hidup ini penuh dengan suratan takdir yang pelbagai macamnya, sebab Dia nak kita cari yang tersirat...tapi, carilah yang tersirat itu dengan ikhlas, redha dan segalanya demi Dia, insyaAllah mampu berdepan dengan apa pun.

Kinah mengharapkan, andai suatu ketika nanti, atau pun saat ini, segala kekurangan, kelemahan kinah tolong la tegur. Ayat yang selalu kinah ulang pada sahabat2 sekeliling, andai suatu hari nanti, kalian melihat kinah bukan lagi kinah yang sekarang, tolong jangan malu atau segan untuk tarik kinah kembali ke pangkal jalan. Andai terlihat kinah sedang berbuat maksiat di tepi jalan, tolong tarik ke jalan yang benar semula, kinah mohon....

Hari ini kita boleh berkata, "aku nak perbaiki diri aku sebab aku tak nak jadi macam sekian...sekian... pada masa akan datang" tapi, siapa kita utk kita tahu siapa kita pada masa depan kan, maka tolong ingatkn kinah.

Maafkan kinah sebab jauh terpesong kejap dari tajuk. Mukhadimah sikit tadi, perencah hidup skit....

Sebut tentang zikir, kinah percaya, shbt2 yang berkunjung ke teratak kinah ni jauh lebih arif utk bercerita tntg ini, dan sungguh kinah tak layak utk hal ini. Namun, sebab tak tahu kinah kena tahu kan, dan apa yang kinah tahu, kinah cuba kongsikan sedikit ilmu Allah yang dipinjam ini.

Andai seseorang yang meninggal dunia, tatkala di tanya sakit apa, mungkin lebih sinonim dengan 3 serangkai (skait jantung, darah tinggi, kencing manis)...kinah tak menafikan alasan2 lain, cuma itu yang the most popular kan...

Begitu juga hidup berzikir....3 serangkai yang menjadi pembuka entry tadi, zikir fatimah. Adik beradik yang 'perfect' di mata kinah.

Kinah nak berkongsi beberapa ilmu yang kinah kutip dalam sebuah buku yang pernah dihadiahkan dari seorang sahabat yang amat kinah sayang, buku bertajuk 'Hadis-hadis Penenang Jiwa' nukilan Rashidy Jamil Ar Rashid.

Dalam bab yang ke 5, dikongsikan tentang ZIKRULLAH. Pada permulaan bab tersebut, telah dikongsikan sebuah hadis yang bermaksud :

" Tidakkah kamu mahu mengetahui bahawa sebaik-baik amalanmu, paling bersih di sisi Tuhanmu, paling tinggi di dalam darjatmu, paling berharga dari emas dan dirham atau lebih berharga daripada kamu memerangi musuhmu sehingga kamu sama ada dibunuh (dalam peperangan itu)?" Lantas para sahabat bertanya : " Apakah amalan itu ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah, "zikrullah"

Allahu akhbar!!!

Jika di tanya apa erti zikrullah, kinah bukan orang yang tepat untuk menjawab soalan itu, Penafsiran secara tepat, memang kinah tak mampu untuk menghuraikannya. Namun, sefahaman kinah atau seingat kinah, ia bererti lebih kepada membawa kepada kita mengingati Dia...yang sebenarnya boleh diinterpretasikan dalam pelbagai bentuk...

Pesan seorang sahabat kinah, bukti apa lagi yang kita nak untuk buktikan Allah itu Maha Pemurah?? Sebab, terlalu banyak cara yang Dia ajar untuk kita cari pahala, jalan untuk mendekati Dia, tapi kenapa masih, kenapa masih wujud golongan2 yang meragui akan pemurahnya Allah....

Astaghfirullah...ampunkan hamba ya Allah..

Antara lain, huraian yang turut terkandung dalam buku ini, pengajaran berkenaan zikir.

"Zikir, merupakan penghubung antara makhluk dan khalik. Ia merupakan lambang kehambaan insan di dalam membina ketaqwaan dan sifat taqarrub pada Rabb. Zikrullah, adalah kekuatan dalaman yang mampu menjana kemantapan peribadi seseorang muslim. Melalui zikrullah, Allah SWT menjanjikan pada hambaNya yang berzikir akan rahmatNya serta ketenangan yang hakiki di dalam kehidupan.

Zikir yang sebenar adalah zikir yang mampu memberi kesan terhadap keperibadian seseorang. Hatinya menjadi bersih dan tenang. Keyakinan terhadap Allah bertambah di dalam dirinya kesan hubungan batinya dengan Allah SWT. Istiqamah dapat dicapai olehnya sehingga dapat dilihat dalam bentuk pengiltizamannya terhadap amalan-amalan fardhu, wajib, subat dan juga adab-adab yang digariskan oleh Allah.

Hamba yang memahami tujuan dan hakikat kehidupan yang singkat ini pasti akan sentiasa memenuhi setiap hembusan dan tarikan nafasnya dengan zikrullah semata-mata. Ia bertujuan agar hatinya sentiasa berhubung dengan Allah SWT yang telah mengurniakan kehidupan bukan sahaja di dunia ini bahkan akhirat beserta nikmat yang kekal dan disediakan untuk mereka yang sentiasa mentaati serta mengingatiNya, "

Turut dikongsikan sebuah kisah pembangun jiwa berkenaan kelebihan berada dalam golongan yang menghiasi diri dengan zikir....

Sesungguhnya Allah SWT mempunyai satu kumpulan dari malaikat yang sentiasa mencari-cari kumpulan manusia yang memenuhinya dengan majlis zikirullah dan ilmu. Mereka melebarkan sayar-sayapnya untuk menaungi serta mendoakan kesejahteraan. dan Allah SWT bertanya kepada para malaikatNya (sedang Allah Maha Mengetahui ):

" Apakah yang hamba-hambaKu lakukan?"

Malaikat menjawab, " Mereka mensucikanMu, membesarkanMu dan memuji-mujiMu"

Allah berfirman, "Apakah mereka melihatKu?"

Jawab malaikat, " Tidak! Mereka tidak pernah melihatMu ya Allah. "

Allah bertanya, " Apakah yang akan berlaku sekiranya mereka melihatKu"

Jawab malaikat, " Jika mereka melihatMu pasti mereka lebih beribadat dan memujiMu serta bertasbih padaMu"

Allah bertanya lagi, "Apakah yang mereka minta (di dalam majlis zikir itu?)"

Jawab malaikat, " Mereka memohon syurgaMu"

Maka Allah berfirman, " Apakah mereka pernah melihat syurga ?"

Jawab malaikat, " Tidak! mereka tidak pernah melihat syurgaMu ya Allah"

Allah bertanya, " Apakah yang akan berlaku sekiranya mereka melihat syurgaKu?"

Jawab malaikat, " Jika mereka melihat syurgaMu pasti mereka lebih berusaha dan lebih keinginan untuk mendapatkannya,"

Allah bertanya lagi, " Daripada apakah yang mereka minta perlindungan (di dalam majlis zikrullah mereka itu?)"

Jawab malaikat, " Mereka memohon dilindungkan dan dijauhkan dari nerakaMu"

Maka Allah berfirman, " Apakah mereka pernah melihat neraka?"

Jawab malaikat, " Tidak! Mereka tidak pernah melihat nerakaMu ya Allah"

Allah bertanya, " Apakah yang akan berlaku sekiranya mereka dapat melihat nerakaKu?"

Jawab malaikat, " Jika mereka melihat nerakaMu pasti mereka akan bertambah takut dan lebih menjauhkan diri darinya,"

Maka Allah berfirman kepada malaikat, " Bersaksilah kami bahawa Aku telah mengampuni mereka!"

Kemudian sebahagian malaikat berkata, " Tetapi ya Allah, si Fulan yang berada di dalam majlis itu bukanlah datang untuk berzikir tetapi semata kerana satu hajat yang lain"

Jawab Allah, " SESUNGGUHNYA MEREKA SEMUANYA YANG DUDUK DI DALAM MAJLIS ITU TIDAK AKAN SEKALI-KALI DIKECEWAKAN DARI RAHMAT DAN NIKMAT MAJLIS ITU"

Subhanallah...Betapa penyayang dan murahnya keampunan dan rahmatNya terhadap hamba-hambaNya yang sentiasa mengingatiNya. Mereka tetap dimuliakan Allah SWT dengan kemuliaan yang tiada tandingan.

Bila di recall tentang zikir, kinah teringat amanat seorang yang kinah sanjung dan dari pembacaan article2 dari pelbagai sumber. Amalan membaca zikir fatimah sebelum tidur, moga2 hari yang mendatang akan dipermudahkan oleh Allah hendaknya insyaAllah.

Jom sama2 kita praktikkan!!!



Sahabat. diri yang menaip entry ini adalah insan yang kerdil, penuh dengan dosa....hari ini tangan ini menaip perkongsian ini, moga2 satu hari nanti ia sama2 menjadi peringatan bersama. Tolong ingatkan empunya diri ini agar sama2 mengamalkan apa yang dikongsi di sini...perubahan memerlukan istiqamah yang bertapakkan keyakinan yang tinggi pada Dia.

Ya Allah, Engkau yang memegang hati-hati ini, jangan Kau bolak balikkan hati ini dari mengingatiMu....cairkan hati ini agar rindu padaMu ya Rahim...

Sahabat, maafkan kinah, salam zikrullah dari meja penulis..

Monday, February 14, 2011

:: Cinta Ini ::


Lahirnya dikau
Dipeluk seribu ujian melanda
Tapi sungguh bertuanya dikau
Kerana engkau insan terpilih
Dari manusia yang ada....

Engkau digelar kekasih Allah
Anugerah tertinggi di syurga
Insan mana yang tak mencemburui
Hal yang satu itu..
Jika ditimbang tara
Memang tak layak utkku menggalas 'gelaran' itu
Ekoran diri ini yang selalu alpa...

Kekasihku, kekasih Allah...
Mulianya dikau keran tiap aliran darahmu
Tiap hembusan nafasmu
Tiap langkahmu sehari-hari
Segalanya beriringan rindu
Pada ummatmu yang tak pernah kau lihat sendiri
Betapa hebat cintamu pada kami

Malah, satu dunia mengetahui
Dikau merindui kami sehingga saat ajalmu menjemput tiba
Kekasih jenis apa dikau ini
Terlalu setia dan penuh dengan rindu
Dikau mendoakan kami dalam tiap zikirmu
Dalam tiap titipan doamu sehari-hari
Mendoakan kami yang terbaik

Perasaanmu itu tidak pernah bermusim
Andai musim bunga sedang mekar
Bertambah cintamu
Andai musim gugur sekalipun
Cintamu tetap terus menggunung tinggi
Namun
Ummatmu hari ini ada musimnya
Tatkala tiba hari lahirmu ini
Mekar sebentar rindu kami padamu
Kemudian hari
Hilang seketika menanti musim seterusnya
Ampunkan kami kerana
Tak menjadi kekasih yang setia padamu

Andai kekasih lain mencemburui
Kekasihnya disayangi insan lain
Begitulah ummatmu
Akan ada yang sangat-sangat mencemburui cintamu
Saat ada insan mencintaimu lebih darinya
Ekoran terasa kerdil
Tak mampu melahirkan rasa cinta itu
Sehebat insan itu...
Izinkan daku istiqamah dalam cinta ini...

Apa mungkin untuk daku bertemu denganmu dihari muka kelak??
Izinkan ku menatap wajahmu kekasihku...
Kami merinduimu...
Kekalkan cinta ini ya Rahim.

Sunday, February 13, 2011

:: Kembara CINTA ::

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, ku buka sidang coretan khalifah kerdil ini... Coretan yang sumber ilhamnya datang dari pencipta khalifah kerdil ini. Hanya dipinjam baut sementara...


Sekali lagi, mata ini masih terbuka, telinga masih mendengar, mulut masih mampu menutur bicara, hidung masih sudi membau rasa, apatah lagi tangan dan kaki yang menjadi anggota utama, masih diberi izin untuk beribadah kepadaNya.


Semalam, kelmarin merupakan sejarah...tapi, sedar atau tidak, sejarah itu yang menjadi tempat utama khalifah kerdil ini mempelajari erti hidup seorang hamba. Ntah kenapa, akhir2 ini kinah terasa kinah bukan lagi yang dulu, sangat2 berbeza. Apa mungkin itu tandanya aku semakin jauh dari DIA?? Tanyalah pada DOKTOR wahai khalifah kerdil akan sakitmu ini..


Sebulan yang lepas, kinah dan beberapa sahabat2 seperjuangan diberi peluang untuk mengikuti sebuah program yang dianjurkan kami sendiri atau lebih tepat sahabat2 Persatuan Kebajikan Anak-anak Pahang UKM, program Kembara Taman Negara...sebulan lebih program itu berlalu, nak diupdate prgrrm tersebut, tapi masih bertangguh-tangguh.


Sekali dengar, program itu mungkin lebih kepada rekreasi mungkin dan kinah tak menafikan hakikat itu. Lebih kepada berbentuk hari keluarga kepada kami...dengan kehadiran sahabat2 dari fakulti pengajian islam majoritinya, agak membuatkan kinah segan, sebab kinah bukan dari golongan itu....apatah lagi mendapat khabar ada salah seorang muslimin yang menjadi peserta program adalah lepasan Darul Quran, sungguh kinah segan yang amat.


Boleh dikatakn, 70% program di sana adalah program yang melibatkan dengan air, dan macam2 gelagat yang dapat dipertontonkan. Biarpun boleh dikatakan peserta semua adalah berusia 20-25 tahun, tapi perangai tak ubah seperti kanak2 yang dah lama tak jumpa air.


Petang pertama kami sampai, ada sesi rapid shooting. Mendengarkan nama itu, kinah tak membayangkan apa2, sekadar sesuatu pergerakan yang cepat mungkin itu telahan kinah...dah nama budak fizik, kepala pun tak lari berfikir dalam radar itu.


Dalam bot tu, setiap dari peserta duduk berpasang-pasangan sebab seat pun memang muat2 utk dua org, tapi takdir Allah kinah sorang2, sikit pun tak terasa ke apa, bila mati pun kita sorang2 je kan.


Perjalanan untuk pergi ke kampung orang asli petang itu dihiasi dengan 'perlawanan' antara bot2, berlawan untuk basahkan bot yang masing2 cuba lintas...pelbagai cara digunakan, ada yang menggunakan dayung, ada yang guna selipar malah tak terkecuali menggunakan tangan sendiri untuk percikkan air pada bot sebelah lagi. Kreatif sungguh mereka ini.


Sejuk jangan cakap, menggigil....tapi, tak sedar, dalam 'kebasahan' terkena air itu, ada air lain yang turut membasahi kinah. Mutiara jernih yang selama ini kerap menjadi teman setia kinah. Ada sahabat yang menggelarkan kinah ratu air mata, tersenyum kinah mendapat gelaran inofficial tu.


Terlihat di kiri dan kanan tersusun kemas pokok2 yang berzikir dalam diamnya, bertafakur dalam lambaian daunnya, terlihat jua burung2 yang terbang dengan iringan doa utk makhluk yang ada, sebuah perjalanan yang tidak sama sekali membosankan.


Bila dah nama naik bot, perkara utama yang menangkap perhatian kinah adalah sungai itu sendiri...biar sungai itu kuning kerana tercemar dek rakusnya manusia yang 'gila' untuk mendapatkan hasil bumi, tapi sungai itu masih sudi 'mendidik' hati2 manusia yang melihat dengan mata hati.


Biarlah sahabat lain dengan 'excited' bermain air, tapi sungai itu seperti 'excited' nak mengajar kinah. Mengajar erti kebesaran Allah yang tak pernah berpenghujung.


Satu je surah yang bermain dalam kepala kinah tatkala itu, Ar-Rahman...surah yang menceritakan segenap kebesaran Allah yang ada, dan "Nikmat tuhan kamu yang mana lagi yang kamu dustakan" itulah ayat yang kerap kali diulang dalam surah itu...


sakinah, nikmat apa lagi yang kau dustakan setelah segala nikmat ini dibentangkan depan mata kau sendiri???


Tersenyum.....andai dalam Ar-Rahman dinyatakan berkenaan air masin dan air tawar di laut tidak bercampur, seperti ada benteng yang memisahkan antaranya namun tidak terlihat benteng tersebut, dan sungai itu memperlihatkan kinah perkara yang hampir sama.


Dua arah arus air sungai yang berbeza mengalir, dan bertemu di satu tempat tapi tiada benteng yang nyata menjadi pelukis garis sempadan..apakah itu?? Subhanallah....


Di tengah2 'kesibukan' air sungai itu mengalir dari hulu ke hilir, tiba terlihat 'sekumpulan' air sungai yang membentuk 'halaqah'....apa yang terbayang di minda sahabat?? Bahasa kita, mungkin memanggilnya pusaran air.


Andai di terang secara saintifik, kinah pasti ada hujahnya...paling basic, mungkin berlaku disebabkan berbeza tekanan dari permukaan dasar atau keadaan sekeliling. Tapi andai di terang secara sains Illahi, sampai kiamat takkan ada hujah yang mampu mematahkannya..


Ya Allah, khalifar kerdil ini banyak dosanya, jika dihimpun, lebih rasanya dari timur ke barat dunia ini...malah tingginya menggunung lebih tinggi dari angkasaraya yang Dia ciptakan tak bertongkat ini....tapi, Allah tuhan kita yang terkenal dengan sifat Rahim ini masih sudi 'mempertontonkan' sebuah lagi kehebatan ciptaanNya.


Bila kami berjalan di dalam hutan, redupnya alam tak mampu digambar dengan kata2. Terima kasih pokok2 sebab masih sudi meneduhkan kami dalam kembara kami di bumi ini.


Teringat kata2 seorang sahabat kinah, "Kinah, perasan tak rendangnya pokok2 tu seperti ada dua tangan manusia dari kanan dan kiri yang seolah2 dalam keadaan mendoakan"


Tersentap!!


Mungkin benar telahan sahabat kinah, pokok2 ini tiada hentinya akan zikir mereka kepada makhluk yang selalu 'tak sedar' diri bahawa hidup manusia ini adalah bersifat sebuah pinjaman dan kinah khalifah kerdil salah seorang darinya.....


Kinah dah lupa hari ke berapa kami ada melakukan sedikit pendakian ke sebuah destinasi yang kinah sifatkan cukup indah.


Perjalanan pendakian itu yang pada asalnya berkumpulan besar, lama kelamaan menjadi pecahan2 kecil kerana bergantung kepada keupayaan fizikal masing2 dan kinah diberi keizinan oleh Allah untuk berjalan bersama seorang sahabat ni. Kami bertuah sebab kami berdua berada di tengah2, jauh di depan dan belakang kami ada dua kumpulan besar, maka jarak pemisah kami agak besar dan itu satu peluang. Banyak yang kinah kongsikan bersama sahabat itu siapa kinah di zaman silam malah hingga hari ini.


Pengembaraan yang sarat dengan peringatan dari sahabat buat khalifah kerdil ini. Menangis?? tidak sama sekali, hanya sebak di dada yang ada.


Sesampai di destinasi kami, ketika itu barulah air mata mengalir. Subhanallah walhaldulillah wala ilaha illallah allahu akhbar....tak tergambar dek kata2 betapa indahnya pemandangan alam dari tempat tersebut.


ya Allah, hamba kerdil ini bertambah2 berhutang denganMu...


Sakinah, manusia yang banyak dosa ini masih lagi diberi kesempatan untuk melihat kebesaran Allah yang SATU itu!! Kekasih jenis apa kinah ni yang biarpun 'hamba'Nya masih berbuat silap, tapi Dia tetap berkongsi kasih sayangnya bersama hambaNya. Bukankah Dia adalah kekasih yang paling mulia??


terduduk kinah di batu2 bukit itu sambil memerhati semut2 kecil yang melalui depan kaki kinah dengan tenang. Argh, semut yang kecil ini sampai dulu dari aku di bukit ini...cemburu kinah. Derupan angin yang menyapa kami menyapu air mata kinah. Kerahan tenaga yang diguna untuk pendakian tersebut hilang seketika....terbuai dek indahnya ciptaan Tuhan itu.


Hari terakhir kami di Taman Negara, kami diberi kesempatan untuk naik 'canopy walkway'...sebuah jambatan gantung yang panjangnya kinah tak pasti tapi telah diistiharkan terpanjang di dunia setakat ini. Jambatan gantung yang digantungkan pada pokok2 yang ada pada ketinggian 50 m dari tanah, gayat?? jangan cakap, kinah memang gayat orgnya, naik tingkat4 masa sekolah suh pandang bawah pun dah gayat.


Tapi, sebuah lagi kembara yang andai berjalan dengan hati, berzikir dengan hati, melihat dengan hati, insyaAllah kinah percaya, sahabat2 akn merasai 'hutang' kita dengan Allah semakin besar....terlalu HEBAT ciptaan DIA!!!


Bagi shbt yang mengenali, mungkin tahu kinah ni macam mana orangnya, tak reti duduk diam, sekejap ke sana sekejap ke sini, tapi 'alam' ini banyak mengajar kinah untuk lebih menghargai 'sakinah'....


Persetankan apa yang kinah coretkan kali ini...coretan yang mungkin lebih bercorak sebuah luahan yang ntah apa2....tiada ayat2 penyokong dari Al-Quran atau hadis sebagai penguat hujah seperti blogger2 lain, tapi, kembaralah di bumi ini sementara masa masih ada. Terlalu banyak khazanah alam yang boleh sama2 kita ambil iktibar.


Sahabat, kinah perlukn shbt2 semua di sisi untuk terus kinah bina jati diri kinah sebagai muslimah sejati. Peringatkan kinah andai kinah berubah suatu ketika nanti, tarik lah kinah saat kinah bukan lagi begini di hari muka...pimpinlah kinah....


Salam kekhilafan dari khalifah kerdil buat semua....


~Sebahagian dripada laluan alam~

~antara aktiviti terakhir kami sebelum pulang : bamboo rafting~

~semasa di kampung orang asli dan mereka tengah berlatih menyumpit~

~sebahagian daripada pemandangan yang terdapat di sungai Tahan, Taman Negara~

~antara pemandangan dari pendakian kami~

p/s : sumer gambar, dari ydp kinah

Thursday, February 3, 2011

:: Catatan Sebuah Jalan Pulang : PART III ::

Tidak berhenti di situ sahaja kinah diuji. Ntah mana silapnya saat membaca signboard, kinah akhirnya betul2 sampai ke cheras....bukan ke lingkaran tengah. Yea, aku kat mana ni. Yea, aku sesat kat kl la ni?? dengan keadaan jalan yang sesak, apa mungkin peluang untuk aku balik masih cerah?? mencari jalan yang lurus dan benar...

Mesej dri shbtku yg amt2 disayangi di kampus mengunjung tiba, kinah ceritakan yg kinah sesat di kl dan pesan shbt kinah, " doa byk2, iqamat dalam hati...moga Allah tunjuk jalan"

Terkedu!! iqamat dlm hati?? Ye, kata2 itu lah yang pernah aku sendiri pesan pada shbt2 dan kini kena pada diri sendiri.

Pernah shbt dimatrik berpesan pada kinah, andai kita sesat, setidak mungkin, cuba iqamat dlm hati, mntalah Allah tunjukkn jln. Mgkn mata kita dikaburi oleh syaitan buat sementara...maka teruslah bergantung pada DIA.

Iqamat....ye itu amanah utk ku. Teguran dari Allah direct untuk hamba Nya. Takdir Tuhan, kinah terus cam tempat tu, area Taman Sharmelin, kawasan abg kinah belajar dulu, biarpun tempat itu pernah dilewati semasa kinah berusia 16 tahun, iaitu 5,6 tahun yang lepas, tapi insyaAllah jalan2 itu masih ku hafal. Alhamdulillah...Allah nak tegur kinah, kinah banyak khilaf.

Lebih 30 minit kinah berhujankan deretan kereta yang ntah bila berjumpa penghujungnya, akhirnya kinah menemui jalan keluar. Senyuman yang dicampur dengan air mata sebak tertahan di dada terzahir jua.

Jam hampir pukul 2 petang. Barulah kinah betul2 berada di lebuhraya pantai timur...suatu perasaan yang teramat lega, perasaan yang tak mampu dizahirkan.

Kisah seorang pengembara yang bermula jam 6.30 pagi di bumi melaka, menuju ke johor utk kembali ke pahang tetapi hampa lantaran jalan ditutup ekoran banjir melanda, maka terpakda berpatah ke melaka dan terus ke negeri sembilan, cuba melalui senawang, tetapi dinasihatkan utk pulang ke kuala lumpur...tanpa berlengah masa, jalan ke kajang terus ditelusuri dan tersesat sementara di cheras..biar apa pun, akhirnya jalan pulang ku temui.

4 buah negeri, satu wilayah kinah bermusafir hari itu demi mencari jalan pulang.

Tepat jam 5 petang, kinah sampai di perkarangan rumah. Ikutkan hati, penat yang melanda tak mampu dikias dengan kata, tapi saat terlihat wajah ayah bonda, seribu alasan mampu ditangkis begitu sahaja. Betapa mulianya mereka dalam memberikan segalanya yang terbaik untuk anakanda mereka ini.


Lebih 10 jam kinah mengembara di bumi Allah hari itu. Takut, gementar, cuak, gabra...segala macam perasaan bercampur....

Tapi ya Rahman, andai 10 jam ini caranya untuk Kau tarbiyah diri aku untuk lebih mengenal Engkau, lapangkanlah dadaku untuk menerima dengan penuh terbuka....

Andai 10 jam ini caranya untuk Kau ingatkan aku siapa empunya, siapa pemilik, siapa pencipta bumi dan segala yang ada di alam ini, aku mempelajarinya insyaAllah....

Andai dengan cara 10 jam ini mampu membuatkan aku terus sujud padaMu, insyaAllah aku bersedia utk menempuh sebuah perjalanan yg lbh lama dari ini untuk kekalkan rasa itu...tolong ya Allah, kekalkan rasa kehambaan dalam diri ini...

Ya Malik, andai 10 jam ini merupakan cara untuk aku menghapus titik2 hitam yang bersarang dlm diri dengan melihat segenap kebesaranMu, bawalah aku untuk menghapuskan titik2 yang lain pula yang Allah....

Andai 10 jam ini untuk ingatkan aku bersyukur atas segala nikmat yang pernah Engkau curahkan pada aku, sumpah, tak pernah ada masa yang cukup untuk mengucapkan kalimah syukur atas segala nikmat yang Kau berikan.....aku berhutang masa dengan Kau ya Allah.

Duhai sahabat yang sudi berkunjung ke teratak buruk kinah ini, Catatan Sebuah Jalan Pulang ini bukanlah dicoretkan atas dasar reka cerita, tapi ini sebuah kronologi hidup seorang manusia kerdil bernama Shakinah Sukardhi.

Catatan ini dicatatkan bukan untuk menunjuk2 siapa yang baik atau sebaliknya, malah tidak terjangkau ke arah itu. Sebuah catatan untuk dikongsi bersama....sebuah catatan untuk direnung bersama mungkin, bagaimana Dia mengaturkan 'jalan' untuk hambaNya saat Dia cuba menguji kebergantungan kita padaNya.

kinah tak nafi, dalam pengembaraan kinah selama 10 jam itu, terlalu banyak ilmu2 yang kinah kutip di tepi jalan, di tengah jalan atau di mana2. Terlalu banyak. Benarlah, andai mendaki bukit yang mampu membuatkan iman kita terus terpana pada cintaNya, dakilah bukit2 yang ada dengan iringan zikrullah...ucaplah kalimat mulia saat berada di puncak dan teruslah mendaki.

Andai menyelam ke dasar laut yang mampu memahatkan kita pada Dia, selamlah laut2 yang ada di bumi ini untuk kita terus mencari 'mutiara' yang tersimpan elok di dasar bumi untuk sama2 membuatkan kita tebalkan rasa syukur memiliki Allah sebagai pencipta....

Andai bermusafir ke tempat orang yang boleh mengembalikan roh rindu kita pada Dia, bermusafirlah....kembara di bumi Tuhan ini tiada sewanya, cuma bayaran yang dikenakan, hanyalah ucapan syukur dan bertaubat...andai bayaran itu belum terlunas, ingatlah, kita masih berhutang denganNYA.

Duhai diri yang bernama sakinah, sedarlah setiap yang kau lalui, segalanya ada hadiah yang Allah ingin sampaikan. Jangan cepat berputus asa, kau sekarang ni dah jauh berubah dari dulu, carilah kembali sakinah yang dulu....kembali lah pada Dia sakinah....

Sahabat, hari ini sahabat mengenali kinah dengan sakinah yang ini, andai esok lusa sakinah ini tidak lagi seperti hari, jauh berganda lebih teruk dari hari, kinah mohon, tolong jangan segan untuk tarik kinah ke pangkal jalan...sedarkan kinah kembali ye....maafkan kinah untuk segalanya..

Salam kekhilafan dari meja penulis....salam catatan sebuah jalan pulang dari penulis.

:: Catatan Sebuah Jalan Pulang : PART II ::

Jam 8.15 pagi.

Kenapa berderet kereta di tepi jalan ni, tak terkecuali lori2 yang menghiasi gigi2 jalan. Owh, mungkin mereka ada upacara apa2 kot dalam hutan tepi ni. Intralog kinah di dalam hati.

Dan......dari jauh, kinah ternampak sesuatu..kinah mengamati dengan sebetul2nya dan amat2 kenal itu. BANJIR!!!! Air melimpah2 di atas jalan....ya Allah. Nak gugur jantung kejap. Tersenyum kinah....bukan disebabkan tak pernah tengok air banjir, tapi macam mana diri ini hendak pulang ke kampung??? ujian utk diriku....

Nak keluar, takut....kaki dah menggeletar, sebab sangat ramai manusia dan kinah seorang diri. Sakinah, kau tak pernah sorang kan, kau ada Allah, ingat tu!!! ye, aku ada Allah....

Menggelabah cari hp, telefon sahabat2 yang ada, bagaimana jalan alternatif yang boleh kinah lalu. Ujian sgt, ada shbt yang tak angkat call, last2 hntr je msj pada mana2 shbt2 yg difikirkan blh membntu...mgkn mereka masih terlena saat itu barangkali.

Akhirnya, panggilanku berjawab oleh seseorang. Beliau mencadangkn utk kinah kembali ke kuala lumpur sahaja. Dalam hati, mengapa tidak kinah lalu senawang pula...erm, akan ku cuba.

Maka, dengan senyuman yang mencari keredhaan itu, kinah patah kembali ke arah melaka dan seterusnya ke negeri sembilan...seorang diri. Dalam tempoh itu, sempat berhenti di stesen minyak untuk topup minyak..full tank, dan tak sedar, kinah dah habis duit...dalam tangan hanya ada RM8 dan dalam bank kinah dah tak boleh keluarkan sebab dah capai tahap minimum utk simpanan. Ya Allah!! tersenyum lagi.

Bagaimana mungkin utk aku pulang dengan wang di tangan hanya RM8 sedangkan tol yang akan aku lalu confirm 2,3 kali ganda dari yang itu. Andai betul aku dapat lalu senawang, tiada apa yang dapat ku risaukan kerana tolnya hanya RM5.60 dari sini. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan segalanya.

Masa berganti masa....biarpun volume radio terpasang pada kadar yang tinggi, sedikit pun tak mengganggu fikiran, kerana risaukan cuaca+jalan banjir+duit takde lebih menguasai diri.

Ku lihat kiri...ku lihat kanan...alam yang setia menemani manusia semakin 'terpencil' mungkin. Tapi, siapa aku untuk mengatakan semakin nipis hutan itu, bukannya aku kerap kali lalu di situ. Namun, apa yang pasti, takungan air di bahu jalan seperti tunggu masa untuk memuntahkan diri di atas jalan raya...

Kalau air tu nak naik atas jalan pun, tolong lah naik lepas aku lalu, tolong lah...itu je yang bermain dalam fikiran kinah. Ampunkan hamba Ya Muhaimin.

Digagahkan diri mencari exit senawang. Sangat berhati2 mencari exit senawang sebab dulu pernah terlepas exit ni masa nak ke progrm di pahang...kena gelak dengan YDP kinah masa tu, haish. Sabar2.

Alhamdulillah, exit senawang berjaya ditemui. Sesampai je di senawang perlahan2 mengingat kembali jalan nak balik pahang, kelam kabut kinah telefon shbt kinah yang selalu lalu di situ, mana tidaknya, kinah confius simpang kat situ....belasah punye belasah, terdetik dalam hati.

Apa jalan di bahagian muadzam sana tak banjir ke?? Bukan ke tempat itu selalu dikunjungi oleh tetamu2 banjir itu?? erm, kinah perlukan sebuah kepastian dalam kembara ini.

Dua org shbt kinah bertanyakan akan hal ini. Shbt2 yg kerap menggunakan jalan ini sbg laluan utk mereka pulang. dua2 memberi feedback yang baik, insyaAllah aku boleh lalu..nekad kinah.

Sesampainya di bahagia Ulu Bendul, mengapa tidak aku mencari balai poilis terdekat pesan abah dahulu. Bertanyakan pada pihak berkuasa akan keadaan semasa. Sangat berhemat kinah pandu tatkala itu, mencari balai polis berdekatan untuk mendapatkan sebuah kepastian.

bertemankan hujan rintik2, keadaan jalan yang agak licin dan berlopak2, bukanlah teman yang baik untuk saat itu. Diri yang keseorangan dengan keadaan sekeliling yang amt2 kinah tak biasa, bukanlah keadaan yang membina utk diri. Kugagahkan jua...sakinah kuat!!!

Balai Polis Terichi (betul ke eja nama tempat tu, kalau salah betulkan kinah). Alhamdulillah, Allah permudahkan kinah. Nak jadi kebetulan plak, akak yang jaga kaunter tu orang pahang, orang jerantut, dia baru sahaja pulang dari jerantut malam semalam.

"Akak baru je balik semalam dik, semalam jalan ok lagi takde plak air naik kat mana2, tapi tak tahu la plak hari ini macam mana."

"Dah tu, akak rasa boleh ke saya lalu ye"

Kinah memulakan bicara dengan memperkenalkan diri tentang kembaraku yang bermula awal pagi lagi dan baru bertanya akn keadaan jalan. Setelah akak tu tanya pihak sana pihak sini, ini jawapanya....

"Akak nasihatkan adik patah ke kuala lumpur untuk balik pahang...sebab, banyak kawasan yang dalam pengawasan 24jam dijangka banjir, sebab kat sana pun hujan tak berhenti"

Senyum. Senyum dan senyum.....

Aku kena patah ke KL la sekarang ni?? maknanya, aku kena balik lalu high way pantai timur?? Jalan yang biasa aku lalu?? Aku akan lalu bangi la maknanya???

Ya Allah, hikmah apa yang Kau sembunyikan untuk diri ini....

Jujur kinah cakap, masa tu, awan diri sudah sarat dengan air mata yang tunggu masa untuk menyembah bumi, mungkin selaju air hujan yang sejak tadi tiada henti berteman rumput hijau dahaga air rahmat itu atau mungkin awan sarat ini dapat dibendung lagi??

Dalam senyum saat itu, tak sedar, titisan mutiara ini memilih untuk mengalir jua. Mungkin sudah sampai tempoh 'matang'nya barangkali.

Ya Allah, masih ingat pada kata2 mutiara yang pernah aku selami suatu ketika dulu...wanita yang cantik di mata Allah adalah wanita yang tetap tersenyum tatkala ujian melanda diri. Izinkan aku menjadi wanita itu, terlalu sedikit ujian ini jika dibandingkan yang lain.

Pada yang satu pihak lagi, bermain dalam fikiran. Mengapa terlalu sukar perjalananku utk pulang kali ini?? Mengapa sedari tadi aku mencari jalan pulang dan akhirnya aku perlu kembali ke KL, andai aku tahu awal2, tak perlu aku turun smpai ke johor....

Astaghfirullahal'azim....peperangan dalam diri bermula.

Ku capai hp, dikhabarkan pada shbt2 terdekat...kinah maklumkan bhwa kinah kena patah ke KL untuk balik ke pahang. Bukan tidak ingin di khabarkn pada org tuaku, tapi tak nak mereka risau keadaan anknya sorang ini.

Mencari alternatif utk jln pulang ke pahang....

Tanpa sedar, baru teringat....duit memang betul2 dah takde ni. RM8, memang tak cukup. Andai kinah betul2 balik lalu high way pantai timur tu, jumlah tol adalah lebih kurang RM30, ya Allah mana aku nak cari...nak pinjam dgn shbt2 di bangi, siapa je yg ada, shbt2 lain boleh dikatakan semua dh balik. hadirkan aku buah fikiran ya Rahman.

Seorang shbt kinah ada maklumkn, yg lebuhraya KESAS yang kinah lalu ni agk makan tol....dgn tak pernah lalu l/raya tu, risau sangat akn tembus ke mana...shbt kinah mengkhabarkn akn tembus ke kajang, kalau kajang takpe la, tak risau sangat (tp dlm hati, Tuhan je yg tahu).

Saat itu jam 11 lebih. Mengikut perkiraan awal, pada jam sekitar itu, kinah sepatutnya sudah berada diperkarangan di rumah. Tapi, Allah Maha Mengetahui.

Satu demi satu tol kinah lalu di l/raya KESAS. Biarpun tolnya hanya sekitar RM0.90, RM1.00 tapi sedikit demi sedikit, duit dalam beg duit semakin habis. Ya Allah, izikn hambaMu pulang ke rumah untuk bertemu keluarga tercinta.

Tapi ya Allah, andai benar bukan hari ini harinya untuk aku berjumpa dgn keluargaku, aku redha...aku akan bermalam di bangi sahaja. Itu nekad kinah. Lebih 5 jam memandu tanpa henti, tak terasa mengantuk pun, bukan tak rasa, tak sempat nak rasa mengantuk pun sebab perasaan risau lebih menguasai diri.

Di kira semula duit, ada dalam RM4++...tak pernah kinah berada dalam keadaan ini. Sungguh, tak tahu nak gambarkan perasaan tu macam mana.

Andai 2,3 lepas kinah sibuk berprogram di matrik melaka, berkongsi apa yang ada bersama adik2 yang menyambut kami dengan penuh lapang dada, apa salahnya andai saat itu kinah menyusun kata menutur bicara memohon yang terbaik dari Yang Esa. Terlalu sedikit kiriman ujian untuk diri, terlalu cepat aku gelabah mencari jalan mengakhiri, sedangkan aku tahu, masa dan kesabaran sudah pasti menjadi kunci hati penguat jiwa!!! SABAR sakinah....

Shbt kinah bertnya, bagaimana dengan duit, apa2 maklumkn lah pada dia....mana mungkin untuk kinah mengalah, apa lagi 'meminjam' duit shbt...itu akan kinah elakkan. Tapi, bagaimana kinah nak balik????? Memang betul2 takde duit, dalam bank pun dah memang tak boleh keluarkan....ya Allah, sakinah kuat!!!

Diselongkar segenap pelusuk kereta comelku itu mencari duit2 yang terselit...terhuyung hayang kereta..kiri..kanan..tengah jalan..sebab tangan dan mata terkapai2 mencari duit2 terselit. Nasib baik tak banyak kereta.

Hasilnya, jeng2.....subhanallah....tiada yang kutemui...senyum sakinah!!! Innalillahi wainna ilaihi raji'un.

Dia yang memegang hati ini, Dia yang menciptakan alam ini. Segalanya tentang Dia.

Tergerak nak buka beg duit kembali, ku singkap satu persatu poket yang ada, kinah temui kad touch n go kinah....erm, sebulan lebih kad tu tak digunakan. Argh, andai aku guna, apa masih ada duit ke dalam kad ini?? kalau takde, mesti aku malu di tol nanti sebab terpaksa reverse kereta segala bgai...persetankan perasaan itu, mengapa tidak engkau mencuba dahulu baru kau tahu berapa jumlah yang ada di dalam itu.

Masih terngiang kisah shbt kinah menceritakan kisah shbtnya yang terpaksa reverse kembali kereta dipandu beliau lantaran kredit dalam kad tersebut dah habis. Kinah amat2 ngeri andai peristiwa itu terpaksa kinah pula yang mengulanginya.

Selagi tak cuba, kinah takkan tahu.

Letak je kad tu pada kotak dia, mata kinah terpejam erat, sangat takut2, dibuka sebelah mata... RM32. 80....ya Allah!!!!! subhanallah, walhamdulillah..allahu akhbar. Menangis lagi daku saat itu, aku boleh balik rumah.....

Terima kasih ya Allah. Tiada apa lgi yang perlu dirisaukan. InsyaAllah segalanya akan menjadi lancar.

Lepas satu persatu sign board yang kinah baca, mencari yang menghala ke cheras dan kuantan...alhamdulillah, sedikit sebanyak jalan kinah dipermudahkan. Jam ketika itu 12.30 t/hari. Macetnya jangan cakap, lunch hourkan. Tapi, sedikit sebanyak kinah dan berasa lega sangat. Jalan yang kinah lalu tu pernah kinah lalu bersama pok su kinah, jalan tu akan tembus ke lingkaran tengah...

Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

~bersambung ke part III~

Wednesday, February 2, 2011

:: Catatan Sebuah Jalan Pulang : PART 1 ::

[entry ni panjang yg amat, tak tipu...]

Kembara hari ini kembara selamanya,
Dalam mencari empunya dunia,
Bumi Tuhan luas terbentangnya,
Segalanya demi mengenal pencipta.

Dalam hati ada taman,
Dalam hati ada rindu,
Andai diri dirasakan keseorangan,
Jangan lupa kekasih YANG SATU.

Bila mentari muncul lagi,
Pasti menyinar sinar sang suria,
Tertanya pada diri sendiri,
Bilakah tibanya kembali pada YANG ESA.

Kulihat kanan kulihat kiri,
Subhanallah, hebatnya alam ciptaan Ilahi,
Tepuk dada tanya diri,
Apakah kalimah syukur masih menghiasi??

Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, ku buka sidang catatan ini dengan pantun pengingat diri dalam diari seorang anak pengembara. Assalamualaikum wbt.

31 Januari 2011...kembarku bermula. Ntah mengapa seusai solat subuh pagi itu, terasa kedinginan yang melampau, mungkin angin dingin di luar masih tersisa pada diri ini. Cuaca yang sentiasa mendung menjadi teman sehari-hari sudah tentu akan meninggalkan jejaknya pada tubuh setiap hamba yang menghuni di bumi sementara ini.

Kembara yang bermula dengan MICET, UniKL di melaka, tempat bermalamnya kinah di kolej sahabat lama yang kinah kenali semasa menuntut di matrik melaka dulu menjadi tempat persinggahan sementara kerana kinah baru selesai prgrm Sireh Pulang Ke Gagang di matrik melaka sehari sebelumnya. Keadaan kesihatan yang tak berapa mengizinkan untuk memandu dalam jarak jauh membuatkan kinah berfikir untuk bermalam di situ.

Namun, terkandung seribu hikmah yang tiada siapa menyangka. Ukhwah yang terpisah dek jarak dapat dirapatkan malah, bertambah kenalan2 baru saat sahabatku itu memperkenalkan kinah pada sahabat2 di kolejnya. Segan bercampur malu, ramuan rasa yang terkandung saat diperkenalkan pada shbt2 Islamic Civilization Club (ICC) yang sedang melangsungkan majlis penutup bagi prgrm Imam Muda.

Sebuah program yang sangat2 kinah kagum. Mantap sahabat2 di sini.

Kami sama2 menghabiskan masa bersama2 pada malam itu. Pada asalnya, hanya ingin makan2 di alor gajah, tapi disebabkan dah dekat dengan pengkalan balak, maka kinah memutuskan untuk menghirup angin pantai di waktu malam. Tempat yang kami tuju, sebuah chalet yang pernah menjadi saksi reunion sahabat2 NTP 07/08 berhampiran dengan teluk gong. Chalet yang sungguh mendamaikan jiwa.

Biarpun hanya tidur di chalet kayu, berkipaskan kipas biasa, namun memori bertadarus menghadap pantai, bersolat berlantaikan pasir pantai, beratapkan langit malam dan ber'air cond'kan angin pantai, subhanallah.....harga segunung emas tak mampu membayar yang satu itu. Nikmat yang Kau pinjamkan itu terlalu berharga.

Pagi itu, perjalanan bermula. Kisah perpisahan sementara dua orang sahabat yg bertemu dan berpisah keranaNYA insyaAllah bermula....

Pagi2, maka kena lah alas perut. Dalam mencari stesen minyak berdekatan utk keluarkan duit, sambil2 tu mencari kedai makan yang buka....tapi, Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambaNya. Yang kinah berjumpa hanyalah kedai yang membuatkan minimuan sahaja, maka ku pesan sahajalah sebungkus air untuk di minum di dlm kereta.

Destinasi, rumah ayah bonda yang tersergam indah di bumi Pekan, Pahang sudah semestinya.

High way menghala ke Johor itu amanat yang dipesan buat kinah. Sign board satu persatu dibaca dengan teliti. Tangkak, ye, itu exit yang perlu kinah alert. Dari melaka, turun ke johor sedikit demi sedikit. Musafirku bermula...apa yang menanti, tiada siapa yang tahu.

Perjalan yang betul2 bermula jam 6.45 pagi itu setelah ditambah di tolak, jam 11 pagi nanti akan sampainya ke laman rumah ayahanda bonda.

Tiada apa yang pelik berlaku di kiri kanan jalan, sekadar berjumpa dengan manusia yang berbagai ragamnya yang sama2 membayar 'road tax' untuk berjalan di bumi ini. Disebabkan hari itu adalah hari bekerja, maka jumlah pengguna jalan raya pagi itu agak sederhana dan alhamdulillah, segalanya dipermudahkan.

Seingat kinah, pesan seorang sahabat kinah, sesampainya kinah di exit tangkak nanti, terus je amik jalan ke segamat...sebahagian perjalanan yang perlu kinah tempuh untuk balik ke pahang. Amanat itu kinah pegang.

Berbekalkan kan seplastik air panas dalam kereta, hanya itu yang menjadi alas perut pagi itu. Apapun, alhamdulillah..masih ada reseki utkku isikan ke dalam perut ini. Nak berhenti tepi jalan, takut sebab kinah sorang2 je dah la perempuan....erm....

Jalan punye jalan, bertemu dengan pekan tangkak, tempat yang sinonim dengan jual kain2 dan langsir yang murah2. Pekan ini pernah kinah jejaki beberapa tahun yang lalu bersama keluarga saat kami baru pindah ke rumah sekarang ini. Tiada apa yang berjaya menarik perhatian kinah. Sekadar bandar yang sibuk dan udara yang dah tercemar di pagi hari.

Sign board ke segamat kinah temui, syukur alhamdulillah....kiranya aku tidak sesat kan, itu terdetik dalam hati. Tapi, pada masa yang sama, tetap terselit kerisauan kerana di kiri kanan hanyalah ladang2 kelapa sawit segala bagai, moga2 tiada apa yang berlaku.

~bersambung part II~

Jom berkongsi